Headlines

Salam Ramadhan 1436h

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Thursday, June 18, 2015 | Posted in , ,


Selamat Menyambut Ramadhan kepada seluruh warga KMKJ. semoga ramadhan kali ini lebih bermakna buat kita semua.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
“ Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kalian agar kamu bertakwa ”
(QS. Al Baqarah: 183)
Ramadhan adalah bulan tarbiyyah, juga dikenali sebagai madrasah atau sekolah, yakni tempat kita belajar dan menjalani latihan. Ramadhan tempat kita membersihkan diri dalam satu bulan setelah menjalani hakikat sebelas bulan yang berlalu. Cuba kita tanya, apakah yang telah kita lakukan kepada sebelas bulan itu? Baikkah yang dibuat atau sebaliknya? Tidakkah kesempatan satu bulan ini digunakan sepenuhnya untuk membersihkan sebelas bulan yang telah berlalu?
Ramadhan sebenar membawa ikhtibar yang begitu banyak. Ramadhan mengajarkan kita menahan lapar dan dahaga serta tidak melakukan perkara yang sia-sia seperti mengumpat, menfitnah, mudah marah, naik angin dan membuang banyak lagi sifat negatif. Bila habis Ramadhan, bawalah tarbiyyah ini mendepani bulan yang mendatang. Jika Ramadhan mengajar kita erti kesabaran. Maka bawalah sifat sabar ini ke bulan selepas itu. insyaAllah.

Kalam NYDP KMKJ sempena Ramadhan 1436h

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | | Posted in , ,


[ Kalam NYDP KMKJ sesi 2015/2016 ]

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
“ Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kalian agar kamu bertakwa ” 
(QS. Al Baqarah: 183)

Bulan Ramadhan merupakan bulan kasih sayang Allah kepada ummat islam diseluruh dunia. Bulan yang dianugerahkan dengan penuh keberkatan serta ganjaran yang tidak ditawarkan di bulan-bulan yang lain. Maka sebagai hamba yang lemah, ayuhlah kita sama-sama merebut peluang yang Allah berikan ini untuk sama-sama memperbaiki diri kita dengan memperbanyakkan amal ibadat kepada-nya. Lakukanlah dengan hati yang penuh tawaddhuk dan ikhlas untuk memperolehi keampunan daripada Allah. Semoga Ramadhan kali ini adalah ramadhan yang bukan sahaja mampu mendidik jiwa kita, bahkan mampu melahirkan insan yang berjiwa kental dalam apa keadaan skali pun.

salam ramadhan buat warga KMKJ

Naib Yang Di-Pertua KMKJ sesi 2015/2016
Muhamad Hatim Bin Mahazari

#UkhuwahKitoJagoKebajikeyKitoCakno
#MembangunMahasiswaMUSLIMKelasPertama

Tv Kmkj

    Blog Archive