Headlines

Program Jamu Mato KMKJ Irbid

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Tuesday, April 16, 2013 | Posted in , ,


Assalamualaikum W.B.T 
Jemputan buat semua ahli KMKJ Irbid syabab&akhawat untuk ramai-ramai hadir ke program "Jamu Mato KMKJ Irbid" .
Butiran program adalah seperti berikut :
Tarikh : 19 April 2013
Tempat : PUSKOM
Masa : 7.30 pm
Bayaran : JD 0.500 seorang
Anjuran : KESATUAN MAHASISWA KELANTAN JORDAN (KMKJ)



UMRAH SOIFI

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Sunday, April 14, 2013 | Posted in ,


{IKLAN} UMRAH SOIFI
Khas Syabab dan A'ilah.
Bayaran lengkap 130 JD bersih :
- Pengangkutan.
- Fonduk 3 nujum.- Bayaran Hudud Jordan ke Saudi.
- Bayaran Tikram.
- Ziarah beberapa tempat.
- Kursus Umrah.
- Buku Panduan dan Doa.
Sajian sarapan, makan tengah hari, dan makan malam sepanjang umrah disediakan dengan tambahan 85 Jd setiap seorang, 100% MASAKAN MELAYU.

#TIADA HAD PENDAFTARAN#

Berminat bolehlah :
call: 0776156821
fb: Mohd Amirul

#DAFTAR SEBELUM 30 APRIL 2013#

Dengan nyatakan Nama Penuh dan No. tel.

Kami juga menguruskan keluarga yang datang dari Malaysia untuk sama-sama menunaikan umrah bersama anda, harga terkini RM4500 bergantung kepada harga tiket semasa.

TRAVEL PALESTINE EKSPEDISI

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | | Posted in ,


[IKLAN] TRAVEL PALESTINE EKSPEDISI 3 HARI 2 MALAM

> BANDAR yang dilawati :
• HEBRON +++
• JERUSALEM +++
• BETHLEHEM +++

>LOKASI UTAMA :
-MASJIDIL AQSA
-MASJID BURAK
-MUSEUM ISLAMIK
-TOMB SAYIDINA ISA
-RABAAH EL ADEWIAH

> PAKEJ yang disediakan :
• Visa
• Pengangkutan sepanjang perjalanan
• Hotel (4 star 100% palestinian)
• Sarapan, makan tengah hari, malam & ringan setiap hari (restoren 3 star 100% palestinian)
• Tiket pelancongan
• Bayaran keluar Jordan dan Palestine


>HARGA : Hanya jd 350 seorang.

>TARIKH : 25-27 MEI 2013

PENDAFTARAN TERHAD 30 ORANG SAHAJA !!!

UNTUK PENDAFTARAN ATAU SEBARANG PERTANYAAN BOLEH HUBUNGI KE NO TEL 077615682 (AMIRUL) ATAU FACEBOOK Mohd Amirul








PROSEDUR PERMOHONAN KE UNIVERSITI TIMUR TENGAH 13/14 (MESIR,JORDAN,MAGHRIBI)

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Friday, April 12, 2013 | Posted in ,


Jabatan Pengajian Tinggi di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah membuka permohonan untuk mengikuti pengajian di universiti di Timur Tengah bagi sesi 2013/2014. Universiti Timur Tengah yang terbabit adalah universiti-universiti di Mesir, Jordan dan Maghribi.


UNIVERSITI DI MESIR

Universiti di Mesir yang tersenarai ialah Universiti Al-Azhar, Universiti Alexandria, Universiti Cairo, Universiti Ain-Shams, Universiti Mansoura, Universiti Tanta dan Universiti Zaqaziq.
Pemohon yang ingin mengikuti pengajian universiti di Mesir peringkat ijazah pertama hendaklah memenuhi syarat kelayakan minimum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Malaysia seperti berikut:

  • Perubatan, Pergigian & Farmasi

    *Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperolehi 8 Kepujian dengan mendapat sekurangkurangnya B4 (SPM sebelum tahun 2009) atau B (SPM tahun 2009 dan selepasnya) dalam Biologi, Fizik, Kimia, Matematik, Matematik Tambahan, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sejarah.


BORANG PERMOHONAN PENGAJIAN PERUBATAN MESIR
(DOWNLOAD BORANG PERMOHONAN DI SINI)



Pemohon yang ingin mengikuti pengajian di Universiti Al-Azhar, Mesir peringkat ijazah pertama hendaklah memenuhi syarat kelayakan minimum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Malaysia seperti berikut:

  • Pengajian Islam

    *Mempunyai Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan memperoleh sekurang-kurangnya pangkat MAQBUL dengan syarat sijil STAM tidak melebihi 3 tahun
    DAN Lulus Imtihan Qabul (IQ)



BORANG PERMOHONAN PENGAJIAN ISLAM MESIR
(DOWNLOAD BORANG PERMOHONAN DI SINI)

*Pengajian Qiraat Mempunyai Diploma Qiraat dengan syarat sijil / diploma tidak melebihi 
3 tahun

BORANG PERMOHONAN 

UNIVERSITI DI JORDAN

Universiti di Jordon yang tersenarai ialah University of Jordan, Jordan University of Science and Technology (JUST), Yarmouk University, Mu’tah University dan Al-Albayt University.
Pemohon yang ingin mengikuti pengajian universiti di Jordan peringkat ijazah pertama hendaklah memenuhi syarat kelayakan minimum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Malaysia seperti berikut:

  • Perubatan & Pergigian

    *Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperolehi Purata Peratusan Markah sekurang-kurangnya 90% bagi keseluruhan mata pelajaran SPM termasuk lima (5) mata pelajaran sains (Biologi, Fizik, Kimia, Matematik, dan Matematik Tambahan)

    *ATAU Memperolehi sekurang-kurangnya A- bagi semua mata pelajaran di peringkat SPM termasuk mata pelajaran Bahasa Arab

  • Pengajian Islam

    *Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperolehi sekurang-kurangnya kepujian (Gred B+) dalam mata pelajaran Bahasa Arab dan mata pelajaran yang berkaitan dengan Pengajian Islam
    DAN memperolehi kepujian bagi mata pelajaran yang lain di peringkat SPM


BORANG PERMOHONAN PENGAJIAN DI JORDAN
(DOWNLOAD BORANG PERMOHONAN DI SINI)

UNIVERSITI DI MAGHRIBI


Pemohon yang ingin mengikuti pengajian universiti di Maghribi peringkat ijazah pertama hendaklah memenuhi syarat kelayakan minimum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Malaysia seperti berikut:


  • *Pengajian Islam Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 memperoleh sekurang-kurangnya lima (5) Kepujian; dan mendapat gred B bagi subjek Bahasa Arab. Pelajar yang tidak mempunyai keputusan SPM 2012 TIDAK LAYAK untuk memohon.



BORANG PERMOHONAN PENGAJIAN DI MAGHRIBI



PERMOHONAN



  • Permohonan perlu dibuat dengan mengisi borang pemohonan yang telah ditetapkan seperti di atas.
  • KPT hanya menguruskan penempatan pelajar sahaja. Pembiayaan pengajian ditanggung / diuruskan sendiri oleh pelajar.
  • Semua pemohon yang memenuhi syarat perlu menghadiri Program Transformasi Mahasiswa ke Luar Negara anjuran KPT yang akan dikendalikan oleh Biro Tatanegara.
  • Borang permohonan serta dokumen sokongan yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada Jabatan Pengajian Tinggi di alamat berikut:

    Pengarah Bahagian Education Malaysia
    Jabatan Pengajian Tinggi
    Kementerian Pengajian Tinggi
    Aras 4 No 2, Menara 2,
    Jalan P5/6, Presint 5
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62200 PUTRAJAYA

  • TARIKH TUTUP

    Permohonan untuk mengikuti pengajian di universiti di Timur Tengah bagi sesi 2013/2014 ini ditutup pada 31 Mei 2013.

    PERTANYAAN





  • Sila rujuk dokumen Syarat Permohonan Ke Universiti Di Timur Tengah dan Borang Permohonan di atas untuk mendapatkan maklumat lebih terperinci.
  • Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia di talian:

    (KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI)








  • Tv Kmkj

      Blog Archive