Headlines
Published On: Saturday, December 4, 2010
Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan

Kenyataan Rasmi MPPMJ Berhubung Isu Penubuhan Organisasi Selain Persatuan-persatuan Yang Berdaftar Di Bawah JPMJ

Assalamualaikum w.b.t

Kepada :
Semua Ahli
Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan

KENYATAAN RASMI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR MALAYSIA JORDAN BERHUBUNG ISU PENUBUHAN ORGANISASI SELAIN PERSATUAN – PERSATUAN YANG BERDAFTAR DI BAWAH JABATAN PENUNTUT MALAYSIA JORDAN

1) Berhubung dengan isu di atas, pihak Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan (MPPMJ) telah mendapat laporan tentang kewujudan organisasi/badan yang tidak berdaftar di bawah Jabatan Penuntut Malaysia Jordan ( JPMJ ) dan telah menganjurkan program tanpa kebenaran MPPMJ mahupun JPMJ.

2) Sehubungan dengan itu , barisan kepimpinan MPPMJ telah bermesyuarat dengan pihak JPMJ dan mencapai kata putus bahawa tiada kebenaran diberikan untuk penubuhan badan-badan atau organisasi selain organisasi – organisasi yang telah berdaftar di bawah Jabatan Penuntut Malaysia Jordan iaitu Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan ( MPPMJ ), Persatuan-persatuan Zon (PZ) dan Badan-badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN).

3) Pihak MPPMJ berpendapat penubuhan MPPMJ, PZ dan BKAN yang berobjektifkan untuk menyatukan semua pelajar Malaysia tanpa mengira latar belakang dan menjaga kebajikan akademik, fizikal serta pembangunan rohani sudah mencukupi tanpa memerlukan penubuhan organisasi lain di Jordan.

4) Sehubungan itu, pihak MPPMJ tidak mengiktiraf kewujudan dan pergerakan organisasi yang tidak berdaftar di bawah JPMJ.

5) Oleh itu, pihak MPPMJ berharap semua ahli dapat bersatu di bawah persatuan-persatuan yang telah berdaftar dengan pihak JPMJ dan menjadikan persatuan – persatuan tersebut sebagai medan untuk menyumbang tenaga dan bakti, serta mengasah potensi yang ada.
Sekian, terima kasih.

Yang benar ;







……………………………………………………………
( MOHD AFIQ BIN MOHD SALEH )
Presiden ,
Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan,
Sesi 2010/2011

About the Author

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan on 10:32:00 AM . Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 . Feel free to leave a response

By Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan on 10:32:00 AM . Filed under . Follow any responses to the RSS 2.0 . Leave a response

1 cadangan dan kritikan membina for " Kenyataan Rasmi MPPMJ Berhubung Isu Penubuhan Organisasi Selain Persatuan-persatuan Yang Berdaftar Di Bawah JPMJ "

  1. Salam,ana rasa,kenyataan secara umum sahaja takmencukupi,boleh tak jelaskan nama organisasi terus,takkan nak tunggu orang yg xde jawatan bersuara,warga Jordan dah memilih antum yg berjwatan,jelaskanlah contoh seperti,ISMA JORDAN dan KELAB UMNO JORDAN..kami harapkan orang di atas kami tegas kalau tidak mahu berlaku perpecahan dikalangan kita semua...

Post a Comment

Tv Kmkj

    Blog Archive