Headlines

"Malam Bersama Akhawat"- Irbid

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Wednesday, April 7, 2010 | Posted in


Assalamualaikum wbt,

Buat semua wirawati-wirawati KMKJ (Irbid),
"Malam Bersama Akhawat"

1 jam sahaja
Esok ( 08 April 2010 )
Tentatif :
0645- Kehadiran
0700- Bersiap utk solat maghrib & solat hajat
0730- Slot Pengisian & Motivasi
0800- Makan-makan & Bersurai


pakat-pakat mari ramai-ramai deh!

Penutupan Kempen 3S

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Monday, April 5, 2010 | Posted in

 Assalamu'alaikum wbt...



Diri kita di hadapan cermin. Bukan untuk menipu diri sendiri, tetapi menanam cita-cita dan mengorak langkah mencapai impian kita.

Jadi, dah puas kita berkempen, kini tiba masa untuk kita bertindak! 5 haribulan 4 2010. Berakhirnya kempen 3S. Berakhirnya kempen, selari dengan pembaharuan-pembaharuan dan peningkatan dalam diri. Dapatan dari kempen yang singkat, membawa kepada perubahan yang berpanjangan.

Kempen kita tidak lain hanyalah sebagai pembakar semangat, penyubur kesedaran kita; untuk belajar, menyedari tanggungjawab kita, sekadar titisan air menyegarkan mata yang mengantuk. Masih lagi, yang mampu membukanya, hanyalah diri kita.

Kurangnya keyakinan pada diri sendiri adalah pembunuh kita. Yang menjalar di seliratan salur darah, meniti otot, mencengkam minda-minda. Membunuh setiap keinginan untuk bertindak. Jadi, mari kita bersama-sama tanamkan keyakinan dalam diri!

  • Bayangkan impian kita, dan letakkan diri kita di posisi seperti yang diimpikan.
  • Katakan “YA, AKU BOLEH”, terutama kepada diri kita sendiri.
  • Gapailah peluang yang ada, dengan hati yang sedia.
  • Fikirlah secara positif
  • Dan yang paling penting, pengharapan kita. Pergantungan kita. Letakkan pada ALLAH semata-mata.

Perbaharui niat, semoga ALLAH membantu kita dalam setiap jejak perjuangan.

Semoga Berjaya Dunia dan Akhirat.

~Berakhirnya Kempen 3S, Biro Akademik dan Pembangunan Minda.
Kepada ALLAH jualah kami berserah, dan kepadaNYA tempat kembali.

Attitude determine your success

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Sunday, April 4, 2010 | Posted in

Assalamu'alaikum wbt...

Jom! Saksikan video ini!


Semoga bermanfaat untuk semua, Insya-Allah

"Attitude determine your success"

KEMPEN 3S

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Friday, April 2, 2010 | Posted in

Assalamualaikum wbt...


 "Bukan hanya sekadar ditonton untuk mengisi masa lapang, tetapi biarkan sebagai peransang semangat lebih berusaha. Usah berlengah, mulakan langkah! Moga dapat dihayati bersama. Insya-Allah"

Di bawah turut disertakan Wallpaper untuk sama-sama kita menyahut kempen ini. [Bolehlah kita beramai-ramai menjadikannya sebagai wallpaper di desktop mahupun laptop masing-masing]


Tv Kmkj

    Blog Archive