Headlines

AYUH SAMA-SAMA MENYUMBANG BAGI DANA KEWANGAN KMKJ 14/15

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Friday, September 19, 2014 | Posted in , , , ,

Assalamualaikum w.b.t.
Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan (KMKJ) adalah persatuan yang menyatukan anak Kelantan seluruh Jordan. Saban tahun pihak KMKJ berusaha untuk menguruskan seberapa mampu aktiviti untuk seluruh anak Kelantan di Jordan dengan tujuan mengeratkan ukhuwah sesama ahli di samping menjaga kebajikan ahli. Bertepatanlah dengan tema KMKJ sesi ini;
' Kebajikey demo kito pakat cagho ' ' Kebajikan Anda Keutamaan Kami ' Setiap program yang dilaksanakan menelan belanja yang agak besar bagi melancarkan lagi keseluruhan program yang dilaksanakan. Dengan itu, kami menyediakan ruang seluas-luasnya untuk Dato'/ Datin / Tuan / Puan / Saudara / Saudari untuk turut sama menyumbang kepada Dana Kewangan KMKJ. Sebarang persoalan bolehlah menghubungi Yang Dipertua KMKJ, Saudara Muhammad Najmi bin Mohd Afendi seperti tertera di lampiran poster atau berhubung terus di email KMKJ (kmkj1996@yahoo.com) Segala perhatian dan kecaknaan saudara dalam menyumbang kepada kami, kami dahului dengan jutaan Terima Kasih. Jazakumullah khairan jaza'. Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian.



Tv Kmkj

    Blog Archive