Headlines

MPPMJ: KAMI BERUSAHA DEMI KEBAJIKAN & TANGGUNGJAWAB, SELAMATKAN PELAJAR DAN RAKYAT MALAYSIA DI MESIR

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Monday, January 31, 2011 | Posted in



Assalamualaikum wbth. Semoga kita semua berada dalam Rahmat ALLAH taala senantiasa.
Merujuk perkara di atas, saya mewakili Barisan Kempimpinan Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan (MPPMJ) sesi ini merasa terpanggil untuk bersama-sama membantu dan mengerahkan tenaga terhadap apa yang berlaku di Mesir ketika ini.

Sesungguhnya apa yang berlaku di Mesir adalah suatu yang di luar jangkaan. Atas prinsip persatuan yang melaksanakan prinsip kebajikan, MPPMJ kini berusaha sedaya upaya untuk melibatkan diri dalam isu ini, dengan harapan ia dapat menghilangkan sedikit beban dan kesusahan yang dialami oleh mahasiswa/wi di Mesir seperti kita.

Ahli MPPMJ yang budiman,




DOA DAN TAKZIAH
Terutamanya, kami mengiringi ucapan takziah kepada seluruh mahasiswa/wi Mesir dengan situasi genting yang berlaku di sana. Kami di sini turut merasa bimbang & khuatir dengan keadaan di Mesir ketika ini. Walaubagaimanapun, kami dan mahasiswa di sini terus berusaha untuk membantu dengan kudrat yang termampu.

MPPMJ telahpun meminta kerjasama daripada seluruh Persatuan Zon (PZ) untuk mengadakan solat hajat perdana agar semua warga Negara Malaysia di Mesir berada dalam jagaan ALLAH taala dan dikurniakan dengan keselamatan serta kesejahteraan berpanjangan.

Di samping itu, ahli juga diharapkan tidak putus-putus berdoa untuk kesejahteraan bersama.



TABUNG BANTUAN KEBAJIKAN
Sebagai langkah inisiatif kepada pelajar Mesir yang bakal dipindahkan ke Jordan, MPPMJ dengan kerjasama seluruh Persatuan Zon (PZ) telahpun melancarkan tabung bantuan untuk kebajikan mereka sepanjang keberadaan mereka di sini dan kami mensasarkan sebanyak JD2000 sepanjang kutipan nanti. Kami amat optimis, anda mampu menyumbangkan lebih daripada jumlah itu.

Sumbangan anda bolehlah disalurkan kepada wakil-wakil MPPMJ yang berada di mantiqah masing-masing. Sumbangan berbentuk peribadi amatlah digalakkan.

Ayuh! Nyatakan cakna dan sikap kebersamaan anda melalui sumbangan ini.

INISIATIF
Ketika ini, MPPMJ dengan kerjasama pihak Education Malaysia Jordan (EMJ) terus menjalankan usaha mengenalpasti pelajar Malaysia Jordan yang masih terkandas di Mesir. Seterusnya juga, usaha demi usaha dijalankan untuk kebajikan pelajar Malaysia di Mesir agar keselamatan mereka terus terjamin.

Justeru, antara langkah lain demi menjaga kemaslahatan mahasiswa/wi Mesir yang bakal dipindahkan ke Jordan, MPPMJ dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Malaysia Irbid (PERMAI) bakal menubuhkan satu Secretariat (pasukan bantuan) Kebajikan Pelajar Mesir di Jordan  bagi menguruskan kemasukkan (perpindahan) mereka ke sini.

Ia juga bertujuan menjaga semua kebajikan mereka sepanjang berada di sini di samping sebagai tempat pemusatan maklumat dan pusat rujukan pelajar.




BERSEDIA DEMI NILAI UKHWAH
MPPMJ dengan kerjasama EMJ dan semua Persatuan Zon PERMAI, PRISMA, PPMA dan PERMATA serta seluruh mahasiswa Jordan telah bersdia untuk menerima kedatangan Mahasiswa/wi dari Mesir ke Jordan. Kami juga amat berbesar hati dengan perpindahan ini.

Kami juga bersedia menyediakan penempatan dan sebarang perkhidmatan untuk menampung dan menjaga kebajikan  mahasiswa yang bakal datang nanti.

Semoga usaha sebegini dapat mengeratkan lagi hubungan dua hala antara Mahasiswa Mesir dan Jordan untuk hari ini dan pada masa akan datang.

Akhir kata,

Saya menyeru kepada seluruh mahasiswa/wi di Jordan untuk terus berdoa dan bersedia untuk menghulurkan bantuan serta kerjasama kepada pihak MPPMJ dan EMJ. Semoga ALLAH merahmati kita dan menilai usaha ini sebagai satu ibadah yang maqbul.

Sekian.

Yang benar,



MOHD AFIQ MOHD SALEH
Presiden,
Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan (MPPMJ)
Sesi 2010/2011.

Sumber Rujukan

KAMI DARI KESATUAN MAHASISWA KELANTAN JORDAN (KMKJ) MENDOAKAN KEPADA SELURUH PELAJAR DAN RAKYAT MALAYSIA DI MESIR SELAMAT DAN DIPERMUDAHKAN URUSAN PULANG KE MALAYSIA.

LARANGAN MENYERTAI SEBARANG DEMONSTRASI DI JORDAN

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Saturday, January 29, 2011 | Posted in , ,

Assalamualaikum w.b.t

Kepada semua ahli MPPMJ,

LARANGAN MENYERTAI SEBARANG DEMONSTRASI / RAPAT UMUM DI JORDAN

Merujuk perkara di atas, kami barisan kepimpinan Majlis Perwakilan Malaysia Jordan menyarankan kepada semua ahli MPPMJ agar semua mahasiswa dan mahasiswi Malaysia tidak melibatkan diri dalam sebarang kegiatan demonstrasi atau rapat umum yang dianjurkan oleh mana-mana pihak/pertubuhan NGO di Jordan.

Larangan bertujuan untuk memastikan keselamatan semua mahasiswa/wi Malaysia dan juga bagi mengelakan sebarang bentuk tindakan yang tidak diingini diambil oleh pihak berkuasa tempatan kepada sesiapa yang menyertai demonstrasi dan rapat umum tersebut.

KENYATAAN RASMI  KPT  MALAYSIA SITUASI SEMASA DI MESIR

Kementerian Luar Negeri sentiasa  memantau perkembangan terkini situasi di Mesir berikutan rusuhan dan tunjuk perasaan yang berlaku di negara tersebut. Sehingga kini, tiada penuntut dan rakyat Malaysia yang terlibat dan mereka dilaporkan selamat.

Kementerian Luar Negeri juga sentiasa berhubung dengan Kedutaan Besar Malaysia dan agensi-agensi Kerajaan yang berkaitan di Kaherah dan sedang menyusun langkah-langkah sewajarnya bagi memastikan keselamatan semua rakyat Malaysia di Mesir.

Kedutaan Besar Malaysia dan agensi-agensi Kerajaan berkaitan di Kaherah juga sentiasa memantau perkembangan terkini di sana dan telah menghubungi dan menasihati semua pelajar dan rakyat Malaysia yang menetap dan bekerja di Mesir termasuk Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan PETRONAS supaya mengambil langkah-langkah keselamatan sewajarnya dan mengelakkan dari berada di tempat-tempat yang berisiko tinggi tercetusnya rusuhan.

Sekian, terima kasih.

Yang benar



( MOHD AFIQ BIN MOHD SALEH )
Presiden,
Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan,
Sesi 2010/2011.

Sumber Rujukan 

Rehat Minda, Jana Ukhuwwah dan Thaqafah

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Monday, January 17, 2011 | Posted in , , ,


Bahang imtihan yang mencengkam di balik kesejukan yang menggigit makin surut. Pasti kelelahan bersarang setelah dilalui saat yang mendebarkan. Mudah-mudahan Allah memberi kepada kita natijah yang terbaik sesuai dengan usaha dan mujahadah yang ditanam selama ini.

Imtihan.. Peperiksaan.. Juga  ujian..

Ujian sememangnya satu lumrah hidup. Andai peperiksaan semester yang ditempuh sebagai pengukur aras kefahaman kepada nilai input pembelajaran yang dihadapi dalam tempoh se 'fasal', sudah tentu kita juga tidak akan lepas dari ujian-ujian kehidupan. Nilaian atas tempoh kehidupan di atas muka bumi ini..

ุฃَุญَุณِุจَ ุงู„ู†َّุงุณُ ุฃَู†ْ ูŠُุชْุฑَูƒُูˆุง ุฃَู†ْ ูŠَู‚ُูˆู„ُูˆุง ุขู…َู†َّุง ูˆَู‡ُู…ْ ู„ุง ูŠُูْุชَู†ُูˆู†َ  
ูˆَู„َู‚َุฏْ ูَุชَู†َّุง ุงู„َّุฐِูŠู†َ ู…ِู†ْ ู‚َุจْู„ِู‡ِู…ْ ูَู„َูŠَุนْู„َู…َู†َّ ุงู„ู„َّู‡ُ ุงู„َّุฐِูŠู†َ ุตَุฏَู‚ُูˆุง ูˆَู„َูŠَุนْู„َู…َู†َّ ุงู„ْูƒَุงุฐِุจِูŠู†َ

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.
(Al-ankabut :  2 dan 3 )


Semoga segala kesulitan bisa kita tempuhi dengan baik..

Cuti yang mengganti hari-hari kuliah, wajarlah kita manfaatkan sebaiknya. Terpulanglah, mahu merehatkan mata dan minda dengan berjaulah ke serata dunia, atau mencanai rasa di permukiman tetap. Mudahan segala bernilai ibadah. Terutamanya yang berkesempatan untuk berehlah ke tempat yang pasti menggamit seribu satu rasa seperti Turki, Sepanyol, Mesir dan lain-lain. Pastikan anda tidak ke sana dengan membawa fikiran yang kosong. Canailah kisah-kisah sejarah dan ibrah yang mendiami setiap tempat-tempat yang bakal dijelajahi, biar lebih dalam kesan yang bakal dirasai.

ู‚ُู„ْ ุณِูŠุฑُูˆุง ูِูŠ ุงู„ุฃَุฑْุถِ ุซُู…َّ ุงู†ْุธُุฑُูˆุง ูƒَูŠْูَ ูƒَุงู†َ ุนَุงู‚ِุจَุฉُ ุงู„ْู…ُูƒَุฐِّุจِูŠู†َ
Katakanlah: "Berjalanlah di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan itu".
( Al-An'am : 11 )

ู‚ُู„ْ ุณِูŠุฑُูˆุง ูِูŠ ุงู„ุฃَุฑْุถِ ูَุงู†ْุธُุฑُูˆุง ูƒَูŠْูَ ูƒَุงู†َ ุนَุงู‚ِุจَุฉُ ุงู„ْู…ُุฌْุฑِู…ِูŠู†َ
Katakanlah: "Berjalanlah kamu (di muka) bumi, lalu perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang berdosa."
( An-Naml : 69 )

ู‚ُู„ْ ุณِูŠุฑُูˆุง ูِูŠ ุงู„ุฃَุฑْุถِ ูَุงู†ْุธُุฑُูˆุง ูƒَูŠْูَ ูƒَุงู†َ ุนَุงู‚ِุจَุฉُ ุงู„َّุฐِูŠู†َ ู…ِู†ْ ู‚َุจْู„ُ ูƒَุงู†َ ุฃَูƒْุซَุฑُู‡ُู…ْ ู…ُุดْุฑِูƒِูŠู†َ
Katakanlah: "Adakan perjalanan di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang dahulu. Kebanyakan dari mereka itu adalah orang-orang yang mempersekutukan (Allah)".
( Ar-Rum : 42 )

Rugilah andai secebis input baru dan canaian minda pun tidak ada yang terlekat di sanubari.

( Bagi yang bermusafir ke luar Jordan, usah jemu mengisi borang musafir ye dengan persatuan zon masing-masing )
 Beringat-ingatlah kita sebelum terkena..

Jangan sedih bagi yang belum berpeluang ke luar. Intai-intailah bumi Jordan yang penuh cerita ini.. Dari utara Irbid, merentas Amman, singgah sebentar di Mu'tah sebelum berakhir di selatan 'Aqabah tidak sunyi daerah-daerah ini dari tempat yang tinggi nilai sejarahnya. Usah pandang sebelah mata akan bumi Syam yang kita diami ini. Sekurang-kurang kenallah  dengan lebih dalam bumi musafir ini sebelum mengangkat mata melilau ke destinasi lain.

Tidak dilupakan bagi yang berdiam di mantiqah sendiri. Barangkali sudah penat berjalan ke sana-sini. Rancanglah percutian ini sebaiknya. Biar masa yang ada tidak terbuang sia-sia. Uliti kitab-kitab pengajian lepas, atau intai-intai kitab atau buku baru biar kukuh kefahaman yang sudah ada. Bukan hanya mengkhatamkan drama-drama air mata yang mengacau emosi. Maklumlah, pulang nanti kalau tidak sebagai guru atau doktor, kita masih lagi berperanan sebagai para daie. Ilmu dan khidmat kita sangat-sangat diperlukan di tanah air.

PERKASAKAN NILAI UKHUWWAH

Masa yang terluang eloklah juga kita sama-sama manfaatkan untuk merapatkan kembali jurang-jurang ukhuwwah yang mungkin ada sedikit renggang. Walau kita berjauhan , berbeza MANTIQAH di sini, namun di tanah air masing-masing berdekatan. Maklumlah setanah negeri sekebun bunga yang sangat kita banggakan itu. Mungkin ada yang berjiran, masih lagi tidak dikenali padahal sudah membilang hari untuk pulang ke Malaysia.

Justeru, mewakili tuan rumah festival, sukacitanya kami mengalu-ngalukan kedatangan adik beradik Kelantan se-Jordan untuk sama-sama turun ke medan Mu'tah hujung minggu ini ( 13-15 Januari ), di samping meredakan ketegangan yang telah dilalui setelah penat berhempas pulas di medan imtihan.

Tak rugi meluangkan masa dua hari bersama, moga-moga ikatan ukhuwwah yang sedia ada boleh diperkukuhkan di samping bertukar-tukar pandangan dan fikiran sesama kita.

Harapannya moga ada nilai dan cerita tersendiri yang kita boleh sama-sama kutip dari FESMAK yang telah melabuhkan tirainya. Terima kasih kepada warga KMKJ yang sudi datang ke bumi sejuk Mu'tah untuk bersilaurrahim dan mungukuhkan ikatan ukhuwwah yang terjalin.
 
Salam ukhuwwah dan cuti-cuti Jordan.


Nurul Azma Binti Mat Ui
Naib Yang Di-Pertua
Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan
2010/11

Festival Sukan Mahasiswa Kelantan Jordan (FESMAK)

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Monday, January 10, 2011 | Posted in

                                                       (Sila click pada gambar)


Assalamu’alaikum WBT. Makluman utk smua Anok Kelate Sejordan, Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan (KMKJ) melalui Biro Sukan dan Kebudayaan akan mnganjurkan “Festival Sukan Mahasiswa Kelantan Jordan (FESMAK) sesi 2010/2011” yang bertemakan “Be The Best, Beat The Rest.” JOM sama2 kita pakat meriahkan. pakat ajok saing2 maghi maen blako. Maghi pakat kenal n satu sek2 kito!!. Maklumat program seperti berikut:

Tarikh : 13,14 & 15 Januari 2011
Tempat : Universiti Mu'tah, Al-Karak
Sasaran : Semua mahasiswa Kelantan Jordan (Amman, Irbid, Mu'tah & Mafraq)

Festival Sukan Mahasiswa Kelantan Jordan(FESMAK) merupakan program yang julung kali diadakan oleh Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan melalui Biro Sukan dan Kebudayaan KMKJ sesi 2010/2011 sebagai medan untuk mahasiswa Kelantan seluruh Jordan berhimpun mempamerkan bakat dalam bidang sukan, akademik dan kebudayaan selain merapatkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain.

Objektif
-          Merapatkan hubungan silaturahim antara ahli-ahli dengan pimpinan Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan.
-          Menajamkan pemikiran ahli seiring dengan tuntutan masa kini.
-          Mencungkil bakat-bakat baru dalam bidang sukan dan kebudayaan yang berunsurkan Islam.
-         Meningkatkan penglibatan ahli dalam program anjuran Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan
-          Memperkasakan syakhsiah mahasiswa dan santapan rohani ahli.


 Pelbagai acara yang akan dipertandingkan antaranya: Futsal, Bola Tampar, Ping-pong, Takraw & Badminton bagi SYABAB dan untuk Akhawat: pertandingan Bola Jaring, Bola Tampar, Badminton & Ping-pong. Tidak lupa juga acara indoor yang akan dipertandingkan dan akan dimaklumkan nanti.
Kami di pihak AJK pelaksana akan cuba buatkan yang terbaik untuk anda, tugas anda hanya menghadirkan diri dan memeriahkan majlis ini. Moga berkumpulnya kita termasuk di dalam golongan kumpulan yang diredhai Allah SWT, sebarang pertanyaan atau masalah rujuk Perwakilan Mantiqah masing-masing. Jumpa anda di FESMAK!!!
 
“Kerana Ukhuwah Itu Indah”


Facebook Rasmi FESMAK: http://www.facebook.com/home.php?sk=group_110641485675312

Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir Semesta Pertama

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Wednesday, January 5, 2011 | Posted in ,

Memo Rasmi MPPMJ : Qoror Percutian Dalam dan Luar Negara Jordan

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | | Posted in , ,

Dengan segala hormatnya, kami merujuk perkara di atas. Demi menjaga kebajikan dan kehendak ahli, MPPMJ amat mengalu-alukan kepada semua ahli yang ingin keluar bercuti untuk menziarahi tempat-tempat menarik dan bersejarah di sekitar Negara Jordan atau negara-negara lain. Atas inisiatif itulah, kami di pihak MPPMJ cuba merancang agar percutian anda lebih selamat. Dengan kerjasama Education Malaysia Jordan (EMJ), Qoror  ini telah  disediakan sebagai langkah awal memastikan percutian anda terjamin dari pelbagai sudut, berikut adalah beberapa perkara yang perlu diambil perhatian:

1- Mahasiswa atau mahasiswi yang ingin keluar bermusafir samada dalam atau ke luar dari Negara Jordan mestilah mengisi borang safar yang telah disediakan oleh MPPMJ. (rujuk perkara 3, halaman 6, Garis Panduan Safar – Warta Disiplin MPPMJ).

2-  Agen atau travel yang hendak menganjurkan rehlah atau sebarang pakej percutian dalam Jordan atau ke luar Negara Jordan terutamanya, perlu memaklumkan dan mendaftarkan butir-butir percutian mereka kepada pihak MPPMJ untuk dimaklumkan kepada Education Malaysia Jordan (EMJ).

3- Ahli-ahli disarankan supaya mengikuti rehlah yang dianjurkan oleh agen-agen atau persatuan yang sah berdaftar sahaja. Ahli juga digalakkan untuk menyertai rehlah yang dianjurkan oleh MPPMJ.

4- Bagi mahasiswi (akhwat) yang telahpun merancang percutian mereka samada secara persendirian atau berkumpulan (bersama agen/travel tersentu) terutamanya percutian ke luar dari Negara Jordan, perlulah bersama-sama anda sepanjang percutian tersebut 2 orang mahasiswa (syabab) sebagai muroqib untuk menemani anda.

5- Disarankan juga agar ahli-ahli mendapatkan kebenaran daripada kedua ibu bapa terlebih dahulu sebelum merancang apa jua destinasi percutian.

6- Pihak MPPMJ atau EMJ tidak akan bertanggungjawab atas segala kejadian buruk yang berlaku sepanjang perjalanan percutian anda jika percutian tersebut tidak dimaklumkan (berdaftar dan mengisi borang safar) kepada MPPMJ atau EMJ, atau tidak mematuhi segala peraturan yang telah digariskan dalam Warta Disiplin MPPMJ.

7- Borang Safar boleh diperolehi melalui Presiden atau Timbalan Presiden Persatuan Zon,  AMT atau AMM MPPMJ dan agen-agen yang dilantik oleh MPPMJ.

Di kesempatan ini, kami barisan kepimpinan MPPMJ mendoakan kecemerlangan semua ahli MPPMJ menghadapi peperiksaan akhir tahun dan juga selamat perjalanan pergi dan pulang dari pemusafiran anda semua.

Sekian, terima kasih.

“Menjana Transformasi Mahasiswa Islam Global” Yang benar ;





……………………………...............
( MOHD AFIQ BIN MOHD SALEH )
Presiden ,
Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan,
Sesi 2010/2011

Sumber Rujukan

Perutusan MPPMJ Sempena Tahun Baru 2011

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Sunday, January 2, 2011 | Posted in

“Dialah (Allah ) yang menjadikan matahari bersinar dan bulan bercahaya, dan Dialah yang menetapkan tempat  – tempat orbitnya, agar kamu mengetahui bilangan tahun dan perhitungan.Allah tidak menciptakan demikian itu melainkan dengan benar. Dia menjelaskan tanda – tanda (kebesaranNya) kepada orang  – orang yang mengetahui”
 Mafhum surah Yunus, ayat 5.

Dari ayat di atas, apa yang dapat kita fahami ialah, dengan peredaran planet – planet ciptaan Allah, maka beredar jugalah masa sehingga kini kita menerima kedatangan tahun baru.Namun apabila ditelitikan kembali konteks ayat ini dengan lebih mendalam, dapat kita perhatikan Allah menamakan dua makhluknya yang cukup rapat dengan kita iaitu matahari dan bulan.

Sepertimana yang kita ketahui, saban tahun, kedua – dua matahari dan bulan ini akan mengalami penyusutan fungsi dan akhirnya akan menempuh satu fenomena  yang disebut sebagai ‘kematian’  yakni hari akhirat. Malah hal ini turut diakui oleh para saintis yang kini berusaha untuk meramal jangka hayat bagi bulan dan matahari. Mereka   juga memperakui bahawa kedua – dua matahari dan bulan akhirnya akan berakhir dengan satu “kematian” juga. Bukankah begitu indah Allah memberi  perumpamaan supaya kita berfikir  dengan ciptaan – ciptaanNya yang dibentangkan di depan mata kita? Bukankah kita semua juga adalah makhluk sepertimana  matahari dan bulan yang saban tahun lebih menghampiri kepada kematian?


TAHUN BARU DAN SEBUAH TEMUJANJI
Apabila menjelangnya tahun baru, kita dapat melihat cara sambutan yang pelbagai. Dari yang sejuk mata memandang hinggalah yang terasa jelik untuk memandang. Apa yang membezakan cara – cara sambutan ini adalah pemahaman penyambutnya.Di dalam Islam kita dianjurkan untuk membuat penambahbaikan pada diri hari demi hari agar dapat membentuk diri menjadi muslim yang cemerlang di dunia dan di akhirat. Hal ini kerana kita mengimani bahawa setelah berlalunya kehidupan di dunia ini, akan ada kehidupan yang menanti di akhirat kelak .Kehidupan yang menuntut bekalan amalan yang dilakukannya semasa hidup di dunia. Kematian itu merupakan sebuah temujanji kita dengan Allah  S.W.T  setelah Dia memberi  had masa kepada kita untuk bergerak bebas sebagai hambaNya di muka bumi ini, sebelum pulang menghadapNya semula.
Jadi, menjelangnya tahun baru bererti kita semakin menghabisi had masa yang diberi oleh Allah dan semakin berlari ke arah kematian. Maka, jika ini yang kita fikirkan, tentunya kita terdorong untuk memuhasabah sebaiknya apa yang telah kita lakukan dalam usia – usia yang telah berlalu untuk menjadi panduan bagi menempuh tahun yang baru. Tahun baru yang menjelang  ini akan disambut dengan corak sambutan yang penuh manfaat.Peluang masa yang masih diberikan Allah untuk meneruskan hidup akan digunakan semaksimum mungkin untuk membina bekalan –bekalan diri . Hasilnya, terbentuklah muslim yang proaktif dan tahu mencari ruang dan peluang kebaikan buat dirinya dan masyarakat.


TAHUN BARU DAN KAPASITI SEORANG PELAJAR
Dari Abu Hurairah RA, sesungguhnya Rasulullah S.A.W  bersabda: “Barang siapa menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga.” (H.R Muslim)
Sebagai muslim, azam kita dalam apa jua hal yang kita lakukan adalah Mardhatillah , iaitu mencari keredhaan Allah S.W.T.  dan menikmati janji syurgaNya . Azam ini merupakan azam yang thabat tetapi dinamik. Ia adalah thabat kerana tidak akan berubah walaupun dengan menjelangnya tahun baru atau dengan berlalunya masa tetapi ianya tetap dinamik kerana untuk mencapai azam ini, perancangan perlu dilakukan tahun  demi tahun. Dengan berada di jalan penuntut – penuntut ilmu, Allah telah menawarkan kita satu ‘shortcut‘ ke syurgaNya. Maka, giliran kita pulalah untuk  memainkan peranan untuk memastikan azam tersebut dapat dikecapi.

Dengan datangnya tahun baru ini, marilah kita bersama – sama melakukan anjakan paradigma dalam pemahaman  terhadap tugas kita sebagai penuntut ilmu.Kita perbaiki cara belajar kita dengan belajar secara bersungguh – sungguh  dan sistematik. Kita perbaiki  adab dengan para guru. Sama – sama kita menjaga  amanah, kebenaran dan kesucian ilmu. Tuntutlah ilmu dengan kesedaran bahawa dengan ilmu tersebut kita akan membangunkan ummat bukan semata – mata kerana peperiksaan.
Kita pernah mendengar kisah seorang pelacur yang memberi minum seekor anjing yang kehausan , di mana akhirnya dia dimasukkan Allah ke syurga kerana keikhlasannya melepaskan sang anjing dari masalah yang menimpanya. Maka apakah tidak mungkin untuk kita menjejak syurga Allah setelah kita menolong seorang manusia dengan penuh ikhlas? Seorang doktor dengan penuh ikhlas membantu pesakitnya yang mempunyai masalah kesihatan. Seorang ustaz atau ustazah dengan penuh ikhlas membantu pesakitnya yang mempunyai masalah kerohanian

KESIMPULAN
Jadikanlah azam – azam yang ditanam setiap tahun sebagai perancangan jangka pendek yang akan membawa kepada misi yang lebih besar iaitu keredhaan Allah S.W.T.  Islam tidak menyempitkan ruang pemikiran ummatnya.Tanamlah sebanyak mana pun azam anda, asalkan ianya tidak bertentangan dengan prinsip – prinsip Islam.Yang paling penting, keistiqamahan terhadap apa yang dipasak sebagai azam di awal tahun. Wallahu a’lam


Dikesempatan ini, kami pimpinan MPPM ingin  mengucapkan  Selamat Tahun Baru kepada semua ahli dan Selamat Maju Jaya bagi  yang sedang menempuh peperiksaan

“ MENJANA TRANSFORMASI MAHASISWA ISLAM GLOBAL “.

Yang menjalankan amanah,



………………………………………………..
(FATHIYAH BINTI IDRIS)
Timbalan Presiden 2,
Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan.
Sesi 2010/2011

Sumber rujukan

Tv Kmkj

    Blog Archive