Headlines
Published On: Thursday, May 12, 2011
Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan

JOM KELUAR MENGUNDI


 Assalamualaikum wbt..
Tarikh pengundian Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan (KMKJ) 2011/2012 adalah sebagaimana yang dimaklumkan sebelum ini, maklumat adalah seperti berikut :
Tarikh         : 13Mei 2011
Hari             : Jumaat
Tempat      : Semua mantiqoh (Irbid, Mafroq, Amman dan Mu'tah)
Masa          : Berdasarkan makluman dari AJK SPR mantiqoh masing-masing. 
Undi anda adalah penentu barisan kepimpinan KMKJ akan datang, jom keluar mengundi !! Sebar-sebarkan kepada ahli KMKJ yang lain.

PERATURAN MENGUNDI
Peraturan dan syarat-syarat :


  • Pengundi hanya dibenarkan kepada ahli rasmi & bersekutu sahaja.
  • Pengundian adalah berdasarkan kepada nama-nama yang dipertandingkan di dalam pilihan raya.
  • Para pengundi dikehendaki membawa bersama kad matrik universiti atau visa atau pasport ketika mendaftarkan diri untuk mengundi.
  • Sila pastikan borang undian yang diterima semasa mendaftarkan diri disahkan dan ditandatangani oleh Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya atau wakilnya.
  • Sekiranya terdapat sebarang masalah atau perkara perkara mustahak yang berkaitan dengan pengundian, maka pengundi hendaklah mendapatkan Ahli Jawatankuasa Suruhanjaya Pilihan Raya yang bertugas.
  • Para pengundi mestilah menghadirkan diri pada waktu yang telah ditetapkan oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya. Para pengundi yang tidak menepati masa yang telah ditetapkan tidak akan diberi peluang untuk mengundi tanpa sebarang rayuan atau alasan.
  • Undi wakil hanya bagi yang mempunyai alasan yang munasabah dan mestilah sertakan bersama dengan surat makluman dan kad matrik atau kad izin menetap atau pasport pewakilnya kepada Pengarah / Timbalan  15 minit sebelum mengundi untuk dipertimbangkan.
  • Seorang pengundi hanya dibenarkan mewakili seorang pengundi yang lain sahaja dan disertakan dengan pengesahan diri bagi yang mewakili.Sebarang pengesahan dan keputusan adalah tertakluk kepada Pengarah dan Timbalan.
  • Keputusan pilihan raya akan diisytiharkan selepas proses pembuangan undi dan tempoh pengiraan undi selesai oleh Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya atau wakilnya.
  • Sekiranya terdapat bantahan mengenai kesahihan keputusan pilihan raya, maka surat bantahan rasmi hendaklah dikemukakan kepada Pengarah dalam tempoh 12 jam selepas keputusan diumumkan.Keputusan bantahan ini akan diumumkan oleh Suruhanjaya Khas yang dibentuk oleh Lembaga Penasihat dalam tempoh 2 minggu.
  • Sebarang bantahan yang lewat daripada masa yang ditetapkan adalah tidak sah.
  • Pengiraan semula undi hanya akan diulang sekali sahaja berdasarkan kepada sebab yang munasabah mengikut budi bicara Suruhanjaya Pilihan Raya.
  • Sebarang keputusan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya adalah muktamad.



MOHD SHAHIRIE BIN ISMAIL,
Pengarah,
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR),
Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan sesi 2010/2011.



    About the Author

    Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan on 5:35:00 PM . Filed under , , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 . Feel free to leave a response

    By Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan on 5:35:00 PM . Filed under , , . Follow any responses to the RSS 2.0 . Leave a response

    0 cadangan dan kritikan membina for " JOM KELUAR MENGUNDI "

    Post a Comment

    Tv Kmkj

      Blog Archive