Headlines
Published On: Friday, July 16, 2010
Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan

IKLAN: Pilihanraya Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan Sesi 2009/2010

Assalamualaikum w.b.t.

Sesebuah tamadun yang hebat lahir daripada sistem yang cekap, sebagaimana ia terhasil daripada organisasi yang mantap, hasil kesinambungan daripada kepimpinan yang unggul.

Maka tugas sebagai pemimpin itu pada kebiasaannya dianggap mulia dan hebat disisi masyarakat. Namun dari sisi pandang yang berbeza, tugas memimpin itu juga dilihat sebagai amanah yang besar yang Allah letakkan di atas bahu setiap pemimpin, dalam memikul bebanan tanggungjawab ke atas orang yang dipimpin. Justeru, pemilihan pemimpin yang terbaik adalah penting dalam usaha memacu kejayaan dan mencapai matlamat sesebuah organisasi.


Berdiri diatas tujuan ini, maka Suruhanjaya Pilihanraya berharap agar setiap ahli KMKJ dapat bersiap sedia menghadapi tempoh pilihanraya yang akan berlangsung sepanjang dua minggu bermula 18 Julai 2010 sehingga 30 Julai 2010. Berikut diumumkan tarikh-tarikh penting sepanjang tempoh pilihanraya KMKJ sesi ini:


18 Julai: Pengedaran Pekeliling Pertama (Borang Pencalonan)
20 Julai: Pengutipan Borang Pencalonan dan Pengiraan
24 Julai: Pengedaran Pekeliling Kedua (Pengumuman Penamaan Calon)
             Pengedaran Pekeliling Ketiga (Kebenaran Tempoh Berkempen)
29 Julai: Tamat Tempoh Berkempen
30 Julai: Pilihanraya KMKJ Sesi 2009/2010



Sehubungan dengan itu, pihak Suruhanjaya Pilihanraya berharap agar setiap ahli KMKJ sesi 2009/2010 dapat sentiasa cakna terhadap segala penyaluran maklumat terbaru yang akan diterbitkan di blog rasmi KMKJ.
Sekian, terima kasih.


Yang benar,
(NIK MUHAMAD FAIZ BIN AHAMAD SHUKRI)
Pengarah,
Suruhanjaya Pilihanraya,
Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan,
Sesi 2009/2010.

About the Author

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan on 8:54:00 PM . Filed under , , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 . Feel free to leave a response

By Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan on 8:54:00 PM . Filed under , , . Follow any responses to the RSS 2.0 . Leave a response

1 cadangan dan kritikan membina for " IKLAN: Pilihanraya Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan Sesi 2009/2010 "

  1. This comment has been removed by the author.

Post a Comment

Tv Kmkj

    Blog Archive