Headlines

Majlis penyerahan kuasa Dana Kijang Emas (DKE) bagi sesi 2012/2013 selesai.

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Thursday, June 21, 2012 | Posted in ,


Majlis Penyerahan Tugas kepada Pengerusi baru DANA KIJANG EMAS (DKE) sesi 2012/2013 telah diadakan pada 21/6/2012.

Pengerusi:
NIK ABDUL HALIM BIN SEMAN
Perubatan tahun 2,JUST
Emel : lem_aries@yahoo.com
Tel : 0776878124

Timbalan Pengerusi:
MALINI BINTI HASAN
Perubatan tahun2,JUST
Emel : liniquds_92@yahoo.com.my
Tel : 0775220167
 




Mesyuarat muhasabah BP Dana Kijang Emas sepanjang sesi 2011/2012

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | | Posted in ,

Alhamdulillah, selesai sudah mesyuarat muhasabah BP Dana Kijang Emas bagi sesi 2011/2012
Berikut merupakan sedikit laporan perjalanan team DKE bagi sesi ini..


DKE bagi sesi 2011/12 telah mendapat sumbangan tetap dari 37 orang (syabab dan akhawat dari Irbid) iaitu :

Sumbangan Dana dari syabab- 851 JOD
Sumbangan Dana dari akhawat-936 JOD

Jumlah keseluruhan sumbangan Dana bagi sesi 2011/12 adalah -1787 JOD

Beberapa jenis bantuan juga telah diberikan kepada mereka yang layak sepanjang sesi ini iaitu :

Bantuan Pendidikan
i) Semester kedua(5 orang penerima) -450 JOD
ii) Semester soifi(10 orang penerima) -1000 JOD

Bantuan Musibah-130 JOD
Pinjaman Penuh- 230 JOD

Jumlah keseluruhan Bantuan dikeluarkan- 1810 JOD

Terima kasih diucapkan kepada para penyumbang tetap Dana Kijang Emas sesi 2011/12, semoga usaha kalian membantu sahabat-sahabat kita dalam menuntut ilmu dikira sebagai ibadah oleh Allah SWT. Semoga kalian terus menyumbang bagi sesi akan datang.

Jutaan terima kasih juga diucapkan pada seluruh adik beradik KMKJ kerana terus menyokong dan memberi kerjasama sebaiknya pada Dana Kijang Emas.

Semoga DKE akan terus menjadi pemangkin kepada kebajikan anak-anak kelantan disini.

[Dana Kijang Emas 2011/2012]

[Update][Laporan] Bantuan Pendidikan Dana Kijang Emas Sesi 2011/2012

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Tuesday, June 19, 2012 | Posted in ,


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana masih lagi memberi kehidupan yang baik kepada kita di kala ini. Dalam kesibukan kita melayari ranjau kehidupan ini, banyak dugaan dan cabaran yang kita temui, mungkin ada cabaran yang berjaya kita harungi dan ada juga sebaliknya.Jutaan kesyukuran dipanjatkan kepadaNya, kerana projek Dana Kijang Emas Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan (KMKJ) masih lagi dapat diteruskan dengan jayanya pada kali ini.

Alhamdulillah, pada 17 April 2012 yang lepas, pihak Dana Kijang Emas telah membuka tawaran permohonan Bantuan Pendidikan Dana Kijang Emas bagi Semester Musim Panas. Sebanyak 16 borang permohonan telah dibuka bagi setiap mantiqah dan  permohonan tersebut telah ditutup pada 30 April 2012 yang lalu. Sebagaimana yang kita sedia maklum, badan pengurus Dana Kijang Emas pada sesi ini telah mengambil langkah inisiatif dengan menubuhkan perwakilan Dana bagi setiap mantiqah untuk memudahkan serta melicinkan lagi gerak kerja Dana Kijang Emas.

Setelah lebih kurang 2 minggu promosi dijalankan, pihak Dana telah menerima 48 borang permohonan dari semua mantiqah. Pada 4 Mei 2012 baru-baru ini, mesyuarat khas telah diadakan bagi memilih pemohon yang layak mendapat Bantuan Pendidikan untuk semester musim panas ini.  Mesyuarat ini juga telah dihadiri oleh YDP dan YDPAH KMKJ 2012/2013 iaitu Us.Muhammad Alimin bin Mohd Abiah dan Dr.Nur Farah Aisyah binti Nazim serta dihadiri oleh Mantan YDPAH KMKJ 2011/2012 iaitu Ust.Nurhidayah binti Mohd Fadzil.

Setelah perbincangan dan penelitian dijalankan terhadap borang permohonan yang diterima, Unit Dana Kijang Emas memutuskan untuk memberi sebanyak 6 Dermasiswa dan 4 Pinjaman Boleh Ubah kepada 10 pemohon yang layak iaitu 2 dari Irbid, 5 dari Mafraq dan 3 pelajar dari Mu'tah. Sebanyak 1000 JOD telah dikeluarkan oleh Dana Kijang Emas untuk bantuan pendidikan pada kali ini.

Tahniah diucapkan kepada pemohon yang berjaya dan pihak Dana Kijang Emas mendoakan semoga urusan kalian dipermudahkan dan berharap agar bantuan pendidikan yang diberikan dapat digunakan dengan sebaik mungkin. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada para penyumbang tetap Dana, semoga usaha kalian membantu sahabat-sahabat dalam menuntut ilmu dinilai sebagai ibadah oleh Allah SWT

Firman Allah SWT yang bermaksud :

Perumpamaan mereka yang membelanjakan hartanya demi mendapat ridha Allah dan meneguhkan (keimanan) jiwanya adalah bagaikan sebidang kebun ditempat yang tinggi. Ketika ditimpa hujan lebat maka hasil buahnya duakali lipat banyaknya. Jika hujan lebat tidak turun maka hujan gerimis pun telah mencukupi. Dan Allah Maha Melihat apa-apa yang kamu kerjakan.

(Al baqarah, 265)



"Pihak kami mengalu-alukan sebarang komen atau cadangan daripada ahli KMKJ bagi memantapkan dan mengukuhkan lagi Dana Kijang Emas KMKJ pada masa akan datang".


Terbitan oleh :
[ ORGANISASI DANA KIJANG EMAS SESI 2011/2012 ]


Isra' & Mikraj | Menyingkap perjalanan Rasulullah SAW & Ibrah pelengkap fikrah.

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Sunday, June 17, 2012 | Posted in , ,




Peristiwa Isra' dan Mikraj Nabi Muhammad s.a.w. terjadi pada 27 Rejab tahun ke-12 dari masa kenabian beliau, merupakan peristiwa penting yang selalu dirayakan setiap tahun oleh seluruh umat Islam. Tarikh ini bersamaan 662 M iaitu ketika Nabi berumur 52 tahun, setahun sebelum Hijrah dari Mekah keMadinah. Tahun ini juga dikenali sebagai Tahun Dukacita kerana bapa saudaranya Abu Talib bin Abdul Mutalib dan isterinya Siti Khadijah binti Khuwailid meninggal dunia. Nabi dan anak angkatnya Zaid bin Harisah diusir dan dibaling batu oleh penduduk Taif sehingga berdarah.

Firman Allah SWT yang bermaksud :

Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.(Al-Israa' 17:1)

Perjalanan selama 3/4 malam sahaja iaitu dari jam 6 malam hingga 6 pagi Nabi kembali semula keMekah sebelum terbit fajar . Baginda menunggang Buraq bersama Jibril dari Masjidil Haram ke Masjid Aqsa di Jerusalem / Baitul Maqdis di Israel / Palestin kini. Arah kiblat umat Islam ketika itu ialah Baitul Maqdis. Selepas peristiwa ini , arah kiblat ditukar ke Mekah. Di Tembok Barat masjid , buraq telah ditambat di suatu tempat. Nabi mengerjakan solat dua rokaat di beberapa tempat persinggahan seperti di Madinah, Madyan dan Bukit Thursina. Di Masjid Aqsa , Nabi sembahyang berjemaah dengan makmumnya ialah Nabi Adam , Nabi Musa dan Nabi Isa. Baginda ditawarkan minuman susu atau arak. Tetapi Nabi Muhamad memilih susu sebagai minumannya.
Seterusnya diangkat secara fizikal melalui mikraj (tangga emas dan perak) dari bumi ke langit ke-7 hingga ke Sidratul Muntaha dan bertemu dengan Allah di Arasy. Di Baitul Makmur, Nabi melihat malaikat bertawaf dan moyangnya Nabi Ibrahim bersandar di situ .Wajah Nabi Ibrahim persis wajahnya . Nabi juga 'dibedah' untuk kali kedua. Sebelum ini, semasa kanak-kanak , baginda pernah dibedah oleh dua malaikat semasa di perkampungan ibu susunya Halimatun Saadiah.
Nabi telah bertemu dan bercakap dengan Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan Nabi Isa.
Peristiwa luar biasa ini paling penting dalam kalendar Islam kerana menandakan seseorang itu Islam atau kufur. Ia sebuah mukjizat dari Allah S.W.T bagi Nabi Muhammad s.a.w. yang tidak pernah dilakukan oleh rasul dan nabi sebelumnya. Hanya Nabi Muhammad s.a.w. sajalah yang diberikan anugerah dan kehormatan oleh Allah S.W.T untuk melakukannya sebagai petanda betapa tingginya penghargaan Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Hikmah.
Beberapa peristiwa yang terjadi selama Isra' berlangsung memberikan hikmah dan pelajaran yang sangat mendalam bagi Nabi Muhammad s.a.w. serta menjadi cermin bagi umat yang menjadi pengikutnya.

1.      Nabi memperoleh pelajaran tentang keadaan masa lalu dan masa yang akan datang yakni saat Jibril menyuruh beliau melakukan solat di Kota Thaibah (Madinah) dimana kelak Nabi akan berhijrah ke kota ini, di Thur Saina (Bukit Thursina), tempat Allah berfirman kepada Nabi Musa, serta di Bethelehem, tempat lahirnya Nabi Isa putera Maryam 
2.      Jibril juga mengajar Nabi bagaimana menghadapi Ifrit dari golongan jin yang mengganggunya dengan memberinya sebuah doa yang harus dibaca Nabi.
3.      Mengambil hikmah dari perjuangan seorang Muslimah sejati Masyitah dalam berjihad mempertahankan keyakinannya akan keesaan Allah.
4.      Mendapat pelajaran bagaimana akibatnya bagi orang-orang yang enggan solat, enggan berzakat, pemakan riba dan suka berbuat zina. Pengganggu jalan umum, pemimpin yang suka menumpuk-numpuk jabatan dan suka menjelek-jelekan orang lain.
5.      Gambaran umat yang terjebaknya dalam kemewahan dunia, perumpamaan umur dunia yang sudah tua, tamsil bermacam-macam minuman yang boleh dan tidak boleh (haram) diminum umat Nabi serta adanya pengakuan para nabi akan keberadaan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pemimpin utama.

Dalam perjalanan Mikraj banyak pula hal yang dialami oleh Nabi Muhammad s.a.w. Namun yang paling penting adalah baginda mendapat keringanan solat fardu dari 50 kali menjadi 5 kali sehari semalam, sebuah kewajiban yang harus dikerjakan umatnya sampai kelak akhir zaman.


[Design+Tazkirah] Jom Ke Kuliah !

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Thursday, June 14, 2012 | Posted in , , ,



 Sedar tidak sedar, cuti yang telah mengulit kita kian mengurai pergi. Beruntunglah bagi mereka yang telah memanfaatkan nikmat masa cuti mereka dengan baik. Manakala, amat rugilah kepada mereka yang sebaliknya.  Walaubagaimanapun, semoga setiap detik masa yang berlalu terus mendapat redha Allah.  Insyallah.

Dengan berakhirnya fatrah cuti ini, maka akan bermulalah putaran kehidupan bermuhadharah bagi sahabat-sahabat yang mengambil madah untuk fasal soifi. Kami dari pihak kepimpinan KMKJ sesi 2012/2013 mengucapkan ‘ Selamat Kembali ke Kuliah’.

Rata-rata dalam kalangan kita ada yang menempah cuti sehingga bulan September. Namun, tidak  kalah juga masih ramai yang berhasrat untuk mengambil madah bagi fasal soifi dimana, seperti yang kita tahu, musim ini adalah musim panas. Tidak dinafikan, keadaan cuaca yang kering dan panas ini terkadang menyebabkan kita mudah menjadi letih dan dahaga, tetapi ia bukanlah suatu alasan untuk melunturkan semangat sebahagian daripada kita untuk meneruskan pengajian.



Tambahan,bulan ramadhan bakal bertamu. Ini akan lebih menguji tahap kesabaran dan kegentalan jiwa kita dalam menuntut ilmu Allah di bumi Jordan ini. Diharapkan, semoga semangat yang dibina terus berkobar untuk meneruskan pengajian. Tanamkan niat yang ikhlas dalam menuntut ilmu. Usahalah sedaya mungkin untuk mendapatkan keputusan yang terbaik bagi fasal ini.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: ”Jika kiamat telah hampir sedangkan pada tangan salah seorang dari kamu terdapat biji benih yang hendak ditanamnya maka jika dia mampu hendaklah dia menanamnya!” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Imam Ahmad)

Sunnah Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam yang sebenar adalah hendaknya setiap orang Islam berkerja di dunia ini dan perkerjaan tersebut hendaklah dilakukan sebaik mungkin. Begitu juga dalam menuntut ilmu. Harus belajar dengan perasaan yang bersungguh-sungguh dan rajin. Tidak boleh bermalas-malasan. Seiringkan antara usaha, tawakkal dan doa. Pasti kejayaan yang ditemui.


Akhir kata, jom kembali ke kuliyah dengan niat, semangat dan cita-cita yang menggunung tinggi agar impian bisa digapai.



Tv Kmkj

    Blog Archive