Headlines

Kemalangan Pelajar Malaysia Di Jordan

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Saturday, January 23, 2016 | Posted in , , ,




Assalamualaikum

[ Update MAKLUMAN KEMALANGAN DI MAFRAQ ] 23 Januari 2016

Dukacita dimaklumkan bahawa telah berlaku kemalangan jalanraya pagi tadi yang melibatkan sebuah kereta yang dinaiki oleh pelajar Malaysia dengan warga jordan dalam perjalanan ke mafraq untuk program jaulah.

Kemalangan melibatkan 5 orang pelajar dari Universiti Mu'tah. Tiga meninggal dunia manakala dua pelajar terselamat. Mangsa yang terselamat masih lagi dirawat di Hospital Mafraq.

Firman Allah Taala :
“Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.” (Ali-’Imran: 185)

Semoga seluruh keluarganya diberikan kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian ini.Keluarga KMKJ mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat dan mendapat keampunan Allah SWT, serta ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh.

__________________________

Berhubung kemalangan yang berlaku pagi tadi, setelah mengesahkan dengan pihak Hospital Mafraq ( Mafraq Government Hospital), dukacita kami ingin maklumkan tiga daripada mangsa yang terlibat telah meninggal dunia.

Tiga teman kita yang meninggal dunia adalah:
1. Fatin Iqmal Idziyani binti Che Aziz (Kuala Lumpur)
2. Hana' binti Azhar (Kelantan)
3. Al Najiatun Nailah binti Mohd Safie (Kelantan)

Dua lagi selamat tetapi Izzam Hasif cedera di kaki dan patah tangan manakala Fatin Noor Syahirah cedera di muka dan rahang.

Izzam Hasif (Negeri Sembilan) dan Fatin Noor Syahirah (Kelantan) akan dipindahkan ke hospital di Amman.

Pihak kedutaan dan EMJ masih berbincang dengan waris mangsa sama ada jenazah ingin dibawa pulang atau tidak.

Kenyataan rasmi daripada Kedutaan dan EMJ akan dikeluarkan sebaik semua waris mangsa dimaklumkan.

Sama-sama kita doakan.


اللهم اغفرلهم وارحمهم وعافهم واعفوا عنهم

AL-FATIHAH

:: Ukhwah Kito Jago,Kebajikey Kito Cakno ::

DOTA : Doa & Tawakkal KMKJ

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Monday, January 4, 2016 | Posted in , , ,





[ DOTA : Doa & Tawakkal ] #Amman #Mutah #Irbid #‎Mafraq‬

Alhamdulillah, telah berlangsung program DOTA : Doa & Tawakkal di setiap mantiqah anjuran Biro Pembangunan Mahasiswa KMKJ dengan kerjasama Perwakilan Mantiqah KMKJ.

Terima kasih kepada ahli kmkj yang hadir menjayakan program ini, semoga program-program KMKJ yang akan datang mendapat sambutan yang lebih lagi, insyaAllah.
:: Ukhuwah Kito Jago, Kebajikey Kito Cakno ::
:: KMKJ diHati ::

SPR KMKJ berwajah baru!

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | | Posted in


Tv Kmkj

    Blog Archive