Headlines

Warung KMKJ di PERTAMA 6

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Friday, February 24, 2012 | Posted in , ,

TEKAK kekeringan makanan tradisi KELANTAN? 
PERUT bernyanyi rindukan isian masakan KELANTAN?
LIDAH mengiur teringat kenangan ketika menjamah makanan KELANTAN?
Tangan begetar-getar lama tidak menjamah makanan KELANTAN?

Jika ya, anda disahkan punyai penyakit merbahaya!

ู…ู† ุฌَุงุจِุฑٍ، ุนَู†ْ ุฑَุณُูˆู„ِ ุงู„ู„ู‡ِ ุตَู„َّู‰ ุงู„ู„ู‡ُ ุนَู„َูŠْู‡ِ ูˆَุณَู„َّู…َ ุฃَู†َّู‡ُ ู‚َุงู„َ: «ู„ِูƒُู„ِّ ุฏَุงุกٍ ุฏَูˆَุงุกٌ، ูَุฅِุฐَุง ุฃُุตِูŠุจَ ุฏَูˆَุงุกُ ุงู„ุฏَّุงุกِ ุจَุฑَุฃَ ุจِุฅِุฐْู†ِ ุงู„ู„ู‡ِ ุนَุฒَّ ูˆَุฌَู„َّ»
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, "Tiap-tiap penyakit itu ada penawarnya kecuali mati." (Riwayat Imam Muslim)

INI PENAWARNYA : Warung KMKJ kini beraksi secara REALIT! Temui Warung KMKJ di PERTAMA VI. Sebahagian menu sepertimana dibawah..

BORANG KAJI SELIDIK AHLI KMKJ

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Thursday, February 16, 2012 | Posted in ,

Salam pembuka sesi pengajian buat seluruh warga KMKJ...
Moga sesi baru kali ini menjadi satu batu loncatan kepada kita utk di"paksa" dlm menghafal, seterusnya untuk tidak menjadi "katak bawah tempurung" yang di "Setting" dalam pemikiran kita jika kita hafal tanpa faham..

dengan kata lainnya, imtihan merupakan suatu "turning point" utk kita utk memahami apa yang dihafal..

Mohon sekali lagi jasa baik antum utk mengisi spreadsheet di link diatas bagi memudahkan proses pihak KMKJ mengurus bahagian zakat Kelantan, Pinjaman, Dana Kijang Emas, dsb... 

p/s :segala ralat dan kerosakkan pada link sebelumnya telah dibaiki pada kali ini.. mohon ribuaan maaf diatas keralatan..

:: Kerana ukhuwah Itu Indah ::

KLIK DISINI UNTUK ISI BORANG

[PROGRAM BERSAMA ANAK YATIM] Mencurah Kasih, Memberi Harapan

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | | Posted in , ,


:: KEPADA AHLI RASMI KMKJ & SEKUTU MAFRAQ SAHAJA ::

“Dan berbuat baiklah kepada ibu bapa dan kaum kerabat serta anak-anak yatim dan orang-orang miskin.” (QS Al Baqarah 2:83)

SERTAI PROGRAM KESATUAN MAHASISWA KELANTAN JORDAN (KMKJ) TITIAN KASIH BERSAMA ANAK YATIM DAN IBU TUNGGAL DI JORDAN - "MENCURAH KASIH MEMBERI HARAPAN"

TARIKH : SABTU (3-3-2012)
TEMPAT : MADINAH RIADHIAT, AMMAN
WAKTU : 8.00PG-1.OOPTG

ACARA-ACARA MENARIK
*PERSEMBAHAN ARTIS JEMPUTAN
*PERSEMBAHAN ANAK YATIM JORDAN
*PERSEMBAHAN DIKIR BARAT SRI KIJANG
*BERSAMA WARTAWAN JORDAN
*BERSAMA TETAMU KEHORMAT DARI JORDAN
*DAN BERMACAM-MACAM LAGI

YURAN 4JD (SAMBIL MENDERMA) | TERHAD KEPADA 60 ORANG SAHAJA.
PENDAFTARAN, DERMA DAN SUMBANGAN BUAT ANAK YATIM BOLEH DIHULURKAN MELALUI :
SYABAB : Ahmad Shakir (0777159336)
AKHAWAT : Nur Hasnida (0779082428)

Anjuran : Perwakilan Mafraq, Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan (KMKJ)
BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAN, BERAMAL KERANA ALLAH

Nama Yang Berjaya Mendapat Pinjaman YAKIN 8 Februari 2012

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Friday, February 10, 2012 | Posted in

Assalamu'alaikum wr wbt,
Alhamdulillah syukur kita kepada Allah kerana sehingga hari ini nadi kita masih berdenyut, jantung kita terus lagi berlari, dan nafas kita terus bernyawa menghirup udara bersama zat-zat rezeki yang terkandung dalam oksigen bekalan dari Allah SWT. Alhamdulilah syukur juga kerana masih diberi kesempatan untuk terus berdiri menghadapi sesi pengajian baru fasal thani 2011/2012. Dimana peluang yang Allah telah amanahkan, sesuai dengan kelayakan kita sebagai orang yang terpilih dikalangan yang terpilih, tidak senasib sahabat kita yang telah tinggalkan kita dahulu disesi lalu. Al-Fatihah buat mereka.


Di awal dan pembukaan sesi pengajian ini, masing-masing dengan azam baru dan semangat tinggi, kena pula sesi pengajian yang pertama di tahun baru 2012 ini. Sepertimana yang telah dinanti-nantikan oleh semua, disamping sibuk mengepam semangat di dada, kali ini pihak YAYASAN KELANTAN DARUL NAIM (YAKIN) telah mencelah di awal sesi ini dengan bakal memberi suntikan maksimum untuk menjadi semangat baru pada pembukaan 2012 ini. Terima kasih kepada YAKIN.


Sepertimana yang telah diberitakan sebelum ini, dimana pada tahun ini YAKIN telah meluluskan sebanyak 26 permohon pada awalnya, namun itu hanya khabar yang pertama. Setelah pihak YAKIN telah membuat penilaian seterusnya, akhirnya keputusan telah meyakinkan YAKIN untuk meluluskan 47 permohonan dari JORDAN sahaja. Satu kelulusan yang terbesar sepanjang keberadaan anak Kelantan kita di JORDAN. Ucapan jutaan terima kasih buat YAKIN sekali lagi kerana sudi berurusan dengan anak Kelantan di JORDAN, dan sudi mencakna kami disini. Dibawah ini pihak Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan (KMKJ) melampirkan nama-nama anak Kelantan kita di Jordan ini yang berjaya atas dasar layakknya dan menepati kriteria yang telah ditetapkan YAKIN :



UNIVERSITI OF JORDAN (URDUNIAH), AMMAN

1. NUR AZILAH BIINTI ABDUL HALIM
2. NUR HANANI FADZILAH BINTI ABDUL KHALID


UNIVERSITI YARMOUK, IRBID

1. SYUKRI BIN ALIAS
2. NOORHANANI NABILAH BINTI MOHD NOOR
3. ALIF AZIZI BIN ROSLI
4. WAN MASLUKMA BINTI WAN ZAHARUDIN


UNIVERSITI MU’TAH, KARAK

1. NUR ASIKEN BINTI MAT JUSOH
2. SYARIFAH NURFATHIAH BINTI SYED MUSTAFFA
3. MOHD ASYRAF BIN MAHASAN
4. NUR HIDAYAH BINTI MOHAMAD ZAWAWI
5. MUHAMMAD IZZAT BIN RAZALI
6. BURHANUDDIN HILMI BIN NAWI
7. HANIS BINTI RAZALI
8. NUR AIN BINTI MOHD HADZMI
9. NURUL AZMA BINTI MAT UI
10. AHMAD HAFIZUDDIN BIN OTHMAN
11. JUNAID BIN MOHD YUSOFF
12. RABIATUL ADAWIYYAH BINTI RAZALI
13. AHMAD HALIMI BIN MD DAUD
14. SITI ZUR’AIN BIN MOHD NOR HADI
15. AHMAD SYAKIR BIN HJ. SULAIMAN


UNIVERSITI AL al-BAYT, MAFRAQ

1. CHE ABDUL HAKIM BIN CHE YAHYA
2. MUHANNAD BIN MOHD NASRIFF
3. NUR SAKINAH BINTI MOHD KAMARUZAMAN
4. NIK MOHAMAD AZREEN BIN NIK YAHYA
5. MOHD FADZLI BIN MOHAMED
6. ROFAIZAL BIN ISMAIL
7. MUHAMMAD KAMIL BIN ABDUL AZIZ
8. SYED MD RIDUAN BIN SYED MOHD KAHAR
9. NUR AMALINA BINTI FAUZI
10. NUR SYAZWANI BINTI MOHD NOOR
11. ALYAA SYAHIRAH BINTI ABDUL RAHIM
12. NUSAIBAH BINTI HILALUDDIN
13. AHMAD NORDIN BIN YUSOFF
14. NORMA BINTI MOHD GHAZALI
15. NURUL FADHILAH BINTI MAT RIPIN
16. NUR FATIMAH NADHIRAH BINTI ABDULLAH
17. NURUL FITRIAH BINTI CHE HAMZAH
18. AHMAD YIROZAMIR BIN YAACOB
19. MOHAMAD FADLULRAHMAN BIN MOHD RUSDI
20. FAIRUZ BINTI FIKRI
21. SITI NUR ATHIRAH BINTI HASHIM
22. AHMAD FARHAN BIN MAMAT
23. NIK MOHD SYAMIM IYLIA BIN MAT YUSOFf
24. MOHAMAD MUINUDDIN BIN MOHD ROSLI
25. NUR NAJWA BINTI RAMLY
26. MOHD KHAIROL BIN MOKHTAR

JUMLAH PENUNTUT : 47

Kepada yang layak, kami dari Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan (KMKJ) mengucapkan tahniah. Manakala buat yang tidak layak, harap bersabar dan panjatkan doa banyak-banyak. Sila cuba lagi pada tahun hadapan. Pesanan dari kami kepada pemohon-pemohon yang berjaya, gunalah duit yang diamanahkan sebagai pinjaman itu dengan sebaiknya, dan tidak dihabiskan kepada yang tidak sepatutnya dihabiskan, agar tidak tenat dan menyesal ketika melangsaikan kembali pinjaman tersebut. Walaupun keputusan anda MUMTAZ sekalipun, hutang tetap wajib dibayar kalau tidak tersangkut pula di Akhirat nanti.

:: Selamat Study Bittaufiq ::
:: Man Jadda wa Jadd ::

Assalamu'alaikum wr wbt..
Buat ahli-ahli KMKJ telah dan pernah menghantar borang zakat/pinjaman dan ingin menyemak dan mengetahui status permohonan anda samada diterima atau sebaliknya sila hubungi saya MOHD AL-AMIN ZAKARIA bolehlah klik pada nama saya dan bertanyakan status zakat/pinjaman anda. Anda boleh juga menghubungi saya melalui talian 0777159326. Sila sertakan sekali nama penuh seperti di isi dalam borang permohonan, nombor kad pengenalan serta tarikh hantar borang. jazakaLLAHU KHAIRR

[EKONOMI] JUALAN TUDUNG

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Monday, February 6, 2012 | Posted in



Tudung jenis koshibo'60, jika berminat sila temui agen jualan kami di booth kmkj program PERTAMA pada 24/25 februari ini, bertempat di Irbid. harga 5jd. untuk pelanggan yang terawal menempah, boleh mendapat harga diskaun 25%. Tambahan, tudung 1.75meter. sangat besar dan boleh ptong untuk buat niqob.^^,tempahan bolehlah dibuat kepada :
Doc. Humaira' - 0779687933

Tanpaku Sedari (Filem Pendek MaulidurRasul)

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Sunday, February 5, 2012 | Posted in



An-Naml Studio adalah projek kerjasama Biro Multimedia Kmkj bersama Ahmed Yirozamir.

Filem Pendek Sempena Maulidur Rasul saw. dihasilkan oleh beberapa mahasiswa Malaysia dari Al al-Bayt University, Mafraq, Jordan. Tujuan filem pendek ini dihasilkan adalah untuk menyingkapi dan menyedari bahawa setiap gerak geri seharian kita selama ini adalah mendapat pahala sunnah. Sayangnya kita terlepas niat untuk memperoleh pahal sunnah tetapi menukarkan gerak geri kita menjadi adat, lumrah ataupun perkara biasa. Semuanya bergantung pada niat. Cuma niat sahaja. Ruginyakan..

Rasulullah saw begitu menyaingi kita sehinggakan memberi saluran untuk membantu ummatnya memperoleh pahala dengan mudah cuma niat menunaikan yang sunnah kerana kehidupan kita merangkumi perbuatan-perbuatan nabi kita sendiri.. Alangkah Ruginya kita.. Jom kita tengok apa yang kita tengok apa yang kita terlepas dari pandangan untuk memperoleh pahala semudah niat sahaja itu.

Tv Kmkj

    Blog Archive