Headlines

Perutusan Hari Raya Aidilfitri 1432 Dua Yang Di-Pertua KMKJ

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Monday, August 29, 2011 | Posted in ,

Assalamualaikum wr wbt.

Semoga ahli keluarga kmkj sentiasa sihat, segar bugar dan terus cemerlang, gemilang, terbilang. Naungan rahmat allah sentiasa bersama kita yang bertemu dan bersatu hanya keranaNya.

ramadhan sangatlah istimewa lantaran datangnya hanya sekali setahun. begitu juga adilfitri yang dianugerah ilahi kepada graduan ramadhani yang rabbani. aidilfitri tidak bermakna tanpa ramadhan. bergembira di aidilfitri bukan disebabkan terbebas dari belenggu ramadhan, akan tetapi gembira kerana telah berjaya kembali kepada fitrah setelah melalui tarbiyyah ramadhan. Sesungguhnya sesiapa yang bergembira di idulfitri lantaran bebas dari ramadhan, maka samalah mereka dengan makhluq allah yang diciptakan dari api.

Gembira di idilfitri mestilah dikahwinkan juga dengan sedihnya kehilangan ramadhan. Maka, berdoalah kita agar dikurniakan kesempatan untuk ramadhan setetusnya.

Seterusnya, saya mengambil kesempatan ini untuk mewakili rakan-rakan qiyadi kmkj untuk mengucapkan selamat kembali kepada fitrah dengan tarbiyyah ramdhan. Taqabbalallhu minna wa minkum ajmaeen. Semoga allah menghimpunkan kita di kalangan muttqeen yang 'aideen dan faaizeen.

Ramadhan dirindui, syawal hadiah ilahi.

Sekian, terima kasih.





Ustaz Ihsan Fadhli Che Min
Yang Di-Pertua KMKJ 2011/12




----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


AS-SALAMU'ALAIKUM.
 Selamat menyambut hari raya Eidilfitri. Hari raya kurnia Allah SWT bersempena dengan kita menunaikan ibadat puasa Ramadhan.

Menjadi kelaziman, selepas menunaikan ibadah-ibadah yang besar Allah taala mengurniakan hadiah besar. Sembahyang lima waktu dikurniakan Hari Jumaat, Puasa Ramadhan dikurniakan Hari Raya Eidilfitri. Ibadat Haji dikurniakan Hari Raya Korban.

Hari raya Eidilfitri mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Setelah umat Islam dididik, ditarbiah dengan mengerjakan ibadah puasa di bulan Ramadhan, supaya menjadi org-org bertakwa kepada Allah SWT.

Adalah menjadi hikmah yang besar Allah swt memilih bulan Ramadhan berlakunya peristiwa al-Quran diturunkan dan peristiwa peperangan Badar, peristiwa pembukaan Mekah. Diikuti dengan bulan Syawal peristiwa Ahzab.

Menunjukkan bahawa kemuncak takwa yang ditarbiahkan melalui puasa ramadhan orang-orang yang beriman hendaklah menerima al-Quranul karim satu-satunya petunjuk yang benar, yang Esa daripada Allah SWT.

Setelah Allah swt menyatakan tujuan ibadat puasa itu supaya kamu bertakwa kepada Allah SWT. Allah SWT juga menegaskan kitab ini tidak syak lagi menjadi petunjuk kepada orang-orang yang bertakwa.

Hanya orang-orang bertakwa menjadikan al-Quran sebagai petunjuk. Marilah kita mempelajari daripada menafsirkan al-Quranul karim secara praktikal atau amali yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.

Selamat Menyambut Eidul Fitri.



Ustaz Ahmad Azrai Hj Abdullah Alawi
Yang Di Pertua KMKJ 2010/11

Selamat Menyambut Eidul Fitri.

~ HAK-HAK WAKTU YG TIDAK MUNGKIN DAPAT DIGANTI ~

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | | Posted in


Adapun kewajipan dalam wu itu ada empat iaitu :

1 – Waktu Menerima Nikmat

Kewajipan pada waktu menerima nikmat adalah bersyukur.

2 – Waktu Ditimpa Bencana @ Cubaan

Kewajipan waktu ditimpa bencana adalah bersabar dan rela atas cubaan tersebut.

3 – Waktu Taat

Kewajipan pada waktu taat ialah mengerti bahawa ketaatan ini adalh suatu nikmat pemberian Allah.Janganlah sampai menyangka bahawa ketaatan itu adalah semata-mata usaha sendiri,tanpa nikmat Allah di dalamnya.

~ Ciri-Ciri Generasi Yang Menang ~

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Friday, August 26, 2011 | Posted in



Terdapat banyak ciri-ciri dan sifat-sifat generasi yang menang serta berjaya mengalahkan nafsunya antaranya ialah :

1) Mutajarrid ( Devoted : Iaitu Menumpukan Kesetiaan yang Tidak berbelah Bagi )

a - Penumpuan NIat
b -  Penumpuan Tauhid
c - Penumpuan Ikutan

2) Mengagungkan Syiar Agama Allah

3) Bertawakkal dan Redha

4) Pendek Angan-angan

5) Kaya Jiwa dan Qanaah’

6) Afiif ( Menjaga Maruah Diri )

7 ) Tawadduk

8) Rendah Diri Sesama Mukmin dan Kasih Kepada Mereka

9) Izzah Terhadap Orang Kafir

10) Berakhlak Mulia

11 ) Berukhuwwah kerana Allah

12) Memaafkan Orang yang menzalimi,Meeri Kepada Orang yang Menahan dan Menghubungkan Orang  yang memutuskan Hubungan

13 ) Menahan Marah

14 ) Sangat Sabar

15 ) Lembut dan Cermat

16 ) Menzahirkan Kebenaran dan Bersama-sama Dengan Pihak yang Benar

17 ) Melakukan Amar Makruf dan Nahi Mungkar

18 ) Muhasabah Diri dan Berburuk sangka Terhadap Diri Sendiri

19 ) Pujian atau Kejian Orang Dianggap Sama sahaja

20 ) Memelihara Maruah Orang Lain

21 ) Tidak Mengejek atau Memperkecilkan Orang Islam

22 ) Benar

23 ) Bersungguh-sungguh dan Bermotivasi Tinggi

24 ) Pemurah dan Suka Memberi

25 ) Sederhana dan Seimbang

26 ) Warak dan Berkorban serta Berjihad di jalan Allah

27 ) Berterusan Dalam keadaan Beristighfar dab Bertaubat
 -------------------------------------------------------------------
p/s : Sedikit perkongsian buat adik beradik KMKJ khususnya,tentang ciri-ciri generasi mukmin yang layak mendapat pertolongan dan kemenangan daripada Allah s.w.t..Oleh itu marilah sama-sama kita berusaha untuk menghiasi segenap ruang hidup kita dengan cirri –ciri tersebut..Mudah – mudahan kita digolongkan dalam golongan orang-orang yang menang bukan sahaja di dunia bahkan jua di akhirat..INSYAALLAH..
Akhir Kalam Siruu Ala Barokatillah… 

.:: UDT KMKJ 2010 ::. 

Sunber: -Buku : Menuju Personaliti Rabbani ( Mulakan Daripada Diri Anda ) terjemahan Saudari : Nurul Akma bt.Mohamed ~ Terbitan Al – Hidayah Ilmu Cahaya Kehidupan ~

Imarah Ramadan Sebagai Bulan Hidayah

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Wednesday, August 24, 2011 | Posted in ,


Alhamdulillah, sekali lagi tetamu mulia bernama Ramadan menjenguk ke dalam ruang hidup kita. Sesungguhnya hidup ini merupakan satu perjalanan, tiba ke destinasinya ia akan terhenti walau apapun usaha untuk menegahnya daripada berhenti.

Syukur kepada Allah SWT, ia masih belum terhenti sehingga ke saat ini untuk membenarkan kita sekali lagi bertemu dengan Ramadan.

Syukur kerana bulan ini ialah bulan yang menjanjikan hidayah dan ganjaran yang besar buat sesiapa yang memburunya.

Sebagaimana yang seringkali saya nyatakan sebelum ini, Ramadan tidak usah lagi disebut sebagai bulan puasa. Kadangkala sebutan bulan puasa lebih terkenal dari sebutan bulan Ramadan menyebabkan masyarakat hanya akan mengingati Ramadan sebagai bulan untuk bepuasa.

Justeru, ramai yang menganggap puasa sahaja dengan menahan lapar dan dahaga tanpa mengerjakan tuntutan tuntutannya sudah cukup bererti di dalam menyambut Ramadan.

Ini merupakan satu kesilapan dalam memahami tuntutan Ramadan. Perkara paling penting dalam menyambut Ramadan ialah taqwa kerana itulah matlamat daripada ibadah puasa. Taqwa tidak lahir melainkan dengan hidayah. Dan hidayah hanya tumpah ke dalam hati dengan izin Allah SWT.

Hati yang mendapat hidayah akan memandu anggota untuk melakukan kebaikan. Kaki akan dipandu untuk ke masjid, lidah akan dipandu untuk membaca al Quran, tangan akan dipandu untuk bersedekah dan begitulah anggota anggota lain.

Hidayah adalah satu benda yang tidak diajar dalam sekular, komunis, kapitalis mahupun sosialis. Tidak pernah ideologi sekular mengajar penganutnya berusaha mencari hidayah. Kapitalis hanya mengajar penganutnya mencari harta kekayaan tetapi tidak pernah menyebut persoalan hidayah.

Umat Islam yang terpengaruh dengan ideologi ideologi ini hanya akan meratibkan soal soal lahiriah tanpa menyentuh soal hidayah.

Bahkan ia akan dilabel sebagai hak peribadi yang tidak boleh disentuh oleh sesiapa sekalipun.

Inilah silapnya pemikiran kebanyakan individu masyarakat pada hari ini. Sedangkan hidayah adalah satu nikmat daripada Allah SWT. Di dalam surah Al Fatihah yang wajib dibaca di dalam setiap kali solat, kita diminta untuk membaca permohonan mendapatkan hidayah atau petunjuk ke jalan yang lurus.

Firman Allah SWT bermaksud: “Tunjukilah kami jalan yang lurus…” – (Surah Al-Fatihah:6)

Sekiranya hidayah adalah persoalan yang tidak penting, maka apa perlunya untuk dipohon didalam solat? Apa perlunya untuk sentiasa diangkat permohonan ini kepada Allah SWT berbelas belas kali dalam sehari? Jawabnya, hidup ini tidak akan bererti melainkan dengan hidayah daripada Allah SWT.



Justeru, mereka yang mendapat hidayah dianggap sebagai orang orang yang mendapat nikmat yang besar. Firman Allah SWT bermaksud: “…(yaitu) jalan orang orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.” (Surah Al Fatihah:7)

Dan siapa pula orang-orang yang mendapat nikmat tersebut? Mereka bukan semestinya orang-orang yang kaya, berpangkat dan berpengaruh yang pada hari ini dipandang mulia dihadapan manusia kerana kekayaan, jawatan dan pengaruhnya.

Mereka ialah orang-orang yang disebut oleh Allah SWT bermaksud: “Dan barang sesiapa yang mentaati Allah dan Rasul(Nya), mereka itu akan bersama sama dengan orang-orang dianugerahi nikmat oleh Allah, iaitu: Nabi-nabi, para shiddiiqiin, orang-orang yang mati syahid, dan orang-orang saleh, dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya…” –(Surah an-Nisa’:69)

Selain memohon untuk diberikan hidayah, semarakkanlah Ramadhan dengan bacaan Al Quran sebanyak banyaknya. Selain membaca, fahamilah makna dan beramallah dengan kandungannya. Al Quran ialah manual yang diturunkan Allah SWT untuk manusia menjalani kehidupan di muka bumi ini. Ini kerana bumi ini diciptakan oleh Allah SWT dan manual penggunaanya hanya dikeluarkan oleh Allah SWT.

Memahami Al Quran membawa kita mengenali di antara dosa dan pahala, syurga dan neraka. Ia umpama lampu suluh yang menyuluh gelap pekat jahiliyyah.

Sebagaimana kita akan mencari lampu suluh untuk menyuluh laluan pada saat malam pekat, demikian juga laluan hidup perlu disuluh agar bercahaya. Lampu suluh kehidupan ialah Al Quran.

Inilah penyuluh yang akan menerangi laluan di dunia, alam kubur bahkan apabila bangkit di akhirat nanti. Mereka yang menolak Al Quran hakikatnya menolak lampu suluh yang disediakan oleh Allah SWT. Mereka perlu bersedia menghadapi kegelapan di alam kubur dan kegelapan di hadapan Allah SWT kelak.

Bahayanya masyarakat yang hidup tanpa lampu suluh ini sangat besar. Pengalaman saya bermusafir ke Uzbekistan baru baru ini cukup mengajar saya bagaimana teruknya masyarakat apabila mengetepikan al –Quran selaku manual hidup.

Di bumi yang bersemadinya jasad muhaddis agung al-Imam al-Bukhari Rahimahullah itu, hari ini masih ditadbir dengan nilai nilai komunis sekalipun Uzbekistan telah merdeka dari Soviet Union. Ia masih mengekalkan beberapa dasar yang begitu sekali memberi kemudharatan kepada Islam.

Bumi ini yang pernah melahirkan ulama ulama besar seperti Imam Bukhari, Abu Laits As Samarkandi,, Imam Bahaudin, Imam Muslim, Imam Nasai, Imam Tirmizi, Imam Nakhai dan lain lain, hari ini seolah olah kehilangan kesemua kebanggaan yang pernah dicatat di dalam sejarah.

Masjid masjid cukup besar namun sunyi dari diimarahkan, lebih teruk apabila anak anak di bawah umur 18 tahun tidak dibenarkan datang ke masjid dengan alasan belum cukup umur.

Akhirnya pendidikan Islam semenjak kecil tidak disemai dan melahirkan masyarakat yang hanya Islam pada nama tetapi tidak pada amalan kehidupan.

Inilah rupa wajah masyarakat yang tidak dibentuk dengan acuan al Quran. Bagaimanapun, usaha usaha untuk menyemarakkan dakwah mula berjalan dan saya berharap suatu hari nanti bumi Uzbekistan ini berjaya mengulangi sejarah kegemilangannya Insya-Allah.

Apa yang penting, perkongsian ini untuk mengingatkan kita bahawa begitulah bahayanya apabila al-Quran dikesampingkan.

Ditambah pula dengan para ulama yang tidak mahu turun ke medan menegakkan pemerintahan yang berlandaskan Islam, sedikit demi sedikit nilai Islam akan dicabut. Apabila ia berjaya dicabut, ia akan mengambil masa yang lama untuk disemai semula.

Justeru, jadikanlah Ramadan sebagai ruang untuk menyemarakkan al-Quran. Ibu bapa berperanan di rumah, guru guru di sekolah dan kerajaan pula di dalam negara.

Semua pihak perlu bekerjasama dan insyaAllah saya yakin dengan usaha berterusan, masyarakat umat Islam dapat kembali menghayati Al-Quran dalam kehidupan.

Akhir kata, selamat menyambut Ramadan. Semoga Ramadan tahun ini akan lebih mesra qalbu bagi diri kita berbanding dengan Ramadan yang telah berlalu.

Kredit by : http://www.harakahdaily.net ( YB Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat )

.:: UDT KMKJ 2011 ::.

Ramadhan dan Raya KMKJ

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Sunday, August 21, 2011 | Posted in




RISALAH BAGI HATI –HATI YANG MERINDUKAN RAMADHAN N PENGAMPUNAN ALLAH ~ part 4 ~

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | | Posted in ,

Ijtihad

 
Rasulullah s.a.w. mendirikan Solat Tarawih lapan rakaat bersama jemaah, namun lapan rakaat Nabi dihiasi dengan bacaan al-Quran yang merdu dan menusuk kalbu. Tidak terasa penat walaupun dibaca surah yang panjang. Di sini ada kualiti semasa menunaikan Tarawih. Umar al-Khattab pula menggesa umat Islam melaksanakan Tarawih di masjid sebanyak 20 rakaat.
Tindakan beliau adalah ijtihad sebagai seorang sahabat Nabi, faqih dan Khulafa ar-Rasyidin yang menilai tuntutan semasa umat Islam pada waktu itu. Penduduk Madinah pula berijtihad untuk melaksanakan Tarawih lebih daripada 20 rakaat termasuk witir dan diselangi dengan selawat ke atas Rasulullah s.a.w. Kepelbagaian dalam menentukan bilangan rakaat itu sendiri adalah perkara khilafiah dan keluasan yang diizinkan berlaku bagi memudahkan pelaksanaan ibadah.
Yang paling utama bukan bilangan rakaatnya, tetapi yang lebih utama adakah solat itu mendapat ketenteraman hati dan taqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah s.w.t. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Ad-Din itu mudah, tidak ada seseorang yang menyusah-nyusahkan pelaksanaan ad-Din itu, pasti ia kecundang jua. Sabda Baginda juga yang mahfumnya: Permudahkan, jangan menyusahkan, dekatkan, jangan melarikan orang daripada agama, berikan khabar gembira, jangan menakut-nakutkan dan jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara. Alangkah indahnya jika umat Islam hari ini memahami pelaksanaan Islam sebagaimana yang diajar oleh Baginda s.a.w.
Solat Tarawih ialah suatu fenomena, namun ia mungkin tidak disedari oleh umat Islam yang biasa mengerjakannya. Tetapi di luar Islam, orang melihatnya sebagai satu fenomena yang menimbulkan kekaguman. Bayangkan, manusia keluar berduyun-duyun dengan sukarela pada waktu malam pada musim panas atau dingin, dan mengerjakan solat di masjid bersama-sama, tua, muda, lelaki, wanita, kanak-kanak dan bercampur baur pelbagai bangsa.
Daripada satu kajian ringkas, tokoh dari luar mengakui ia adalah keistimewaan dan kekuatan yang amat mereka perlukan dan tidak ada dalam mana-mana agama di dunia. Adakah kita menyedari keistimewaan ini? Ia adalah kekuatan yang sedia ada di dalam agama. Justeru, kebaikan ini perlulah disedari dan disebarkan. Kesedaran ini juga menggerakkan kita untuk menjadikan remaja harus membina suatu tekad yang tinggi bahawa kita dilahirkan ke dunia bukan untuk menjadi beban, sebaliknya kita dilahirkan untuk menyumbang. Solat Tarawih sebagai wasilah (perantara) untuk memupuk ikatan persaudaraan umat Islam pada zaman ini.
Solat Tarawih di Masjidil Haram dan Masjid an- Nabawi mempunyai keindahannya tersendiri yang sukar dilafazkan. Solat Tarawih dengan ribuan jemaah adalah pemandangan biasa bagi beberapa negara seperti Mesir, Turki, Pakistan dan negara umat Islam yang lain. Kemerduan suara imam juga mempunyai kesan yang menarik manusia untuk Solat Tarawih. Atas dasar itulah, maka negara kita membawa masuk imam dari luar negara yang mempunyai bacaan yang baik untuk mengimamkan Solat Tarawih. Di sesetengah tempat pula ada yang melantik kanak-kanak yang masih kecil tetapi hafaz al-Quran untuk menjadi imam. Ia adalah perkembangan yang baik.
Namun. Kita perlu juga diingatkan kepada beberapa perkara asas dalam Solat Tarawih ini. Ia jangan pula menjadi budaya yang dimestikan hingga timbul keadaan menyusahkan kemudian hari. Di antaranya kriteria imam yang dipilih itu hendaklah fakih, iaitu seorang yang berilmu dan memahami selok belok solat. Suara yang bagus duduk kepada perkara yang kedua. Imam yang mempunyai kedua-dua ciri tersebut adalah lebih diutamakan. Kedua, selain membawa imam yang baik dari luar, kita juga harus membina imam Solat Tarawih yang mempunyai kualiti yang setanding dan sebaik imam dari Asia Barat. Negara kita yang sentiasa melahirkan qari antarabangsa tidak sunyi daripada individu yang boleh digilap bakatnya ke peringkat yang sewajarnya.

Semoga Solat Tarawih dan ibadah yang lain tahun ini dapat dijalani dengan penuh kesedaran. Jika ini diamalkan. Tidak mustahil Ramadan kali ini akan meningkatkan taqwa dalam diri, dengan izin Allah s.w.t. Wallahu A'lam

by : UDT KMKJ 2010

RISALAH BAGI HATI –HATI YANG MERINDUKAN RAMADHAN N PENGAMPUNAN ALLAH ~ part 3 ~

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | | Posted in ,

Bermuhasabah
Telah puluhan tahun usia kita berlalu. Masa yang ada dalam mencari cinta-Nya semakin berkurangan. Allah s.w.t. menegaskan ``Mereka yang berusaha di jalan Kami, pasti Kami akan tunjukkan jalan kepada Kami.'' Mungkin sudah sampai masanya untuk kita bermuhasabah dan mula mengurangi penyakit hati. Semoga keringanan ini memudahkan jiwa kita `terbang' menuju redha dan cinta-Nya yang abadi. Firman Allah s.w.t. bermaksud: Wahai orang yang beriman, belum sampaikah masa kepada orang yang beriman untuk tunduk hati-hati mereka dalam mengingati Allah dan kebenaran yang diturunkan- Nya?


Ramadan adalah program rabbani. Yang mengikis karat-karat hati sebagaimana puasa menghakis toksik dari tubuh badan. Ibadah di dalamnya seperti puasa, solat, membaca al-Quran di dalamnya adalah anugerah khusus kepada manusia. Ia adalah satu pakej lengkap yang terdiri daripada ibadah puasa, membaca atau tadabbur al- Quran dan Solat Tarawih. Taqwa yang menjadi objektif ibadah berpuasa itu hanya akan dapat dicapai jika seseorang berpuasa dan mengamalkan ibadah serta akhlak-akhlak yang lain.


Jika puasa berfungsi untuk memberi ruangan kebebasan dan keringanan jiwa daripada nafsu rendah (ammarah), bacaan al-Quran pula untuk melunakkan hati, maka dari perspektif ini, tidak salah jika dikatakan solat itu sebagai kemuncak daripada puasa dan bacaan al-Quran, kerana solat itu membawa seseorang untuk `bertemu' Allah s.w.t. Maka, perhubungan simbiotik antara ibadah- ibadah ini amat perlu dalam membentuk jiwa taqwa.
Kita juga selalu membaca ayat puasa mengenai kewajipan berpuasa tetapi ramai yang `terlepas pandang' kepada ayat selepasnya, iaitu Firman Allah s.w.t. bermaksud: Dan apabila hamba- hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai-Ku, katakanlah (wahai Muhammad) Aku amat dekat. Aku menjawab permintaan orang yang meminta ketika ia berdoa. Maka, taatilah perintah-Ku dan percayalah kepada-Ku. Mudah-mudahan kamu mendapat petunjuk. Jika kita berpuasa jangan pula lupa untuk ingat dan berdoa kepada Allah s.w.t. Di antara cara berdoa yang paling tinggi ialah solat, kerana definisi solat itu adalah ad-Du'a (doa). Di dalam solat juga mengandungi doa dan puji-pujian kepada-Nya.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang berpuasa dengan penuh iman dan ihtisab (memelihara, beramal dam berharap) akan diampuni dosa-dosanya. Sebab itu orang yang berpuasa tetapi tidak menjaga anggota atau tidak menunaikan Solat Tarawih pada malam harinya, objektif untuk mencapai taqwa itu mungkin tidak mudah dicapainya.
Solat Tarawih dikerjakan secara berjemaah diimamkan oleh Baginda sendiri. Dari segi pelaksanaannya, Nabi mengerjakan Solat Tarawih berjemaah di masjid selama beberapa malam, dan pada malam-malam yang berikut dilakukan di rumah Baginda. Tujuannya supaya Solat Tarawih berjemaah di masjid tidak dianggap sebagai suatu kewajipan bagi umat Islam.
Solat berjemaah itu sendiri adalah fardu kifayah dan ia adalah sunat muakkad dalam Mazhab as-Syafie. Solat Tarawih sunat didirikan secara berjemaah dan berjemaah di masjid adalah paling utama. Namun, tidak mengapa sekiranya Solat Tarawih didirikan bersendirian di rumah, atau berjemaah bersama keluarga, di rumah sahabat handai yang diziarah dan sebagainya. Yang perlu dicari ialah kualiti dan redha Allah s.w.t. Allah s.w.t. tidak melihat kepada gambaran zahir tetapi meneliti kepada keindahan amal yang disertakan keikhlasan di lubuk hati. Mungkin pada tanggapan manusia, sesuatu perbuatan yang dilakukan oleh seseorang itu remeh, tetapi pada penilaian Allah s.w.t. ia adalah amal yang bernilai tinggi.
Allah tidak jemu melihat hamba beribadah kecuali apabila hamba itu jemu beribadah. Justeru, dalam mendidik nafsu agar tidak jemu beribadah perlu ada tekniknya, khususnya dalam melaksanakan Solat Tarawih. Menurut Imam al-Ghazali, nafsu seperti kanak-kanak. Ia suka pada perkara yang menyeronokkan, dan tidak suka kepada ibadah dan kebaikan. Ia boleh dikawal, tetapi tidak boleh dimatikan.
Jika terlalu kuat kawalan, ia akan memberontak dan lama-kelamaan akan meninggalkan terus ibadah yang diperintahkan ke atasnya. Justeru, tidak menjadi masalah jika pelaksanaan Solat Tarawih bagi individu dipelbagaikan supaya nafsu tidak berpatah arang dan berkerat rotan dengan ibadah. Ia boleh dilaksanakan di surau atau masjid yang berbeza, bersama keluarga, bersendirian, melakukan lapan rakaat, 20 rakaat, solat berselang seli dengan rehat sejenak, keluar sebentar untuk tunaikan hajat kecil misalnya, dan berbagai-bagai cara lagi. Yang penting, Solat Tarawih itu mencapai maksud seperti yang diterangkan sebelum ini.

by: UDT KMKJ 2011

RISALAH BAGI HATI –HATI YANG MERINDUKAN RAMADHAN N PENGAMPUNAN ALLAH ~ part 2 ~

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Friday, August 19, 2011 | Posted in ,

Penawar 

Solat juga menjadi penawar dan kerehatan jiwa daripada segala macam bentuk kesusahan dan ujian yang kita lalui dalam kehidupan. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: Dan mintalah bantuan dengan sabar dan menunaikan solat. Sesungguhnya ia adalah berat kecuali bagi orang yang khusyuk. (Al-Baqarah: 153)

Justeru, tujuan yang kita cari melalui Solat Tarawih ialah kerehatan dari segi rohaniah dan kesihatan yang menyihatkan tubuh badan. Rasulullah s.a.w. mencari kerehatan melalui solat. Pernah apabila hendak menunaikan solat fardu, Baginda menyebut: `'Arihna ya Bilal.'' (rehatkanlah kami wahai Bilal dengan azanmu yang menandakan solat akan didirikan). Baginda juga menyebut solat itu sebagai Qurratu `Aini (penyejuk mataku). Jika ini prinsip yang diajar oleh Nabi s.a.w., maka amat wajar bagi orang beriman mengikut sunah ini, iaitu menjadikan solat sebagai wadah untuk mendapatkan kerehatan. Hati akan menjadi ringan ketika mengembalikan segala urusan dan kepayahan kita kepada Allah s.w.t. Badan juga menjadi ringan, kerana perut yang dipenuhi makanan akan menjadi ringan setelah dibakar oleh metabolisme badan, hasil sistematik dalam Solat Tarawih.

Apakah sebenarnya yang kita cari di sebalik Solat Tarawih? Soalan ini cukup ringkas, tetapi jawapannya mempunyai implikasi yang amat besar kepada hidup seorang mukmin. Selama kita mengerjakan Solat Tarawih ribuan rakaat seumur hidup kita, adakah kita memahami apa yang kita cari dan soalan yang lebih besar, sudahkah kita peroleh apa yang dicari?

Allah s.w.t. Yang Penyayang menyediakan pahala yang besar kepada hamba-hamba-Nya yang berpuasa pada waktu siang dan solat pada malam- malam bulan Ramadan. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Ganjaran pahala bagi orang yang menunaikan Solat Tarawih itu adalah Syurga. Namun, selain aspek pahala, orang yang beriman sentiasa mengintai untuk mencari Cinta Allah dan redha-Nya melalui puasa dan ibadah Solat Tarawih. Ada kala kita akan merasa penat sekiranya solat yang dikerjakan itu semata-mata berdasarkan hitungan pahala.

Tetapi jika solat itu dilakukan untuk mencari Cinta-Nya dalam bulan yang kudus ini, solat itu semakin dikerjakan semakin khusyuk, kudus, tunduk dan mengecap inti kemanisan iman yang tidak dapat dibahasakan. Allah s.w.t. berkehendak supaya kita berdiri, rukuk dan sujud dalam jalinan berhubungan yang mesra antara hamba dengan al- Khaliq. Namun ia bukannya amalan tanpa jiwa, bahkan ia adalah amalan yang tercetus daripada jiwa yang sentiasa mengingati Allah s.w.t. Cinta akan lahir bersama rasa rendah hati kepada-Nya,.

Seorang hamba tidak memiliki apa-apa. Pemilik (al- Maalik) yang sebenar adalah Dia sebagaimana yang diajar dalam doa Iftitah, Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku adalah demi kerana-Mu Ya Allah, Rabbal Alamin, dan di dalam ayat Hanya kepada-Mu kami mengabdi diri, dan hanya kepada-Mu kami memohon pertolongan.

Jika Tarawih atau solat-solat lain diiringi cinta dan merendahkan hati kepada Allah s.w.t., maka tidak mustahil lambat laun solat itu akan menghasilkan buah yang manis, menghiasi kita dengan budi pekerti yang baik serta beradab kepada Allah s.w.t. dan sesama makhluk.

 Ia juga akan membakar sifat-sifat rendah atau Mazmumah yang menghijab hati antara kita dengan Allah s.w.t. seperti `ujub (takjub dengan kemampuan diri), riak (menunjuk kebaikan), rasa lebih hebat daripada orang lain, sum'ah (mencari nama dan populariti), amat cintakan benda, mengejar pangkat, tamak, bakhil, merasa ringan dan aman dengan azab Allah, takabbur (besar diri), ananiy (tinggi rangsangan keakuan) serta banyak lagi. (Lihat Minhajul Abidin dan Ihya Ulumuddin oleh Imam al- Ghazali untuk huraian terperinci).

RISALAH BAGI HATI –HATI YANG MERINDUKAN RAMADHAN N PENGAMPUNAN ALLAH ~ part 1 ~

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | | Posted in ,

 
SETAHUN sudah berlalu dan kini Ramadan menggamit lagi.sekali lg dunia menyaksikan umat Islam di seluruh dunia akan hidup dalam suasana merayakan kemeriahan ibadah ini. Ketibaannya dinanti-nantikan. Keharuman dan kemanisannya mula dirasai. Hembusan bayu segarnya mula bersemi dalam hati umat Islam yang merindui kehadiran bulan mulia ini. Malamnya tidak lagi gelita. Suasananya bakal dibanjiri cahaya solat, zikir, tasbih, tahmid dan linangan air mata kerinduan daripada jutaan manusia di seluruh dunia. Justeru kehebatan ini, kami ingin mengajak teman-teman n taulan serta seluruh ummat ini mencari makna di sebalik ibadah solat Tarawih, ibadah yang hanya terdapat pada bulan istimewa ini.

Solat Tarawih ialah sunat muakkad yang amat digalakkan. Bagi umat Islam yang mendirikan Tarawih sebulan penuh, bermakna ia telah menunaikan 600 rakaat solat sepanjang malam bulan Ramadan. Pernahkah kita menunaikan solat sebanyak 20 rakaat setiap malam atau 600 rakaat selama 30 malam berturut-turut pada bulan-bulan yang lain? Mereka yang menunaikan Solat Tarawih sejak kecil itu beruntung, kerana jika ia ditunaikan selama 60 tahun, maka ia telah mendapat 36,000 rakaat Solat Tarawih. Kemeriahan budaya daripada Solat Tarawih dan kemanisannya tidak akan dapat dirasai sekiranya seseorang itu meninggalkannya.

Tarawih berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud rehat. Ringkasnya, Solat Tarawih adalah solat yang tujuannya menghasilkan kerehatan. Apakah yang dimaksudkan dengan kerehatan? Bagaimana ia dikaitkan dengan rehat, sedangkan ramai di kalangan kita yang kepenatan ketika mengerjakannya?
Soalan ini akan terjawab jika kita memahami inti ibadah solat itu sendiri. Sebagaimana yang selalu ditegaskan dalam ruangan ini, solat adalah Mikraj atau wadah yang membawa seorang mukmin itu lebih `dekat' kepada Tuhan-Nya. Ia adalah tali yang menghubungkan hamba secara langsung dengan Pencipta. Solat itu istimewa. Sebab itulah perintah solat diterima langsung daripada Allah s.w.t. dalam peristiwa Mikraj, tahun berlakunya peristiwa Israk dan Mikraj dinamakan sebagai `Aamul Huzni (tahun kesedihan) kerana kematian Abu Talib dan Khadijah yang menjadi penyokong Baginda dari segi material dan moral.

Pertemuan dengan Allah s.w.t. merupakan kerehatan dan kelapangan bagi Nabi setelah melalui kemuncak tribulasi dalam dakwah Baginda. Firman Allah s.w.t. lagi bermaksud: Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu? Dan Kami hilangkan bebanmu, yang memberatkan belakangmu, dan Kami tinggikan sebutan buatmu. Sesungguhnya sesudah kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. (As-Syarh 94:1-6)

KELEBIHAN MALAM 10 AKHIR RAMADAN

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Wednesday, August 17, 2011 | Posted in ,




     Di saat – saat akhir hari menunaikan puasa Ramadan kali ini. Kita bakal menghadapi malam 10 terakhir Ramadan yang banyak kelebihannya. Antara kelebihan malam 10 terakhir Ramadan adalah:-

1. Nabi Muhammad saw memperbanyakkan ibadat pada malam 10 terakhir Ramadan melebihi malam sebelumnya. Saidatina Aisyah berkata maksudnya; “Rasulullah apabila masuk malam 10 terakhir Ramadan, Baginda menghidupkan malam (dengan ibadat), mengejutkan keluarganya (bangun beribadat), bersungguh-sungguh (dalam beribadat) dan uzlah (mengasingkan diri) daripada isteri-isterinya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

2. Pada malam 10 terakhir ada satu malam yang dinamakan Lailatul Qadar (malam yang mempunyai berkat dan keistimewaan yang banyak). Pada malam inilah diturunkan al-Quran seperti firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya Kami menurunkannya (al-Quran) pada Lailatul Qadar” (Surah al-Qadar, ayat 1). Ibn Abbas berkata : “Allah menurunkan al-Quran sekali gus dari Al-Luh Al-Mahfur ke Bait al-E'zzah yang terletak di langit dunia. Kemudian ia diturunkan secara berperingkat-peringkat kepada Rasulullah selama 23 tahun.

3. Lailatul Qadar disifatkan lebih baik daripada 1,000 bulan. Perkara ini seperti firman Allah bermaksud : “Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan.” (Surah al-Qadar, ayat 3)

4. Malam ini juga disifatkan sebagai malam berkat, firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya Kami turunkannya (al-Quran) pada malam yang diberkati.” (Surah al-Dukhan, ayat 3)

5. Pada malam ini juga turunnya malaikat. Malaikat turun bersama-sama berkat dan rahmat Allah yang dikhaskan untuk malam ini.

6. Ditetapkan umur, rezeki dan ajal manusia. Firman Allah bermaksud : “Pada malam itu (Lailatul Qadar) dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah.” (Surah al-Dukhan, ayat 4). Maksud ‘urusan yang penuh hikmah’ adalah pada malam itu Allah menentukan umur, rezeki dan ajal manusia.

7. Allah mengampunkan hamba-Nya yang menghidupkan malam itu dengan penuh rasa keimanan dan pengharapan.Bilakah Lailatul Qadar? Nabi Muhammad bersabda bermaksud: “Carilah Lailatul Qadar pada malam 10 terakhir Ramadan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Rasulullah bersabda lagi bermaksud: “Carilah Lailatul Qadar pada malam ganjil pada 10 malam terakhir.” (Hadis riwayat Bukhari).


à Kami dari Unit Dakwah Dan Tarbiah KMKJ menyarankan agar sama-samalah kita menghidupkan malam di separuh akhir Ramadhan ini dengan fizikal bersungguh-sungguh dan hati yang ikhlas agar “Lailatu Qadar” yang kita impikan akan tercapai dan keampuanan dari segala dosa berkesampaian.

*Petikan Panduan Puasa Ramadan terbitan Jabatan KemajuanIslam Malaysia dan Tazkirah Jumaat.

Tv Kmkj

    Blog Archive