Headlines

Eid Mubarak

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Tuesday, October 15, 2013 | Posted in , ,


[UCAPAN EIDUL ADHA 2013|1434H]
Bismillah,
Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan (KMKJ)
mengucapkan SALAM EIDUL ADHA 1434 hijri kepada semua warga KMKJ.
-kullu amm,wa antum bikheir-

KEMALANGAN PELAJAR MALAYSIA DI JORDAN

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Saturday, June 22, 2013 | Posted in ,

|LAPORAN KEMALANGAN PELAJAR MALAYSIA DI JORDAN|

Pada 21 Jun 2013 (Jumaat) antara jam 5.00 - 6.00 petang, waktu Jordan, sebuah kenderaan jenis pacuan 4 roda yang dinaiki oleh 5 orang pelajar Malaysia telah terbabas dan terjunam ke dalam gaung di jalan antara Petra dan Aqabah kira-kira 320 KM dari Amman, Jordan.

Pelajar yang terlibat adalah seperti berikut :

1) Sumaiyah Binti Romli (Meninggal Dunia)
Universiti Kolej London.
Tahun 1.
Tajaan : Jabatan Perkhidmatan Awam
Pengkhususan : Astronomi Fizik.
Asal : Kedah.

2) Nur Ili Dayana Binti Mazlan@Masgelan (Cedera)
London School Of Economy.
Tahun 4.
Pengkhususan : Ekonomi.
Tajaan: Bank Negara.
Asal : Perak.

3) Mohamad Shukri Bin Alias. (Cedera Parah) -Pemandu-
Universiti Yarmouk
Tahun 3
Pengkhususan : Pengajian Islam.
Tajaan : Persendirian.
Asal : Kelantan.

4) Muhammad Nazirul Mubin Bin Nasruddin (Cedera)
Universiti Yarmouk
Tahun 3.
Pengkhususan : Ekonomi dan Perbankan Islam.
Tajaan : Jabatan Perkhidmatan Awam
Asal: Kuala Lumpur

5) Humairak Binti Ibrahim (Isteri Muhammad Nazirul) (Cedera dan Keguguran Bayi)
Universiti Yarmouk
Tahun 3 Pengkhususan : Ekonomi dan Perbankan Islam.
Tajaan : Persendirian.
Asal: Kelantan.

Kesemua mangsa kemalangan telah dibawa ke Hospital Queen Rania Abdullah, Petra, Jordan.

Mangsa yang meninggal dunia (Sumaiyah Binti Romli) mengalami kecederaan serius pada bahagian kepala dan belakang tengkok. Jenazah berada dalam keadaan baik.
Wakil MPMMJ, Saudara Arif Amin Bin Rushihi, Presiden MPMMJ. Saudara Abdul Hakim Othman, Setiausaha Agung MPMMJ. Bersama Prof. Madya. Dr Mohd Azidan bin Abdul Jabar, Pengarah EMJ. En. Mohd Harris bin Ali, Pegawai JPA. dan Ustaz Saifuddin bin Hussin, Pegawai Atase Pendidikan EMJ dalam proses menguruskan mangsa yang meninggal dan mangsa yang cedera. Apa-apa perkembangan akan kami update dari semasa ke semasa.


Mohamad Shukri Bin Alias dan juga Humairak Binti Ibrahim merupakan mantan pimpinan KMKJ pada sesi lepas.

Struktur Organisasi KMKJ 2013/2014

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Friday, June 21, 2013 | Posted in

  




 





Majlis Graduasi KMKJ Mafraq

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Thursday, May 23, 2013 | Posted in , ,


[PERWAKILAN MAFRAQ]

MAJLIS GRADUASI KMKJ MAFRAQ
AL AL-BAYT UNIVERSITY

TARIKH : 23 MEI 2013
TEMPAT : BAYT PRISMA
MASA : 7 MLM (SOLAT MAGHRIB BERJEMAAH)
BAYARAN : 0.500 JD (SEORANG)

PELBAGAI MENARIK MENANTI ANDA!!!
PERSEMBAHAN ISTIMEWA DARI KUMPULAN DIKIR BARAT SERI SOHRO'

#SEMUA AHLI KMKJ MAFRAQ DIJEMPUT HADIR#
-PANDA SAIN,PROSES KETAMADUNAN UMMAH-


7 Tips Penting Menghadapi Peperiksaan

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Monday, May 13, 2013 | Posted in , ,


Salam imtihan akhir buat semua ahli KMKJ,sempena imtihan akhir ini KMKJ ingin berkongsi pada anda semua 7 Tips Penting Menghadapi Peperiksaan. 
 jom sama2 kita baca 7 tips ini : 

1. Semak jadual
Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.

Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.

2. Kunci peperiksaan
Apakah kunci kepada peperiksaan? Peperiksaan menuntut calon membuat banyak latihan dan ulang kaji bagi mengingati pelajaran lalu, selain mengelak diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan.

Oleh itu, anda jangan jemu untuk terus membuat ulang kaji, terutama menggunakan kertas peperiksaan tahun terdahulu atau soalan seiras. Langkah itu akan membiasakan anda dengan soalan standard, di samping membolehkan ingatan anda kekal dan berpanjangan.

3. Tentukan keutamaan
Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran atau kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasai. dalam hal ini, jangan sekali-kali belajar subjek yang anda sukai saja, sebaliknya merangkumi semua.

Ini kerana setiap peperiksaan akan membabitkan semua subjek dipelajari di sekolah, bukannya berdasarkan minat seseorang calon.

4. Banyak mengingat dan membuat kaitan

Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan calon dalam menghadapi peperiksaan. Pelbagai cara boleh anda digunakan untuk mengingat, antaranya belajar berulang kali mengenai sesuatu kemahiran.

Apa-apa pun cara digunakan, terpulang kepada anda, asalkan ia dapat membantu mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan.

5. Merancang persiapan peperiksaan
Ada tiga perkara yang mesti diamalkan calon bagi menentukan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.

a) Pertama, sebelum peperiksaan khususnya dalam tempoh beberapa minggu ini, kuat dan tingkatkan usaha serta semangat dengan belajar secara berterusan.

Selain di sekolah dan rumah, anda seharusnya mengambil peluang memanfaatkan masa yang ada, tidak kira di mana saja berada dengan membaca nota ringkas yang disediakan sebelum ini. Ini akan membantu anda mengingati semula apa yang telah dipelajari.

Dalam pada itu, kesihatan diri jangan diabaikan. Walaupun bersemangat untuk menduduki peperiksaan, janganlah keterlaluan hingga lupa makan dan minum. Ini kerana keadaan itu boleh menyebabkan anda jatuh sakit.

Tidur hendaklah mencukupi supaya anda sentiasa selesa dan dapat memberi tumpuan terhadap pelajaran sama ada ketika di sekolah mahupun sewaktu belajar sendiri di rumah. Kesihatan tubuh badan yang baik amat perlu, apatah lagi akan menduduki peperiksaan.

Buat seketika, lupakan dulu perkara-perkara lain yang anda minat, sebaliknya manfaat masa yang ada dengan mengulang kaji pelajaran. Ini kerana semua perkara itu boleh dilakukan kemudian berbanding peperiksaan yang kata orang sekali seumur hidup. Jangan lepaskan peluang keemasan itu.

Begitu juga dengan pengambilan makanan, seharusnya ia seimbang. Dalam masa beberapa hari ini juga, anda seharusnya makan makanan yang berzat dan boleh membantu mengembang dan mencergaskan minda anda.

Setelah segala persiapan diri sudah dilakukan, anda perlu pastikan keperluan peperiksaan yang lain tidak dilupakan, antaranya peralatan menulis khususnya pensel 2B, pemadam dan penajam pensel, jika tidak sediakan beberapa batang pensel. Pastikan peralatan ini disediakan lebih awal dan tidak lupa dibawa pada hari peperiksaan.

Sebaiknya tidurlah lebih awal pada malam hari peperiksaan. Langkah itu perlu supaya anda berasa segar dan dapat menghadapi kertas peperiksaan dengan tenang tanpa sebarang masalah.

b) Kedua, pada hari peperiksaan. Bangun dan pergi ke sekolah atau dewan peperiksaan lebih awal, bagaimanapun pastikan anda bersarapan terlebih dulu. Jika anda bangun lewat, bukan saja tidak sempat bersarapan, malah akan tergesa-gesa ke sekolah.

Ingat, perbuatan tergesa-gesa menjanjikan pelbagai masalah, antaranya membuatkan anda panik lalu tidak dapat menumpukan terhadap peperiksaan.

Sebelum itu, jangan lupa bersalaman dengan ibu bapa dan minta mereka mendoakan kita dapat menjawab soalan dengan jayanya.

Ketika berada dalam dewan peperiksaan, anda hendaklah dalam keadaan tenang dan anggaplah peperiksaan itu sebagai perkara biasa. Untuk menenangkan diri jika menggelabah, anda tariklah nafas panjang-panjang. Langkah itu membantu jantung anda mendapat bekalan oksigen yang mencukupi, sekali gus menghilangkan rasa gugup dan bimbang.

Apabila menjawab soalan, sekali lagi anda perlu tenang. Setelah diberi kebenaran oleh pengawas peperiksaan, jawablah soalan yang anda fikir mudah dulu. Jangan guna masa terlalu banyak untuk menjawab soalan sukar itu, sebaliknya terus selesaikan soalan lebih mudah. Soalan susah yang ditinggalkan sementara itu jangan diabaikan, tetapi dibuat kemudian.

Jika menjawab soalan objektif, ketelitian amat perlu. Menentukan pilihan jawapan yang tepat amat penting. Pastikan jawapan yang kita pilih dalam kertas soalan sama dengan huruf pada kertas jawapan. Seandainya tersalah tanda, padamkan betul-betul sehingga hilang tanda hitam pensel

Walaupun sudah yakin jawapan yang diberi, baik bagi soalan objektif mahupun subjektif, semakan sebelum kertas jawapan diserah kepada pengawas peperiksaan adalah perlu dalam memastikan semuanya betul dan sudah dijawab. Oleh itu, peruntukkan sedikit masa untuk tujuan semakan terakhir.

Pembahagian masa yang betul amat perlu ketika menjawab soalan. Gunakan masa yang diperuntukkan dengan berkesan. Jangan sekali-kali alpa atau khayal sewaktu menjawab kerana langkah itu akan merugikan anda.

c) Ketiga, selepas peperiksaan. Setelah menduduki sesuatu kertas peperiksaan, anda tidak digalakkan berbincang dulu dengan rakan atau sesiapa mengenainya. Ini perlu bagi mengelakkan perasaan kecewa jika didapati jawapan anda terpesong atau salah.

Jika ini berlaku, anda mungkin hilang semangat atau fikiran terganggu ketika menjawab kertas soalan berikutnya. Sebaiknya, bincang kertas soalan itu setelah peperiksaan berakhir.

Langkah terbaik, beri tumpuan penuh untuk menjawab soalan, bukannya menyemak jawapan.

6. Elakkan terbabit dengan situasi yang boleh mengganggu perasaan

Menjelang peperiksaan, pelbagai dugaan mungkin dihadapi. Oleh itu, anda seharusnya sentiasa bersedia menghadapi apa saja dugaan yang boleh mengganggu perasaan. Selepas menunaikan solat lima waktu, berdoalah supaya Allah SWT tenangkan perasaan dan dapat fokuskan tumpuan terhadap peperiksaan.

7. Berdoa dan bertawakal

Sering kali kita was-was ataupun tidak yakin dengan apa yang dilakukan. Dalam hal peperiksaan, anda tidak seharusnya kurang yakin dengan kemampuan diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi. Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah SWT kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri, malah mencapai kejayaan.

*Semoga kita semua dipermudahkan urusan dan dikurniakan kejayaan cemerlang insyaAllah.




Majlis Keraian Graduasi Mahasiswa Kelantan Di Universiti Mu'tah

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | | Posted in , , ,


Assalamualaikum W.B.T makluman buat semua ahli KMKJ Mu'tah anda dijemput ke majlis "Keraian Graduasi Anak Kelantan Di Universiti Mu'tah Jordan"  butiran majlis seperti berikut :

TARIKH : 16 MEI 2013
TEMPAT : PUSKMA
MASA : 7.45 MALAM
BAYARAN : 1 JOD SETIAP SEORANG
ANJURAN : PERWAKILAN MU'TAH KMKJ 2013/2014

Persembahan menarik menanti anda!!!



Kemaskini Data Ahli KMKJ

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Friday, May 10, 2013 | Posted in ,


Assalamualaikum W.B.T minta perhatian dan kerjasama daripada semua ahli KMKJ rasmi atau bersekutu untuk kemaskini balik data anda di Jabatan Kesetiausahaan  (JSU) KMKJ 2013/2014,bagi memudahkan urusan JSU KMKJ 13/14 mengupdate database ahli KMKJ.

Sila isi spreadsheet di bawah untuk mengemaskini data anda 


sebarang permasalahan boleh terus hubungi setiausaha agung KMKJ 13/14


Terima kasih di atas segala perhatian dan kerjasama anda.

Salam Imtihan Akhir (Fasal Thani (2012/2013)

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Tuesday, May 7, 2013 | Posted in , , ,


Assalamualaikum W.B.T 
KMKJ mengucapkan selamat menghadapi imtihan akhir bagi fasal thani 2012/2013 buat semua warga KMKJ,semoga anda semua dikurniakan kejayaan cemerlang,dipermudahkan segala urusan dan sentiasa dikurniakan ilmu yang bermanfaat.
Jangan lupa! berusaha sehabis-habisan,berdoa dan bertawakal pada Allah, insyaAllah najah!


Syabas & Tahniah buat Dato' Ahmad Yaakob

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | | Posted in , , ,


Assalamualaikum W.B.T 
kami dari warga Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan (KMKJ) merakamkan sekalung ucapan syabas & tahniah serta menyokong penuh perlantikan Dato' Ahmad Yaakob sebagai MB kelantan yang baru,serta TIMB dan barisan EXCO kerajaan negeri yang baru,semoga dapat menjalankan tugas ini dengan penuh amanah,dedikasi dan bertanggunjawab serta meneruskan kegemilangan kerajaan kelantan di bawah kepimpinan Tok Guru Nik Abdul Aziz.

Majlis Solat Hajat & Temu Mato KMKJ MAFRAQ

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Thursday, May 2, 2013 | Posted in , ,


Assalamualaikum W.B.T buat semua ahli kmkj mafraq..anda semua dijemput ke majlis solat hajat dan temu mato kmkj mafraq.
02/5/2013 (khamis)
pukul 8 mlm.
bayaran 1JOD setiap orang.
jom pakat turun blako
#PANDA SAEM PROSES KETAMUDUNAN UMMAH#

Program Jamu Mato KMKJ Irbid

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Tuesday, April 16, 2013 | Posted in , ,


Assalamualaikum W.B.T 
Jemputan buat semua ahli KMKJ Irbid syabab&akhawat untuk ramai-ramai hadir ke program "Jamu Mato KMKJ Irbid" .
Butiran program adalah seperti berikut :
Tarikh : 19 April 2013
Tempat : PUSKOM
Masa : 7.30 pm
Bayaran : JD 0.500 seorang
Anjuran : KESATUAN MAHASISWA KELANTAN JORDAN (KMKJ)



UMRAH SOIFI

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Sunday, April 14, 2013 | Posted in ,


{IKLAN} UMRAH SOIFI
Khas Syabab dan A'ilah.
Bayaran lengkap 130 JD bersih :
- Pengangkutan.
- Fonduk 3 nujum.- Bayaran Hudud Jordan ke Saudi.
- Bayaran Tikram.
- Ziarah beberapa tempat.
- Kursus Umrah.
- Buku Panduan dan Doa.
Sajian sarapan, makan tengah hari, dan makan malam sepanjang umrah disediakan dengan tambahan 85 Jd setiap seorang, 100% MASAKAN MELAYU.

#TIADA HAD PENDAFTARAN#

Berminat bolehlah :
call: 0776156821
fb: Mohd Amirul

#DAFTAR SEBELUM 30 APRIL 2013#

Dengan nyatakan Nama Penuh dan No. tel.

Kami juga menguruskan keluarga yang datang dari Malaysia untuk sama-sama menunaikan umrah bersama anda, harga terkini RM4500 bergantung kepada harga tiket semasa.

TRAVEL PALESTINE EKSPEDISI

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | | Posted in ,


[IKLAN] TRAVEL PALESTINE EKSPEDISI 3 HARI 2 MALAM

> BANDAR yang dilawati :
• HEBRON +++
• JERUSALEM +++
• BETHLEHEM +++

>LOKASI UTAMA :
-MASJIDIL AQSA
-MASJID BURAK
-MUSEUM ISLAMIK
-TOMB SAYIDINA ISA
-RABAAH EL ADEWIAH

> PAKEJ yang disediakan :
• Visa
• Pengangkutan sepanjang perjalanan
• Hotel (4 star 100% palestinian)
• Sarapan, makan tengah hari, malam & ringan setiap hari (restoren 3 star 100% palestinian)
• Tiket pelancongan
• Bayaran keluar Jordan dan Palestine


>HARGA : Hanya jd 350 seorang.

>TARIKH : 25-27 MEI 2013

PENDAFTARAN TERHAD 30 ORANG SAHAJA !!!

UNTUK PENDAFTARAN ATAU SEBARANG PERTANYAAN BOLEH HUBUNGI KE NO TEL 077615682 (AMIRUL) ATAU FACEBOOK Mohd Amirul








PROSEDUR PERMOHONAN KE UNIVERSITI TIMUR TENGAH 13/14 (MESIR,JORDAN,MAGHRIBI)

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Friday, April 12, 2013 | Posted in ,


Jabatan Pengajian Tinggi di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah membuka permohonan untuk mengikuti pengajian di universiti di Timur Tengah bagi sesi 2013/2014. Universiti Timur Tengah yang terbabit adalah universiti-universiti di Mesir, Jordan dan Maghribi.


UNIVERSITI DI MESIR

Universiti di Mesir yang tersenarai ialah Universiti Al-Azhar, Universiti Alexandria, Universiti Cairo, Universiti Ain-Shams, Universiti Mansoura, Universiti Tanta dan Universiti Zaqaziq.
Pemohon yang ingin mengikuti pengajian universiti di Mesir peringkat ijazah pertama hendaklah memenuhi syarat kelayakan minimum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Malaysia seperti berikut:

  • Perubatan, Pergigian & Farmasi

    *Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperolehi 8 Kepujian dengan mendapat sekurangkurangnya B4 (SPM sebelum tahun 2009) atau B (SPM tahun 2009 dan selepasnya) dalam Biologi, Fizik, Kimia, Matematik, Matematik Tambahan, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sejarah.


BORANG PERMOHONAN PENGAJIAN PERUBATAN MESIR
(DOWNLOAD BORANG PERMOHONAN DI SINI)



Pemohon yang ingin mengikuti pengajian di Universiti Al-Azhar, Mesir peringkat ijazah pertama hendaklah memenuhi syarat kelayakan minimum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Malaysia seperti berikut:

  • Pengajian Islam

    *Mempunyai Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan memperoleh sekurang-kurangnya pangkat MAQBUL dengan syarat sijil STAM tidak melebihi 3 tahun
    DAN Lulus Imtihan Qabul (IQ)



BORANG PERMOHONAN PENGAJIAN ISLAM MESIR
(DOWNLOAD BORANG PERMOHONAN DI SINI)

*Pengajian Qiraat Mempunyai Diploma Qiraat dengan syarat sijil / diploma tidak melebihi 
3 tahun

BORANG PERMOHONAN 

UNIVERSITI DI JORDAN

Universiti di Jordon yang tersenarai ialah University of Jordan, Jordan University of Science and Technology (JUST), Yarmouk University, Mu’tah University dan Al-Albayt University.
Pemohon yang ingin mengikuti pengajian universiti di Jordan peringkat ijazah pertama hendaklah memenuhi syarat kelayakan minimum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Malaysia seperti berikut:

  • Perubatan & Pergigian

    *Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperolehi Purata Peratusan Markah sekurang-kurangnya 90% bagi keseluruhan mata pelajaran SPM termasuk lima (5) mata pelajaran sains (Biologi, Fizik, Kimia, Matematik, dan Matematik Tambahan)

    *ATAU Memperolehi sekurang-kurangnya A- bagi semua mata pelajaran di peringkat SPM termasuk mata pelajaran Bahasa Arab

  • Pengajian Islam

    *Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperolehi sekurang-kurangnya kepujian (Gred B+) dalam mata pelajaran Bahasa Arab dan mata pelajaran yang berkaitan dengan Pengajian Islam
    DAN memperolehi kepujian bagi mata pelajaran yang lain di peringkat SPM


BORANG PERMOHONAN PENGAJIAN DI JORDAN
(DOWNLOAD BORANG PERMOHONAN DI SINI)

UNIVERSITI DI MAGHRIBI


Pemohon yang ingin mengikuti pengajian universiti di Maghribi peringkat ijazah pertama hendaklah memenuhi syarat kelayakan minimum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Malaysia seperti berikut:


  • *Pengajian Islam Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 memperoleh sekurang-kurangnya lima (5) Kepujian; dan mendapat gred B bagi subjek Bahasa Arab. Pelajar yang tidak mempunyai keputusan SPM 2012 TIDAK LAYAK untuk memohon.



BORANG PERMOHONAN PENGAJIAN DI MAGHRIBI



PERMOHONAN



  • Permohonan perlu dibuat dengan mengisi borang pemohonan yang telah ditetapkan seperti di atas.
  • KPT hanya menguruskan penempatan pelajar sahaja. Pembiayaan pengajian ditanggung / diuruskan sendiri oleh pelajar.
  • Semua pemohon yang memenuhi syarat perlu menghadiri Program Transformasi Mahasiswa ke Luar Negara anjuran KPT yang akan dikendalikan oleh Biro Tatanegara.
  • Borang permohonan serta dokumen sokongan yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada Jabatan Pengajian Tinggi di alamat berikut:

    Pengarah Bahagian Education Malaysia
    Jabatan Pengajian Tinggi
    Kementerian Pengajian Tinggi
    Aras 4 No 2, Menara 2,
    Jalan P5/6, Presint 5
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62200 PUTRAJAYA

  • TARIKH TUTUP

    Permohonan untuk mengikuti pengajian di universiti di Timur Tengah bagi sesi 2013/2014 ini ditutup pada 31 Mei 2013.

    PERTANYAAN





  • Sila rujuk dokumen Syarat Permohonan Ke Universiti Di Timur Tengah dan Borang Permohonan di atas untuk mendapatkan maklumat lebih terperinci.
  • Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia di talian:

    (KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI)








  • Kalam YDP KMKJ Baru 2013/2014

    Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Saturday, March 23, 2013 | Posted in ,


    Bismillah.


    Assalammualikum warahmatullah.



    Selamanya kita mengucapkan syukur kehadrat ilahi kerana dengan izinNya anak-anak kelantan jordan masih lagi boleh bernaung dibawah lembayung Kesatuan Mahasiswas Kelantan Jordan (KMKJ) yang kini berusia 18 tahun semenjak ditubuhkan pada hari Khamis, tanggal 06 April 1995M bersamaan 04 Zulhijjah 1414H yang dikenali pada waktu itu sebagai Keluarga Mahasiswa Kelantan Jordan dan ditukar kepada Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan setahun selepas penubuhan dan berkekalan sehingga sekarang.

    Tanpa kita sedar,telah 18 tahun KMKJ menjadi wadah untuk anak-anak kelantan jordan mengeratkan ukhwah sesama ahli.Seiring usianya,KMKJ semakin utuh membantu menguruskan segala keperluan anak-anak Kelantan di Jordan dalam aspek kebajikan, pendidikan, kesatuan, dan sebagainya.

    Saya Abdullah Muizz bin Md Ashari selaku Yang Di-Pertua KMKJ sesi 2013/14 berterima kasih kepada semua anak-anak Kelantan Jordan kerana memberi kepercayaan kepada saya dan team dan kami akan memikul amanah ini dengan penuh tanggung jawab,penuh komited dan penuh keyakinan demi meneruskan kegemilangan KMKJ dari sesi lalu.

    Sehubungan dengan itu,beberapa perkara yang akan saya bawakan pada sesi ini yang saya kira bersesuaian dengan kehendak dan permintaan anak-anak KMKJ selari dengan geometri dan garis panduan yang ditetapkan oleh Agama.

    "Pandai Saim Proses Ketamadunan Ummah"

    Begitulah tema pembawakan KMKJ untuk sesi ini.Frasa ini diadaptasi dari "Bia Pandai Saim" yang dicetuskan oleh mantan YDP sesi lalu saudara Alimin Abiah yang dilihat sangat memberi impak yang positif dalam pembentukan sosial masyarakat dalam menuju masyarakat yang bertamadun.

    Sebagai kata akhirnya,saya ingin mengajak semua anak-anak KMKJ sama ada dalam apa jua bidang pengajian islam mahupun kedoktoran untuk bersama-sama dan memberi partisipasi yang tinggi kepada setiap program yang dianjurkan oleh KMKJ demi mencapai misi KMKJ sesi ini untuk melahirkan ummah pandai saim dan bertamadun.

    Yang benar,
    Abdullah Muizz Md Ashari 
    Yang Di-Pertua KMKJ 2013/14

    Jemputan untuk semua ahli KMKJ Ke Mesyuarat Agung KMKJ

    Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Wednesday, March 20, 2013 | Posted in ,




    [SPR KMKJ 2013] Peraturan Berkempen

    Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Monday, March 18, 2013 | Posted in ,

    Sehubungan dengan itu ,SPR KMKJ mengucapkan selamat berkempen buat seluruh warga KMKJ.

    PERATURAN BERKEMPEN:

    1. Semua ahli KMKJ layak berkempen kecuali Ajk SPR.

    2. Kempen bermula pada 18Mac 2013 dan berakhir pada 21 mac 2013.

    3. Dibenarkan berkempen secara bercetak @ bertulis, melalui alam maya (emel, blog, YM, Facebook dll)

    4. Kempen secara bertulis@bercetak sahaja yang perlu mendapat pengesahan SPR melalui nombor siri yang 
        akan diberikan.

    5. Kempen menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) juga adalah dibenarkan.

    6. Menjaga adab (perlakuan dan perkataan) semasa berkempen dengan tidak menyentuh isu sensitiviti mana – 
        mana pihak,jika peraturan ini tidak dipatuhi,tindakan susulan akan diambil oleh SPR.

    7. Dilarang berkempen dikawasan pembuangan undi.

    8. Calon-calon yang melanggar peraturan berkempen akan digugurkan daripada pertandingan tanpa notis.

    9. Ahli KMKJ yang melanggar peraturan berkempen pula akan digugurkan hak mengundi tanpa notis.

    10.Segala yang berkaitan dengan kempen adalah hak SPR KMKJ.



    Yang Benar,

    MUHAMMAD DAWUD BIN AB.RASHID
    Pengarah,
    Suruhanjaya Pilihanraya KMKJ,
    Sesi 2012/2013.










    Keputusan Makluman Penamaan Calon Kerusi AMT KMKJ Sesi 2013/2014

    Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | | Posted in ,

    KEPUTUSAN MAKLUMAN PENAMAAN CALON KERUSI AMT KMKJ SESI 2013/2014


    >CALON YDP KMKJ SESI 2013/2014

    1. ABDULLAH MU'IZZ BIN MD ASHARI (R/I 09 /791 )
    - Usuluddin, Universiti Yarmouk, Tahun 4

    2. MOHAMAD AL-AMIN BIN ZAKARIA (R/Q 10 /819 )
    - Fiqh Wa Usul, Universiti AlBayt, Tahun 3

    3. AHMAD RASHDAN BIN IKHSAN ( R/I 11/ 942 )
    - Fiqh Wa Usul, Universiti Yarmouk, Tahun 3




    >CALON TIMBALAN YDPah SISWI (YDPah)

    1. SALSABIELA BT NASURUDDIN (R/M 11/ 903 )
    - Fiqh Wa Usul, Universiti Mu’tah, Tahun 2

    2. NURUL ASMA BT BAHARUDDIN( R/Q 10/856 )
    - Fiqh Wa Usul, Universiti Albayt, Tahun 3

    3. NUR AIMUNI BT ISMAIL (R / I 10/ 871 )
    - Pergigian, JUST Tahun 3




    >CALON BADAN PENGURUS SISWA

    1. AHMAD ABDUL QAWIY BIN MUHAMMAD (R/I 11/ 938 )
    - Bahasa Arab, Universiti Yarmouk, Tahun 2

    2. MUHAMMAD IZZAT BIN RAZALI (R/M 10 /803 )
    - Fiqh Wa Usul, Universiti Mu’tah, Tahun 3

    3. ABDUL HADI BIN ABDUL SATAR ( R/Q 10/1018 )
    - Fiqh Wa Usul, University Al Bayt, Tahun 3

    4. MOHD NOR HISYAM BIN AHMAD (R/M 10 /802 )
    - Usuluddin, Universiti Mu’tah, Tahun 3

    5. MUHAMMAD NAJMI B.MOHD AFANDI (R/ M 12/ 1057 )
    - Usuluddin, Universiti Mu’tah, Tahun 1







    >CALON BADAN PENGURUS SISWI
     
    1. NURUL ASMA BT BAHARUDDIN( R/Q 10/856 )
    - Fiqh Wa Usul, UniversitiAlbayt, Tahun 3

    2. NOR ZAHIAH BT HARIS (R/Q 11/ 929 )
    - Fiqh Wa Usul, Universiti Albayt, Tahun 2

    3 HAYATUN SYAMILA BT CHE MOHD FAHMI (R / I 10 / 880 )
    - Fiqh Wa Usul, Universiti Yarmouk, Tahun 3

    4. NUR ALIZA BT NORUDDIN (R/M 11/ 901 )
    - Bahasa Arab, Universiti Mu’tah, Tahun 2





     

    Yang Benar,

    MUHAMMAD DAWUD BIN AB.RASHID
    Pengarah,
    Suruhanjaya Pilihanraya KMKJ,
    Sesi 2012/2013.

    Tv Kmkj

      Blog Archive