Headlines

BORANG PENYUMBANG DANA KIJANG EMAS 14/15

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Thursday, July 31, 2014 | Posted in , , ,

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Alhamdulillah, sebagaimana kita semua maklum, barisan pimpinan KMKJ sesi 14/15 serta team penggerak Dana Kijang Emas (DKE) telah bersama berganding bahu bagi menggerakkan tabung DKE kita sesi ini untuk sedikit sebanyak menjaga kebajikan anak Kelantan di Jordan.
Namun sudah pasti usaha ini tidak akan berhasil tanpa sokongan dan dukungan sahabat-sahabat warga KMKJ yang lain. Oleh itu, dengan rendah hatinya saya, Ameer Firdaus Zulkefle selaku Pengerusi DKE sesi ini, mewakili semua team penggerak DKE menyeru supaya kita semua dapat sama-sama menyumbang sedikit sebanyak daripada apa yang kita ada dan apa yang kita mampu untuk kita kongsikan dengan sahabat-sahabat kita yang lain. 
Semoga pertolongan yang kita hulurkan hari ini dapat menolong kita di hari kemudian. Insya'Allah.


*******************************************************************************************
Bagaimana untuk menyumbang?
-Isi spreadsheet di bawah dan insya'Allah pihak DKE akan hubungi setiap penderma yang mendaftar
Berapa lama tempoh pakej ini?
-Insya'Allah pakej ini selama 12 bulan bermula dari tarikh mendaftar.
*Pertanyaan lanjut boleh terus ke Facebook DKE
*Berikut adalah spreadsheet untuk penderma syabab :
*Berikut adalah spreadsheet untuk penderma akhawat :

SALAM AIDILFITRI : KALAM DARI PIMPINAN

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Tuesday, July 29, 2014 | Posted in , ,

تقبل الله منا ومنكم صالح الأعمال

KAMI dari Jabatan Setiausaha Agung KMKJ sesi 14/15 mewakili seluruh pimpinan KMKJ mengucapkan Salam Aidilfitri minal aidil wal faizin . Khusus kepada anak-anak Kelantan yg tidak pulang ke Malaysia, selamat meraikan lebaran bersama sahabat seperjuangan . Bagi yg berpeluang berhari raya di kampung halaman,semoga terus bergembira disamping keluarga tersayang.

Dalam kegembiraan menyambut hari raya jangan kita lupakan saudara-saudara kita di Palestin serta tempat bergolak yang lain, teruskanlah mendoakan mereka di samping menghulurkan bantuan semampu kita. Juga jangan sampai kita lupakan keluarga kita, sahabat-sahabat kita yang mungkin susah dan memerlukan bantuan, ringan-ringankanlah tangan untuk memberi sedikit dari banyak yang kita ada.

Juga penting untuk kita sama-sama beringat di hari raya ini, beraya dan berbelanjalah dengan seadanya, jauhi pembaziran dan perbanyakkan amalan memberi daripada menerima, moga-moga kita dapat mengawal nafsu dan 'attitude' kita setelah sebulan kita mendidiknya di bulan Ramadhan.

Sekian, Salam Aidilfitri Maaf Zahir Batin.

'' Kebajikan Anda Keutamaan Kami ''
" Kebajikey Demo, Kito Pakat Cagho "




وكل عام وأنتم بخير

[VIDEO] Salam Perantau Anak Kelantan Jordan Eid Fitri 2014

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Monday, July 28, 2014 | Posted in , , ,

Gemersik takbir mengundang hiba,
Salam diutus tanda ingatan,
Syawal dinanti menjelang tiba,
Salam diutus pohon kemaafan.
Maaf zahir dan batin.

Watch on Youtube : [TVKMKJ] Salam Perantau Eid Fitri 2014 

 [TVKMKJ] Salam Perantau Anak Kelantan Jordan Eid Fitri 2014




SALAM AIDILFITRI, Maaf Zahir & Batin

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Sunday, July 27, 2014 | Posted in , , ,

Kami, Barisan Pimpinan KMKJ 14/15 mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, semoga amalan kita di bulan Ramadhan diterima Allah taala dan kesungguhan serta keikhlasan kita terus berpanjangan sehingga bertemu Ramadhan akan datang, Insya'Allah~

yang jauh itu WAKTU,
yang dekat itu MATI,
yang besar itu NAFSU,
yang berat itu AMANAH,
yang mudah itu BERBUAT DOSA,
yang panjang itu AMAL SOLEH,
yang indah itu SALING MEMAAFKAN
"Salam aidilfitri maaf zahir dan batin".



JOM KENALI JENTERA PENGGERAK DKE SESI 14/15

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Friday, July 25, 2014 | Posted in , , ,


Berikut merupakan organisasi jentera penggerak Dana Kijang Emas (DKE) bagi sesi 2014/2015

PENGERUSI
AMEER FIRDAUS BIN ZULKEFLEE
(Perubatan - JUST - Tahun 2)

TIMBALAN PENGERUSI
FARAHANA BINTI MOHD NASIR
(Perubatan - JUST - Tahun 3)

SETIAUSAHA
AHMAD FARHAN BIN MOHD FAUZI
(Perubatan - JUST -Tahun 1)

TIMBALAN SETIAUSAHA
NUR SYUHADA NABILA BINTI BAHARUDDIN
(Perubatan - JUST - Tahun 2)

BENDAHARI
AHMAD RASHDAN BIN RAZLAN
(Perubatan - JUST - Tahun 2)

TIMBALAN BENDAHARI
NURHAMIZAH BINTI NURDIN
(Perubatan - JUST -Tahun 2)

Sebarang pertanyaan boleh terus ke Facebook Dana Kijang Emas atau hubungi nombor telefon di bawah.











NAHAS MH17: INGATAN BUAT KITA

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Tuesday, July 22, 2014 | Posted in ,




إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

Sesungguhnya kita adalah milik Allah dan kepada-Nya kita kembali

DUNIA sekali lagi dikejutkan dengan berita mengenai nahas udara yang menimpa sebuah lagi pesawat Malaysia Airlines MH17, di Ukraine berhampiran Rusia.

KMKJ merakamkan ucapan takziah buat ahli keluarga mangsa nahas yang terlibat. Sama-sama kita mendoakan agar Allah sentiasa memberi kekuatan dalam menghadapi ujian ini.

Penting untuk diingatkan bahawa sensitiviti pihak-pihak tertentu terutamanya keluarga mangsa haruslah dihormati. Kita juga harus mengambil iktibar bahawa kita merancang, Allah yang menentukan, apa sahaja boleh berlaku. Yang penting ialah kita mestilah mengambil kesempatan yang ada untuk sentiasa berbuat baik, menghargai ahli keluarga, sahabat-sahabat serta orang sekeliling kerana sakit dan ajal itu tiada seorang pun tahu bila akan tiba.

Dalam pada itu, usah biarkan kecaknaan kita tertumpu pada satu-satu isu sahaja. Jangan kita lupakan saudara-saudara kita di Palestin, teruskanlah menyalur solidariti kita kepada mereka.

Sesungguhnya setiap yang baik itu datang dari ALLAH, dan yang buruk itu daripada diri kita sendiri. Hakikatnya setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Marilah kita sama-sama muhasabah dan tidak putus-putus berdoa agar ALLAH mengurniakan keamanan dan melindungi kita semua dari bala bencana.

Gambar sumber Berita Harian Online






SUARA PIMPINAN : DOA BUAT UMAT ISLAM

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Saturday, July 12, 2014 | Posted in , ,

بسم الله الرحمن الرحيم

Aku mengamati semua sahabat dan tidak menemukan sahabat yang lebih baik daripada yang menjaga lidah

Aku memikirkan tentang semua pakaian, tetapi tidak menemukan pakaian yang lebih baik daripada takwa

Aku merenungkan tentang segala jenis amal baik, namun tidak mendapatkan yang lebih baik daripada 
memberi nasihat yang baik

Aku mencari segala bentuk rezeki, tapi tidak menemukan rezeki yang lebih baik daripada sabar


Di kesempatan bulan yang mulia ini, saya menyeru kepada seluruh anak KMKJ supaya sentiasa menyebut dalam doa kita mudah-mudahan  Allah SWT melindungi saudara-saudara kita di Palestin, Gaza, Syria, Iraq dan lain-lain tempat. Semoga Allah Taala menghancurkan kezaliman Yahudi laknatullah


 Allahumma ameen



'' Kebajikan Anda Keutamaan Kami ''
" Kebajikey Demo, Kito Pakat Cagho "

Tv Kmkj

    Blog Archive