Headlines

Tawaran Pinjaman Pelajaran YAKIN Kini Dibuka

21 Aug 2022 / undefined Comments

PINJAMAN YAYASAN KELANTAN DARUL NAIMAssalamualaikum WBTMakluman keluarga KMKJ yang dihormati, permohonan pinjaman YAKIN kini telah dibuka untuk permohonan.Bagi keluarga KMKJ bermula tahun 2 dan keatas yang ingin memohon pinjaman pelajaran, boleh terus ke laman PORTAL PINJAMAN PELAJARAN YAKIN di pautan...

Read More...

Aktiviti
Hebahan

Tawaran Pinjaman Pelajaran YAKIN Kini Dibuka

PINJAMAN YAYASAN KELANTAN DARUL NAIMAssalamualaikum WBTMakluman keluarga KMKJ yang dihormati, permohonan pinjaman......

Ahli Majlis Tertinggi dan Ahli Lembaga Tadbir Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan (KMKJ) 2022/2023

[ STRUKTUR KEPIMPINAN ]Ahli Majlis Tertinggi dan Ahli Lembaga TadbirKesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan (KMKJ) 2022/2023[......

Pengetahuan AM

Sejarah Penubuhan Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan (KMKJ)

SEJARAH PENUBUHAN KMKJ Bismillahi Ar-Rahman Ar-RahimAssalamualaikum WBTPada siri kali ini, kami ingin memperkenalkan......

Kalam Pimpinan Ahli Majlis Tertinggi KMKJ Sesi 2016/2017 بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة......

Warung KMKJ

    Mesin Photostat KMKJ

    Promosi Harga termurah di pasaran Jordan.jom Ahli KMKJ pakat-pakat guna mesin photostats kit......

Dana Kijang Emas

Terima Kasih dari Team Dana Kijang Emas

......

Zakat MAIK
Pinjaman YAKIN
TV KMKJ
Dari Pejabat KMKJ
Kelas Multimedia
SPR KMKJ
Galeri Anak Kelantan
Published On: Monday, August 29, 2011
Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan

Perutusan Hari Raya Aidilfitri 1432 Dua Yang Di-Pertua KMKJ

Assalamualaikum wr wbt.

Semoga ahli keluarga kmkj sentiasa sihat, segar bugar dan terus cemerlang, gemilang, terbilang. Naungan rahmat allah sentiasa bersama kita yang bertemu dan bersatu hanya keranaNya.

ramadhan sangatlah istimewa lantaran datangnya hanya sekali setahun. begitu juga adilfitri yang dianugerah ilahi kepada graduan ramadhani yang rabbani. aidilfitri tidak bermakna tanpa ramadhan. bergembira di aidilfitri bukan disebabkan terbebas dari belenggu ramadhan, akan tetapi gembira kerana telah berjaya kembali kepada fitrah setelah melalui tarbiyyah ramadhan. Sesungguhnya sesiapa yang bergembira di idulfitri lantaran bebas dari ramadhan, maka samalah mereka dengan makhluq allah yang diciptakan dari api.

Gembira di idilfitri mestilah dikahwinkan juga dengan sedihnya kehilangan ramadhan. Maka, berdoalah kita agar dikurniakan kesempatan untuk ramadhan setetusnya.

Seterusnya, saya mengambil kesempatan ini untuk mewakili rakan-rakan qiyadi kmkj untuk mengucapkan selamat kembali kepada fitrah dengan tarbiyyah ramdhan. Taqabbalallhu minna wa minkum ajmaeen. Semoga allah menghimpunkan kita di kalangan muttqeen yang 'aideen dan faaizeen.

Ramadhan dirindui, syawal hadiah ilahi.

Sekian, terima kasih.





Ustaz Ihsan Fadhli Che Min
Yang Di-Pertua KMKJ 2011/12




----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


AS-SALAMU'ALAIKUM.
 Selamat menyambut hari raya Eidilfitri. Hari raya kurnia Allah SWT bersempena dengan kita menunaikan ibadat puasa Ramadhan.

Menjadi kelaziman, selepas menunaikan ibadah-ibadah yang besar Allah taala mengurniakan hadiah besar. Sembahyang lima waktu dikurniakan Hari Jumaat, Puasa Ramadhan dikurniakan Hari Raya Eidilfitri. Ibadat Haji dikurniakan Hari Raya Korban.

Hari raya Eidilfitri mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Setelah umat Islam dididik, ditarbiah dengan mengerjakan ibadah puasa di bulan Ramadhan, supaya menjadi org-org bertakwa kepada Allah SWT.

Adalah menjadi hikmah yang besar Allah swt memilih bulan Ramadhan berlakunya peristiwa al-Quran diturunkan dan peristiwa peperangan Badar, peristiwa pembukaan Mekah. Diikuti dengan bulan Syawal peristiwa Ahzab.

Menunjukkan bahawa kemuncak takwa yang ditarbiahkan melalui puasa ramadhan orang-orang yang beriman hendaklah menerima al-Quranul karim satu-satunya petunjuk yang benar, yang Esa daripada Allah SWT.

Setelah Allah swt menyatakan tujuan ibadat puasa itu supaya kamu bertakwa kepada Allah SWT. Allah SWT juga menegaskan kitab ini tidak syak lagi menjadi petunjuk kepada orang-orang yang bertakwa.

Hanya orang-orang bertakwa menjadikan al-Quran sebagai petunjuk. Marilah kita mempelajari daripada menafsirkan al-Quranul karim secara praktikal atau amali yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.

Selamat Menyambut Eidul Fitri.



Ustaz Ahmad Azrai Hj Abdullah Alawi
Yang Di Pertua KMKJ 2010/11

Selamat Menyambut Eidul Fitri.

About the Author

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan on 5:07:00 PM . Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 . Feel free to leave a response

By Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan on 5:07:00 PM . Filed under , . Follow any responses to the RSS 2.0 . Leave a response

0 cadangan dan kritikan membina for " Perutusan Hari Raya Aidilfitri 1432 Dua Yang Di-Pertua KMKJ "

Post a Comment

Tv Kmkj