Headlines

KMKJ Mengecam Perbuatan Keji

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Saturday, May 31, 2014 | Posted in ,

  
 

Assalamualaikum w.b.t

Baru baru ini Malaysia digemparkan dengan satu kes rogol di Indonesia yang melibatkan seorang mahasiswi Malaysia di Kampus Jatinangor, Sumedang, Jawa Barat. Beliau dikatakan keluar ke mesin ATM berdekatan sebelum didatangi seorang lelaki tidak dikenali dan menariknya masuk ke dalam kereta.

Apa apa pun, pihak KMKJ berharap agar kes seperti ini dapat dibendung dengan mengambil langkah langkah pencegahan lebih awal. Bak kata pepatah 'sediakan payung sebelum hujan'.

Kepada kaum hawa sekalian, suka untuk diingatkan supaya sentiasa berwaspada sewaktu keluar rumah agar perkara yang tidak diingini dapat dielakkan daripada berlaku. Keselamatan kalian adalah tanggungjawab bersama khususnya kepada mahasiswi luar negara.


Persembahan Setinggi-tinggi Tahniah

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Friday, May 30, 2014 | Posted in ,

 Sekalung tahniah dipersembahkan kepada baginda DYMM
Sultan Nazrin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah

Assalamualaikum w.b.t

Setinggi-tinggi tahniah dipersembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Nazrin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah atas pertabalan baginda sebagai Sultan Perak. Sedikit latar belakang pendidikan baginda ;

- Dilahirkan pada 27 November 1956 di Penang, Malaysia
- Merupakan anak sulung kepada Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah
- Pemegang Ijazah Sarjana Muda Philosophy, Politics and Economics daripada Universiti Oxford,        Masters dalam Pentadbiran Awam dan Ph.D dalam Political Economy and Government di Harvard     University

Secara umumnya, Sultan Nazrin Shah merupakan seorang yang 'educated' dan berpandangan jauh. Baginda juga telah menerima banyak anugerah antaranya Second Class of the Royal Family Order of Selangor daripada Honours of Malaysia.



Merafak Sembah Sekalung Ucapan Takziah

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Wednesday, May 28, 2014 | Posted in

ุฅِู†َّุง ู„ِู„َّู‡ِ ูˆَุฅِู†َّุง ุฅِู„َูŠْู‡ِ ุฑَุงุฌِุนُูˆู†َ
AL FATIHAH
Merafak sembah sekalung ucapan Takziah buat DYMM Sultan Perak Tuanku Sultan Azlan Shah atas kemangkatan baginda pada hari ini. Baginda Sultan antara bekas Yang Dipertuan Agong yang paling terpelajar dan berwibawa. 

Antara kerjaya baginda sebelum ditabal sebagai Sultan Perak ialah,

-Memulakan perkhidmatan sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

-Menyertai Perkhidmatan Undang-undang dan Kehakiman Persekutuan Tanah Melayu sebagai Majistret Kelas Pertama dan Presiden Mahkamah Sesyen.

-Menyandang Peguam Persekutuan dan Timbalan Pendakwa

-Pendaftar Mahkamah Tinggi Persekutuan Tanah Melayu

-Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia.

-1965 (umur 37 tahun ) baginda dilantik menjadi Hakim Mahkamah Tinggi Malaya yang merupakan hakim termuda dalam sejarah kehakiman Komanwel.

-1973 Hakim Mahkamah Persekutuan

-1979 Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Malaya.

-12 November 1982 menjadi Ketua Hakim Negara menggantikan Tun Mohamad Suffian Hashim yang bersara. Jawatan ini merupakan puncak karier kehakiman.

Baginda juga pernah ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia dari 26 April 1989 hingga 25 April 1994.

Selamat Bermesyuarat Agung ke-14 PMK UM

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Tuesday, May 27, 2014 | Posted in

"Kami daripada pimpinan Kesatuan Mahasiswa Kelantan ( KMKJ ) sesi 14/15 mengucapkan selamat bermesyuarat agung tahunan kepada Persatuan Mahasiswa Kelantan Universiti Malaya (PMK UM) yang ke- 14... Selamat berbahas & berhujah kepada mahasiswa kelantan universiti Malaya dalam mencapai apa yang ingin direalisasikan."

Syabas & Tahniah

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Monday, May 26, 2014 | Posted in

Kami daripada Pimpinan Kesatuan Mahasiswa kelantan jordan (KMKJ), mengucapkan tahniah kepada Yb Dato’ Hj Takiyuddin Hassan atas perlantikan sebagai Naib Presiden FAM. Semoga FAM terus Maju kehadapan & mampu bersaing lebih hebat dengan persatuan bola sepak antarabangsa.

Tarikh Penting Dalam Islam 2014/1435

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | | Posted in


Tarikh - tarikh penting dalam Islam tahun 2014/1435 (Malaysia)

SELAMAT HARI GURU 2014

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Thursday, May 15, 2014 | Posted in

Guru...
Dalam ajarnya ada harapan,
dalam tegurnya ada doa,
dalam marahnya ada sayang,
dalam tawa ada mesranya,
dalam diam ada bijaksana,
dalam tangannya kita terbina.
Berbahagialah menjadi guru...

Kami mewakili Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan (KMKJ) sesi 2014/2015, ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik dengan bertemakan

Guru: Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi.




Ramah Mesra KMKJ Mafraq 2014

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | | Posted in


Alhamdulillah Seramai 80 orang anak Kelantan di Mafraq Jordan menghadiri program Ramah Mesra KMKJ Mafraq 2014, sempena Majlis keraian graduasi universiti Al Al-Bayt, anjuran perwakilan KMKJ Mafraq,

Majlis Bermula pada jam 7.15 Malam Sehingga Jam 10 Malam, Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran pimpinan baru KMKJ sesi 2014/15,


Tv Kmkj

    Blog Archive