Headlines

PENGUMUMAN KEPUTUSAN PILIHANRAYA KMKJ 2011/2012

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Saturday, May 14, 2011 | Posted in , ,

Keputusan Calon YDP KMKJ 2011/2012


Mohd Ihsan Fadhli Bin Che Min (124 undi)
Muhammad Dawud Bin Ab Rashid (43 undi)
Muhammad Syubli Bin Ismail (14 undi)




YDP KMKJ disandang oleh Mohd Ihsan Fadhli Bin Che Min dengan majoriti sebanyak 81 undi.


Keputusan Calon NYDP KMKJ 2011/2012


Nurhidayah Binti Mohd Fadzil (121 undi)
Nur Najwa Binti Ramly (31 undi)
Nurul Azma Binti Mat Ui (29 undi)


NYDP KMKJ disandang oleh Nurhidayah Binti Mohd Fadzil dengan majoriti sebanyak 90 undi.




Keputusan Calon Badan Pengurus KMKJ 2011/2012 ( Siswa)


Muhammad Syubli Bin Ismail (155 undi)
Muhammad Abu Bakar Bin Mohd Razali (100 undi)
Muhammad Ismail Bin Hassa (97 undi)
Fakhrul Hayyi Bin Mohamed (83 undi)
Muhammad Dawud Bin Ab Rashid (73 undi)
Junaid Bin Mohd Yusuf (35 undi)


Tiga calon yang menerima undi tertinggi dikira memenangi kerusi Badan Pengurus KMKJ (Siswa).


Keputusan Calon Badan Pengurus KMKJ 2011/2012 ( Siswi)


Maryam Jameelah Binti Wan Abdul Aziz (106 undi)
Amirah Binti Ibrahim (87 undi)
Syarifah Nurfathiah Binti Syed Mustaph (44  undi)
Nurul Fadhilah Binti Mat Ripin (42  undi)
Nurul Azma Binti Mat Ui (33  undi)
Nur Hanani Fadzilah Binti Abdul Khalid (29  undi)
Hanis Binti Razali (20  undi)


Dua calon yang menerima undi tertinggi dikira memenangi kerusi Badan Pengurus siswi KMKJ (Siswi).


Peratus Keluar Mengundi


Jumlah keseluruhan ahli KMKJ di keempat-empat mantiqoh ialah 291 orang. Jumlah yang keluar mengundi ialah 204 orang.


Peratus keluar mengundi keseluruhan mantiqoh   : 70.1 %


Peratus keluar mengundi mengikut mantiqoh : Irbid (60.53 %)
                                                                              : Mafroq (71.43 %)
                                                                              : Mu'tah (81.58 %)
                                                                              : Amman (100 %)


Jumlah Undi Diterima : 204


Jumlah undi rosak keseluruhan mantiqoh : 24


Jumlah undi rosak mengikut mantiqoh : Mu'tah (7 undi rosak)
                                                                  : Irbid (7 undi rosak)
                                                                  : Mafroq (10 undi rosak)


Sebarang keputusan SPR KMKJ adalah muktamad.





Sekian, terima kasih.
MOHD SHAHIRIE BIN ISMAIL,
Pengarah,
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR),
Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan sesi 2010/2011.

JOM KELUAR MENGUNDI

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Thursday, May 12, 2011 | Posted in , ,


 Assalamualaikum wbt..
Tarikh pengundian Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan (KMKJ) 2011/2012 adalah sebagaimana yang dimaklumkan sebelum ini, maklumat adalah seperti berikut :
Tarikh         : 13Mei 2011
Hari             : Jumaat
Tempat      : Semua mantiqoh (Irbid, Mafroq, Amman dan Mu'tah)
Masa          : Berdasarkan makluman dari AJK SPR mantiqoh masing-masing. 
Undi anda adalah penentu barisan kepimpinan KMKJ akan datang, jom keluar mengundi !! Sebar-sebarkan kepada ahli KMKJ yang lain.

PERATURAN MENGUNDI
Peraturan dan syarat-syarat :


  • Pengundi hanya dibenarkan kepada ahli rasmi & bersekutu sahaja.
  • Pengundian adalah berdasarkan kepada nama-nama yang dipertandingkan di dalam pilihan raya.
  • Para pengundi dikehendaki membawa bersama kad matrik universiti atau visa atau pasport ketika mendaftarkan diri untuk mengundi.
  • Sila pastikan borang undian yang diterima semasa mendaftarkan diri disahkan dan ditandatangani oleh Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya atau wakilnya.
  • Sekiranya terdapat sebarang masalah atau perkara perkara mustahak yang berkaitan dengan pengundian, maka pengundi hendaklah mendapatkan Ahli Jawatankuasa Suruhanjaya Pilihan Raya yang bertugas.
  • Para pengundi mestilah menghadirkan diri pada waktu yang telah ditetapkan oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya. Para pengundi yang tidak menepati masa yang telah ditetapkan tidak akan diberi peluang untuk mengundi tanpa sebarang rayuan atau alasan.
  • Undi wakil hanya bagi yang mempunyai alasan yang munasabah dan mestilah sertakan bersama dengan surat makluman dan kad matrik atau kad izin menetap atau pasport pewakilnya kepada Pengarah / Timbalan  15 minit sebelum mengundi untuk dipertimbangkan.
  • Seorang pengundi hanya dibenarkan mewakili seorang pengundi yang lain sahaja dan disertakan dengan pengesahan diri bagi yang mewakili.Sebarang pengesahan dan keputusan adalah tertakluk kepada Pengarah dan Timbalan.
  • Keputusan pilihan raya akan diisytiharkan selepas proses pembuangan undi dan tempoh pengiraan undi selesai oleh Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya atau wakilnya.
  • Sekiranya terdapat bantahan mengenai kesahihan keputusan pilihan raya, maka surat bantahan rasmi hendaklah dikemukakan kepada Pengarah dalam tempoh 12 jam selepas keputusan diumumkan.Keputusan bantahan ini akan diumumkan oleh Suruhanjaya Khas yang dibentuk oleh Lembaga Penasihat dalam tempoh 2 minggu.
  • Sebarang bantahan yang lewat daripada masa yang ditetapkan adalah tidak sah.
  • Pengiraan semula undi hanya akan diulang sekali sahaja berdasarkan kepada sebab yang munasabah mengikut budi bicara Suruhanjaya Pilihan Raya.
  • Sebarang keputusan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya adalah muktamad.



MOHD SHAHIRIE BIN ISMAIL,
Pengarah,
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR),
Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan sesi 2010/2011.



    MAKLUMAN PENARIKAN DIRI

    Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Monday, May 9, 2011 | Posted in , ,

    Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),
    Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan (KMKJ),
    Sesi 2011/2012.


    Assalamualaikum wbt.


    MAKLUMAN PENGGURAN CALON


    Merujuk perkara di atas, pihak Suruhanjaya Pilihan Raya KMKJ telah berbincang dan memutuskan hal berikut.


    2. Salah seorang calon Badan Pengurus telah digugurkan dari pencalonan pilihan raya KMKJ 2011/2012. Maklumat berkaitan adalah seperti berikut :


    Nama         : Ahmad Syauqi Bin Abdul Aziz
    Mantiqoh   : Mafroq
    Universiti   : Al-Bayt


    3. Pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) KMKJ telah berbincang panjang dan menerima keputusan tersebut disebabkan faktor calon membuat keputusan untuk menangguhkan dua semester yang akan datang walaupun kami tidak menerima sebarang penarikan diri pada asalnya.


    4. Kami berharap semua pihak dapat menerima keputusan yang dibuat oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya KMKJ 2011/2012.


    Sekian, terima kasih.



    MOHD SHAHIRIE BIN ISMAIL,
    Pengarah,
    Suruhanjaya Pilihanraya (SPR),
    Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan sesi 2010/2011.

    CALON-CALON YANG AKAN BERTANDING DALAM PILIHANRAYA KMKJ 2011/2012

    Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Saturday, May 7, 2011 | Posted in , ,


    Alhamdulillah, segala puji buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Selawat dan salam kepada para sahabat sekaliannya.

    Berikut adalah nama-nama yang layak untuk bertanding dalam kerusi Pilihanraya KMKJ 2011 :
    Calon YDP KMKJ 2011/2012 :
    1. Mohd Ihsan Fadhli Bin Che Min
    2. Muhamad Syubli Bin Ismail
    3. Muhammad Dawud Bin Ab Rashid
    Calon Badan Pengurus KMKJ 2011/2012 (Siswa) :
    1. Muhamad Syubli Bin Ismail
    2. Muhammad Abu Bakar Bin Mohd Razali
    3. Muhammad Ismail Bin Hassan
    4. Fakhrul Hayyi Bin Mohamed
    5. Ahmad Syauqi Bin Abdul Aziz
    6. Junaid Bin Mohd Yusuf
    7. Muhammad Dawud Bin Ab Rashid
    Calon Naib YDP KMKJ 2011/2012 :
    1. Nurhidayah Binti Mohd Fadzil
    2. Nurul Azma Binti Mat Ui
    3. Nur Najwa Binti Ramly
    Calon Badan Pengurus KMKJ 2011/2012 (Siswi) :
    1. Amirah Binti Ibrahim
    2. Maryam Jameelah Binti Wan Abdul Aziz
    3. Syarifah Nurfathiah Binti Syed Mustapha
    4. Nurul Azma Binti Mat Ui
    5. Hanis Binti razali
    6. Nur Hanani Fadzilah Binti Abdul Khalid
    7. Nurul Fadhilah Binti Mat Ripin

    Sekian, terima kasih.
    MOHD SHAHIRIE BIN ISMAIL,
    Pengarah,
    Suruhanjaya Pilihanraya (SPR),
    Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan sesi 2010/2011.

    PERATURAN BERKEMPEN

    Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | | Posted in , ,


    Assalamualaikum w.b.t.

    Kepada:
    Semua ahli,
    Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan (KMKJ).

    Saudara/saudari,

    MAKLUMAN TEMPOH KEBENARAN DAN PERATURAN BERKEMPEN

    Merujuk kepada perkara di atas, dengan segala hormatnya pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengumumkan kempen hanya boleh dimulakan selepas pengumuman calon diumumkan secara rasmi dan mesti dihentikan setelah selesai hari pengundian dan sama sekali tidak dibenarkan berkempen didalam kawasan mengundi. Tempoh kebenaran berkempen bermula pada 08 Mei 2011(Ahad) dan akan tamat pada 13 Mei 2011 (Jumaat).

    2. Berikutan itu, pihak SPR memberi peluang kepada calon-calon atau wakilnya yang terdiri daripada ahli KMKJ untuk berkempen mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Petugas rasmi SPR berhak memantau segala bahan-bahan kempen, ceramah-ceramah pilihanraya dan perhimpunan umum bagi memastikan peruntukan-peruntukan di bawah undang-undang dan peraturan-peraturan pilihanraya tidak dilanggar.

    3. Syarat-syarat berkempen adalah seperti berikut :
    • Semua ahli KMKJ layak berkempen kecuali AJK SPR.
    • DIbenarkan berkempen secara bercetak / bertulis, melalui khidmat pesanan ringkas (sms), melalui alam maya (emel, blog, YM, Facebook dll)
    • Kempen secara bertulis / bercetak sahaja yang perlu mendapat pengesahan SPR melalui nombor siri yang akan diberikan.
    • Menjaga adab (perlakuan dan perkataan) semasa berkempen dengan tidak menyentuh isu sensitiviti mana-mana pihak.
    •  Dilarang berkempen di kawasan pembuangan undi.
    •  Calon-calon yang melanggar peraturan berkempen akan digugurkan daripada pertandingan tanpa notis.
    • Ahli KMKJ yang melanggar peraturan berkempen pula akan digugurkan hak mengundi tanpa  notis.
    • Segala yang berkaitan dengan kempen adalah hak SPR KMKJ.
    4. Untuk mendapat penjelasan lanjut, sila rujuk AJK SPR. Segala kerjasama daripada saudara/saudari amatlah diharapkan agar pilihanraya kali ini dapat berjalan lancar dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

    MOHD SHAHIRIE BIN ISMAIL,
    Pengarah,
    Suruhanjaya Pilihanraya (SPR),
    Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan (KMKJ) sessi 2010/2011.

    Al-Quran Menjawab Keluhan Manusia

    Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Wednesday, May 4, 2011 | Posted in ,




    "Sesungguhnya kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan kamilah yang memelihara dan menjaganya" -s15: a9-

    Manusia Bertanya : Kenapa aku diuji?

    Al-Quran Menjawab :
    ุฃَุญَุณِุจَ ุงู„ู†َّุงุณُ ุฃَู†ْ ูŠُุชْุฑَูƒُูˆุง ุฃَู†ْ ูŠَู‚ُูˆู„ُูˆุง ุขู…َู†َّุง ูˆَู‡ُู…ْ ู„َุง ูŠُูْุชَู†ُูˆู†َ
    Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? (Lihat Surah Al-Ankabuut : 2).

    ูˆَู„َู‚َุฏْ ูَุชَู†َّุง ุงู„َّุฐِูŠู†َ ู…ِู†ْ ู‚َุจْู„ِู‡ِู…ْ ูَู„َูŠَุนْู„َู…َู†َّ ุงู„ู„َّู‡ُ ุงู„َّุฐِูŠู†َ ุตَุฏَู‚ُูˆุง ูˆَู„َูŠَุนْู„َู…َู†َّ ุงู„ْูƒَุงุฐِุจِูŠู†َ
    “Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta”.(Lihat Surah Al-Ankabuut : 3)

    Manusia Bertanya : Kenapa aku tidak diuji sahaja dengan perkara-perkara yang baik?


    Al-Quran Menjawab :
    ูƒُุชِุจَ ุนَู„َูŠْูƒُู…ُ ุงู„ْู‚ِุชَุงู„ُ ูˆَู‡ُูˆَ ูƒُุฑْู‡ٌ ู„َูƒُู…ْ ูˆَุนَุณَู‰ ุฃَู†ْ ุชَูƒْุฑَู‡ُูˆุง ุดَูŠْุฆًุง ูˆَู‡ُูˆَ ุฎَูŠْุฑٌ ู„َูƒُู…ْ ูˆَุนَุณَู‰ ุฃَู†ْ ุชُุญِุจُّูˆุง ุดَูŠْุฆًุง ูˆَู‡ُูˆَ ุดَุฑٌّ ู„َูƒُู…ْ ูˆَุงู„ู„َّู‡ُ ูŠَุนْู„َู…ُ ูˆَุฃَู†ْุชُู…ْ ู„َุง ุชَุนْู„َู…ُูˆู†َ (216)
    “…boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui”.(Lihat Surah Al-Baqarah : 216)

    Manusia Bertanya : Kenapa aku diberi ujian seberat ini?

    Al-Quran Menjawab :
    ู„َุง ูŠُูƒَู„ِّูُ ุงู„ู„َّู‡ُ ู†َูْุณًุง ุฅِู„َّุง ูˆُุณْุนَู‡َุง ู„َู‡َุง ู…َุง ูƒَุณَุจَุชْ ูˆَุนَู„َูŠْู‡َุง ู…َุง ุงูƒْุชَุณَุจَุชْ ุฑَุจَّู†َุง ู„َุง ุชُุคَุงุฎِุฐْู†َุง ุฅِู†ْ ู†َุณِูŠู†َุง ุฃَูˆْ ุฃَุฎْุทَุฃْู†َุง ุฑَุจَّู†َุง ูˆَู„َุง ุชَุญْู…ِู„ْ ุนَู„َูŠْู†َุง ุฅِุตْุฑًุง ูƒَู…َุง ุญَู…َู„ْุชَู‡ُ ุนَู„َู‰ ุงู„َّุฐِูŠู†َ ู…ِู†ْ ู‚َุจْู„ِู†َุง ุฑَุจَّู†َุง ูˆَู„َุง ุชُุญَู…ِّู„ْู†َุง ู…َุง ู„َุง ุทَุงู‚َุฉَ ู„َู†َุง ุจِู‡ِ ูˆَุงุนْูُ ุนَู†َّุง ูˆَุงุบْูِุฑْ ู„َู†َุง ูˆَุงุฑْุญَู…ْู†َุง ุฃَู†ْุชَ ู…َูˆْู„َุงู†َุง ูَุงู†ْุตُุฑْู†َุง ุนَู„َู‰ ุงู„ْู‚َูˆْู…ِ ุงู„ْูƒَุงูِุฑِูŠู†َ (286)
    “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya……….” (Lihat Surah Al-Baqarah : 286)


    Manusia Bertanya : Bolehkah aku kecewa?

    Al-Quran Menjawab :
    ูˆَู„َุง ุชَู‡ِู†ُูˆุง ูˆَู„َุง ุชَุญْุฒَู†ُูˆุง ูˆَุฃَู†ْุชُู…ُ ุงู„ْุฃَุนْู„َูˆْู†َ ุฅِู†ْ ูƒُู†ْุชُู…ْ ู…ُุคْู…ِู†ِูŠู†َ (139)
    “Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman”. (Lihat Surah Ali Imraan : 139)

    Manusia Bertanya : Bolehkah aku berputus asa ?

    Al-Quran Menjawab :
    ูŠَุง ุจَู†ِูŠَّ ุงุฐْู‡َุจُูˆุง ูَุชَุญَุณَّุณُูˆุง ู…ِู†ْ ูŠُูˆุณُูَ ูˆَุฃَุฎِูŠู‡ِ ูˆَู„َุง ุชَูŠْุฃَุณُูˆุง ู…ِู†ْ ุฑَูˆْุญِ ุงู„ู„َّู‡ِ ุฅِู†َّู‡ُ ู„َุง ูŠَูŠْุฃَุณُ ู…ِู†ْ ุฑَูˆْุญِ ุงู„ู„َّู‡ِ ุฅِู„َّุง ุงู„ْู‚َูˆْู…ُ ุงู„ْูƒَุงูِุฑُูˆู†َ
    “…dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir”. (Lihat Surah Yusuf : 87)


    Manusia Bertanya : Bagaimana cara menghadapi ujian hidup ini?

    Al-Quran Menjawab :
    ูŠَุง ุฃَูŠُّู‡َุง ุงู„َّุฐِูŠู†َ ุขู…َู†ُูˆุง ุงุตْุจِุฑُูˆุง ูˆَุตَุงุจِุฑُูˆุง ูˆَุฑَุงุจِุทُูˆุง ูˆَุงุชَّู‚ُูˆุง ุงู„ู„َّู‡َ ู„َุนَู„َّูƒُู…ْ ุชُูْู„ِุญُูˆู†َ (200) 
    “Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap sedia (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung”. (Lihat Surah Ali Imraan : 200)

    ูˆَุงุณْุชَุนِูŠู†ُูˆุง ุจِุงู„ุตَّุจْุฑِ ูˆَุงู„ุตَّู„َุงุฉِ ูˆَุฅِู†َّู‡َุง ู„َูƒَุจِูŠุฑَุฉٌ ุฅِู„َّุง ุนَู„َู‰ ุงู„ْุฎَุงุดِุนِูŠู†َ
    “Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk”. (Lihat Surah Al-Baqarah : 45)

    Manusia Bertanya : Bagaimana menguatkan hatiku?

    Al-Quran Menjawab :
    ูَุฅِู†ْ ุชَูˆَู„َّูˆْุง ูَู‚ُู„ْ ุญَุณْุจِูŠَ ุงู„ู„َّู‡ُ ู„َุง ุฅِู„َู‡َ ุฅِู„َّุง ู‡ُูˆَ ุนَู„َูŠْู‡ِ ุชَูˆَูƒَّู„ْุชُ ูˆَู‡ُูˆَ ุฑَุจُّ ุงู„ْุนَุฑْุดِ ุงู„ْุนَุธِูŠู…ِ (129(   
    “….Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan melainkan Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal…….”(Lihat Surah At-Taubah : 129)

    Manusia Bertanya : Apa yang ku dapat dari semua ujian ini?

    Al-Quran Menjawab :
    ุฅِู†َّ ุงู„ู„َّู‡َ ุงุดْุชَุฑَู‰ ู…ِู†َ ุงู„ْู…ُุคْู…ِู†ِูŠู†َ ุฃَู†ْูُุณَู‡ُู…ْ ูˆَุฃَู…ْูˆَุงู„َู‡ُู…ْ ุจِุฃَู†َّ ู„َู‡ُู…ُ ุงู„ْุฌَู†َّุฉَ ูŠُู‚َุงุชِู„ُูˆู†َ ูِูŠ ุณَุจِูŠู„ِ ุงู„ู„َّู‡ِ ูَูŠَู‚ْุชُู„ُูˆู†َ ูˆَูŠُู‚ْุชَู„ُูˆู†َ ูˆَุนْุฏًุง ุนَู„َูŠْู‡ِ ุญَู‚ًّุง ูِูŠ ุงู„ุชَّูˆْุฑَุงุฉِ ูˆَุงู„ْุฅِู†ْุฌِูŠู„ِ ูˆَุงู„ْู‚ُุฑْุขู†ِ ูˆَู…َู†ْ ุฃَูˆْูَู‰ ุจِุนَู‡ْุฏِู‡ِ ู…ِู†َ ุงู„ู„َّู‡ِ ูَุงุณْุชَุจْุดِุฑُูˆุง ุจِุจَูŠْุนِูƒُู…ُ ุงู„َّุฐِูŠ ุจَุงูŠَุนْุชُู…ْ ุจِู‡ِ ูˆَุฐَู„ِูƒَ ู‡ُูˆَ ุงู„ْูَูˆْุฒُ ุงู„ْุนَุธِูŠู…ُ .
    “Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka……….” (Lihat Surah At-Taubah : 111)
    Wallahualam



    Kredit : ^_^
    BIRO DAKWAH DAN TARBIYAH
    KESATUAN MAHASISWA KELANTAN JORDAN (KMKJ) 2010/11

    PEMBETULAN NOMBOR KEAHLIAN KMKJ

    Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Monday, May 2, 2011 | Posted in , ,

    Assalamualaikum wbt..


    Terlebih dahulu pihak SPR KMKJ memohon kemaafan atas sedikit ralat yang berlaku pada nombor keahlian KMKJ sebaran pertama semalam. Kami telah memperbetulkan ralat tersebut dan senarai terbaru boleh didapati pada link ini. Klik sini.




    MOHD SHAHIRIE BIN ISMAIL,
    Pengarah,
    Suruhanjaya Pilihanraya (SPR),
    Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan (KMKJ) sessi 2010/2011.

    SENARAI NAMA YANG LAYAK DICALONKAN

    Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | | Posted in , ,

    SPR KMKJ 2010/2011 telah uploadkan nama-nama yang layak dicalonkan untuk pemilihan KMKJ sesi 2011/2012. Untuk muat turun, klik di sini.

    Sebagaimana dimaklumkan sebelum ini, tarikh pencalonan ditunda sehingga 6 Mei 2011, jam 12.00 malam.

    Pihak SPR KMKJ, memohon kemaafan di atas penangguhan tarikh yang disebutkan di atas disebabkan faktor tertentu dan masalah yang tidak dapat dielakkan.

    Pihak SPR KMKJ mengharapkan kepada semua mahasiswa Kelantan Jordan sentiasa peka dengan makluman dalam blog ini untuk mengikuti perkembangan semasa. Sekian, Wallahu A'lam.

    MOHD SHAHIRIE BIN ISMAIL,
    Pengarah,
    Suruhanjaya Pilihanraya (SPR),
    Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan (KMKJ) sessi 2010/2011.

    PERATURAN UMUM PENAMAAN CALON

    Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | | Posted in , ,



    PERATURAN DAN SYARAT - SYARAT 


    Syarat-syarat pencadang :


    1. Berdaftar sebagai ahli KMKJ.
    2. Sebarang wakil cadangan penamaan calon tidak akan diterima.


    Syarat-syarat calon :


    1. Berdaftar sebagai ahli rasmi KMKJ sahaja.
    2. Sekurang-kurangnya telah menamatkan satu semester pengajian berwajib (tidak termasuk      semester musim panas).
    3. Sekurang-kurangnya masih berbaki dua semester pengajian bewajib (semester 1 dan 2 sesi 2011/2012)
    4. Calon-calon yang layak bertanding tidak berpeluang menarik diri.
    5. Mengikut perlembagaan KMKJ fasal 17;17.3 Penjawatan; Badan Pengurus yang dilantik bagi penjawatan melalui pilihanraya hanya boleh memegang jawatan selama 2 tahun/sesi sahaja.

    Syarat-syarat penamaan calon :


    1. Penamaan calon bermula pada tarikh 29 April 2011 dan dilanjutkan sehingga 6 Mei 2011, jam 12.00 malam.
    2. Sebarang penamaan calon hendaklah menggunakan borang yang disediakan oleh pihak SPR sahaja.
    3. 3 calon siswa dan siswi yang mendapat pencalonan terbanyak sahaja yang layak untuk bertanding di kerusi YDP & Naib YDP.
    4. 7 calon siwa dan siswa yang mendapat pencalonan terbanyak layak untuk bertanding di kerusi Badan Pengurus KMKJ.
    5. Sebarang penyerahan borang penamaan calon yang dilakukan selepas masa  ditetapkan tidak akan dilayan sama sekali.
    6. Borang penamaan calon yang tidak lengkap/tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan tidak akan diterima oleh SPR.
    7. Borang penamaan calon yang telah lengkap diisi hendaklah  diserahkan oleh pencadang itu sendiri kepada Ahli Jawatankuasa SPR bagi zon masing-masing.
    8. Peraturan penamaan calon yang digubal oleh SPR adalah muktamad.




    MOHD SHAHIRIE BIN ISMAIL,
    Pengarah,
    Suruhanjaya Pilihanraya (SPR),
    Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan (KMKJ) sessi 2010/2011.

    TARIKH PENAMAAN CALON DILEWATKAN

    Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | | Posted in , ,


    Sehubungan perkara diatas, Suruhanjaya Pilihan Raya KMKJ terpaksa melewatkan penamaan calon bagi pilihanraya Kesatuan Mahasiswa Jordan (KMKJ) bagi sessi 2011/2012.
    1.Tarikh yang telah diputuskan pada 03 Mei 2011, ditangguh ke tarikh 06 Mei 2011, jam 12.00 malam.
    2. Pihak SPR KMKJ, memohon kemaafan di atas penangguhan tarikh yang disebutkan di atas disebabkan faktor tertentu dan masalah yang tidak dapat dielakkan.
    Pihak SPR KMKJ mengharapkan kepada semua mahasiswa Kelantan Jordan sentiasa peka dengan makluman dalam blog ini untuk mengikuti perkembangan semasa. Sekian, Wallahu A'lam.
    MOHD SHAHIRIE BIN ISMAIL,
    Pengarah,
    Suruhanjaya Pilihanraya (SPR),
    Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan (KMKJ) sessi 2010/2011.

    Tv Kmkj

      Blog Archive