Headlines

Ikhtibar Haji Bayangan Perjalanan Menuju Kematian

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Friday, November 26, 2010 | Posted in ,


by Nik Abdul Aziz Nik Mat on Tuesday, November 9, 2010 at 12:07pm
Setiap di dunia mempunyai regunya masing-masing. Hitam regunya putih, lelaki regunya perempuan, pagi regunya petang dan siang regunya malam. Inilah hakikat yang dinyatakan oleh Allah SWT di dalam al-Quran :



ุณُุจْุญَุงู†َ ุงู„َّุฐِูŠ ุฎَู„َู‚َ ุงู„ْุฃَุฒْูˆَุงุฌَ ูƒُู„َّู‡َุง ู…ِู…َّุง ุชُู†ْุจِุชُ ุงู„ْุฃَุฑْุถُ ูˆَู…ِู†ْ ุฃَู†ْูُุณِู‡ِู…ْ ูˆَู…ِู…َّุง ู„َุง ูŠَุนْู„َู…ُูˆู†َ (36)
yang bermaksud : Maha Suci Tuhan yang Telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui. (Surah Yaasin, ayat 36)

Demikian juga firman Allah SWT :ูˆَู…ِู†ْ ูƒُู„ِّ ุดَูŠْุกٍ ุฎَู„َู‚ْู†َุง ุฒَูˆْุฌَูŠْู†ِ ู„َุนَู„َّูƒُู…ْ ุชَุฐَูƒَّุฑُูˆู†َ
Yang bermaksud : Dan segala sesuatu kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah. (Surah al-Zariyat, ayat 49)

Kebenaran ayat ini disahkan bukan sahaja oleh Allah SWT bahkan oleh penemuan ahli sains  yang antara lain menemui proton yang berpasangan dengan elektron di dalam atom. Demikian juga dengan caj positif dan negatif di dalam arus eletrik. Semuanya membuktikan bahawa setiap apa yang ada di dunia ini ada pasangan atau regunya masing. Apa yang tidak mempunyai regu hanyalah zat Allah SWT.

Sesuai dengan kesucian zat Allah SWT sebagai Tuhan Yang Maha Esa dan tidak ada sebarang sekutu bagiNya. Justeru, sangatlah besar dosa orang-orang yang meletakkan regu kepada Allah SWT di dalam apa jua bentuk pengabdian. Inilah yang dinamakan syirik yang tidak maaf bagimu di akhirat kelak.

Firman Allah SWT :ุฅِู†َّ ุงู„ู„َّู‡َ ู„ุง ูŠَุบْูِุฑُ ุฃَู†ْ ูŠُุดْุฑَูƒَ ุจِู‡ِ ูˆَูŠَุบْูِุฑُ ู…َุง ุฏُูˆู†َ ุฐَู„ِูƒَ ู„ِู…َู†ْ ูŠَุดَุงุกُ ูˆَู…َู†ْ ูŠُุดْุฑِูƒْ ุจِุงู„ู„َّู‡ِ ูَู‚َุฏِ ุงูْุชَุฑَู‰ ุฅِุซْู…ًุง ุนَุธِูŠู…ًุง
Yang bermaksud  : Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. barangsiapa yang mempersekutukan Allah, Maka sungguh ia Telah berbuat dosa yang besar. (An-Nisa’, ayat 48)

Jika setiap perkara mempunyai regu, maka hidup manusia juga mempunyai regu. Regunya ialah kematian. Begitu juga dunia, regunya ialah akhirat. Oleh kerana perjalanan hidup manusia ini tidak hanya terhenti di persinggahan dunia ini semata-mata  tetapi akan bersambung sehingga ke akhirat, maka menjadi kewajipan bagi manusia mempersiapkan dirinya untuk menempuhi kehidupan di akhirat.

Kita bahkan seringkali melihat bagaimana jemaah-jemaah haji mengikuti kursus-kursus yang diadakan sebagai persiapan untuk menempuhi suasana haji yang sebenar, begitu juga dengan pelajar-pelajar yang akan menempuhi peperiksaan, dilatih dengan pelbagai tuisyen dan kelas tambahan untuk menempuhi peperiksaan, maka kehidupan akhirat dan peperiksaan di padang mahsyar lebih patut lagi diadakan kursus persediaan dan kelas tuisyennya yang tersendiri.

Untuk tujuan persediaan dan penyesuaian hidup di dunia dengan apa yang akan dtempuhi oleh manusia kelak di akhirat hanya diajar oleh Islam. Semua ideologi yang lain samada di atas nama sekular, nasionalis, sosialis, komunis dan sebagainya tidak pernah mengajar manusia bagaimana untuk hidup sejahtera di akhirat. Beleklah kitab-kitab rujukan ideologi ciptaan manusia ini, pastinya tidak ditemui sepatah kalimahpun berkenaan hidup selepas mati kelak. Tidak ditemui peringatan tentang syurga atau neraka serta dosa atau pahala.

Justeru, Islam melatih penganut-penganutnya tanpa mengira bangsa apa sekalipun untuk tunduk patuh kepada Allah SWT sebagai latihan untuk menempuhi kehidupan akhirat khususnya melalui ibadah seperti solat dan haji. Ibadah solat misalnya, diperintahkan untuk terus dilaksanakan apabila kedengaran panggilan azan. Segala kerja yang sedang dilakukan perlu ditinggalkan segera untuk kesemuanya bergerak serenatak ke masjid. Ini betul-betul menepati bayangan akhirat yang diceritakan oleh Allah SWT :ูˆَู†ُูِุฎَ ูِูŠ ุงู„ุตُّูˆุฑِ ูَุฅِุฐَุง ู‡ُู…ْ ู…ِู†َ ุงู„ْุฃَุฌْุฏَุงุซِ ุฅِู„َู‰ ุฑَุจِّู‡ِู…ْ ูŠَู†ْุณِู„ُูˆู†َ

Yang bermaksud : Dan ditiuplah sangkalala, maka tiba-tiba mereka keluar dengan segera dari kuburnya (menuju) kepada Tuhan mereka.(Surah Yasin, ayat 51)

Maha Suci Allah SWT yang telah merakamkan bayangan ini di dalam al-Quran lalu diterjemahkan di dalam ibadat solat. Ia merupakan latihan kepada semua penganut Islam untuk berdepan dengan saat yang namanya ialah akhirat. Diperintahkan bersegera untuk bersolat di masjid sekalipun berdepan dengan kesibukan kerja dan urusan yang penting, sungguh menyamai saat manusia berduyun-duyun ke padang mahsyar menyerahkan diri di hadapan Allah SWT untuk dihisab segala amalan.

Demikian juga dengan  ibadah haji, manusia diminta tinggalkan segala apa yang dimiliki bermula dari keluarga, tanah air, harta benda, saudara mara dan sebagainya hanya semata-mata untuk menyahut panggilan Allah SWT di Tanah Haram. Ini ditambah pula dengan perintah supaya memakai pakaian yang berwarna putih benar-benar menepati saat hari kematian iaitu pada saat manusia meninggalkan dunia untuk bertemu Allah SWT. Manusia perlu patuh, dan tidak ada pilihan lain kecuai terus patuh. Di dalam ibadah haji misalnya, tidak boleh dipersoalkan kewajaran ibadah seperti tawaf, sa’ie, wukuf, melontar di jamrah dan sebagainya. Tidak ada penjelasan dan rasional untuk difikirkan oleh manusia kecuali hanyalah semata-mata ia merupakan perintah Allah SWT.

Di dalam ibadah solat, manusia diminta untuk menyucikan diri terlebih dahulu untuk bertemu dengan Allah SWT. Zahir perlu disucikan daripada najis, manakala batin pula disucikan daripada hadas samada besar atau kecil serta syirik dan juga penyakit hati yang lain. Suci ini tidak disyaratkan di dalam ibadah yang lain seperti zakat dan puasa. Manakala di dalam ibadah haji, disyaratkan agar jemaah berangkat dengan harta yang bersih dan hati yang bersih. Diperintahkan bertaubat kepada Allah SWT dan bermaaf-maafan dengan semua pihak agar hati yang pergi mengadap Allah SWT ialah hati yang bersih daripada perasaan yang tidak baik terhadap pihak yang lain. Diperintahkan untuk menziarahi saudara mara sebelum bertolak ke Tanah Haram agar tali persaudaraan tidak putus dan segar dengan doa yang mengiringi pemergian.

Demikianlah perjalanan menuju kematian, jika solat dan haji disyaratkan agar suci terlebih dahulu, maka kematian dan perjalanan ke akhirat lebih-lebih lagi diperintahkan agar bersuci terlebih dahulu. Alangkah mulianya sebuah kematian jika si mati bersih dari  dosa dengan Allah SWT serta dosa dengan manusia. Sungguh bertuah si mati jika yang mengiringi dirinya ke tepat persemadian sementara menunggu untuk dibangkitkan kelak di akhirat ialah doa daripada anak-anak yang soleh dan saudara-mara jauh dan dekat. Justeru, solat dan haji ialah latihan untuk menempuhi kematian.

Kerana itulah, di dalam solat dan haji, kita diajar untuk sentiasa bertasbih, bertahmid dan bertakbir memuji Allah SWT. Kesemua bacaan yang diperintahkan ini ialah satu suntikan antibiotik terhadap jiwa kita bagi menangkis gangguan virus yang bernama syaitan.

Mengingati Nabi Ibrahim dan Nabi Muhammad alaihimassalam di Dalam Solat dan Haji

Dari sisi yang lain, solat dan haji ialah dua ibadat yang diperintahkan untuk kita mengingati dua nabi yang ulung iaitu Nabi Allah Ibrahim alaihissalam dan Nabi Muhammad SAW. Di dalam duduk tahiyyat ketika solat, kita menyebut nama kedua-dua nabi ini manakala di dalam ibadah haji, kita menjadikan amalan yang dimulakan oleh Nabi Ibrahim dan disahkan oleh Nabi Muhammad SAW sebagai amalan haji atau manasik.

Kenapa kedua-dua nabi ini begitu dominan dalam ibadat solat dan haji? Antaranya ialah kerana sejarah kedua-duanya yang begitu unggul dengan pengorbanan di dalam melaksanakan perintah Allah SWT. Nabi Ibrahim AS pernah dihalau oleh bapanya dari rumah, dibakar hidup-hidup, diusir keluar dari tanah airnya, berpindah-randah dari satu tempat ke satu tempat untuk menyelamatkan imannya dan pelbagai lagi ujian yang menimpa, kesemuanya dilalui dengan penuh keimanan menjadikan diri baginda layak untuk menjadi ikutan oleh seluruh umat Islam.

Demikian juga Nabi Muhammad SAW yang dipulau oleh kaum Quraisy selama tiga tahun di Syi’ib Ali, tidak dibenarkan masuk ke tanah air tumpah darahnya sendiri sekembalinya dari Thaif sehingga terpaksa meminta pertolongan dari seorang musyrik bernama Mut’am bin Adi dan terpaksa keluar dari Mekah menuju ke Madinah dengan memohon pertolongan dengan Abdullah bin Uraiqit yang merupakan seorang musyrik pada masa itu. Kesemuanya merupakan sekelumit daripada episod  hidup yang dilalui oleh baginda Rasulullah SAW.

Jelas sekali, kedua-duanya merupakan contoh yang sangat baik dan praktikal untuk dijadikan ikutan di dalam hidup sebagai seorang mukmin. Alangkah lebih jauh lagi tapak-tapak kaki kita dengan jejak-jejak yang telah ditinggalkan oleh kedua-duanya!

Sekular Tidak Melatih Untuk Akhirat

Latihan untuk akhirat ini tidak wujud di dalam mana-mana ideologi sekular. Sekular hanya mengajar penganutnya untuk menjadi kaya, hebat dan berjaya di dunia sahaja tanpa mempedulikan implikasi di akhirat. Seorang penganut sekular jarang sekali terpancul keluar dari kedua-dua belah bibirnya peringatan tentang syurga, neraka, dosa dan pahala. Sekular menjadikan manusia merasakan dirinya sebagai tuhan, penguasa mutlak terhadap semua perkara yang dimiliki olehnya.Sedangkan Islam memandang manusia hanyalah penumpang di bumi Allah SWT. Apa yang dimiliki oleh manusia sebenarnya  tidak dimiliki olehnya secara mutlak, ia merupakan milik Allah SWT.

Sebagaimana seorang penumpang bas atau kapal terbang, tidak akan disebut sebagai pemilik bas atau kapal terbang kerana dia akan turun di stesen yang telah ditetapkan. Selepas meninggalkan stesen, ia tidak disebut-sebut lagi sementara bas dan kapal terbang tadi akan menerima penumpang yang lain. Demikianlah di dunia, selepas kematian, segala apa yang kononnya dimiliki akan berpindah ke tangan orang lain. Bukan setakat harta, bahkan oksigen, penglihatan, pendengaran dan kesemuanya milik Allah SWT. Inilah ajaran Islam.

Sekular tidak pernah mengingatkan manusia tentang akhirat. Tidak seperti Islam yang mengajar penganutnya menyebut berulang-ulang peringatan tentang hari kiamat di dalam solat melalui bacaan surah al-fatihah. Keperluan  terhadap kiamat ini merupakan keperluan asasi manusia untuk dibalas segala perbuatan orang-orang yang zalim di dunia serta diganjari kebaikan orang-orang yang melakukan kebaikan. Bolehkah sekular tanpa kepercayaan terhadap hari kiamat memberikan kepuasan kepada manusia? Jawabnya tidak.

Betapa ramai orang-orang yang kaya yang bakhil dan penguasa yang zalim mati dengan kekayaan dan kezalimannya tanpa dibalas terhadap perbuatannya? Begitu juga orang-orang yang melakukan kebaikan dan tidak pernah mendapat penghargaan terhadap kebaikannya sepanjang hidup, bilakah masanya dia akan mendapat ganjaran terhadap kebaikannya jika tidak di akhirat? Maka secara semulajadi, manusia inginkan akhirat agar di sana dapat dilunaskan segala kezaliman dan diganjari segala kebaikan. Inilah yang diajar oleh Islam melalui firman Allah SWT :

ูƒُู„ُّ ู†َูْุณٍ ุฐَุงุฆِู‚َุฉُ ุงู„ْู…َูˆْุชِ ูˆَุฅِู†َّู…َุง ุชُูˆَูَّูˆْู†َ ุฃُุฌُูˆุฑَูƒُู…ْ ูŠَูˆْู…َ ุงู„ْู‚ِูŠَุงู…َุฉِ ูَู…َู†ْ ุฒُุญْุฒِุญَ ุนَู†ِ ุงู„ู†َّุงุฑِ ูˆَุฃُุฏْุฎِู„َ ุงู„ْุฌَู†َّุฉَ ูَู‚َุฏْ ูَุงุฒَ ูˆَู…َุง ุงู„ْุญَูŠَุงุฉُ ุงู„ุฏُّู†ْูŠَุง ุฅِู„َّุง ู…َุชَุงุนُ ุงู„ْุบُุฑُูˆุฑِ
Yang bermaksud : Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan. (Surah Ali Imran, ayat 185)

Alangkah bertuahnya dunia apabila kepercayan terhadap akhirat menjadi akidah dalam diri manusia. Tanpa polis dan undang-undang sekalipun, tidak akan berlaku jenayah kerana manusia yakin perbuatannya akan dinilai oleh Allah SWT. Tetapi tanpa kepercayaan terhadap hari kiamat, beratus ribu polis ditambah dengan hukuman yang berat sekalipun, manusia akan mencari helah dan jalan untuk melakukan jenayah.  Dengan kepercayaan terhadap hari akhirat, manusia bukan sahaja gerun untuk mencerobohi harta orang lain, bahkan untuk menguruskan hartanya sendiri pun tidak boleh menurut selera nafsunya semata-mata. Ia perlu berpandu kepada Allah SWT.

Sayangnya, mesej yang sebegini penting jarang sekali kedengaran melalui lidah pemimpin-pemimpin negara. Mesej yang membawa pengertian akidah sebegini kebiasaannya hanya diperdengarkan di masjid-masjid melalui ustaz-ustaz atau tok-tok lebai semata-mata. Alangkah baiknya jika setiap pimpinan negara samada bergelar Presiden, Perdana Menteri atau apa jua gelaran sekalipun mengambil langkah sentiasa  mengingatkan rakyat terhadap kehidupan di akhirat. Tentu sekali peringatan sebegini akan diulang-ulang pula oleh  pimpinan seterusnya samada menteri, pegawai tinggi kerajaan hinggalah ke peringkat bawah dan berakar umbi di dalam masyarakat. Tidakkah Rasulullah SAW selaku ”PM” di Madinah seringkali menyebut peringatan-peringatan seperti ini?

Jelas sekali bahawa sekular yang dibangga-banggakan ini tidak akan membawa kesejahteraan kepada hidup manusia samada di dunia apatah lagi di akhirat. Inilah matlamat perjuangan gerakan Islam khususnya di Malaysia. Perjuangan gerakan Islam bukanlah hanya untuk memenangi satu dua pilihanraya semata-mata, tetapi lebih jauh dari itu ialah untuk meruntuhkan tembok sekular dan digantikan dengan Islam.

Penutup

Akhir kata, harapan saya agar ibadah haji yang dilaksanakan oleh jemaah-jemaah haji pada tahun berjaya meningkatkan keyakinan kita terhadap hari akhirat seterusnya menjadikan kita lebih bersedia untuk menghadapi saat tersebut. Kepada mereka yang tidak mengerjakan ibadah haji, hayatilah ibadah korban yang dilakukan di tanah air dengan mengambil semangat Nabi Ibrahim AS untuk menjadi teras panduan di dalam hidup kita. Insya-allah pada tahun ini saya akan bersama-sama rombongan KDYMM  Sultan Muhammad ke-V untuk mengerjakan haji di Tanah Suci. Doakanlah agar pemergian kami mengerjakan haji pada tahun ini diberkati oleh Allah SWT dengan pemergian dan kepulangan yang aman sejahtera, Insya-Allah. Hajjun Mabrur wa Sa’yun masykur.Sekian.


YAB TUAN GURU DATO HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Pejabat Menteri Besar Kelantan.

Bertarikh : 1 Zulhijjah 1431 H / 8 November 2010 M



                                                                                              UNIT DAKWAH DAN TARBIAH  KMKJ10/11
                                                                                

HAJI

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Saturday, November 13, 2010 | Posted in ,


Definisi Haji


Definisi
Secara lughawi, haji berarti menyengaja atau menuju dan mengunjungi.
Menurut etimologi bahasa Arab, kata haji mempunyai arti qashd, yakni tujuan, maksud, dan menyengaja. Menurut istilah syara', haji ialah menuju ke Baitullah dan tempat-tempat tertentu untuk melaksanakan amalan-amalan ibadah tertentu pula. Yang dimaksud dengan temat-tempat tertentu dalam definisi diatas, selain Ka'bah dan Mas'a(tempat sa'i), juga Arafah, Muzdalifah, dan Mina. Yang dimaksud dengan waktu tertentu ialah bulan-bulan haji yang dimulai dari Syawal sampai sepuluh hari pertama bulan Dzulhijjah. Adapun amal ibadah tertentu ialah thawaf, sa'i, wukuf, mazbit di Muzdalifah, melontar jumrah, mabit di Mina, dan lain-lain.
Orang-orang Arab pada zaman jahiliah telah mengenal ibadah haji ini yang mereka warisi dari nenek moyang terdahulu dengan melakukan perubahan disana-sini. Akan tetapi, bentuk umum pelaksanaannya masih tetap ada, seperti thawaf, sa'i, wukuf, dan melontar jumrah. Hanya saja
pelaksanaannya banyak yang tidak sesuai lagi dengan syariat yang sebenarnya. Untuk itu, Islam datang dan memperbaiki segi-segi yang salah dan tetap menjalankan apa-apa yang telah sesuai dengan petunjuk syara' (syariat), sebagaimana yang diatur dalam al-Qur'an dan sunnah rasul.
Latar belakang ibadah haji ini juga didasarkan pada ibadah serupa yang dilaksanakan oleh nabi-nabi dalam agama Islam, terutama nabi Ibrahim (nabinya agama Tauhid). Ritual thawaf didasarkan pada ibadah serupa yang dilaksanakan oleh umat-umat sebelum nabi Ibarahim. Ritual sa'i, yakni berlari antara bukit Shafa dan Marwah (daerah agak tinggi di sekitar Ka'bah yang sudah menjadi satu kesatuan Masjid Al Haram, Makkah), juga didasarkan untuk mengenang ritual istri kedua nabi Ibrahim ketika mencari susu untuk anaknya nabi Ismail. Sementara wukuf di Arafah adalah ritual untuk mengenang tempat bertemunya nabi Adam dan Siti Hawa di muka bumi, yaitu asal mula dari kelahiran seluruh umat manusia.

Mengerjakan haji merupakan salah satu daripada Rukun Islam yang lima. Setiap orang Islam yang mempunyai kemampuan, diwajibkan mengerjakan haji sekali seumur hidup. Firman Allah Taala :
(ูˆู„ู„ู‡ ุนู„ู‰ ุงู„ู†ุงุณ ุญุฌ ุงู„ุจูŠุช ู…ู† ุงุณุชุทุงุน ุฅู„ูŠู‡ ุณุจูŠู„ุง ูˆู…ู† ูƒูุฑ ูุฅู† ุงู„ู„ู‡ ุบู†ูŠ ุนู† ุงู„ุนุงู„ู…ูŠู†)
Artinya: "Menjadi suatu kewajipan ke atas setiap manusia (orang-orang mukmin) pergi mengerjakan haji ke Baitullah, iaitu bagi mereka yang mempunyai kemampuan. Barangsiapa yang kufur (ingkar), maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu pun) daripada pihak lain (alam)."

Pengertian Haji dan Umrah pada syarak

Haji pada syarak ialah mengunjungi Baitullah Al-Haram dalam bulan-bulan haji kerana mengerjakan tawaf, sai'e dan wukuf di Arafah dengan menurut syarat-syaratnya serta menunaikan segala wajib-wajibnya.
Umrah pada syarak ialah menziarahi Baitullah Al-Haram kerana mengerjakan tawaf, sai'e dengan menurut syarat-syaratnya serta menunaikan segala wajib-wajibnya.

Syarat-syarat Haji mengikut Mazhab Syafie

  1. Islam: Orang kafir tidak wajib mengerjakan Haji malah tidak sah ibadat Haji yang mereka kerjakan.
  2. Merdeka: Hamba tidak wajib mengerjakan Haji.
  3. Mukallaf.
  4. Berkemampuan dengan syarat:
    1. Berkuasa membayar segala perbelanjaan bagi mengerjakan ibadat Haji sehingga selesai dan kembali ke tanah air.
    2. Ada kenderaan pergi dan balik.
    3. Disyaratkan mempunyai bekalan yang cukup untuk saraan nafkah orang yang di bawah tanggungannya.
    4. Tidak mengalami kesulitan teruk semasa berada di dalam kenderaan.
    5. Aman perjalanan.
Manakala bagi perempuan pula ditambah: Terdapat kawan perempuan berserta wanita Islam yang boleh dipercayai.

Jenis-jenis Haji

Ibadat Haji terbahagi kepada beberapa jenis seperti yang dipersetujui oleh ulamak, iaitu:-
  1. Haji Tamattuk
  2. Haji Qiran
  3. Haji Ifrad
  4. Umrah

Rukun-rukun Haji

  1. Ihram, berniat bulat mengerjakan ibadah haji. Ibadah ini dimulai sesampai miqat (batas-batas yang telah ditetapkan).
  2. Wukuf di Arafah, ialah berhenti di padang Arafah sejak tergelincirnya matahari tanggal 9 Zulhijah sampai terbit fajar tanggal 10 Dzulhijah.
  3. Tawaf Ifadhah, ialah mengelilingi ka'bah sebanyak 7 kali, syaratnya : Suci, menutup aurat, Ka'bah berada disebelah kiri orang yang mengelilingi, memulai tawaf dari arah Hajar Aswat.
  4. Sa'i, ialah lari-lari kecil atau jalan cepat antara bukit Shafa dan Marwah.
  5. Mencukur/menggunting rambut. Sedikitnya memotong tiga helai rambut.
  6. Tertib, ialah menjalankan rukun haji secara berurutan.

Dam Haji

Pengertian dam dari segi bahasa ialah darah. Ia merupakan ibadah gantian yang berbentuk binatang ternakan yang disembelih atau digantikan dengan makanan atau puasa.
Sebab-sebab diwajibkan dam:
  • Melanggar pantang larang dalam Ihram
  • Meninggalkan perkara-perkara yang wajib dalam ibadat haji atau umrah
  • Mengerjakan Haji Tamattu' atau Haji Qiran, menurut syarat-syaratnya
  • Berlaku Ihsar bagi orang yang berniat ihram
  • Melanggar Nazar semasa mengerjakan haji
  • Luput Wuquf di Arafah
  • Meninggalkan Tawaf Wada'
Dam yang dikenakan ialah menyembelih binatang ternakan seperti seekor kibasy, kambing atau satu pertujuh daripada lembu, unta atau kerbau. Jika tidak berkuasa, dikehendaki berpuasa selama 3 hari pada bulan haji & 7 hari apabila ia balik ke tempatnya.

Haji Mabrur

Haji mabrur bermaksud haji yang diterima. Ibn Kholawaih mentakrifkan alMabrur sebagai alMaqbul iaitu diterima. Dan ada yang mengatakan sesuatu yang tidak bercampur dengan dosa. Kemudian, diabsahkan oleh Imam Nawawi dengan pendapat tersebut (tidak bercampur dosa) [1]
Apabila merujuk kitab hadith yang muktabar seperti Sahih Bukhari, Imam Bukhari meletakkan bab yang khusus bertajuk ”Kelebihan Haji Mabrur”. Manakala, Imam Muslim meletakkan perbincangan haji yang diterima di dalam bab “Iman kepada Allah Taala seafdal-afdal amalan”.[2]

Cara mencapai haji mabrur

Secara umumnya, untuk mencapai haji yang diterima disisi Allah hendaklah memenuhi kriteria berikut;
  • 1: Hajinya hendaklah ikhlas semata-mata kerana Allah dan tidak riyak (menunjuk-menunjuk).
Imam Nawawi ketika menafsirkan hadith diatas dengan berkata “mabrur (diterima) adalah baik hajinya. Dikatakan almabrur juga ialah haji yang tidak bercampur dengan dosa. Ada yang mengatakan tidak ria’ pada hajinya” [1]
Niat menunaikan haji hendaklah ikhlas bermula dari keluar rumah dan tidak boleh berniat selain daripada Allah seperti perasaan riya’ iaitu menunjuk-nunjuk atau sebagainya yang membawa kepada kemurkaan ALlah
Di dalam Musnad Ahmad, ada sebuah hadith:
“Sesiapa yang keluar dari rumahnya, pada tangannya ada dua bendera, satu bendera pada malaikat dan satu bendera pada syaitan, jikalau dia keluar dengan niat kerana Allah, malaikat akan mengekorinya bersama bendera tadi, maka bendera tadi masih bersamanya sehingga dia kembali ke rumahnya, dan jikalau dia keluar dari rumahnya melakukan kemurkaan kepada Allah, maka syaitan akan mengekorinya bersama benderanya, dan bendera tersebut masih bersamanya sehingga dia kembali ke rumahnya” [1]
  • 2: Kesemua perbelanjaan haji adalah berpunca daripada yang halal.
Di dalam Sahih Muslim ada hadith menyebut:
“Sesungguhnya Allah itu baik, dan tidak menerima kecuali yang baik-baik dan sesungguhnya Allah menyuruh orang mukmin megikut apa yang diperintahkan oleh para utusan Allah. Kemudian baginda membacakan ayat alQuran
“Wahai sekalian Rasul, makanlah dari (makanan) yang baik-baik (halal) dan beramal soleh. Sesungguhnya aku tahu apa yang kamu lakukan [Surah alMukminun : 51]”
Kemudian Rasulullah membacakan lagi :
“Wahai orang-orang yang beriman, makanlah dari (makanan) yang baik-baik (halal) dari apa yang kami rezekikan” [Surah alBaqarah 172]
Kemudian disebut, seorang lelaki bermusafir menadah tangan ke langit seraya berkata “Ya Tuhanku” sedangnya punca makanan dari yang haram, minuman punca yang haram, pakaiannya punca yang haram. Bagaimana ia boleh diterima??” [1]
Oleh itu, sewajarnya sebagai seorang yang akan menunaikan haji meneliti dan bermuhasabah kembali sumber-sumber pendapatan, perbelanjaannya dan bekalannya disana dari sumber-sumber yang halal.
  • 3: Melakukan fardhu haji sesuai dengan ditunjukkan oleh sunnah yang sahih.
Bermula dengan niat sehinggalah haji wada’ ditunjukkan oleh Baginda Rasulullah didalam sunnahnya. Sebagai seorang muslim yang sejati, kita wajar meneladani Baginda tanpa menambah-nambah ibadat yang tidak pernah dilakukan Baginda.
Ini sesuai dengan sabda Baginda;
“Sesiapa yang memperbaharui urusan agama (menokok tambah), maka mereka bukan dari kalangan kami (umat Muhammad)” [1]
Syeikh Mustafa azZarqa’ ketika ditanya makna haji yang mabrur, beliau menyatakan diantara ciri-ciri hajinya diterima ialah “hendaklah bagi tuan empunya yang menunaikan haji tidak melampau-lampau didalam mengerjakan kewajipan haji, tidak mengabaikan adab-adab haji dan sunnah-sunnahnya, memperbanyakkan taat, ibadat, sedekah, menjadi teladan (kepada orang lain) dengan memiliki budi pekerti yang baik, memberi makan sekadar kemampuannya, berkata-kata dengan lembut, dapat mengawal setiap cabaran yang ditempuh, bersikap berlapang dada dan pemaaf, kembalinya dari haji dengan memandang tinggi kehidupan akhirat dan berniat untuk kekal (seperti keadaan tersebut) dan istiqomah” [1]
  • 4: Melakukan ibadat haji sepenuhnya dengan taat tanpa mempertikaikannya
Ali Radiyallahu’anh ketika ditanya perbuatannya mencium hajarul aswad, maka beliau menjawab “Kau hanya sebuah batu yang tidak mempu memberi faedah dan mudarah, kalau bukanlah kerana Rasulullah mengucupnya, sudah aku aku tidak aku mengucupnya”
Ini jelas menunjukkan kita melakukan ibadat mengikut teladan yang ditunjukkan oleh Rasulullah tanpa menokok tambah berdasarkan akal semata-mata.
  • 5- Setelah menunaikan haji, berusaha pula melakukan badal (ganti) haji ayah dan ibu yang tidak berkemampuan menunaikan Haji:
Ini sesuai dengan hadith :
“Ya Rasulullah, sesungguhnya emakku telah bernazar untuk menunaikan haji, tetapi tidak ditunaikan sehingga dia meninggal dunia, adakah aku perlu menunaikan hajinya? Sabda Rasulullah : Ya, tunaikanlah haji untuknya. Adakah kau lihat jika emakmu berhutang engkau akan membayarnya? Jawab wanita tersebut : Ya. Sabda Nabi : Begitu juga (hutang) kepada Allah. Malah kepada Allah lebih layak dilunaskan (hutangnya)”. [1]
Didalam hadith yang lain:
“Ya Rasulullah, sesungguhnya Allah mewajibkan ke atas hamba-hambanya menunaikan haji. Bapaku seorang yang tua tidak mampu pergi bermusafir (ke Mekah), adakah aku perlu menunaikan haji untuknya? Sabda Rasulullah : Ya” [1].

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KESATUAN MAHASISWA KELANTAN JORDAN (KMKJ) KALI KE 15 BESERTA MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 1431 HIRJAH

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | | Posted in




  ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู…
                           UKHUWAH..terlalu indah  diungkapkan  dan terlalu manis  apabila  dihiasi  dengan  kasih  saying  kejujuran  dan  keikhlasan…
                          UKHUWAH…tidak  semua  manusia menhargai  ukhuwah  tersebut…kekadang kerana  sebuah  ukhuwah  airmata sering  menitis kerananya…
                          UKHUWAH…ukhuwah  itu terlalu  bererti  buat  kami YA ALLAH… Rahmatilah  kami  dan  redhailah  ukhuwah  kami.


                         Sabda  Rasullullah S.A.W    “umatku  masuk  syurga  bukanlah  kerana  banyak  solat dan  puasa tetapi  disebabkan  selamatnya  hati dan  kemurahan  jiwa  dan kasih  saying  kepada  sesame  muslim.
  Kerana  ukhuwah  inilah, tepat pada tanggal 16 Oktober 2010 bersamaan  8 Dzulqaedah  1431 hijrah  seluruh  pelajar  Kelantan  Jordan dari  seluruh  mantiqah di Ardul syam ini  telah  berkumpul  di DEWAN AT-TARBIAH  UNIVERSITI  YARMOUK ,IRBID  bagi merealisasikan  MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KESATUAN MAHASISWA KELANTAN  JORDAN (KMKJ) KALI  KE  15 disamping meraikan  MAJLIS  SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 1431 HIRJAH  anjuran  KESATUAN MAHASISWA KELANTAN  JORDAN (KMKJ).
                 
      Sebelum  pukul  8.30 pagi  bas-bas  serta  coaster  yang ditempah  khas  untuk  para  ahli yang datang dari mantiqah selain  IRBID  telah sampai  diperkarangan  UNIVERSITI  YARMOUK THE HASHEMITE  KINGDOM OF  JORDAN .Program   telah   berlangsung  setelah  selesai  pendaftaran  para  peserta.Dimulakan   dengan  ucapan alu-aluan  Pengerusi  majlis diiringi  gema  wahyu.Acara  diteruskan  lagi  dengan ucapan  YDP KMKJ 09/10.Acara kali ini mendapat sambutan  yang amat  mengalakkan  walaupun tidak dihadiri oleh  kesemua  ahli  kesatuan.dihari  lebih  kurang  80 orang  ahli  baru  persatuan dari  pelbagai  mantiqah yang  baru  mendaftar  diberi mandat pemerhati  diiringi  hampir  90  orang  ahli lama  yang  bertindak  sebagai ahli  mesyuarat  yang  akan memanaskan  lagi  suasana  seisi  dewan.
        .  jika  seseorang  datang  ke  sebuah  majlis,hendaklah  ia  hadir  bukan  kerana lapar, tetapi atas  niat dan motavasi  yang  baik  dan  harus  melupakan  niat-niat  duniawi.saat  itulah  haitnya  dapat  menerima  nasihat-nasihat  sehingga  ia sedar  atas apa yang pernah  diperbuatnya  dan  tertarik untuk  melakukan  apa yang diketahuinya  baik.ia akan bangkit diatas perahu makrifatnya.saat  itulah  hati  mulai sedar atas perbuatan-perbuatan buruk yang pernah dilakukannya , sehingga  ia  menyesal dan semakin  bertambah  besar  perasaaaan ingin  tahunya(IMAM  IBNU  al-Jauzy)
      Mesyurat  agung    yang telah   berlangsung  selama 4 jam telah  diisi   dengan  pelbagai pembentangan  dan  pengesahan  minit mesyurat  agung kali  ke-14  beserta  perbahasan  laporan  aktiviti tahunan  dan  kewangan KMKJ  09/10 diikuti  sesi pengulungan dan   pembubaran BADAN PENGURUS  sesi 09/10 .akhirnya  saat yang  ditunggu  iaitu   perbentangan  dan  perbahasan  usul  dan  cadangan telah  dimulakan.Dewan  menjadi  gamat  seketika  akibat  pelbagai  tembakan  cadangan yang  diterima  dari  ahli-ahli KMKJ yang  berkaliber.Beberapa  perlembagaan telah  diubah  atas  dasar  mesyuarat.

                 Setelah  berhempas  pulas mengutarakan  cadangan-cadangan yang  bernas, kami  diberi  rehat  untuk  memberi  makan   kepada  rohani dan  jasmani.seusai  solat  zuhur, ada  yang  berjemaah  dan  tidak  kurang  juga  ramainya  yang  tidak  berjemaah, kaimi  dijamu  dengan  hidangan  istimewa dari catering pelajar  kot bermenukan  nasi  ayam beserta   air .
               Dibilik  makan,  kami  mengisi  kekosongan  dengan  bertaaruf  dengan  pelajar  baru  (bagi  pelajar  baru,  korang  bertaaruf  dengan  pelajar  lama)  untuk  mengeratkan  lagi  hubungan  antara  pelajar-pelajar  Kelantan. Selesai menjamu  selera,kami  dijemput  masuk kedewan  untuk meraikan  majlis  sambutan  hari  raya. Majlis  hari  raya  dimulakan  dengan  sesi  taaruf  pimpinan baru 10/11.   Kami  diperkenalkan  dengan :
BADAN PENGURUSAN
     Yang  dipertua                     : AHMAD AZRAI BIN HJ. ABDULLAH ALAWI
     Timbalan  yang  dipertua i : MOHD NAZRI BIN MAT YASIN
     Naib yang  dipertua ii         : NURUL AZMA BINTI MAT UI
     Setiusaha                             : MUHAMMAD NUR SALAM BIN ABDULLAH
     Timbalan  setiusaha           : FATIMAH  ZAHRA BINTI YASIMAN
     Bendahari                            : AHMAD SYAKIR BIN MOHD NASSURUDDIN
     Timbalah  bendahari         : SITI NUR NAJIBAH BINTI FAUZI




PERWAKILAN
     Zon Irbid     ketua         : MOHAMMAD ABU BAKAR BIN MOHD RAZALI
                          Timbalan   : MUSLIHAH BINTI MOHD PADZIL
     Zon Mutah   ketua        : WAN HAKIMI  BIN WAN MOHD
                           Timbalan  : NURASEKIN   BINTI MAT JUSOH
     Zon Mafraq   ketua      :  MUHAMMAD SYUBLI BIN ISMAIL
                            Timbalan : AMIRAH BINTI IBRAHIM
     Zon Amman  ketua       : WAN ABDUL BAITH IZZUDDIN BIN WAN MUSTAPA
                            Timbalan : NUR HANANI FADZILAH BINTI ABDUL KHALID

BIRO-BIRO
Zakat &  kebajikan     (mu’tah)                           
ketua         :  HAZMI BIN HANIPA
timbalan   :  FATIHAH  BNTI SALEH
Akedemik & pembangunan minda    (IRBID)   
Ketua       :  MOHD  HILMI BIN ROSLI
Timbalan :  MARYAM JAMEELAH BINTI WAN ABDUL AZIZ
Dakwah & tarbiah      (MAFRAQ)                               
Ketua       :  MOHD ISMAIL BIN HASSAN
Timbalan :  NOR RAIHAN BINTI   MUSA
Multimedia & publisiti   (MAFRAQ)  
 Ketua      :  NIK MOHD SYAMIM IYLIA  BIN NIK MOHD YUSOFF
Timbalan  : SITI  NUR  ATHIRAH  BINTI  HASHIM



Sukan  &  kebudayaan          (MU’TAH)               
Ketua       :  MUHAMMAD DAWUD  BIN AB RASHID
Timbalan  : NURHAYATI BINTI MOHD YUSOF
Pembangunan  ekonomi       (IRBID)             
 ketua      :  ABDULLAH MU’IZZ  BIN ASHA’ARI
timbalan  : WAN ASMAT BINTI  ISMAIL


      majlis  dimeriahkan  lagi  dengan  kehadiran  Pengarah  Jabatan Penuntun  Malaysia, HJ.  Sulaiman  bin Ismail.setelah  mendengar  mandate  serta  kata-kata  nasihat  dari  pengarah  program  merangkap  ayahanda disini, kami  dipersembahkan  dengan  slide show dan beberapa persembahan  pelajar2  dari  3 mantiqah.  Jika  dilihat  dari  sudut  ini,  ternyata  pelajar2 kita  hampir  kesemuaanya  berbakat. Tidak dinafikan  lagi,  walaupun  kami  kesibukan  di dalam  menuntut  ilmu  sering  membelengu  kami dan  bergelas  mahasiswa sepenuh  masa , tetapi   bakat  yang dianugerahkan  oleh ALLAH   tidak  pernah   terhakis  dek  kesibukan  yang  melanda.
Akhirnya , majlis  ditamatkan  dengan  cabutan bertuah   dan bacaan doa sebagai  penutupan  majlis pada  pukul  5.20  petang. Kami dibenarkan  bersurai  dan  masing-masing  memulakan  aktiviti  tersendiri  sebelum  dijemput  oleh  pengangkutan  untuk  pulang  ke mantiqah masing-masing.
Walaupun  kepenatan  menerajui diri kami,  tetapi  masih ada  senyuman  yang terukir  di  bibir  kami,  kerana  didalam  sesebuah  majlisnya  seperti  inilah  ukhuwah  terbina dan kita dapat bertaaruf  sesama  muslim. Diharapnya kami  dapat  berkumpul  seperti  ini  lagi  dilain masa yang  akan datang.   
          “ niat adalah ukuran dalam  menilai  benarnya suatu perbuatan ,
            Oleh  kerananya  ketika  niatnya  benar,
           Maka perbuatan itu  benar  dan  jika  niatnya buruk,
          Maka  perbuatan itu buruk”
                                                                                                 (IMAM AN-NAWAWI)

    “sesungguhnya hati –hati anak ADAM  adalah diantara  dua  jari-jari Ar-Rahman  seumpama  hati yang satu.ALLAH  memalingkannya  sebagai  mana  yang dikehendakiNYA”. Kemudian Baginda bersabda, “ wahai ALLAH yang memalingkan hati-hati,  palingkanlah  hati-hati kamiuntuk mentaatiMU”.
                                                                                                              (RIWAYAT MUSLIM)


“That is  so because ALLAH will never change  a grace which HE has bestowed on a people  intil  they  change what is in  their ownselves.And verily, ALLAH is All-Hearar,All –Knower.”
                                                                                                               (surah  Al-Anfal:53)

Tv Kmkj

    Blog Archive