Headlines

tv-KMKJ : Dosa Semalam Filem Maal Hijrah 1433H KMKJ

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Thursday, November 24, 2011 | Posted in ,



Debaran Maal Hijrah Semakin Terasa.. Seperti yang dinantikan dan dijanjikan, KMKJ membawakan kepada anda :

tv-KMKJ : Dosa Semalam (Filem Maal Hijrah 1433 : debaran hijrah ke kota cahaya)

Sinopsis :
Mengisahkan mahasiswa Malaysia di Jordan. Baihaqi dan Shakir anak peranakan Kelantan yang mana masing-masing telah berjaya menyambung pengajian ke Jordan, Namun setibanya disana mereka berdua bertukar arah dan masing-masing dengan cara sendiri. Baihaqi akhirnya terpengaruh dengan keseronokan luar membuatkan arah tujunya menyimpang. Manakala Shakir di Jordan seorang mahasiswa yang pintar dan soleh. Pada masa yang sama Shakir, tanpa rasa berputus asa terus menerus berusaha mengajak Baihaqi ke jalan asal. Walau disakiti hati dan fizikal, Shakir terus tabah menghadapi segalanya dan menerima apa jua daripada Baihaqi, Shakir tetap ingin membantu kawannya kembali ke jalan asal. Ikuti kisah selanjutnya disini..

[Design+Tazkirah] Maal Hijrah 1433

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Wednesday, November 23, 2011 | Posted in , ,

Dari Abdullah bin Mas'ud, katanya:"Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Tiap-tiap Nabi yang diutus sebelum saya mempunyai pengikut-pengikut dan sahabat-sahabat yang terpilih dari umatnya masing-masing; mereka itu berpegang kepada contoh Nabinya dan menuruti perintahnya; kemudian setelah zaman itu berlalu mereka disambung oleh generasi yang hanya pandai berkata, tetapi tidak bekerja,dan bekerja tetapi tidak menuruti pedoman-pedoman Nabinya. Sesiapa menentang kaum itu dengan kekerasan, mu'minlah ia, menentangnya dengan perkataan, mu'min pula, dan menentangnya dengan hatinya mu'min juga; dan telah habislah iman dari orang-orang yang tidak menentang kemungkaran, walaupun dengan hatinya."
(Riwayat Muslim)

Perjuangan melawan kemungkaran adalah menjadi dasar utama para nabi dan orang-orang yang beriman. Nabi Muhammad saw, seperti halnya nabi-nabi sebelumnya, menghadapi berbagai kesukaran sepanjang hidup baginda. Baginda berkorban meninggalkan harta dan berhijrah ke Madinah demi kelangsungan dakwah Islam.

Ini disebutkan di dalam al-Quran yang bermaksud :"Sesungguhnya, orang-orang yang beriman, berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (al-Baqarah: 218)

Sebagai balasan atas pengorbanan tersebut, Allah memberikan khabar gembira dengan limpahan kebaikan dan rezeki di dunia. Hal ini disebutkan di dalam al-Quran yang bermaksud: "Sesiapa yang berhijrah di jalan Allah, nescaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak. Sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dimaksudkan), maka sungguh telah tetap pahalanya di sisi Allah. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.."(an-Nisaa:100)

Sesungguhnya orang yang benar-benar beriman sama sekali tidak merasa takut atau gementar apabila menghadapi musuh. Semuanya adalah kerana keyakinan pada Allah bahawa Dia sentiasa bersama orang-orang yang benar seperti mana firman Allah S.W.T yang bermaksud: "Jikalau kamu tidak menolongnya (Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah menolongnya (iaitu) ketika orang-orang kafir (musyrikin Mekah) mengeluarkannya (dari Mekah) sedang dia salah seorang dari dua orang ketika keduanya berada dalam gua, di waktu ia berkata kepada temannya, 'Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah bersama kita.' Maka Allah menurunkan ketenangan-Nya kepada (Muhammad) dan membantunya dengan tentera yang kamu tidak melihatnya, dan Allah menjadikan seruan orang-orang kafir itulah yang rendah. Dan kalimat Allah itulah yang tinggi. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." (at-Taubah: 40)

ุฅِู†َّ ุงู„َّุฐِูŠู†َ ุขู…َู†ُูˆุงْ ูˆَุงู„َّุฐِูŠู†َ ู‡َุงุฌَุฑُูˆุงْ ูˆَุฌَุงู‡َุฏُูˆุงْ ูِูŠ ุณَุจِูŠู„ِ ุงู„ู„ّู‡ِ ุฃُูˆْู„َู€ุฆِูƒَ ูŠَุฑْุฌُูˆู†َ ุฑَุญْู…َุชَ ุงู„ู„ّู‡ِ ูˆَุงู„ู„ّู‡ُ ุบَูُูˆุฑٌ ุฑَّุญِูŠู…ٌ
Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang
(Surah Al-Baqarah 2: Ayat ke 218)
 
Download Wallpaper Dengan Klik Pada Gambar di bawah


Muat Naik (Upload) Wallpaper ini di Facebook dan Tag kawan-kawan anda untuk kongsi Nasihat serta Pahala, InsyaAllah.

[EKONOMI] JUALAN TIKET BALIK MALAYSIA

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Saturday, November 19, 2011 | Posted in ,


Tingkatkan ekonomi KMKJ dengan membantu Biro Ekonomi, hot dan latest, Makluman kepada warga KMKJ dan Jordanian yang lain, pihak KMKJ turut menyediakan Khidmat Jualan Tiket Pergi Balik Malaysia pada bila-bila masa dan tarikh yang anda kehendaki dengan harga promosi yang pasti menjamin kepuasan pembelian anda! Sama-sama membantu mempermudahkan urusan anda :)


Standard Harga :

  • Saudi Arabia Airlines - JD380
  • Gulf Air - JD440
  • Oman Air - JD450
  • Etihad Airways - JD450
  • Emirates - JD480


sebarang pertanyaan, hubungi :

Makluman Perlantikan PERWAKILAN AMMAN Sesi 11/12 Yang Baru

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Monday, November 14, 2011 | Posted in ,



Dengan persetujuan semua Ahli Mesyuarat Tertinggi (AMT) KMKJ sesi 2011/2012, dengan ini melantik saudara MUHAMMAD MURSYID AL-AMIEN BIN KAYATI sebagai PERWAKILAN AMMAN  bagi sesi 2011/2012 menggantikan saudara WAN ABD BAITH IZUDDIN di atas permintaanya dan faktor-faktor tertentu.

Dengan perlantikan ini, kami berharap agar saudara dapat menjalankan tugas sebagai PERWAKILAN KMKJ dengan penuh amanah dan berdedikasi.

Segala kerjasama yang diberikan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Carta Organisasi Dana Kijang Emas KMKJ 11/12

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Sunday, November 13, 2011 | Posted in ,



         BADAN PENGURUS DANA KIJANG EMAS KMKJ 2011/12

PENGERUSI
 Abdul Hadi Bin Shamsul Bahrin
 Perubatan tahun 4,JUST
 hady_13@yahoo.com
0779669739

TIMB.PENGERUSI
Nur Amalina bt Juhari
Perubatan tahun 4,JUST
amalmujahidah@yahoo.co.uk
0779974126

SETIAUSAHA
Nik Abdul Halim Bin Seman 
Perubatan tahun 2,JUST
lem_aries@yahoo.com
0776878124

TIMB.SETIAUSAHA
Norfazliana Bt Marzuki
Perubatan tahun 2,JUST
fazliana_pooh@yahoo.com
0775187239

BENDAHARI
Muhamad Izzat Syameer Bin Mohd Zaid
Perubatan tahun 1,JUST
 i.saa_mis93@hotmail.com
 0777231547

TIMB.BENDAHARI
Malini Bt Hasan
Perubatan tahun2,JUST
liniquds_92@yahoo.com.my
 0775220167

"KEBAJIKAN TERJAMIN,BEBAN TERLERAI"


Ado gapo dengey Dana Kijang Emas KMKJ?

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | | Posted in ,




Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum w.b.t..

Dengar  sahaja perkataan  ‘sedekah’ ,mungkin ramai diantara kita sudah mengetahui kenapa post ini dikeluarkan.Sudah lali dengan perkara sebegini saban bulan @ saban tahun,,mendengar dan memperkatakan perkara yang sama..Tetapi siapa kita untuk lari daripada perkara sebegini?? Adakah kita tidak bersyukur ada lagi insan  yang dapat menyeru kita melakukan kebaikan?? tepuk dada,tanyalah iman..

             “erm,,nak suruh orang derma lettuww....”
         “tiap-tiap tahun nak kutip,,tak cukup lagi ke??..habis duit aku...”
         “ingat aku ni kaya ke ape??..aku pun susah jugak..”

Mungkin ada segolongan daripada kita yang terdetik di hatinya sebegini..Na’uzubillah..tetapi inilah realiti umat kita sekarang,,terlalu susah untuk bersedekah,.. terlalu susah tangan tersebut nak diselukkan ke saku bagi mengambil beberapa keping wang syiling atau kertas untuk diberikan kepada tabung kebajikan yang bergerak yang minta diisi..

Kalau ada pun yang menyeluk , pasti bentuk duit syiling itu akan dipilih pilih terlebih dahulu...



Subhanallah...tidak tertarikkah kita dengan janji – janji ALLAH ini?? .. Alangkah ruginya kita yang berkira-kira untuk menderma / bersedekah… Bukankah dengan bersedekah atau menderma akan menambahkan lagi ‘saham’ pelaburan kita di akhirat kelak??

   “ Perumpamaan mereka yang membelanjakan hartanya demi mendapat ridha Allah dan meneguhkan (keimanan) jiwanya adalah bagaikan sebidang kebun ditempat yang tinggi. Ketika ditimpa hujan lebat maka hasil buahnya duakali lipat banyaknya. Jika hujan lebat tidak turun maka hujan gerimispun telah mencukupi. Dan Allah Maha Melihat apa-apa yang kamu kerjakan.”
(Al-Baqarah Ayat 265)

Hakikatnya,keikhlasan tidak dihitung melalui nilai wang yang disedekahkan. 

Biarpun sedikit, dengan hati yang tenang, dengan hati yang rendah diri, dengan hati yang ingin mendapatkan keredhaan Allah, itulah hati yang kita cari! Biarpun sebiji tamar.

Sedekah anda, walaupun kecil tetapi amat berharga di sisi Allah Azza Wa Jalla.Nilai sesuatu amal itu bukanlah bergantung kepada banyak atau sikitnya amal kita, tetapi ia bergantung kepada niat dan matlamat sesuatu amal itu sendiri..

Ingatlah,..tangan yang memberi lebih mulia daripada tangan yang menerima..Sekecil mana sumbangan yang dihulurkan,,ia cukup bermakna kepada si penerima,,malah ‘buah tangan’ yang tidak seberapa itu mampu menerbitkan senyuman walaupun hanya seketika..

Rasulullah ada bersabda,mafhumnya:

"Barangsiapa membelanjakan hartanya di jalan Allah, nescaya Dia akan
membalasnya dengan 700 kali lipat"

(Hadith Riwayat at-Tirmidzi dan an-Nasai)

Sudah terang lagi bersuluh,,..tawaran ALLAH adalah yang terbaik!! Ayuh kita berlumba dan berusaha untuk membuka “akaun Pelaburan Akhirat” yang pastinya tidak akan rugi malah sentiasa mendapat keuntungan yang besar setiap masa, waktu dan ketika. Bagi mereka yang telah pun mempunyai akaun tersebut, tetapi mungkin telah lapuk dan usang dek kerana tidak pernah bertambah pelaburannya , usahakan lah untuk menambah pelaburan tersebut sebelum kaunter pelaburan tersebut ditutup rapat (mati)..Yok sedekah yok!!!!

Sehubungan dengan itu,kami dari pihak DANA KIJANG EMAS  Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan (KMKJ) sesi 2011/12 ingin membuka ruang dan jalan kepada seluruh ahli KMKJ untuk kita sama-sama berlumba mengisi saham kita di akhirat kelak.,Insya’ALLAH..

Tujuan unit DANA KIJANG EMAS ini diwujudkan adalah untuk membantu meringankan beban kewangan ahli KMKJ yang tidak berkemampuan khususnya dalam urusan pendidikan mereka seperti membayar yuran dan sebagainya..Oleh itu,,kami sangat mengalu-alukan pelajar-pelajar yang mempunyai scholarship untuk menjadi salah seorang daripada penyumbang dana.

Tidak pernahkah kita terfikir, alangkah indahnya melihat teman-teman seperjuangan kita turut merasai kesenangan dan nikmat yang kita rasa selama ini,ADA WANG KITA yang mengalir di situ,tanda kasih dan cinta buat mereka yang bernama SAHABAT.

Berminat untuk menyumbang??kami menawarkan 2 skim untuk anda iaitu minimum JD3 sebulan untuk penyumbang tetap (selama setahun) manakala untuk penyumbang fleksibel anda bebas untuk menyumbang pada bila-bila masa dan tidak terikat kepada tempoh tertentu..

p/s:bagi ahli KMKJ yang ingin membuat permohonan pinjaman dana,insyaAllah tawaran pinjaman dana akan dibuka menjelang semester kedua nanti.
Marilah bersama-sama kita merasai kemanisan nikmat persaudaraan dalam perhubungan!!
                          “KEBAJIKAN TERJAMIN,BEBAN TERLERAI”

Berminat??,,tetapi tidak tahu siapa yang patut dihubungi?? Kami ada..

 SYABAB:

1)            Abdul Hadi bin Shamsul Bahrin                   [0779669739]
2)            Nik Abdul Halim bin Seman                         [0776878124]
3)            Muhamad Izzat Syameer bin Mohd Zaid      [0777231547]

 AKHAWAT:

1)              Nur Amalina binti Juhari           [0779974126]
2)              Norfazliana binti Marzuki          [0775187239]
3)              Malini binti Hasan                      [0775220167]



[EKONOMI] JUALAN ALATAN RUMAH (1)

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | | Posted in ,


DAPUR 3 TUKU

Brand : Sizzler
Warranty : 1 year
Future : 2 Star
Price : 25 Jod
Validity : Irbid

Call/Pm Inbox :
Kriey Alias 0776380696
Humaira' Ibrahim 0779687933



KETUHAR AUTOMATIK

Brand : Sizzler
Warranty : 1 year
Future : 3.5 Star
Price : 90 Jod
Validity : Irbid

Call/Pm Inbox :
Kriey Alias 0776380696

Humaira' Ibrahim 0779687933




IRONING BOARD
(Image is a sample)

Brand : n/a
Warranty : n/a
Future : 3 Star
Price : 10 Jod
Validity : Irbid

Call/Pm Inbox :
Kriey Alias 0776380696
Humaira' Ibrahim 0779687933






BLENDER

Brand : SAMIX
Warranty : 1 year
Future : 4 Star
Price : 15 Jod
Validity : Irbid


Call/Pm Inbox :
Kriey Alias 0776380696
Humaira' Ibrahim 0779687933






KETUHAR AUTOMATIK SAMIX

Brand : SAMIX
Warranty : 1 year
Future : 4 Star
Price : 55 Jod
Validity : Irbid

Call/Pm Inbox :
Kriey Alias 0776380696
Humaira' Ibrahim 0779687933 



SOBAH GAS MODEL GH66 BAHARU, 
PENAPIS KARBON OKSIDA


Brand : STAR HOME GH66
Warranty : 1 year
Future : 5 Star
Price : 60 Jod
Validity : Irbid


Call/Pm Inbox :
Kriey Alias 0776380696
Humaira' Ibrahim 0779687933



ALMARI EMPAT TINGKAT 

Brand : n/a
Warranty : n/a
Future : 3 Star
Price : 50 Jod include fare and service
Validity : Irbid

Call/Pm Inbox :
Kriey Alias 0776380696


Humaira' Ibrahim 0779687933





VACUUM 1200w

Brand : SAMIX
Warranty : 1 year
Future : 3 Star
Price : 30 Jod
Validity : Irbid

Call/Pm Inbox :
Kriey Alias 0776380696
Humaira' Ibrahim 0779687933




HOT!! Frame Ayat Kursi... CANTIK!!

Validity : Irbid & Mafraq
Price : 50 Jd 
:: Include Delivery and Service 

Call/Pm Inbox :
Kriey Alias 0776380696
Humaira' Ibrahim 0779687933



Meja Study

Validity : Irbid
Price : 25 to 27 JD
Quantiti : 12 more.

Call/Pm Inbox :
Kriey Alias 0776380696
Humaira' Ibrahim 0779687933

[PROGRAM] FIRST Q IN UKHWAH (Program Tautan Ukhwah Pelajar Tahun 1 Kelantan Jordan)

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Sunday, November 6, 2011 | Posted in , ,

[EKONOMI] KEYCHAIN BESI KMKJ

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Friday, November 4, 2011 | Posted in ,


ni keychain besi..berlogokan kmkj..sape nak@berminat,,dijual dengan harga 1jd je..
-biro ekonomi-

[PROGRAM] MERA 2011 (MAJLIS RAMAH MESRA AKHAWAT KITO)

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Wednesday, November 2, 2011 | Posted in , ,


MESRA '11 (Irbid)
Majlis Ramah Mesra Akhowat Kito
Jamuan ringan | Taaruf sek kito

Jumaat, 4 November 2011
12.30 tengahhari
Malaysian Hall

Semua akhowat KMKJ di jemput hadir! :)

*untuk akhowat yang tak taHu direction ke Malaysian Hall, bolehlah menghubungi Maryam Jameelah di no +962779187062

Tv Kmkj

    Blog Archive