Headlines

[IKLAN] Travel Palestine Ekspedisi 3Hari 2Malam

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Monday, December 31, 2012 | Posted in


[IKLAN] TRAVEL PALESTINE EKSPEDISI 3 HARI 2 MALAM

> BANDAR yang dilawati :
• HEBRON +++
• JERUSALEM +++
• BETHLEHEM +++

> PAKEJ yang disediakan :
• Visa
• Pengankutan sepanjang perjalanan
• Hotel
• Sarapan, makan tengah hari, malam & ringan setiap hari
• Tiket pelancongan
• Bayaran keluar Jordan dan Palestine

>Hanya USD450 Seorang.

Sebarang pertanyaan boleh PM fb [Munib Mohamed] atau terus pada +962 775 669 403

[DISEMBER 2012] Penerima bagi Program Bantuan Tabung Kebajikan Pelajar

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Sunday, December 30, 2012 | Posted in ,

PENERIMA PROGRAM KEBAJIKAN KMKJ BULAN DISEMBER
• InsyaAllah,penerima akan menerima bantuan sebanyak 20JD setiap orang dan amat digalakkan untuk menggunakan bantuan tersebut bagi membayar rumah sewa ataupun membeli makanan. 
• KMKJ mengharapkan penerima menggunakan bantuan ini dengan sebaiknya.
 
Memandangkan sekarang dalam fatrah imtihan nihaie,mungkin penyerahan bantuan ini akan berlaku sedikit kelewatan dan kami memohon maaf atas kelemahan ini.  
Setelah meneliti permohonan-permohonan yang dihantar melalui spreadsheet kebajikan dan borang yang berikan oleh UZS kepada kami, berikut merupakan senarai penerima:

940102-03-5782
900329-03-6265
920111-03-5946
930129-03-5476
931027-03-5162
890618-03-5406
910911-03-5996
910524-03-6040
900716-03-5772
940222-03-5701
 
Teks telah ditulis oleh :
Biro Zakat & Kebajikan KMKJ 2012/2013 

[Kelas Multimedia KMKJ] CCleaner Professional+Business 3.26.1888 With Crack (Update 2012-12-24)

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Monday, December 24, 2012 | Posted in ,


CCleaner

CCleaner is the number-one tool for cleaning your Windows PC. It protects your privacy online and makes your computer faster and more secure. Easy to use and a small, fast download.






Permohonan Dana Kijang Emas (DKE) Kini Dibuka

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Saturday, December 22, 2012 | Posted in ,


Bismillahirrahmanirrahim .

Alhamdulillah. Berkat sokongan dari anok beranok kito belako, DanaKijang Emas telah menerima sambutan yang menggalakkan dari semo ahli KMKJ kito.  moga moga amalan, sedekah kita, pelaburan kita mampu memberatkan mizan kita di akhirat kelak.insha Allah. 

Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki mahupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah dengan pinjaman yang baik,akan dilipatgandakan (balasannya) bagi mereka;dan mereka akan mendapat pahala yang mulia(Al-Hadid : 18)                                     
                                                                                                                 


Sehubungan dengan itu,pihak DANA KIJANG EMAS  berbesar hati mengumumkan SECARA RASMI PERMOHONAN KINI DIBUKA ! bagi sesi semester kedua daripada 22 Disember 2012 hingga 10 Januari 2013. Sebarang permohonan selepas dari tarikh itu tidak akan dilayan sama sekali. 

Bagaimanapun, pihak AJK telah sebulat suara mengubah suai beberapa syarat permohonan pada tahun ini untuk melicinkan pengurusan dan mengambil kira faktor ekonomi dan situasi di Jordan sekarang ini. 

[ Permohonan yang diminta mestilah tidak melebihi daripada JD100 ]

SYARAT AM PENERIMA / PEMINJAM DANA :
1. Ahli rasmi KMKJ.
2. Benar-benar memerlukan bantuan kewangan.
3. Latar belakang ekonomi keluarga yang berpendapatan rendah.
4. Memenuhi syarat yang ditetapkan dalam Borang Permohonan Dana.
5. Tidak mendapat mana-mana biasiswa atau bantuan lain.

JENIS-JENIS PERMOHONAN :
1. Dermasiswa - penerima tidak perlu membayar balik keseluruhan wang yang diterima.
                            Syarat Khas : mengalami masalah kewangan dari segi :
                                                            
                                                      > Yuran pengajian
                                                      > Buku-buku akademik
                                                      > Prestasi akademik yang memuaskan.                                      

CARA MEMOHON :
1. Segera dapatkan borang daripada wakil bagi setiap mantiqah .
2. Isi dengan LENGKAP . * borang yang tidak lengkap,tidak akan dilayan.
3. Serahkan borang yang lengkap kepada wakil sebelum tarikh tutup.
4. Keputusan permohonan anda akan diberitahu kemudian.

*PINJAMAN BOLEH UBAH  DIMANSUHKAN  pada tahun ini.  
                -   Etika kerahsiaan kami amalkan. 
                -   Nama pemohon yang layak akan dirahsiakan. 

       
TERUS IKUTI PERKEMBANGAN TERKINI DI FACEBOOK  DANA KIJANG EMAS untuk mendapatkan maklumat terkini.

P/Skepada mana-mana ahli KMKJ yang masih ingin menyumbang meringankan beban rakan-rakan seperjuangan kita, pihak Dana Kijang Emas amat mengalu-alukan sumbangan anda.

Sedekah anda, walaupun kecil tetapi amat berharga di sisi Allah Azza Wa Jalla.Nilai sesuatu amal itu bukanlah bergantung kepada banyak atau sikitnya amal kita, tetapi ia bergantung kepada niat dan matlamat sesuatu amal itu sendiri..Selamat beramal !

Teks ini telah disediakan oleh Dana Kijang Emas 2012/2013

Warkah Jumaat Edisi3 - Manusia Berhati Syaitan

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Friday, December 21, 2012 | Posted in , ,


Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan
WARKAH JUMAAT EDISI 3


“MANUSIA BERHATI SYAITAN”
(21 DISEMBER 2012 /)

Dalam menghadapi kehidupan yang serba mewah dan canggih ini, ramai manusia tidak mampu membezakan garis pemisah antara kebenaran dan kebatilan. Bagi mereka yang tidak mendapat nur hidayah petunjuk, mereka mengganggap kebenaran itu bagaikan ranjau-ranjau yang berduri, sebaliknya mereka merasakan bahawa kesesatan  atau kekeliruan bagaikan taman indah yang dipenuhi dengan bunga yang berwarna warni. Alangkah sesatnya mereka ini, ruginya kehidupan mereka kerana telah dipengaruhi oleh musuh Allah SWT iaitu Syaitan laknatullah. Ingatlah bahawa dalam sejarah kewujudan dunia, didapati Syaitan atau Iblis merupakan makhluk pertama yang berada dalam kesesatan dan kemungkaran serta berjanji untuk menyesatkan seluruh umat manusia di muka bumi  ini. 
Firman Allah SWT dalam surah al-Mujadalah ayat 19:

Maksudnya: Syaitan telah menguasai mereka, sehingga mereka lupa mengingati Allah; mereka itulah puak Syaitan. Ketahuilah! Bahawa puak Syaitan itu orang yang rugi.
               
                Menurut Ulama, Syaitan adalah golongan kafir daripada Jin. Bapa mereka ialah Iblis. Syaitan adalah musuh utama manusia dan syaitanlah yang mengeluarkan Adam dan Hawa daripada Syurga. Syaitan sentiasa berusaha supaya manusia tidak dapat memasuki syurga dan menjauhkan diri daripada jalan ke arahnya. Walaupun demikian sifat syaitan, namun  masih ada manusia yang menurutnya dan meninggalkan syariat Allah SWT dan petunjuk para Nabi dengan menerima pujuk rayu Syaitan.

Antara amalan Syaitan ialah melakukan kezaliman dan pengkhianatan kepada umat manusia, Syaitan melakukan tipu daya supaya manusia berbuat kejahatan dan mengajak ke arah keburukan dan kekejian. Manusia yang zalim iaitu yang berhati kejam, mereka tidak merasa takut kepada Allah SWT dan perbuatan mereka melanggar hukum-hukum Allah. Syaitan akan meninggalkan dan membiarkan manusia pada saat genting apabila manusia telah terjebak mengikut telunjuk Syaitan.

Manusia yang berhati Syaitan atau saudara Syaitan adalah mereka yang mengikut hawa nafsunya dan menjadi pengikut jalan para perosak. Mereka ini tidak mendapat petunjuk dari Allah SWT sedikit pun. Di dalam hatinya terdapat sifat-sifat tercela seperti tamak, hasad dengki, iri hati, zalim, melakukan kemaksiatan malah mendorong ke arah kederhakaan kepada Allah SWT. Sayidina Ali RA berkata: “yang paling aku takutkan menimpa kamu adalah panjang angan-angan dan mengikuti hawa nafsu. Panjang angan-angan dapat melupakan kehidupan akhirat, sedangkan mengikuti hawa nafsu dapat menghalang-halangi kebenaran.
Ingin ditegaskan bahawa mereka yang dikuasai oleh Syaitan, sebenarnya kebatilan  telah menguasai hati mereka dan menyangka bahawa Syaitan adalah teman karibnya sehingga menjadi pengikut Syaitan, maka ingatlah bahawa musuh Allah SWT ini sentiasa mengintai-intai sasarannya dan menunggu mangsanya untuk dijerumuskan ke dalam jurang yang dalam.Masyaallah.

Dalam usaha menjadikan manusia itu sebagai pengikutnya, maka sudah menjadi kebiasaan Syaitan melakukaan kefasadan, memusuhi anak Adam,  mendatangi anak Adam dari sebelah kanan, kiri, hadapan dan belakang mereka. Sentiasa mencari cari peluang untuk menghasut, menyesat dan menakutkan manusia. Syaitan menggunakan dua cara untuk mewujudkan pintu godaan ini iaitu lisan dan perbuatan. Cara lisan lebih hebat daripada perbuatan kerana di situlah terhimpun segala pujuk rayu dalam jiwa. Lisan juga merbahaya kepada tubuh manusia kerananya juga akan membawa hidup penuh sengsara di dalam Neraka. Sayidina Mu’adz pernah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang amalan yang dapat memasukkan ke dalam Syurga dan menjauhkan daripada api Neraka. Maka Rasulullah SAW memegang lidahnya sendiri lalu bersabda:

Bermaksud: Jagalah lisanmu, kecuali untuk berkata baik, sebab dengan demikian itu engkau dapat mengalahkan godaan Syaitan”. (Riwayat at-Thabrani)
Bagi menghindari dari Syaitan menguasai diri kita, maka antaranya hendaklah kita sentiasa mendekatkan diri kita kepada Allah SWT dengan memohon perlindungan daripada-Nya, sentiasa membaca ayat-ayat suci al-Quran, mencegah diri dari berbicara yang berlebihan, memelihara mata, telinga, hati dan segala anggota, membuang amalan-amalan Syaitan seperti ketawa yang berlebihan, berjalan di waktu senja dan yang terakhirnya yang mesti kita lakukan ialah jihad melawan segala bentuk tipu daya Syaitan.

Saya mengingatkan bahawa dalam kehidupan hari ini ramai manusia yang berhatikan Syaitan atau dengan kata lain menjadikan Syaitan sebagai saudara mereka. Apabila Syaitan menguasai diri manusia, mereka sudah tidak merasa takut untuk melakukan apa saja termasuklah perbuatan di luar batas kemanusian.  Lihatlah sahaja apa yang berlaku pada masa kini seperti perbuatan membunuh kanak-kanak kecil yang tidak berdosa, bahkan bukan setakat dibunuh tetapi kanak-kanak tersebut di dera, disiksa dengan begitu kejam serta dibakar. Malah pada hari ini juga ada orang-orang tua yang menjadi mangsa kepada saudara mara sendiri seperti dibiarkan terabai dan diperlakukan dengan begitu kejam. Kita juga menyaksikan pada hari ini bagaimana rakusnya nafsu manusia yang dikuasai oleh Syaitan seperti kes sumbang mahram, bapa merogol anak sendiri, kes isteri curang sehingga bersekedudukan, kes pembuangan bayi yang tiada kesudahannya dan lain-lain lagi. Saya ingin menyatakan bahawa perbuatan ini berlaku kerana diri dan hati manusia yang bertindak kejam itu sebenarnya telah dikuasai oleh Syaitan laknatullah. Ingatlah wahai muslimin sekalian bahawa kejadian-kejadian yang berlaku masa kini seperti gejala sosial, keruntuhan akhlak, kes-kes jenayah, pembunuhan, penindasan  sesama manusia, membunuh diri dan melakukan kejahatan, kezaliman  keatas makhluk-makhluk Allah adalah perbuatan yang dipengaruhi Syaitan. ketahuilah bahawa mereka yang menjadikan nafsu dan Syaitan sebagai petunjuk kehidupan akan menemui kegagalan akhirnya. Mereka sentiasa resah kerana sentiasa diburu rasa bersalah, bukan sahaja kepada Allah SWT tetapi juga kepada diri sendiri. Golongan ini tidak akan diberi petunjuk oleh Allah SWT dan di akhirat kelak mereka akan di azab dengan api neraka yang amat pedih.  Mimbar menyeru marilah sama-sama kita kembali ke jalan yang benar dengan melakukan amal soleh, menutup segala pintu Syaitan dan kemungkaran serta mengingati akhirat agar kita sedar tentang hakikat kehidupan ini. Akhir sekali marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT dalam surah al- Hadid ayat 21:

Maksudnya: Berlumbalah kamu untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu, dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Rasul-Nya; itulah kurniaan Allah; diberikan kepada sesiapa yang dikehendaki; dan Allah mempunyai kurnia yang besar”.

Disediakan oleh : Biro Pembangunan Minda & Rohani KMKJ 2012/2013



Semak Keputusan Permohonan Pinjaman YAKIN

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Thursday, December 20, 2012 | Posted in , ,



 
Lampiran 3.3
UNIVERSITI AL-BAYT, JORDAN

BIL
NAMA PELAJAR
 NO. KP
1
 AHMAD FIKREE B MAT SUBURI
 910823-03
2
 AIMAN HAMDI B MAZLAN
 920602-03
3
 ASIAH BT MAT RIPIN
 920729-03
4
 IMAN BT MOHAMMAD
 910629-77
5
 LIANA BT AB LATIF
 930224-03
6
 LOQMAN AL-HAKIM B MAT DAUD
 920518-03
7
 MOHD AL HAFIZ B RAMLI
 880718-29
8
 MOHD KHARULNIZAN B  MOHAMED
 871107-03
9
 NOOR SOFEA QISTINA BT ABDUL RAHMAN
 911021-03
10
 NUR AFIQAH AMANINA BT KAMARUZZAMAN
 931207-03
11
 NURUL ADILA BT MUSTAFA
 900819-03
12
 SITI HAIDA BT MANAF
 910608-03
13
 TUAN MOHAMAD ZULHAMIZAN B TUAN MAT
 930831-03
14
 ZAINAL B ABDULLAH
 850101-67

Lampiran 3.4
UNIVERSITI MU'TAH , JORDAN

BIL
NAMA PELAJAR
 NO. KP
1
 AHMAD SYAHIR B HASBULLAH
 921224-03
2
 MOHAMAD KHAIRUL B AWANG
 890905-03
3
 MUHAMMAD IKHWAN B MOHD ZUKI
 910914-03
4
 MUHAMMAD IBRAHIM B MOHD NAIM
 920912-03
5
 NOOR AESHAH BT ABDUL JAMIL
 880906-03
6
 NOR ADILAH BT CHE ABD RAHMAN
 920721-03
7
 NUR ALIZA BT NORUDDIN
 921213-03
8
 SYAZWANI BT WAHAB
 930421-03
9
 TENGKU MUHAMAD HAKIM B KUMAT
 880912-03
10
 WAN NUR AMIRAH BT WAN MOHD GHAZALI
 890618-03

Lampiran 3.5
UNIVERSITI YARMOUK, JORDAN

BIL
NAMA PELAJAR
 NO. KP
1
 AHMAD SYAZLI ZAFRI B ARIFIN
 930818-03
2
 HANI YUSRINA BT HUSSIN
 930912-03
3
MOHAMMAD NUR ZAINY B MOHAMMAD ROFFI
930602-03
4
 MUHAMMAD FAISAL B MAT NOR
 930608-03
5
 NORSYAHIDA BT MAT JUSOH
 910910-03
6
 RAPIDAH BT ZAKARIA
 910723-67
7
 WAN NUR FAEIZAH BT WAN BUNYAMIN
 921030-03
8
 ZURAINA BT AB.WAHAB
 910825-03

Lampiran 3.6
UNIVERSITI  JORDAN,    JORDAN

BIL
NAMA PELAJAR
 NO. KP
1
 MUHAMMAD MURSYID AL-AMIEN B KAYATI
 920909-03



Salam Peperiksaan Akhir Musim Sejuk

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Wednesday, December 19, 2012 | Posted in ,



Salam Imtihan dan sempena dengan imtihan nihaie juga ana selaku YDP KMKJ sesi 2012/2013 ini ingin mengucapkan  selamat berimtihan kepada semua adik beradik KMKJ.Teruskan perjuangan antum dan antumna semua, bersihkan diri dan sentiasa perbaharui niat, semoga imtihan dunia ini menjadi kayu pengukur sama ada kita semua boleh berjaya didunia dan akhirat. Amalkan pemakanan yang sihat kerana tubuh badan yang sihat dapat melancarkan lagi perjalanan peperiksan kita semua.

"Allah lebih menyayangi orang Mu’min yang kuat daripada orang Mu’min yang lemah’. 

Tak lupa juga lakukan solat hajat dan sentiasalah berdoa kepada Allah SWT semoga imtihan kita kali ini mendapat keberkatan dan diredhai olehNYA. Jadilah umat yang disegani dan dihormati jangan jadikan diri dihina dan dicerca, Apa yang pasti hubungilah kedua ibu bapa dan mohon maaf dengan mereka berdua, kerana doa kedua ibu bapa adalah segala-galanya untuk kita seorang mahasiswa.
Bitaufik wanajah fil imtihan.

"Bia Panda Saing," sep kito dunia akhirat.
Teks telah ditulis oleh YDP Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan bagi sesi 2012/2013.

[19 Disember 2012] Dana Kijang Emas

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | | Posted in ,

           Dana Kijang Emas merupakan organisasi yang berada di bawah naungan Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan ditubuhkan untuk membantu anak Kelantan yang menuntut pelajaran di Jordan yang menghadapi masalah kewangan.

           InsyaAllah Dana Kijang Emas akan membuka permohonan dalam masa terdekat untuk memberi sedikit bantuan kepada pelajar persendirian. Diharapkan dengan bantuan yang akan diberikan dapat meringankan sedikit beban pelajar untuk meneruskan pengajian di universiti di semua mantiqah di Jordan.

          Semua pelajar diminta untuk sentiasa cakna dengan perkembangan terbaru mengenai Dana Kijang Emas dan diminta kepada semua pihak dapat mewar - warkan kepada pelajar yang menghadapi masalah kewangan yang sangat kritikal.

          Borang permohonan boleh diambil dari setiap wakil disetiap mantiqah samada Irbid, Mafraq, Mutah dan Amman. Pada tahun ini Dana Kijang Emas hanya mengeluarkan permohonan untuk Dermasiswa iaitu sejenis bantuan kewangan tanpa bayaran balik.

          Borang permohonan dijadualkan untuk dikeluarkan pada 22 Disember 2012 dan tapisan akan dibuat bagi memastikan pelajar yang benar - benar layak sahaja menerima bantuan dari Dana Kijang Emas. Semua wakil setiap mantiqah akan diumukan pada masa terdekat melalui blog KMKJ atau page facebook Dana Kijang Emas. Jangan lupa untuk add kami di Facebook untuk mengatahui pelbagai maklumat mengenai proses permohonan di sana.

Follow Facebook Dana Kijang Emas (DKE) : 
http://www.facebook.com/profile.php?id=100004629608248&ref=ts&fref=ts

[SIRI 2] Program Bantuan Tabung Kebajikan Pelajar

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Tuesday, December 18, 2012 | Posted in ,



‎[BIRO ZAKAT & KEBAJIKAN KMKJ 2012/2013]
[SIRI 2] [PROGRAM BANTUAN TABUNG KEBAJIKAN PELAJAR] 

#Kami mempelawa warga KMKJ yang layak untuk memohon Bantuan Tabung Kebajikan ahli KMKJ ini.

#Anda boleh memohon bantuan ini dengan mengisi spreadsheet di bawah:

Halim Yusoff | Tel : 0776135526
Nur Ilani Mat Ui | Tel : 0776117996

"Kebajikan Ahli Komitmen Kami"
"Biar Panda Saem Sek Kito"

Tv Kmkj

    Blog Archive