Headlines
Published On: Monday, May 2, 2011
Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan

PERATURAN UMUM PENAMAAN CALON



PERATURAN DAN SYARAT - SYARAT 


Syarat-syarat pencadang :


1. Berdaftar sebagai ahli KMKJ.
2. Sebarang wakil cadangan penamaan calon tidak akan diterima.


Syarat-syarat calon :


1. Berdaftar sebagai ahli rasmi KMKJ sahaja.
2. Sekurang-kurangnya telah menamatkan satu semester pengajian berwajib (tidak termasuk      semester musim panas).
3. Sekurang-kurangnya masih berbaki dua semester pengajian bewajib (semester 1 dan 2 sesi 2011/2012)
4. Calon-calon yang layak bertanding tidak berpeluang menarik diri.
5. Mengikut perlembagaan KMKJ fasal 17;17.3 Penjawatan; Badan Pengurus yang dilantik bagi penjawatan melalui pilihanraya hanya boleh memegang jawatan selama 2 tahun/sesi sahaja.

Syarat-syarat penamaan calon :


1. Penamaan calon bermula pada tarikh 29 April 2011 dan dilanjutkan sehingga 6 Mei 2011, jam 12.00 malam.
2. Sebarang penamaan calon hendaklah menggunakan borang yang disediakan oleh pihak SPR sahaja.
3. 3 calon siswa dan siswi yang mendapat pencalonan terbanyak sahaja yang layak untuk bertanding di kerusi YDP & Naib YDP.
4. 7 calon siwa dan siswa yang mendapat pencalonan terbanyak layak untuk bertanding di kerusi Badan Pengurus KMKJ.
5. Sebarang penyerahan borang penamaan calon yang dilakukan selepas masa  ditetapkan tidak akan dilayan sama sekali.
6. Borang penamaan calon yang tidak lengkap/tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan tidak akan diterima oleh SPR.
7. Borang penamaan calon yang telah lengkap diisi hendaklah  diserahkan oleh pencadang itu sendiri kepada Ahli Jawatankuasa SPR bagi zon masing-masing.
8. Peraturan penamaan calon yang digubal oleh SPR adalah muktamad.




MOHD SHAHIRIE BIN ISMAIL,
Pengarah,
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR),
Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan (KMKJ) sessi 2010/2011.

About the Author

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan on 3:03:00 AM . Filed under , , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 . Feel free to leave a response

By Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan on 3:03:00 AM . Filed under , , . Follow any responses to the RSS 2.0 . Leave a response

0 cadangan dan kritikan membina for " PERATURAN UMUM PENAMAAN CALON "

Post a Comment

Tv Kmkj

    Blog Archive