Headlines

KALAM YDP MERAIKAN RAMADAN KAREEM 1435H | 2014

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Monday, June 30, 2014 | Posted in , ,

ุงู‡ู„ุง ูˆุณู‡ู„ุง ุดู‡ุฑ ุฑู…ุถุงู† ุงู„ู…ุจุงุฑูƒ


Bulan Ramadan yang dinantikan oleh seluruh umat Islam telah tiba. Bulan yang penuh dengan berkat dan akan digandakan pahala bagi sesiapa yang menghidupkan bulan Ramadan ini.

Seperti hadis Rasulullah S.A.W, Nabi saw. bersabda :
“Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan kerana iman dan ikhlas mengharapkan pahala dari Allah, maka dosanya yang lalu akan diampun oleh Allah.” 
(HR Bukhari)

Ramadan adalah bulan Allah, apabila kita berpuasa, Allah sendiri yang akan memberi ganjaran kepada kita,sebagaimana disebut di dalam hadis Qudsi : dari Abu Hurairah R.A. berkata, Rasulullah S.A.W bersabda : Allah berfirman, "Semua amal anak Adam untuknya kecuali puasa. Ia untuk-Ku dan Aku yang akan membalasnya."

Jangan kita cemari bulan ini dengan perkara2 yang dilarang oleh Allah S.W.T. Sama-sama kita merebut peluang yang Allah S.W.T kurniakan kepada kita untuk kita gunakannya dengan sebaik mungkin agar apabila berakhirnya Ramadan, kita suci daripada dosa dan kita kembali kepada fitrah hamba Allah S.W.T. Moga-moga kita benar-benar tergolong dalam golongan yang bertaqwa dan mendapat keampunan daripada AllahS.W.T.

Salam Ramadan daripada kami pimpinan KMKJ 14/15. Sekian.

'' Kebajikan Anda Keutamaan Kami ''
" Kebajikey Demo, Kito Pakat Cagho "


STATUS PERMOHONAN PINJAMAN YAKIN 2014

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Thursday, June 26, 2014 | Posted in ,

Sukacita dimaklumkan kepada semua ahli KMKJ yang dihormati sekalian, permohonan bagi pinjaman Yayasan Kelantan Darul Naim (YAKIN) sudah pun dikeluarkan. Bagi yang telah menerima pinjaman YAKIN bolehlah memperbaharui pinjaman anda dengan menghantar isbat tolib (pengesahan belajar) dan kashfu alamat fasal semasa kepada pihak YAKIN di alamat Yakin_pelajaran@yahoo.com. Bagi permohonan kali pertama, pemohon diingatkan untuk menyediakan dokumen-dokumen yang diperlukan untuk permohonan sesegera yang mungkin. Bagi pemohon pertama kali yang mengambil fasal soifi, insya’Allah borang akan tiba di Jordan pada pertengahan bulan 9. 

Sebarang pertanyaan boleh dirujuk kepada :
NAMA : MOHAMAD KHIRMAN NAIM ZAID
NO. TEL : +962776574694
EMEL : naim_alhafez@yahoo.com

ataupun kepada :
NAMA : NUR ASMA' MADHIAH BT MOHD HUZAIMY
NO. TEL : +60139503748
EMEL : amadhiah@yahoo.com

'' Kebajikan Anda Keutamaan Kami ''
" Kebajikey Demo, Kito Pakat Cagho "


Carta alir mudah bagi permohonan YAKIN beserta dokumen yang diperlukan



Organisasi KMKJ 2014/2015

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | | Posted in




CARTA ALIR PERMOHONAN ZAKAT MAIK

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Monday, June 23, 2014 | Posted in ,

Bagi memudahkan urusan permohonan zakat MAIK, pihak Biro Zakat & Kebajikan KMKJ 2014/2015 telah melakarkan satu carta alir mudah bagi urusan permohonan beserta dokumen yang diperlukan. Pemohon diingatkan untuk meneliti gambarajah di bawah dengan harapan dapat mengelakkan sebarang keciciran.

Sebarang pertanyaan boleh dirujuk kepada :
NAMA : MOHAMAD KHIRMAN NAIM ZAID
NO. TEL : +962776574694
EMEL : naim_alhafez@yahoo.com

ataupun kepada :
NAMA : NUR ASMA' MADHIAH BT MOHD HUZAIMY
NO. TEL : +962775003267
EMEL : amadhiah@ymail.com

'' Kebajikan Anda Keutamaan Kami ''
" Kebajikey Demo, Kito Pakat Cagho "




Perginya Permata Ilmu

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Wednesday, June 4, 2014 | Posted in ,

Assalamualaikum w.b.t



 "Allah hilangkan ilmu di dunia ini dengan kematian para ulama' "

Tanggal 1 Jun 2014, jam 12.30 waktu Zuhur di Jeddah, Arab Saudi, telah kembali ke pangkuan Tuhan 'Azza wa Jalla seorang ulama besar yang kitabnya banyak dibaca oleh para aktivis Islam. Salah satunya adalah kitab Manhaj Haraki.

Beliau ialah Sheikh Dr. Munir Ghadban, sebelumnya merupakan Muraqib 'Am Ikhwanul Muslimin di Syria. Beliau dilahirkan di Damsyik, Syria tahun 1942 M dan berjaya menamatkan pengajian sarjananya di Fakulti Syariah di Universiti Damsyik tahun 1967 M, kemudiannya menyambung Diploma Tarbiah di universiti yang sama pada tahun 1968 M.

Tokoh ini kemudiannya mendapatkan Master dalam bidang Bahasa Arab di Maahad al-Buhuts wa ad-Dirasat al-Islamiyyah di Kaherah pada tahun 1972 M, dan berjaya mendapatkan gelaran Doktor dalam bidang Bahasa Arab dari Universiti al-Quran al-Karim di Sudan tahun 1997 M, beliau turut mendapat hadiah daripada Raja Brunei dalam bidang Sirah Nabawiyah tahun 2000 M.

Dukacitanya Sheikh Dr. Munir Muhammad al-Ghadban meninggal dunia pada 3 Sya'ban 1435 H bersamaan 1 Jun 2014 di Mekah al-Mukarramah. Al-Marhum merupakan pengarang kitab Manhaj Haraki lis-Sirah al-Nabawiyah dan juga kitab-kitab tahalluf siyasi. Beliau turut dikenali sebagai antara ulama besar gerakan Islam.

Semoga Allah merahmati roh al-Marhum dan menempatkan beliau bersama-sama orang-orang yang soleh dan diredhai-Nya, ameen.


Al-Fatihah

Meraikan Yang Di-rai

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Sunday, June 1, 2014 | Posted in ,

Assalamualaikum w.b.t

Menuntut ilmu itu wajib bagi setiap muslim

Entry kali ini khas ditaip buat bakal khirijin KMKJ yang bakal menamatkan pengajian mereka di Jordan pada musim panas ini. Jadinya, dengan penuh rasa bangga dan bahagia, pihak KMKJ mengucapkan jutaan tahniah kepada anda semua (khirijin) yang telah bersusah payah bersengkang mata menduduki imtihan untuk berjaya kerana Allah. Semoga dengan kepulangan kalian semua dapat menyumbang sesuatu kepada umat Islam dan negara amnya. Semoga ilmu yang ada di dada diamalkan dan dapat memberi manfaat kepada diri dan orang lain.

Pihak KMKJ akhiri entry kali ini dengan kalam yang biasa kita dengar

Sebaik baik daripada kamu ialah yang memberi manfaat kepada orang lain

Dan semoga kita semua tergolong dalam golongan tersebut, amin. 

Tv Kmkj

    Blog Archive