Headlines
Published On: Saturday, May 7, 2011
Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan

PERATURAN BERKEMPEN


Assalamualaikum w.b.t.

Kepada:
Semua ahli,
Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan (KMKJ).

Saudara/saudari,

MAKLUMAN TEMPOH KEBENARAN DAN PERATURAN BERKEMPEN

Merujuk kepada perkara di atas, dengan segala hormatnya pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengumumkan kempen hanya boleh dimulakan selepas pengumuman calon diumumkan secara rasmi dan mesti dihentikan setelah selesai hari pengundian dan sama sekali tidak dibenarkan berkempen didalam kawasan mengundi. Tempoh kebenaran berkempen bermula pada 08 Mei 2011(Ahad) dan akan tamat pada 13 Mei 2011 (Jumaat).

2. Berikutan itu, pihak SPR memberi peluang kepada calon-calon atau wakilnya yang terdiri daripada ahli KMKJ untuk berkempen mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Petugas rasmi SPR berhak memantau segala bahan-bahan kempen, ceramah-ceramah pilihanraya dan perhimpunan umum bagi memastikan peruntukan-peruntukan di bawah undang-undang dan peraturan-peraturan pilihanraya tidak dilanggar.

3. Syarat-syarat berkempen adalah seperti berikut :
  • Semua ahli KMKJ layak berkempen kecuali AJK SPR.
  • DIbenarkan berkempen secara bercetak / bertulis, melalui khidmat pesanan ringkas (sms), melalui alam maya (emel, blog, YM, Facebook dll)
  • Kempen secara bertulis / bercetak sahaja yang perlu mendapat pengesahan SPR melalui nombor siri yang akan diberikan.
  • Menjaga adab (perlakuan dan perkataan) semasa berkempen dengan tidak menyentuh isu sensitiviti mana-mana pihak.
  •  Dilarang berkempen di kawasan pembuangan undi.
  •  Calon-calon yang melanggar peraturan berkempen akan digugurkan daripada pertandingan tanpa notis.
  • Ahli KMKJ yang melanggar peraturan berkempen pula akan digugurkan hak mengundi tanpa  notis.
  • Segala yang berkaitan dengan kempen adalah hak SPR KMKJ.
4. Untuk mendapat penjelasan lanjut, sila rujuk AJK SPR. Segala kerjasama daripada saudara/saudari amatlah diharapkan agar pilihanraya kali ini dapat berjalan lancar dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

MOHD SHAHIRIE BIN ISMAIL,
Pengarah,
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR),
Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan (KMKJ) sessi 2010/2011.

About the Author

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan on 10:26:00 PM . Filed under , , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 . Feel free to leave a response

By Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan on 10:26:00 PM . Filed under , , . Follow any responses to the RSS 2.0 . Leave a response

0 cadangan dan kritikan membina for " PERATURAN BERKEMPEN "

Post a Comment

Tv Kmkj

    Blog Archive