Headlines

SYARAT PERMOHONAN KE UNIVERSITI DI JORDAN SESI AKADEMIK 2011/2012

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Saturday, April 23, 2011 | Posted in , ,

Setiap pemohon yang berhasrat untuk mengikuti pengajian di universiti di Jordan di peringkat ijazah pertama hendaklah memenuhi syarat kelayakan minimum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi seperti berikut:

i. Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh lima (5) Kepujian dalam mata pelajaran berkaitan bagi semua bidang pengajian kecuali perubatan dan pergigian di peringkat SPM;
 
ii. Bagi program perubatan dan pergigian, pemohon mesti memperoleh lima (5) Kepujian dengan mendapat sekurang-kurangnya 4B atau B (bermula SPM 2009) dalam mata pelajaran Sains dan Matematik di peringkat SPM; iii. Bagi program pengajian Islam dan Bahasa Arab, pelajar diwajibkan memperoleh pangkat Kepujian di peringkat SPM dalam semua mata pelajaran berikut:Bahasa Arab Tinggi/KomunikasiPendidikan Al-Quran dan As-SunnahPendidikan Syariah Islamiah

iii. Borang permohonan boleh didapati daripada: Pengarah Bahagian Hal Ehwal Dan Pembangunan Pelajar (UHEJPM) Jabatan Pengajian Tinggi Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia Aras 2 Blok E9, Parcel E, Presint 1 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62505 PUTRAJAYA

Setiap permohonan untuk kemasukan ke universiti di Jordan perlu mengemukakan dokumen seperti berikut:


i) Dua (2) salinan Borang KPT/JORDAN/2010 (Borang Permohonan Dan Pendaftaran Pelajar Ke     Universiti di Jordan)
 
ii) Dua (2) sijil terjemahan SPM (Bahasa Arab) yang asal dan dua (2) salinan yang telah disahkan;
 
iii) Dua (2) terjemahan Sijil Lahir (Bahasa Arab) yang asal dan dua (2) salinan yang telah disahkan;
 
iv) Terjemahan sijil SPM dan Sijil Lahir dalam bahasa Arab perlu dibuat di Institut Terjemahan Negara Malaysia di alamat berikut: Institut Terjemahan Negara Malaysia Wisma ITNM No. 2, Jalan 2/27E Wangsa Maju, Seksyen 10 53300 KUALA LUMPUR Tel. : 03-4149 7210Faks : 03-4149 1535
 
v) Terjemahan sijil SPM dan Sijil Lahir perlu disahkan oleh Bahagian Konsular, Kementerian Luar Negeri di alamat berikut: Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri Bahagian Konsular Wisma Putra No.1, Jalan Wisma Putra Presint 2 62602 PUTRAJAYA Tel.:03-8887-4159Faks.: 03-8889-2923
 
vi) Lima (5) keping gambar warna berukuran pasport;
 
vii) Tiga (3) salinan pasport Malaysia yang telah disahkan; (Muka surat yang mengandungi maklumat pelajar); 
viii. Dua (2) salinan keputusan SPM yang disahkan; ix. Dua (2) salinan Kad Pengenalan yang disahkan; x. Dua (2) salinan pengesahan laporan perubatan;
 
xi) Bayaran pengurusan dan pendaftaran sebanyak USD 40.00 bagi permohonan bidang perubatan ke Jordan University of Science and Technology dan bidang Pengajian Islam. Bayaran hendaklah dibuat melalui bank draf atas nama Director, Malaysian Student Department Jordan.
 
xii). Kenyataan pengesahan borang yang bersetem
 
Borang-borang KPT/JORDAN/serta dokumen lain yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan ke alamat berikut :Pengarah Bahagian Hal Ehwal Dan Pembangunan Pelajar (UHEJPM) Jabatan Pengajian Tinggi Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia Aras 2 Blok E9, Parcel E, Presint 1 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62505 PUTRAJAYA


Borang permohonan serta dokumen sokongan yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada Bahagian ini pada atau selewat-lewatnya 16 Mei 2011 di alamat berikut;

Pengarah
Bahagian Pemasaran Pendidikan (UHEJPM)
Jabatan Pengajian Tinggi
Kementerian Pengajian Tinggi
Aras 2 Blok E9, Kompleks E, Presint 1
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62505 PUTRAJ

Rujukan dan maklumat lanjut

APA PILIHAN ANDA?

Posted by Syamim Ibnuyusuf | Thursday, April 21, 2011 | Posted in ,

MARI MENGUNDI!!

BLAZER/JAKET KMKJ

Posted by Syamim Ibnuyusuf | | Posted in ,

Assalamu’alaikum wr wbt..
Kami dari Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan (KMKJ) ingin bertanyakan kepada anda semua, jika pihak kami ingin menjual jaket blazer KMKJ adakah ada dikalangan anda ingin membeli atau mendapatkannya? Jika kami mendapati ramai dan lebih 40 orang yang setuju dan ingin membelinya, kami akan membuka jualan ini..

Contoh design blazer kali ini seperti yang dipapar pada gambar diatas. sebelah depan nama dan bendera kelantan dan sebelah belakang seperti gambar dalam kotak pda gmbar di atas..

Pencarian BAKAT BARU!

Posted by Syamim Ibnuyusuf | Wednesday, April 20, 2011 | Posted in ,


Assalamu'alaikum wr wbt..
Semua nampakkan apa yang diatas? Kalau nampak baguslah.. Baiklah disini kami dari Biro Multimedia dan Publisiti, Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan (KMKJ) ingin mewar-warkan bahawa majalah KMKJ (APRESIASI) sekarang ini sudah dalam pembikinan, jadi untuk tidak melepaskan peluang anak-anak kelate kita ini, jadi kami mencari karyawan-karyawan seperti anda untuk sama-sama menghiaskan lagi buku ini yang masih putih bersih dan menanti anda semua untuk mencoraknya. Kami jua menerima apa jua jenis karya selain yg tersenarai di atas seperti lukisan, khat dan apa-apa sahaja. tempoh yang dibuka hanya sebulan dari sekarang. Cepat-cepat jangan lepaskan peluang ini.. sudah sahaja siap, hantarkan kepada nama-nama di atas. Jika ada sebarang pertanyaan boleh juga bertanya kepada orang di atas, tiada skop di khaskan. Ianya bebas.. Selamat bekarya..

Makluman Pilihan Raya MPPMJ 2011

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Monday, April 18, 2011 | Posted in

Makluman buat seluruh mahasiswa Jordan, insyaallah pada 6 mei 2011 bersamaan dengan hari Jumaat, bertempat di Amman, Mafraq, Muktah dan Irbid akan diadakan pilihanraya bagi Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan. Sehubungan dengan itu, sebuah organisasi Suruhanjaya Pilihanraya telah dibentuk bagi melicinkan perjalanan pilihanraya. Antara objektif suruhanjaya ini adalah bertindak seb agai badan berkecuali dari organisasi MPPMJ. Suruhanjaya ini juga mengendalikan dan menjayakan pilihanraya MPPM 2011 bagi perlantikan untuk mengisi jawatan-jawatan sebagaimana yang termaktub di dalam perlembagaan MPPMJ. Organisasi terdiri daripada:

Pengarah : Mohd Nazri Bin Yasin

Timb. Pengarah : Farah Wahidah Binti Musa

Setiausaha : NurZiana Binti Ahmad

Bendahari : Muhammad Shafiq Bin Ibrahim

Biro Perhubungan : Muhammad Firdaus Bin Shuhaimi
: Nazirah Binti Abdul Nasir

Biro Persiapan : Muhammad Ihsan Bin Pajarrudin
: Siti NorAisyah Binti Muhamad Jamili

Biro Percetakan : Mohd Hezrirullah Bin Abu Bakar Shaari
: Noor Asran Binti Basiron

Biro Tugas-Tugas Khas : Ramlah Binti Amin Abdullah

AJK Khas Zon :

1) JUST : Nabihah

2) Yarmouk : Abdul Razak Talderi
: Wan Maslukma

3) Mafraq : Abu Bakar Mohd Noor
: Mohd Fikri Muhamad
: Safarah Abdul Rahim
: NorFarhana Ahmad Ghafar

4) Amman : Arif Amin Bin Rushihi

Nama-nama yang tersenarai di atas adalah berkecuali dari dicalonkan dan berkempen bagi mana-mana pihak, akan tetapi boleh mengundi. Semoga apa yang dirancang akan berjalan dengan lancar dan mendapat kerahmatan dan keredhaan dari Yang Maha Esa.
 

LAPORAN FESTIVAL SUKAN MAHASISWA KELANTAN JORDAN (FESMAK)

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | | Posted in

Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan (KMKJ) melalui Biro Sukan dan Kebudayaan Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan sesi 2010/2011 telah menganjurkan Festival Sukan Mahasiswa Kelantan Jordan(FESMAK) yang berlangsung selama 3 hari 2 malam pada 13, 14 dan 15 Februari (Khamis, Jumaat dan Sabtu) yang bertempat di Mu’tah sebagai Pusat Aktiviti. Program ini merupakan anjuran bersama Jabatan Penuntut Malaysia Jordan (JPMJ), Biro Dakwah & Tarbiyah dan Biro  Akademik & Pembangunan Minda.

Karnival kali ini bertemakan “Kerana Ukhuwwah Itu Indah.”
Objektif program ini diadakan antaranya adalah:

1.    Merapatkan hubungan silaturahim antara ahli-ahli dengan pimpinan Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan.
2.     Menajamkan pemikiran ahli seiring dengan tuntutan masa kini.
3.     Mencungkil bakat-bakat baru dalam bidang sukan dan kebudayaan yang berunsurkan Islam.
4.     Meningkatkan penglibatan ahli dalam program anjuran Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan
5.     Memperkasakan syakhsiah mahasiswa dan santapan rohani ahli.


Secara keseluruhannya, program ini berjalan dengan lancar walaupun keadaan cuaca yang sejuk tidak menjadi penghalang untuk meneruskan aktiviti. Ini membuktikan bahawa  kita mampu cemerlang bukan saja dari sudut akademik bahkan dari pelbagai sudut termasuklah dalam kegiatan sukan. Program ini melibatkan mahasiswa Kelantan gabungan seluruh mantiqah di Jordan termasuklah Mu’tah, Irbid, Amman dan Mafraq bagi tujuan mengeratkan ukhuwwah. 

Hari Khamis, 13 Februari 2011 - Program telah bermula secara rasminya pada hari Khamis dengan ketibaan pelajar-pelajar dari mantiqah luar seperti Irbid, Amman dan Mafraq dan mereka diagihkan dengan penempatan sementara. 

Hari Jumaat, 14 Februari 2011 - Aktiviti diteruskan dengan Qiyamullail Perdana yang dikendalikan khas oleh Biro Dakwah & Tarbiah KMKJ dan sedikit pengisian tazkirah Subuh. Pada sebelah siangnya, para peserta FESMAK telah diagihkan kepada beberapa kumpulan utama seperti Guo Muse, Jeli, Ranta Panje dan Pasir Puteh mengikut nama-nama daerah yang ada di negeri Kelantan. Aktiviti diteruskan dengan acara luaran (outdoor) seperti Bola Tampar, Futsal, Sepaktakraw dan Badminton bagi syabab, demikian juga di pihak akhawat dengan beberapa acara seperti Bola Tampar, Badminton, Ping Pong dan Bola Jaring. 


Pada sebelah malamnya, FESMAK diteruskan dengan acara dalaman (outdoor) seperti PES 2010, Catur dan Dam bagi syabab dan begitu juga sebelah akhawat dengan Congkak, Catur dan Dam.

Hari Sabtu,15 Februari 2011 - Di sebelah pagi, aktiviti diteruskan dengan acara akhir dan acara yang masih lagi berbaki seperti Sepaktakraw, Badminton dan Futsal di Solah Riadhi. Seterusnya, majlis diteruskan dengan acara pelengkap iaitu majlis penutup yang bertempat di Dewan Masrah, Universiti Mu’tah dengan pengisian yang menarik seperti Majlis Kebudayaan, persembahan dari setiap mantiqah, persembahan khas dari Kelab Dikir Barat KMKJ, penyampaian hadiah kepada pemenang, ucapan oleh Pengarah FESMAK: Muhammad Dawud bin Ab Rashid, ucapan YDP KMKJ: Ahmad Azrai Bin Haji Abdullah Alawi dan sebagainya. Perasmian penutup telah disempurnakan oleh Tuan Haji Sulaiman B Ismail, Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia Jordan.



“KERANA UKHUWWAH ITU INDAH”

Di sediakan Oleh :

Wan Hakimi Bin Wan Mohd Nor
Setiausaha,
Festival Sukan Mahasiswa Kelantan Jordan (FESMAK)
2011

Pesanan untuk warga Kelantan di perantauan: Jaga imej & perjuangan berteraskan Islam

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | | Posted in ,

Sesungguhnya perjumpaan sesama anak Kelantan bukanlah kerana perkauman. Sebaliknya, ia adalah perjumpaan atas sifat fitrah manusia untuk beramah-mesra. Malah perjumpaan akan terasa lebih seronok, apabila dapat bercakap-cakap dalam loghat Kelantan.

Demikianlah kelebihan orang Kelantan ke mana sahaja mereka pergi, imej dan identiti itu dibawa dan diamalkan.


Sementara itu, ada lagi kelebihan yang masyhur bagi orang Kelantan, iaitu sentiasa ada ‘tok guru’ walau ke mana sahaja mereka pergi. Ia ada kaitannya dengan budaya ilmu yang sentiasa hidup sehingga terkenal sebagai masyarakat yang suka ‘mengaji’ walau ke mana mereka pergi. Maka kerana ingin berguru dan mengaji ramai orang Kelantan ke Tanah Arab (Mekah , Mesir) atau ke Negara Barat (Amerika, England, Australia) dan lain-lain lagi.


Kesan daripada kelebihan itu, didapati ramai orang Kelantan kini menduduki jawatan penting dalam pelbagai bidang. Termasuklah juga, agak ramai menjadi pegawai dan kakitangan di pelbagai jabatan Kerajaan, khususnya di pejabat Kerajaan di Putrajaya.

Oleh kerana itu, apa yang penting bagi orang Kelantan ialah pakat jaga dan kekalkan kelebihan yang ada itu.
Demikian juga, orang Kelantan cukup dikenali sebagai orang yang kuat berpegang kepada ajaran Islam. Ia adalah kerana imej orang Kelantan yang ramai ‘menuntut ilmu Islam’ menerusi pelbagai saluran ilmu. Antaranya menerusi tok guru pondok, sekolah agama, menadah kitab di masjid serta balaisah (madrasah).
Ia diperkukuhkan lagi dengan cara Kerajaan Negeri Kelantan sekarang yang mentadbir secara Islam. Diikuti dengan penganjuran perjuangan Islam kepada rakyat, dan melaksanakan usaha membangunkan taqwa dan amalannya serta keyakinan dalam hati semua rakyat. Sehingga mereka yakin untuk menolak perjuangan nasionalis dan kekal menerima landasan perjuangan Islam. Ia diibaratkan, rakyat Kelantan sekarang telah bergerak di atas landasan lurus (railway) menuju matlamat sebenar (akhirat).

Kesemuanya adalah berkat daripada kesungguhan Kerajaan Negeri Kelantan memajukan negeri menurut acuan taqwa. Misalnya, langkah mengadakan Tabung Serambi Mekah merupakan satu kaedah galakan untuk membuat kebajikan atas rezeki diterima. Menerusi tabung ini, kita boleh menyumbang punca (rezeki) halal dan begitu juga kita boleh menyumbang/membersihkan punca haram (wang hasil riba bank).
Ia satu didikan untuk rakyat menyediakan bekalan (pahala) untuk akhirat. Maka tabung ini adalah salah satu saluran bagi “menyiap diri semasa hidup di dunia menuju akhirat atas dasar taqwa.”

Hal yang demikian adalah melengkapi falsafah hidup, “cari duit untuk makan dan minum, sementara mencari pahala untuk bekal mati, kerana mati itu tiada pilihan bagi kita.”

Sehingga kini, Kerajaan Negeri yang memakai prinsip Islam––ubudiyah , mas’uliyah dan itqan, telah berjaya mendidik rakyat agar membuat persiapan untuk mati dan persiapan untuk hidup di akhirat.
Apa yang perlu kita yakin, menerusi amal kebajikan itulah akan membuatkan amalan kita (sembahyang) diterima Allah. Jika dihayati firman Allah (surah al-Ma’un, ayat 4-7) :

Bermaksud: “Maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli Sembahyang; (iaitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya; (juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak (bangga diri dalam ibadat dan bawaannya), dan orang-orang yang tidak memberi sedikit pertolongan (kepada orang yang berhak mendapatnya).

Bermakna, sembahyang itu sebagai ibadat wajib akan dikira sempurna bila sempurnanya sifat amalan baik kita kepada masyarakat––mereka yang patut ditolong. Maka amat malanglah mereka hidupnya sentiasa lalai dalam sembahyang dan tidak pula berbuat amal kebajikan.

Justeru bagi memastikan diri kita terus yakin dengan ajaran Islam, agar bertaqwa dan istiqamah melaksanakan amalan kebajikan serta untuk menambah pahala, maka kekalkan sifat sentiasa menuntut ilmu agar terus lekat di dada. Sesungguhnya ilmu di dada itu lebih bermanfaat untuk memandu kita ke jalan taqwa.
Semoga kita mengambil pengajaran daripada kata-kata Imam Syafie: “ilmu di dada itu lebih bermanfaat daripada yang berada di dalam kitab.”

Selari dengan itu, darjat kemanusiaan seseorang itu akan beroleh kelebihan di sisi Allah SWT, sebagaimana firman-Nya (surah Al-Israk, ayat 70);

Bermaksud: “Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan.

Sumber Rujukan

Tv Kmkj

    Blog Archive