Headlines

Kalam Raya Yang Di-Pertua buat komuniti KMKJ

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Monday, August 20, 2012 | Posted in



Assalamualikum WBT

Selamat hari raya aidilfitri diucapkan kepada anak-anak kelantan yang berada diperantauan dan juga berada ditanah air,teruskan berjuang memartabatkan agama dan bangsa, walaupun sedih dengan pemergian ramadhan yang telah berlalu sama-sama kita perkukuhkan lagi iman dan taqwa kita kepada Allah SWT tanpa mengira masa dan waktu.

Teruskan menyelami ilmu-ilmu agama yang masih banyak dibumi anbiya' ini. Jadikan 

diri kita, anak-anak kelantan yang semua berjaya didunia dan akhirat. Rasulullah SAW daripada Abu Ayyub al-Ansari, Nabi SAW telah bersabda yang bermaksud :




  "Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan kemudian diikuti dengan berpuasa selama enam hari pada bulan Syawal nescaya ia mendapat ganjaran puasa selama setahun".

[Riwayat Muslim]



Oleh itu marilah sama kita berpuasa 6 dibulan Syawal ini. Akhir kata dari saya majulah anak kelantan untuk negara Malaysia

"Bia panda saing sep kita"

Yang Di Pertua KMKJ 2012-2013
Muhammad Alimin bin Mohamad Abiah

[Mafraq] Iftar Jamaie Anak Kelantan Jordan 1433H

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Sunday, August 12, 2012 | Posted in , ,

[ Ehsan Photo by Hilmi Gallery ] [Mafraq, Sabtu, 4,Ogos 2012, Iftar Jamaie Anak Kelantan Jordan. ] **Klik image untuk Lihat Jelas !




Peristiwa Nuzul Al-Quran bertanggal 17 Ramadhan

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Saturday, August 11, 2012 | Posted in , ,


Sememangnya sudah menjadi tradisi masyarakat Islam untuk mengadakan hari memperingati peristiwa Nuzul Quran bertanggal 17 Ramadhan. Walaupun terdapat beberapa khilaf ulama dalam menentukan tarikh yang sebenar, namun itu bukanlah perkara yang perlu diutamakan.

Tugas kita selaku umat Islam bukan hanya sekadar mengingati dan mengetahui tentang peristiwa ini, malah kita dituntut untuk menghayati dan mengamati Al-Quran itu sendiri. Mengenangkan bagaimana keadaan Nabi Muhammad SAW saat Jibril datang memeluk sekaligus memerintahkan baginda membaca, jelas menunjukkan bahawa Al-Quran bukanlah sebuah kitab yang biasa-biasa. Ianya adalah kalam Allah.

Andai sahaja, insan semulia Nabi Muhammad SAW menggigil saat ingin membacakan ayat dari Al-Quran, bagaimana kita ? Dimana posisi hati dan jiwa kita ketika lidah enak melantunkan bacaan suci Al-Quran ? Sejauh mana penghayatan kita pada kalam-kalam Ilahi ?

Tepuk dada, tanya iman.

Oleh itu, marilah sama-sama kita meluangkan masa yang ada dengan membaca dan mentadabbur Al-Quran dengan sebaiknya. Raihlah keberkatan Ramadhan dengan mendampingi Al-Quran serta mendatabburinya. Jika hari biasa kita mampu membaca 5 helai sehari, maka dibulan Ramadhan ini, pertingkatkan ia, mungkin 1 juzuk atau 2 juzuk bahkan lebih.

Pohonlah pada Allah agar diberi kekuatan dan diizinkan untuk terus mendampingi Al-Quran sebagai teman, bukan sahaja didunia malah diakhirat kelak.

Daripada Nawwas Bin Sam'an r.a. telah berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda : Di hari akhirat kelak akan didatangkan Al Quran dan orang yang membaca dan mengamalkan isi kandungannya, didahului dengan Surah Al Baqarah dan Surah A-li 'Imraan, kedua-dua surah ini menghujah ( mempertahankan ) orang yang membaca dan mengamalkannya.

( Riwayat Muslim )

Sekadar sedikit perkongsian tentang sejarah penurunan (diwahyukan) Al-Quran kepada Rasulullah , menurut ahli hadis mengatakan ada dua pendapat. Pendapat pertama, Al-Quran diturunkan pada malam isnin, 17 Ramadhan bersamaan 6 Ogos 610M. Pendapat ini telah berhujah berdasarkan dalil Quran, Surah Al-Anfal, ayat 41. Manakala pendapat kedua menyatakan bahawa Al-Quran diturunkan pada malam Isnin, 24 Ramadhan bersamaan 13 Ogos 610M. Hal ini berdasarkan dalil ayat Al-Quran dari Surah Al-Qadr, ayat 1 dan Surah Ad-Dukhan, ayat 1-4 dan pendapat ini lebih diterima. Khilaf yang berlaku hanya berkisar pada tarikh, namun tahun berlakunya peristiwa Nuzul Quran ini telah disepakati berlaku sebelum 13 tahun Rasulullah berhijrah ke Madinah.

[ Disediakan oleh : Biro Pembangunan Minda & Rohani KMKJ 2012/2013 ]

Undangan Majlis Ifthor Anak Kelantan Jordan 1433H

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Thursday, August 2, 2012 | Posted in ,




Majlis Ifthor Anak Kelantan Jordan 1433H

    Lokasi
    Bayt Prisma, Mafraq

    Hari Sabtu
    16 Ramadhan 1433H
    04 Ogos 2012


    Masa
    6 Petang

*Kepada Warga KMKJ yang berminat :
 
    Hubungi Wakil Mantikah
       MUTAH > Othman > 0776117189
       IRBID > Halim Yusuff > 0776135526
       MAFRAQ > Hilmi Hassan > 0777437262

*Tambang seorang akan dikenakan

       MUTAH > 5JD
       IRBID > 3JD
       MAFRAQ >1JD


Tentatif :

6.00 PM > Bacaan Mathurat
7.40 PM > Berbuka puasa dengan kurma dan air solat
 maghrib dan makan nasi.
8.20 PM > Ceramah Ramdhan dari Ustaz Hafiz Dasar
                (Pelajar Master Mafraq)
9.20 PM > Solat Isyak dan Terawih diimamkan oleh
                Ustaz Ismail Hassan.

Selepas Terawih > Jamuan ringan (Woreh) bersurai.




Tv Kmkj

    Blog Archive