Headlines

Allah menjanjikan pahala yang berganda-ganda pada bulan Ramadhan

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Wednesday, July 18, 2012 | Posted in , ,


“Dengan Nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.”

Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, agar kamu bertakwa” Al-Baqarah : 183.

Berakhirnya Sya’ban, maka bermulalah bulan yang di nanti-nantikan oleh seluruh umat Islam yang beriman, iaitu bulan Ramadhan. Bulan yang penuh dengan keberkatan, sebagaimana firman Allah, maksudnya :

Sesungguhnya Kami menurunkannya (Al-Qur’an) pada suatu malam (Lailatul Qadr) yang di berkati. Dan sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan. Pada malam yang berkat itu, dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah” Ad-Dukhan : 3 – 4.

Dan juga seperti mana Allah berfirman, maksudnya :

Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia,,,” Al-Baqarah : 185

Juga bulan yang mempunyai malam yang lebih baik dari seribu bulan, iaitu Lailatul Qadr.

Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Qur’an) pada malam Lailatul Qadr. Dan apakah engkau mengetahui apa itu Lailatul Qadr? Malam Lailatul Qadr itu lebih baik daripada seribu bulan…” Al-Qadr 1 – 3.


Amatlah rugi bagi sesiapa yang mensia-siakan dan tidak memanfaatkan bulan Ramadhan ini semaksima mungkin dengan perkara ibadah. Peluang umat Islam untuk mengaut ganjaran pahala yang Allah tawarkan sangat terbuka luas. Dengan pelbagai ibadat, seperti bertadarus Al-Qur’an, berzikir, bersedekah, beriktikaf, berselawat, solat terawih serta solat sunat dan fardhu, Allah menjanjikan pahala yang berganda pada tiap-tiap nya.

Bulan Ramadhan juga merupakan musim kebaikan untuk melatih dan membiasakan diri memiliki sifat-sifat mulia dalam agama Islam, di antaranya sifat sabar. Sifat ini sangat agung kedudukannya dalam Islam, bahkan tanpa adanya sifat sabar bererti iman seseorang hamba itu akan pudar.

Sesungguhnya orang-orang yang bersabar akan disempurnakan (ganjaran) pahala mereka tanpa batas.” Az-Zumar : 10

Akhirnya, kami dari Pimpinan KMKJ sesi 2012/2013 mengucapkan kepada seluruh ahli KMKJ yang berada di Jordan, Malaysia dan negara-negara lain, “Selamat Menyambut Bulan Ramadhan dan Selamat Berpuasa”. Semoga kita semua dapat mengambil kesempatan untuk meningkatkan lagi ibadah kita pada bulan Ramadhan serta dapat mengambil kesempatan untuk mendidik diri kita menjadi hamba yang soleh/ah.

[ Biro Pembangunan Minda dan Rohani KMKJ 2012/2013 ]

Pengajian Tinggi di Jordan

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Tuesday, July 17, 2012 | Posted in ,


Pengajian Tinggi di Jordan
Jordan semakin dibanjiri dengan pelajar-pelajar Melayu, menjadikannya negara kedua teramai pelajar Malaysia di Timur Tengah selepas Mesir. Penampilan tokoh agama tersohor Malaysia yang terdiri daripada golongan pemegang ijazah daripada universiti di Jordan dan penghantaran beratus-ratus pelajar tajaan kerajaan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan dan pergigian, telah membuka mata ibu bapa untuk turut serta menghantar anak-anak mereka mengutip mutiara ilmu di Bumi Anbiya’ Jordan ini.
Kami mahasiswa yang sedang menuntut di Jordan mengalu-alukan kedatangan mereka yang berminat untuk melanjutkan pelajaran ke sini. Diharap agar beberapa siri pengenalan kepada pendidikan tinggi di Jordan yang kami sediakan bakal membantu anda bagi mendapatkan gambaran awal tentang kehidupan pelajar di sini.

Tahap Pengajian Yang Ditawarkan di Jordan

  • Sarjana Muda
  • Sarjana (Master)
  • Doktor Falsafah (PhD)

Universiti-universiti di Jordan


Pengajian Yang Ditawarkan di Jordan

Pengajian Sains (hanya di Jordan University of Science and Technology) :
  • Perubatan dan Pergigian
  • Fizik
Pengajian Syariah Islam :
  • Pengajian Bahasa Arab
  • Usul Fiqh
  • Usuluddin
  • Pendidikan Islam
  • Ekonomi & Perbankan Islam (hanya di Universiti Yarmouk)

Persatuan Mahasiswa Malaysia Di Jordan Yang Berdaftar

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | | Posted in ,

Persatuan Mahasiswa Malaysia Di Jordan

Mahasiswa Malaysia Di Jordan diletakkan dibawah seliaan Jabatan Penuntut Malaysia Jordan (Education Malaysia Jordan, EMJ), sebuah jabatan di bawah Kedutaan Malaysia Amman. sebarang urusan berkaitan universiti dan pembelajaran di Jordan boleh dirujuk kepada jabatan ini. Untuk memudahkan pengurusan mahasiswa, beberapa persatuan pelajar ditubuhkan sebagai wakil mahasiswa.

Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia Jordan (MPMMJ)

MPPMJ merupakan persatuan mahasiswa induk yang berfungsi menyelaras pengurusan Persatuan Zon (PZ) dan Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN). MPMMJ menjadi wakil tertinggi mahasiswa di Jordan.

Persatuan Zon (PZ)

Persatuan Zon berfungsi sebagai wakil mahasiswa di setiap mantiqah yang tertentu. PZ memainkan peranan menjaga kebajikan mahasiswa di setiap mantiqah. Selain itu PZ juga bertindak menyusun aktiviti kemasyarakatan, pembinaan insan dan akademik buat mahasiswa.

Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN)

Badan Kebajikan anak Negeri berfungsi menjaga kebajikan mahasiswa berdasarkan negeri disamping mengurus pinjaman, dermasiswa atau bantuan umum pembiayaan pelajaran oleh organisasi kerajaan negeri seperti Pusat Zakat dan Majlis Agama Islam.

Komuniti Malaysia di Jordan

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | | Posted in ,

Mahasiswa Malaysia Di Jordan pada tahun ini (2012) mencecah lebih 2000 orang. Jumlah ini terbahagi kepada 4 Mantiqah (daerah) yang utama iaitu Amman, Mu’tah, Mafraq dan Irbid. Mahasiswa Malaysia di sini menuntut dalam bidang pengajian Islam (Bahasa Arab, Usul fiqh, Usuluddin, Ekonomi dan Perbankan Islam, Pendidikan Islam) dan pengajian sains (Perubatan, Pergigian, Fizik). Tahap pengajian mahasiswa Jordan terdiri daripada Sarjana Muda, Sarjana(Master) dan Doktor Falsafah(PhD).
Berikut merupakan senarai universiti yang mempunyai Mahasiswa Malaysia berdasarkan mantiqah :

Bandar Irbid

  • Jordan University of Science and Technology
  • Universiti Yarmouk

Bandar Mu’tah

  • Universiti Mu’tah

Bandar Mafraq

  • Universiti Al Bayt

Bandar Amman

  • Jordan University
  • World Islamic Science And Education University


Etika kehidupan muslim sehari-hari (Adab-adab Berdo'a)

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Friday, July 13, 2012 | Posted in , ,

Setiap daripada kita pasti pernah berdo'a bukan, bahkan kerapkali berdo'a. Berdo'a meminta diberikan kejayaan, kebahagiaan, kebaikan dan sebagainya. Tidak kiralah apa pun jenis do'a yang ingin kita panjatkan kepadaNYA, perkara utama yang perlu dititikberatkan adalah adab-adab berdo'a.   

Umpana seorang anak kecil yang ingin meminta dibelikan permainan, andai dia hanya meminta 'acuh tidak acuh' maka amat tipis harapan untuk dipenuhi permintaannya itu. Namun, andai diminta dengan bersungguh-sungguh, pasti dipenuhi permintaan itu kerana terzahirnya kesungguhan. Begitu juga dengan Allah. Zahirkan kesungguhan kita dengan menjaga sebaik mungkin adab yang telah diajarkan oleh Rasulullah. Antara adab-adab yang diajarkan

1.   Sebelum berdo'a hendaknya memuji kepada Allah kemudian berselawat kepada Nabi Shallallaahu alaihi wa Sallam. Rasulullah Shallallaahu alaihi wa Sallam pernah mendengar seorang lelaki sedang berdo'a di dalam solatnya, namun ia tidak memuji kepada Allah dan tidak berselawat kepada Nabi Shallallaahu alaihi wa Sallam maka Nabi bersabda kepadanya: 


"Kamu telah tergesa-gesa wahai orang yang sedang solat. Apabila kamu selesai solat, lalu kamu duduk, maka memujilah kepada Allah dengan pujian yang layak bagi-Nya, dan berselawatlah kepadaku, kemudian berdo'alah". 
(HR. At-Tirmidzi, dan dishahihkan oleh Al-Albani). 


2.   Mengakui dosa-dosa, mengakui kekurangan diri dan merendahkan diri. Khusyu' penuh harapan dan rasa takut kepada Allah di saat berdo'a. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman yang bermaksud:

"Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang selalu bersegera di dalam (mengerjakan) perbuatan-perbuatan yang baik dan mereka berdo'a kepada Kami dengan harap dan cemas. Dan mereka adalah orang-orang yang khusyu` kepada Kami". 
(Al-Anbiya': 90)

3.   Sebaiknya berwudhu' sebelum berdo'a, menghadap Qiblat dan mengangkat kedua tangan ketika berdo'a. Di dalam hadits Abu Musa Al-Asy`ari Radhiallaahu anhu disebutkan bahawa setelah Nabi Shallallaahu alaihi wa Sallam selesai melakukan perang Hunain :

" Beliau minta air lalu berwudhu, kemudian mengangkat kedua tangannya; dan aku melihat putih kulit ketiak beliau". 
(Muttafaq'alaih)

4.   Bersungguh-sungguh di dalam berdo'a dan berbulat tekad di dalam memohon. Rasulullah Shallallaahu alaihi wa Sallam bersabda: 

"Apabila kamu berdo'a kepada Allah, maka bersungguh-sungguhlah di dalam berdo'a, dan jangan ada seorang kamu yang mengatakan :Jika Engkau menghendaki, maka berilah aku", karena sesungguhnya Allah itu tidak ada yang dapat memaksanya". Dan di dalam satu riwayat disebutkan: "Akan tetapi hendaknya ia bersungguh-sungguh dalam memohon dan membesarkan harapan, karena sesungguhnya Allah tidak merasa berat karena sesuatu yang Dia berikan". 
(Muttafaq'alaih)

5.   Tidak mendo'akan  keburukan terhadap diri sendiri, anak dan harta. Rasulullah Shallallaahu alaihi wa Sallam bersabda: 

"Jangan sekali-kali kamu mendo'akan buruk terhadap diri kamu dan juga terhadap anak-anak kamu dan pula terhadap harta kamu, karena khawatir do'a kamu bertepatan dengan waktu dimana Allah mengabulkan do'amu". 
(HR. Muslim)

6.   Merendahkan suara ketika berdo'a. Rasulullah Shallallaahu alaihi wa Sallam bersabda: 

"Wahai sekalian manusia, kasihanilah diri kamu, karena sesungguhnya kamu tidak berdo'a kepada yang tuli dan tidak pula ghaib, sesungguhnya kamu berdo'a (memohon) kepada Yang Maha Mendengar lagi Maha Dekat dan Dia selalu menyertai kamu". 
(HR. Al-Bukhari)

7.   Fokus dan yakin dengan sepenuh hati di saat berdo`a. Rasulullah Shallallaahu alaihi wa Sallam bersabda: 

"Berdo'alah kamu kepada Allah sedangkan kamu dalam keadaan yakin dikabulkan, dan ketahuilah bahwa sesungguhnya Allah tidak mengabulkan do'a dari hati yang lalai". 
(HR. At-Turmudzi dan dihasankan oleh Al-Albani)

8.   Tidak memaksa bersajak di dalam berdo'a. Ibnu Abbas pernah berkata kepada `Ikrimah: 

"Lihatlah sajak dari do'amu, lalu hindarilah ia, karena sesungguhnya aku memperhatikan Rasulullah Shallallaahu alaihi wa Sallam dan para shahabatnya tidak melakukan hal tersebut".
(HR. Al-Bukhari).

Selamat beramal. Semoga doa'-doa' kita dimakbulkan Allah.

[ Exco Pembangunan Minda dan Rohani ]



 

[Terkini] Semak status terkini permohonan Zakat MAIK anda.

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Wednesday, July 11, 2012 | Posted in

Seramai 7 orang telah menghantar nama dan ic kepada pihak KMKJ untuk menyemak status permohonan Zakat MAIK yang telah dipohon sebelum ini.Keputusan yang kami dapati daripada pihak MAIK, seorang pemohon telah pun diluluskan,dan yang lain masih dalam proses.
Tahniah kepada yang telah layak dan berjaya, pihak KMKJ akan memaklumkan dari semasa ke semasa berkenaan status permohonan anda yang memohon.


Nama yang telah diluluskan :
1) Ahmad Munib bin Mohamed (930919-03-5307)


Nama yang masih dalam pemprosesan :
1) Mohd Shahirie Ismail (871121-29-5073)
2) Muhammad Fahmi bin Fauzi (930120-03-5613)
3) Muhammad Kamil bin Abdul Aziz (891202-03-5335)
4) Muhammad Alimin bin Mohamad Abiah (891029-06-5249)
5) Nik Mohd Syamim Iylia bin Mat Yusoff (920601-14-6163)
6) Hani Yusrina binti Hussin (930912-03-5654)


Biro Zakat dan Kebajikan KMKJ akan memaklumkan status terkini permohonan anda yang memohon dari semasa ke semasa. Terima kasih.


Biro Zakat dan Kebajikan KMKJ 2012/2013

Tv Kmkj

    Blog Archive