Headlines

Kenapa tiba-tiba KMKJ ada blog??

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Friday, October 9, 2009 | Posted in ,

Assalamu3alaikum wbt~~

Alhamdulillah, setelah sekian lama blog ini tidak terupdate, maka dapatlah kali ini sedikit kelapangan untuk menulis.

Mesti masih ramai dalam kalangan ahli KMKJ tertanya-tanya, bagaimana tiba-tiba sahaja KMKJ mempunyai blog?

Begini, perkara pertama mengapa blog KMKJ ini ditubuhkan adalah untuk menjadikan internet sebagai satu wadah bagi memaklumkan kepada ahli-ahli KMKJ berkaitan dengan program-program persatuan yang telah atau bakal dijalankan serta info-info islamik. Sedikit sebanyak, info dan maklumat dapat disampaikan kepada ahli tidak kira di mana mereka berada sama ada di mantiqah-mantiqah di Jordan itu sendiri, atau di tanah air. Bukankah internet itu merupakan satu teknologi? Apa gunanya teknologi sekiranya tidak digunakan?

Kedua, memandangkan BKAN lain di Jordan ini hampir kesemuanya sudah berubah menggunakan blog sebagai media maklumat mereka, tidak salah kita mengikuti langkah-langkah tersebut. Menuruti langkah dari segi perkara yang baik tidak ditegah dalam agama kita. Bukankah begitu? Jadi, ini juga menunjukkan bahawa KMKJ sudah mula melakukan anjakan paradigma sejajar dengan kehendak falsafah pendidikan negara kita sendiri.

Ketiga, dengan terdirinya blog ini, kita dapat memperkenalkan KMKJ di mata dunia. Ini bermakna, seluruh persatuan anak negeri di seluruh dunia dapat melihat pergerakan KMKJ serta memungkinkan berlakunya perhubungan antarabangsa dengan KMKJ. Sebagaimana yang telah diketahui, KMKJ turut memasukkan unsur-unsur islamik dalam pergerakannya. Hal ini dapat menaikkan imej islam itu sendiri kerana tidak ketinggalan dalam pembangunan teknologi serta membuktikan bahawa islam itu bukan hanya tertumpu pada soal solat, puasa, zakat dan haji sahaja.

Firman Allah Ta3ala:


Sesungguhnya agama (yang diridhai) di sisi Allah hanyalah Islam. [QS 3:19]

Menurut pendapat Ibn Faris di dalam bukunya ‘Maqayis Al Lughah’ ad-din bermaksud pasrah, menyerah, tunduk, perhitungan dan lain-lain.

Orang Arab mempergunakannya (ad-din) untuk berbagai maksud dan tujuan. Ad-din bermaksud agama dalam peristilahan bahasa melayu. Agama bermaksud kepercayaan dan keyakinan terhadap ajaran atau fahaman tertentu. Ia sering dikaitkan dengan ibadah dan hubungan dengan tuhan. Agama juga bermaksud membenarkan dengan perkataan atau mengakui keEsaan Pencipta, mempercayai dan meyakini Pencipta serta apa yang disampaikanNya, dengan sepenuh hati dan membuktikannya dengan amalan di samping melakukan apa yang diperintah serta meninggalkan apa yang dilarang.

Perkataan ‘din’ (dalam bentuk nakirah) bererti suatu cara hidup. Manakala perkataan ‘ad-din’ (dalam bentuk makrifah)bermaksud cara hidup yang telah ditetapkan oleh Allah.

Secara kesimpulannya, ayat ini seolah-oleh mengatakan islam bukan hanya pada perkara-perkara seperti solat, tetapi merupakan satu cara hidup yang mana teknologi seperti blog termasuk di dalamnya.

Wallahu a3lam...

Tv Kmkj

    Blog Archive