Headlines

Tawaran Pinjaman Pelajaran YAKIN Kini Dibuka

21 Aug 2022 / undefined Comments

PINJAMAN YAYASAN KELANTAN DARUL NAIMAssalamualaikum WBTMakluman keluarga KMKJ yang dihormati, permohonan pinjaman YAKIN kini telah dibuka untuk permohonan.Bagi keluarga KMKJ bermula tahun 2 dan keatas yang ingin memohon pinjaman pelajaran, boleh terus ke laman PORTAL PINJAMAN PELAJARAN YAKIN di pautan...

Read More...

Aktiviti
Hebahan

Tawaran Pinjaman Pelajaran YAKIN Kini Dibuka

PINJAMAN YAYASAN KELANTAN DARUL NAIMAssalamualaikum WBTMakluman keluarga KMKJ yang dihormati, permohonan pinjaman......

Ahli Majlis Tertinggi dan Ahli Lembaga Tadbir Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan (KMKJ) 2022/2023

[ STRUKTUR KEPIMPINAN ]Ahli Majlis Tertinggi dan Ahli Lembaga TadbirKesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan (KMKJ) 2022/2023[......

Pengetahuan AM

Sejarah Penubuhan Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan (KMKJ)

SEJARAH PENUBUHAN KMKJ Bismillahi Ar-Rahman Ar-RahimAssalamualaikum WBTPada siri kali ini, kami ingin memperkenalkan......

Kalam Pimpinan Ahli Majlis Tertinggi KMKJ Sesi 2016/2017 بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة......

Warung KMKJ

    Mesin Photostat KMKJ

    Promosi Harga termurah di pasaran Jordan.jom Ahli KMKJ pakat-pakat guna mesin photostats kit......

Dana Kijang Emas

Terima Kasih dari Team Dana Kijang Emas

......

Zakat MAIK

Carta Alir Permohonan Zakat MAIK 2015

باسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.. Kepada mahasiswa/i KMKJ yang ingin memohon zakat......

AYUH SAMA-SAMA MENYUMBANG BAGI DANA KEWANGAN KMKJ 14/15

Assalamualaikum w.b.t. Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan (KMKJ) adalah persatuan yang menyatukan anak Kelantan......

CARTA ALIR PERMOHONAN ZAKAT MAIK

Bagi memudahkan urusan permohonan zakat MAIK, pihak Biro Zakat & Kebajikan KMKJ 2014/2015 telah melakarkan......

Pinjaman YAKIN

Tawaran Pinjaman Pelajaran YAKIN Kini Dibuka

PINJAMAN YAYASAN KELANTAN DARUL NAIMAssalamualaikum WBTMakluman keluarga KMKJ yang dihormati, permohonan pinjaman......

SENARAI RASMI NAMA YANG LAYAK MENDAPAT PINJAMAN (YAKIN) 2014

BISMILLAH.. DENGAN SECARA RASMINYA PIHAK YAKIN TELAH MENGELUARKAN SENARAI NAMA YANG LAYAK MENDAPAT PINJAMAN......

TV KMKJ

Kalam Pimpinan Ahli Lembaga Tadbir sesi 2016/2017

     KALAM PIMPINAN AHLI LEMBAGA TADBIR KMKJ "Persatuan lubuk pengalaman. Terjunlah......

Dari Pejabat KMKJ

Tawaran Pinjaman Pelajaran YAKIN Kini Dibuka

PINJAMAN YAYASAN KELANTAN DARUL NAIMAssalamualaikum WBTMakluman keluarga KMKJ yang dihormati, permohonan pinjaman......

Kelas Multimedia
SPR KMKJ
Galeri Anak Kelantan
Published On: Wednesday, August 17, 2011
Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan

KELEBIHAN MALAM 10 AKHIR RAMADAN




     Di saat – saat akhir hari menunaikan puasa Ramadan kali ini. Kita bakal menghadapi malam 10 terakhir Ramadan yang banyak kelebihannya. Antara kelebihan malam 10 terakhir Ramadan adalah:-

1. Nabi Muhammad saw memperbanyakkan ibadat pada malam 10 terakhir Ramadan melebihi malam sebelumnya. Saidatina Aisyah berkata maksudnya; “Rasulullah apabila masuk malam 10 terakhir Ramadan, Baginda menghidupkan malam (dengan ibadat), mengejutkan keluarganya (bangun beribadat), bersungguh-sungguh (dalam beribadat) dan uzlah (mengasingkan diri) daripada isteri-isterinya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

2. Pada malam 10 terakhir ada satu malam yang dinamakan Lailatul Qadar (malam yang mempunyai berkat dan keistimewaan yang banyak). Pada malam inilah diturunkan al-Quran seperti firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya Kami menurunkannya (al-Quran) pada Lailatul Qadar” (Surah al-Qadar, ayat 1). Ibn Abbas berkata : “Allah menurunkan al-Quran sekali gus dari Al-Luh Al-Mahfur ke Bait al-E'zzah yang terletak di langit dunia. Kemudian ia diturunkan secara berperingkat-peringkat kepada Rasulullah selama 23 tahun.

3. Lailatul Qadar disifatkan lebih baik daripada 1,000 bulan. Perkara ini seperti firman Allah bermaksud : “Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan.” (Surah al-Qadar, ayat 3)

4. Malam ini juga disifatkan sebagai malam berkat, firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya Kami turunkannya (al-Quran) pada malam yang diberkati.” (Surah al-Dukhan, ayat 3)

5. Pada malam ini juga turunnya malaikat. Malaikat turun bersama-sama berkat dan rahmat Allah yang dikhaskan untuk malam ini.

6. Ditetapkan umur, rezeki dan ajal manusia. Firman Allah bermaksud : “Pada malam itu (Lailatul Qadar) dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah.” (Surah al-Dukhan, ayat 4). Maksud ‘urusan yang penuh hikmah’ adalah pada malam itu Allah menentukan umur, rezeki dan ajal manusia.

7. Allah mengampunkan hamba-Nya yang menghidupkan malam itu dengan penuh rasa keimanan dan pengharapan.Bilakah Lailatul Qadar? Nabi Muhammad bersabda bermaksud: “Carilah Lailatul Qadar pada malam 10 terakhir Ramadan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Rasulullah bersabda lagi bermaksud: “Carilah Lailatul Qadar pada malam ganjil pada 10 malam terakhir.” (Hadis riwayat Bukhari).


à Kami dari Unit Dakwah Dan Tarbiah KMKJ menyarankan agar sama-samalah kita menghidupkan malam di separuh akhir Ramadhan ini dengan fizikal bersungguh-sungguh dan hati yang ikhlas agar “Lailatu Qadar” yang kita impikan akan tercapai dan keampuanan dari segala dosa berkesampaian.

*Petikan Panduan Puasa Ramadan terbitan Jabatan KemajuanIslam Malaysia dan Tazkirah Jumaat.

About the Author

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan on 5:23:00 PM . Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 . Feel free to leave a response

By Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan on 5:23:00 PM . Filed under , . Follow any responses to the RSS 2.0 . Leave a response

0 cadangan dan kritikan membina for " KELEBIHAN MALAM 10 AKHIR RAMADAN "

Post a Comment

Tv Kmkj

  1. Tawaran Pinjaman Pelajaran YAKIN Kini Dibuka
  2. Jualan Nasi Minyak Ayam Masak Merah
  3. Ahli Majlis Tertinggi dan Ahli Lembaga Tadbir Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan (KMKJ) 2022/2023
  4. Sejarah Penubuhan Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan (KMKJ)
  5. Logo Rasmi KMKJ
  6. Kalam Pimpinan Ahli Lembaga Tadbir sesi 2016/2017