Headlines

Video Eidul Adha

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Saturday, December 12, 2009 | Posted in , ,

Assalamualaikum wbt...
Selamat menyaksikannya!




LAPORAN MAJLIS LAMBAIAN AIDILADHA

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Friday, December 11, 2009 | Posted in



LAPORAN MAJLIS LAMBAIAN AIDILADHA
KESATUAN MAHASISWA KELANTAN JORDAN (KMKJ) SESI 09/10

Tema: “UKHWAH TERBINA PENGORBANAN DI RASA”


Pendahuluan

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dirafa’kan ke hadrat Ilahi kerana rahmat dan izin-Nya kita masih dipanjangkan usia dan diberi kesempatan untuk meneruskan kehidupan sebagai khalifah Allah di bumi ini. Seinfiniti kesyukuran juga dirafa’kan kepada Allah kerana dengan berakhirnya majlis ini iaitu Majlis Lambaian Aidiladha pada 30 November 2009 bersamaan 12 Zulhijjah 1430H. Bertempat di Nadi Muallimin, Mafraq. Seramai 105 orang ahli KMKJ dari seluruh mantiqah telah hadir meraikan majlis tersebut.


Perjalanan Program

Majlis bermula pada pukul 9.30 pagi gema wahyu dan diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Dr Syakir Bin Zahari, Yang Dipertua KMKJ.

Qari
Ucapan YDP

Majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Sulaiman Bin Haji Ismail, Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia Jordan (JPMJ).

Ucapan Ustaz Sulaiman

Aktiviti yang telah dijalankan adalah seperti ceramah aidiladha yang disampaikan oleh Ustaz Ihsan Fadhli Bin Che Min bertajuk “pengorbanan”, taaruf AMT KMKJ sesi 2009/2010, tayangan slideshow, perasmian blog, dana & kelab dikir KMKJ, persembahan nasyid, meraikan pengantin, penyampaian hadiah busana muslim dan cabutan bertuah.


Objektif

Menanamkan kesanggupan untuk melakukan pengorbanan ke dalam jiwa semua ahli KMKJ
Mengeratkan silaturrahim di kalangan semua ahli
Melatih dan menggalakkan ahli untuk turut serta dalam kerja-kerja persatuan


Ahli Jawatankuasa

Penasihat:
Ahli Majlis Tertinggi KMKJ

Pengarah:
Muhammad Hisyamuddin Bin Fauzi

Timb.Pengarah:
Fatimah Zahara Bt Yasiman

Setiausaha:
Nik Nur Fadhilah Bt Nik Yusoff

Bendahari:
Abdul Hadi Bin Abdul Hamid

Unit Program & Protokol:
Suhrawardi Adhwa Bin Mohamad
Nur Najwa Bt Ramli

Unit Persiapan & Teknikal:
Ahmad Azrai Bin Hj Abdullah Alawi
Noor Akmal Bt Yaacob

Unit Tugasan Khas:
Muhammad Alimin Bin Mohd Abiah
Ibtesam Bt Johari

Unit Persegaran:
Ahmad Syauqi Bin Abdul Aziz
Nor Raihan Bt Musa


Suasana Majlis

Bersama pengantin lelaki
Artis
Masa Makan
Pemenang cabutan bertuah
Akhowat
Sarapan
Syabab
Penjualan dari Biro Ekonomi KMKJ
Pentas
Ketua Biro Ekonomi
Penceramah


Penutup

Alhamdulillah Majlis Lambaian Aidiladha anjuran KMKJ telah berjalan dengan lancar walaupun terdapat sedikit kesulitan sepanjang melaksanakan program. Sebahagian objektif program telah berjaya dicapai dengan kerjasama dari semua ahli tetapi ada sebahagian objektif tidak tercapai iaitu salah satunya mencungkil bakat mahasiswa Kelantan kerana kekurangan ahli untuk melibatkan diri dalam aktiviti dan kehadiran ahli yang kurang memuaskan menyebabkan tidak boleh memperbanyakkan aktiviti. Segala kekurangan semasa mengendalikan program ini diharap dapat dijadikan pengajaran pada masa akan datang dengan lebih jayanya. Wallahua'lam.

Lagi-lagi Biro Ekonomi

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Thursday, December 3, 2009 | Posted in

Bismillahirrahmanirrahim.. Biro Ekonomi kembali lagi..

Seperti yang dijanjikan, kembali hamba bukan dengan tangan kosong, tetapi dengan barangan baru untuk ditawarkan kepada seluruh ahli KMKJ yang dicintai dan diredhai Allah insyaAllah..


1.BUDU cap Ketereh

- dalam paket kecil bersaiz 5cm*13cm

- boleh dimakan begitu sahaja

- satu paket boleh dihidang utk sekali makan ( nak make rama2 pon buleh,tapi keno jimat la sikit )

- meme sedap sengoti

- yang penting, murah sengoti nih ,satu paket hanya JD 0250


Dari depan

Dari sisi

2. GULA KAPAS dari SYRIA

- susah didapati di Irbid , walau di Jordan sekalipun

- harga yang berpatutan

- saiz yang besar ( puas makan )

- sedap ngoti-ngoti nih

- murah sahaja

- boleh didapati dalam 2 saiz :

a ) large JD6

Dari atas

Dari sisi

b ) medium JD3.5


Dari atas


Dari sisi



P/S : Siapa cepat dia dapat!!STOK AMAT-AMATLAH TERHAD..

BIRO EKONOMI 09/10

-ayuh berKMKJ hingga ke syurga-

Ahli KMKJ Mafraq - Cara Ke Tempat Program

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Sunday, November 29, 2009 | Posted in

Assalamualaikum wbt...

Perhatian kepada ahli-ahli KMKJ dari mantiqah Mafraq yang akan bergerak ke tempat program pada esok hari (Isnin), hanya 1 buah coster akan menunggu anda. Tempat berkumpul:

Syabab:
Sakan Syabab


Akhowat:
Sakan Akhowat


pada pukul 7.00 pagi, Isnin


Cara pergerakan:

Coster akan tiba pada waktu yang ditetapkan dan akan melakukan DUA KALI trip.

Sila datang lebih awal daripada waktu yang dinyatakan bagi mengelakan sebarang masalah terutama dari segi pengurusan masa. Segala kerjasama amatlah dihargai. Terima kasih.

Anak-anak Irbid - Pergerakan ke Mafraq

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | | Posted in

Assalamualaikum wbt..

Perhatian kepada semua anak-anak KMKJ Irbid.

Program LAMBAIAN EIDUL ADHA

Sila berkumpul di:


Simsimah supermarket, jam 06:30 pagi
[Syabab + akhowat 1st yr/sakan + Akhowat hijazi]

Duwar Qubbah, jam 06:45 pagi
[Akhowat Area Duwar Qubbah]

Sama-sama kita tepati masa utk memudahkan pihak pengurusan.

Jangan lupa banyakkan takbir dan amalan-amalan sunat yang lain, selagi waktu masih ada.

Dari Ibnu ‘Umar Radhia Allah ‘anhuma bahawa Rasullullah saw bersabda :

“Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari sepuluh Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah) , takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah)”.
HR Imam Ahmad

p/s: Pada waktu yg telah dinyatakan, adalah masa bas nak bertolak, bukan masa baru keluar dari rumah.


Ahli KMKJ Mu'tah - Cara Pergerakan ke Mafraq

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | | Posted in

Assalamualaikum wbt...

Perhatian kepada ahli-ahli KMKJ dari mantiqah Mu'tah yang akan bergerak ke Mafraq pada esok hari (Isnin), 2 buah coster akan menunggu anda di:

Masjid Syuhada'

pada pukul 5.00 pagi, Isnin

Sila datang lebih awal daripada waktu yang dinyatakan bagi mengelakan sebarang masalah terutama dari segi pengurusan masa. Segala kerjasama amatlah dihargai. Terima kasih.

Program "Lambaian Eidul Adha"

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Thursday, November 26, 2009 | Posted in

Assalamualaikum wbt!

Dengan ini, KMKJ mengadakan satu program:

LAMBAIAN EIDUL ADHA


"Ukhuwah Terbina Pengorbanan Dirasa"



Tarikh:

30/11/2009

Tempat:

Nadi Mualimin, MAFRAQ

Masa:

8.00 pagi - 3.00 petang

Pakaian:

Baju Melayu Sepasang Beserta Songkok [Syabab]
Pakaian Sopan yang Bersesuaian dengan Majlis [Akhowat]


Apa yang menunggu kita dalam program ini?

Persembahan dari setiap mantiqah:
-Nasyid
-Pentomen
-Dikir Barat


Perasmian Blog Rasmi KMKJ

Perasmian Dana KMKJ

Perasmian Kelab Dikir Barat KMKJ

Cabutan Bertuah

Jualan T-Shirt Labuh untuk Akhowat


Pesanan Penaja:
Pihak KMKJ membuka kaunter untuk pembayaran yuran keahlian sebanyak JD 2.000 kepada ahli baru dan JD 1.000 kepada ahli lama.

Pakat Maghi Ghama deh?!

Rebutlah kelebihan bulan Zulhijjah !

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Monday, November 23, 2009 | Posted in ,






Kelebihan Bulan Zulhijjah 10 Hari Pertama


Bulan Zulhijjah merupakan bulan dimana umat i
slam disyariatkan untuk mengerjakan ibadah haji. Kelebihan 10 hari pertama Zulhijjah tidak banyak dibicarakan sepertima mana 10 hari terkhir Ramadhan, sedangkan kelebihan dan kemulian 10 hari Zulhijjah dan Hari Arafah telah digambarkan dalam Al-Quran dan Hadith. Mari kita fahami akan kelebihan bulan Zulhijjah dan berusaha untuk beramal dalam 10 hari pertama ini, supaya kita mendapat balasan syurga daripada Allah

Firman Allah dalam surah Al-Buruj, ayat 1-3:


Demi fajar, dan malam yang sepuluh, dan yang genap dan yang ganjil


Ibnu kathir berpandangan bahawa malam yang sepuluh itu ialah sepuluh malam pertama di bulan Zulhijjah, beliau mengambil pandangan daripada Ibn Abbas, Ibnu Zubair, Mujahid dan selainnya. Manakala yang ganjil itu ialah hari arafah.

Imam al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda:


"Tiada suatu hari pun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini - iaitu 10 hari Zulhijjah. Para sahabat baginda bertanya, ‘Tidak juga Jihad pada jalan Allah (mengatasi kelebihan Hari-hari tersebut)? Ujar Baginda, Tidak juga Jihad di jalan Allah kecuali seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun (kerana habis disumbangkan untuk memenangkan agama Allah).


Imam Ahmad r.a. dari Ibnu Umar r.a. bahawa Rasululla

h s.a.w bersabda,

“Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari 10 Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah)."


Ibnu Hibban di dalam kitab Sahihnya meriwayatkan dari Jabir r.a. bahawa baginda s.a.w bersabda,

Seutama-utama hari adalah hari Arafah”.


Manakala kelebihan hari Arafah (9 Zulhijjah) pula disebut oleh Rasulullah S.A.W ketika menafsirkan ayat ke-3 dari surah Al-Buruj:



Yang menyaksikan ialah hari arafah dan yang disaksikan ialah hari kiamat ” (Hadith riwayat Ahmad dan Baihaqi)

Didalam hadith lain pula, Sabda Baginda SAW lagi


Tidak ada hari yang lebih banyak dibebaskan oleh Allah akan hambaNya daripada neraka lebih dari hari Arafah” (Riwayat Muslim)





JENIS AMALAN YANG DIANJURKAN PADANYA

1. Menunaikan ibadah haji dan ‘umrah (sebaik-baik a

malan). Banyak hadith yang menyatakan kelebihan ibadah ini di antaranya :

Sabda Nabi s.a.w : “Satu ‘umrah ke ‘umrah yang lain menghapuskan (dosa) yang dilakukan di antara keduanya dan haji yang baik (diterima) tiada baginya balasan melainkan Syurga”.

2. Berpuasa pada hari-hari tersebut atau sekadar kemampuannya - terutamanya pada hari ‘Arafah

Dari Abu Sa’id al Khudri Radhia Allah ‘anhu berkata : Rasulullah s.a.w bersabda :

“Tiada seorangpun yang berpuasa pada satu hari di jalan Allah melainkan Allah menjauhkan dengan puasanya itu mukanya dari api neraka sejauh tujuh puluh tahun” (muttafaq ‘alaih).


Imam Muslim Rahimahullah meriwayatkan dari Abi Qatadah Radhia Allah ‘anhu bahawa Rasulullah Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda :

“Puasa pada hari ‘Arafah, saya mengharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun y

ang mendatang”.


3. Takbir (Allahu Akbar) dan berzikir padanya, firman Allah Ta’ala yang bermaksud :

“(Dan supaya mereka menyebut nama Allah pada beberapa hari yang termaklum)”,

Hari-hari tersebut dijelaskan sebagai sepuluh hari di bulan Zulhijjah. Oleh kerana itulah para ‘Ulama menyarankan supaya diperbanyakkan berzikir pada hari-hari tersebut sebagaimana mafhum hadith Ibnu ‘Umar r.a yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad Rahimahullah, di antaranya :


“Oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya

tahlil (La Ilaha Illa Allah) , takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah)”.

Imam Al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan bahawa Ibnu ‘Umar r.a dan Abu Hurairah r.a selalu keluar ke pasar bertakbir pada hari-hari tersebut dan diikuti oleh orang ramai. Sementara Imam Ishaq rahimahullah pula meriwayatkan bahawa para Fuqaha’ di kalangan Tabi’in (generasi selepas Sahabat Nabi) sentiasa membaca pada hari-hari itu “[Allahu Akbar, Allahu Akbar, La Ilaha Illa Allah, wa Allahu Akbar, Allahu Akbar, wa Lillahi Hamdu]“. Adalah amat digalakkan supaya suara ditinggikan ketika bertakbir di pasar, rumah, jalan, masjid dan selainnya berdasarkan firman Allah Ta’ala yang bermaksud :

“(Dan supaya kamu membesarkan (bertakbir) Allah di atas ni’matNya menghidayat kamu)”.

(Al-Baqarah)

Kita juga dibolehkan juga untuk berzikir dengan apa-apa zikir yang lain dan segala doa yang baik pada hari-hari tersebut.



4. Bertaubat dan meninggalkan segala maksiat dan dosa

Maksiat merupakan salah satu punca kepada jauh serta terhindarnya seorang hamba dari rahmat Allah. Di dalam sebuah hadis yang diriwatkan oleh Abu Hurairah r.a Baginda s.a.w bersabda :

“Sesungguhnya Allah mencemburui (tidak suka) apabila seseorang hambaNya melakukan perkara yang ditegahNya” (muttafaq ‘alaihi).


5. Memperbanyakkan amalan soleh (baik) terutama amalan-amalan sunat tambahan seperti solat sunat, bersedekah, berjihad, membaca al Quran, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan seumpamanya kerana kesemuanya akan digandakan pada hari-hari tersebut.


6. Takbir

Disyari’atkan bertakbir pada beberapa hari yang mulia itu pada waktu siang atau malam terutama selepas menunaikan fardu solat lima waktu yang dikerjakan secara berjamaah. Bagi mereka yang tidak menunaikan ‘ibadah haji, takbir bermula dari waktu subuh hari ‘Arafah (9 Zulhijjah) dan bagi yang menunaikannya takbir bermula pada waktu Zohor hari raya haji (10 Zulhijjah), kesemuanya berakhir sehingga waktu ‘Asar pada hari ketiga belas (13) Zulhijjah.

.

7. Ibadah Korban

Disyari’atkan amalan korban (menyembelih haiwan ternakan) pada hari raya haji dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah). Ia merupakan sunnah (amalan) Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihis Solatu was Salam setelah Allah Ta’ala mengujinya dengan perintah menyembelih anaknya Ismail ‘Alaihissolatu was salam tetapi ditebus ujian pengorbanan itu dengan digantikan seekor haiwan untuk disembelih.


8. Larangan memotong rambut dan kuku.

Imam Muslim Rahimahullah meriwayatkan dari Ummu Salamah Radhiallahuanha bahawa Nabi s.a.w. bersabda :

“Apabila kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah dan ada di kalangan kamu yang ingin berkorban (sembelih haiwan ternakan), hendaklah dia menahan dirinya dari (memotong) rambut dan kukunya”

dan di dalam riwayat lain :

“Maka janganlah dia memotong rambut dan kukunya sehinggalah dia berkorban”.

Larangan (memotong rambut dan kuku) ini pada zahirnya adalah khusus kepada pemunya haiwan korban tersebut sahaja dan tidak termasuk isteri dan anak-anaknya melainkan mereka juga mempunyai haiwan seumpamanya, dan tidak mengapa jika yang berkenaan membasuh dan menggosok kepalanya kemudian terjatuh beberapa helai rambutnya.


9. Solat Sunat Hari Raya Aidiladha.

Setiap muslim hendaklah berusaha untuk menunaikan solat hari raya secara berjamaah, mendengar khutbah yang dibaca oleh imam selepas selepas solat tersebut supaya mendapat pengajaran daripadanya. Kita seharusnya menghayati apakah hikmah yang tersirat di sebalik perayaan ini dan berusaha untuk mengelakkan dari melakukan perkara yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah.

10. Penuhilah hari-hari berkenaan dengan ketaatan kepada Allah, berzikir, bersyukur, menunaikan perintahNya, menjauhi laranganNya, mendekatkan diri kepadaNya semoga mendapat rahmat dan keampunanNya.


Selamat Beramal dan beristiqamah dalam setiap amalan kita, semoga amalan ikhlas dan kesungguhan kita dalam beramal akan membantu kita di hari hisab nanti serta berjaya di dunia dan akhirat.


JOM BERSAMA REBUT PELUANG KELEBIHAN AMAL BULAN ZULHIJJAH !!!





Rujukan: http://mufti.islam.gov.my/terengganu

Tv Kmkj

    Blog Archive