Majlis Pertemuan & Wacana Pemikiran Kerajaan Negeri Kelantan Darul Naim
Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Sunday, August 9, 2015 | Posted in Ahli , Dari Pejabat , Galeri , Hebahan , Program , Terkini KMKJ
1) YAB Ustaz Dato’ Haji Ahmad bin Yakob ( Menteri Besar Kelantan )
2) YB. Dato’ Dr. Mohamed Fadzli bin Dato’ Hj. Hassan ( Pengerusi J/K Pembangunan Insan, Pendidikan & Pengajian Tinggi )
3) YB. Dato’ Hj. Abdul Fattah bin Hj. Mahmood ( Pengerusi J/K Kerajaan Tempatan,Perumahan,Belia & Sukan )
4) YB. Hjh. Siti Zailah binti Mohd. Yusof ( Ahli Parlimen Rantau Panjang)
Alhamdulillah banyak bantuan yang diberikan dari pelbagai pihak termasuklah bantuan kerajaan negeri,kerajaan persekutuan dan NGO.
Beliau turut berkongsi tentang program yang sedang dijalankan di Kelantan atas dasar Membangun Bersama Islam. Antaranya ialah Liga Elite DUN dan Program 3S ( senyum,sapa & salam).
Harapan beliau kepada kita agar dapat turun padang bersama masyarakat apabila pulang ke tanah air nanti.
Beliau banyak menceritakan tentang kejayaan negeri Kelantan sepanjang 25 tahun pemerintahan.
Antaranya ialah usaha Allahyarham YAB Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik dalam memperkenalkan sistem perbankan Islam.
Kelantan juga terkenal sebagai pusat tertumpunya pengajian Islam sehingga diberi gelaran Negeri Serambi Mekah.Setakat ini,sebanyak 93 buah sekolah agama yang bernaung di bawah kerajaan negeri.Selain itu,sebanyak 1/5 belanjawan negeri difokuskan untuk pendidikan Islam.Walaupun negeri kita bukanlah yang pertama dari segi kewangan, tetapi biarlah negeri kita yang pertama dalam menegakkan pendidikan Islam.
Telah banyak usaha yang dijalankan oleh Kerajan Negeri Kelantan dalam melahirkan masyarakat yang bertaqwa. Maka,beliau berharap agar kita dapat merealisasikan usaha kerajaan negeri dengan membawa balik mutiara ilmu daripada bumi anbiya’ ini dan memberi manfaat kepada masyarakat kelak. Tidak lupa juga ucapan tahniah daripada beliau kepada semua mahasiswa.
“ Ukhuwah kito jago , kebajikey kito cakno “
Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan 15/16.
Rumah Terbuka Aidilfitri KMKJ 2015
Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Friday, August 7, 2015 | Posted in Ahli , Galeri , Program , Terkini KMKJ
Lawatan Mahabbah KMKJ ( Uwais Al-qarni)
Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Saturday, August 1, 2015 | Posted in Ahli , Galeri , Terkini KMKJ
Assalamualaikum..
بورك لك بالموهوب و شكرت الواهب و رزقت بره و بلغ اشده
Ucapan Tahniah daripada kami Adik-beradik KMKJ kepada Mantan YDP KMKJ Ustaz Najmie Afendi & isteri Ustazah Khairunnissa' di atas kelahiran Cahaya Mata sulong mereka Uwais Al-Qarni namanya, Alhamdulillah. Semoga anak ini membesar sebagai seorang anak yang soleh dan kuat di dalam ummah ini dan Semoga Allah meluaskan lagi rezeki ustaz Najmie sekeluarga..
:: Ukhwah Kito Jago, Kebajikey Kito Cakno ::