Posted by
Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan
|
Saturday, November 19, 2016
|
Posted in
Ahli
,
Galeri
[KESMAK & Women Sharing Moments]
Alhamdulillah telah berlangsung dengan jayanya program riadi KESMAK antara ahli KMKJ dari mantiqah Mafraq,Mu'tah dan Irbid.
Alfun Mubarak diucapkan kepada pasukan juara, dan tingkatkan lagi usaha bagi yang tidak bernasib baik.
Bersamaan dengan itu juga, telah diadakan program Women Sharing Moments antara akhowat di Mafraq. Sejuta penghargaan diucapkan kepada ahli KMKJ yang turun memeriahkan program kali ini.
ألف مبارك وشكرا لكم!
"Pride In Battle, Unite In Triumph."
"Because Women are Special."
"Kesatuey Di Hati, Kebajikey Dikecapi."
Posted by
Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan
|
Monday, November 7, 2016
|
Posted in
Ahli
,
Galeri
,
Hebahan
,
Organisasi
,
pengetahuan am
,
status
,
Terkini KMKJ
,
tvkmkj
KALAM PIMPINAN YANG DIPERTUA (YDP) KMKJ SESI 2016/2017
Assalamualaikum wbt.
Selamat menghadapi imtihan awal kepada semua mahasiswa Jordan khususnya ahli Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan.
"Belajar bukan semata untuk dimuntahkan di atas kertas jawapan, bahkan untuk diterjemahkan melalui amal perbuatan"
-Yang di-Pertua KMKJ 2016/2017-
" Kesatuey Di Hati, Kebajikey Dikecapi. "
Posted by
Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan
|
Thursday, October 6, 2016
|
Posted in
Ahli
,
Galeri
[Ucapan Pengantin Baru]
Assalamualaikum wbt.
بَارَكَ اللهُ لَكُما وَبَارَكَ عَلَيْكُما وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِى خَيْرٍ.
Tahniah diucapkan kepada ahli-ahli KMKJ yang telah selamat membina baitul muslim pada cuti soifi yang lalu.
Semoga rumah tangga yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat.
"Kesatuey Di Hati, Kebajikey Dikecapi."
Posted by
Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan
|
Wednesday, August 31, 2016
|
Posted in
Ahli
,
Galeri
,
Hebahan
,
Organisasi
,
Program
,
Terkini KMKJ
,
tvkmkj
Ramah Mesra Anak Kelate
Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan membawakan satu program khas untuk anak Kelantan-Jordan yang pulang bercuti dan para graduasi yang berada di Kelantan bagi mengeratkan lagi ukhwah antara kita.
Berikut merupakan butiran program:
Tarikh : 10 September 2016 (Sabtu)
Masa : 12.00 pm - 3.00 pm
Tempat: Restaurant Sri Chengmai, Kota Bharu, Kelantan.
Program ini terbuka kepada semua mahasiswa Kelantan-Jordan, dan para graduasi Kelantan-Jordan. Semua dijemput hadir!
"Kesatuey Di Hati, Kebajikey Dikecapi."
-KMKJ bersama Alumni, Hok jauh kita perdekat, hok dekat kita perapat-
Posted by
Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan
|
Thursday, August 11, 2016
|
Posted in
Ahli
,
Galeri
,
Hebahan
,
Organisasi
,
status
,
Terkini KMKJ
,
tvkmkj
Kenali Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN)
Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan (KMKJ)
Sesi 2016/2017
Carta Organisasi
Visi, Misi, dan Moto
Sejarah Penubuhan
Video Pengenalan
Layari Kami
::Kesatuan Di Hati, Kebajikan Dikecapi::
Posted by
Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan
|
Tuesday, August 9, 2016
|
Posted in
Ahli
,
Galeri
,
Organisasi
,
pengetahuan am
Posted by
Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan
|
Monday, August 1, 2016
|
Posted in
Ahli
,
Dari Pejabat
,
Hebahan
,
Program
,
Terkini KMKJ
BICARA DELEGASI BERSAMA ANAK KELANTAN
Assalamualaikum w.b.t
Bersempena kunjungan delegasi dari bumi Kelantan pada hujung minggu
ini, Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan (KMKJ) sesi 2016/2017 akan membawakan
kepada anak-anak Kelantan Jordan satu program, iaitu,
Bicara Delegasi bersama Anak
Kelantan yang bakal menampilkan beberapa orang tetamu istimewa:
YB Dato Hj Mohd Amar bin Abdullah
(Timbalan Menteri Besar Negeri Kelantan)
YB Senator Dato Dr Johari Mat
(AJK Pelajaran)
YABRS Tuan Hj Ab Aziz bin Mohd Zin
(Ketua Eksekutif KIAS)
YABRS En Che Ramli Che Soh
(Pengarah YAKIN)
YBRS Ustaz Mohd Zaki Deraman
(Wakil Pengarah YIK)
YBRS Hjh Yuhainiah Hj Ismail
(Ketua Pen. Pengarah Yakin)
Butiran program adalah seperti berikut:
Tarikh: 6 Ogos 2016 (Jumaat)
Masa : 12 tengahari
Tempat: Dewan Muktamarat,
Universiti Yarmouk, Irbid.
:: Kesatuan Dihati, Kebajikan Dikecapi ::
Posted by
Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan
|
Thursday, April 7, 2016
|
Posted in
Organisasi
Posted by
Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan
|
Saturday, January 23, 2016
|
Posted in
Ahli
,
Hebahan
,
status
,
Terkini KMKJ
Assalamualaikum
[ Update MAKLUMAN KEMALANGAN DI MAFRAQ ]
23 Januari 2016
Dukacita dimaklumkan bahawa telah berlaku kemalangan jalanraya pagi tadi yang melibatkan sebuah kereta yang dinaiki oleh pelajar Malaysia dengan warga jordan dalam perjalanan ke mafraq untuk program jaulah.
Kemalangan melibatkan 5 orang pelajar dari Universiti Mu'tah. Tiga meninggal dunia manakala dua pelajar terselamat. Mangsa yang terselamat masih lagi dirawat di Hospital Mafraq.
Firman Allah Taala :
“Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.” (Ali-’Imran: 185)
Semoga seluruh keluarganya diberikan kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian ini.Keluarga KMKJ mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat dan mendapat keampunan Allah SWT, serta ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh.
__________________________
Berhubung kemalangan yang berlaku pagi tadi, setelah mengesahkan dengan pihak Hospital Mafraq ( Mafraq Government Hospital), dukacita kami ingin maklumkan tiga daripada mangsa yang terlibat telah meninggal dunia.
Tiga teman kita yang meninggal dunia adalah:
1. Fatin Iqmal Idziyani binti Che Aziz (Kuala Lumpur)
2. Hana' binti Azhar (Kelantan)
3. Al Najiatun Nailah binti Mohd Safie (Kelantan)
Dua lagi selamat tetapi Izzam Hasif cedera di kaki dan patah tangan manakala Fatin Noor Syahirah cedera di muka dan rahang.
Izzam Hasif (Negeri Sembilan) dan Fatin Noor Syahirah (Kelantan) akan dipindahkan ke hospital di Amman.
Pihak kedutaan dan EMJ masih berbincang dengan waris mangsa sama ada jenazah ingin dibawa pulang atau tidak.
Kenyataan rasmi daripada Kedutaan dan EMJ akan dikeluarkan sebaik semua waris mangsa dimaklumkan.
Sama-sama kita doakan.
اللهم اغفرلهم وارحمهم وعافهم واعفوا عنهم
AL-FATIHAH
:: Ukhwah Kito Jago,Kebajikey Kito Cakno ::
Posted by
Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan
|
Monday, January 4, 2016
|
Posted in
Ahli
,
Galeri
,
Program
,
Terkini KMKJ
[ DOTA : Doa & Tawakkal ] #Amman #Mutah #Irbid
#Mafraq
Alhamdulillah, telah berlangsung program DOTA : Doa & Tawakkal di setiap mantiqah anjuran Biro Pembangunan Mahasiswa KMKJ dengan kerjasama Perwakilan Mantiqah KMKJ.
Terima kasih kepada ahli kmkj yang hadir menjayakan program ini, semoga program-program KMKJ yang akan datang mendapat sambutan yang lebih lagi, insyaAllah.
:: Ukhuwah Kito Jago, Kebajikey Kito Cakno ::
:: KMKJ diHati ::
Posted by
Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan
|
|
Posted in
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)