Headlines
Published On: Saturday, July 24, 2010
Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan

Pilihanraya KMKJ: Pekeliling Ketiga (Tempoh Kebenaran & Peraturan Berkempen)

Assalamualaikum w.b.t.

Kepada:

Semua ahli,
Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan (KMKJ).

Saudara/saudari,

MAKLUMAN TEMPOH KEBENARAN DAN PERATURAN BERKEMPEN

Merujuk kepada perkara di atas, dengan segala hormatnya pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengumumkan tempoh kebenaran berkempen bermula pada hari ini, Sabtu 24 Julai 2010 dan akan tamat pada Khamis 29 Julai 2010 jam 10.00 malam.

2. Berikutan itu, pihak SPR memberi peluang kepada calon-calon dan/atau wakilnya yang terdiri daripada ahli KMKJ untuk berkempen mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.

3. Peraturan-peraturan untuk berkempen adalah seperti berikut:

i.  Semua ahli KMKJ layak berkempen kecuali AJK SPR.
ii.  Kempen bermula pada 24 Julai 2010 dan berakhir pada 29 Julai 2010.
iii.  Dibenarkan berkempen secara bercetak/bertulis, dan/atau melalui alam maya (emel,blog, YM, Facebook dan lain-lain.
iv.  Kempen secara bertulis/bercetak sahaja yang perlu mendapat pengesahan SPR melalui nombor siri yang akan diberikan.
v.  Kempen menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) juga adalah dibenarkan.
vi.  Menjaga adab (perlakuan dan perkataan) semasa berkempen dengan tidak menyentuh isu sensitiviti mana-mana pihak. Jika peraturan ini tidak dipatuhi, tindakan susulan akan diambil oleh SPR.
vii.  Dilarang berkempen di kawasan pembuangan undi.
viii.  Calon-calon yang melanggar peraturan berkempen akan digugurkan kelayakan bertanding tanpa notis.
ix.  Ahli KMKJ yang melanggar peraturan berkempen akan digugurkan hak mengundi tanpa notis.
x.  Segala yang berkaitan dengan kempen adalah hak SPR KMKJ.

4. Untuk mendapat penjelasan lanjut, sila rujuk mana-mana ahli SPR.

5. Segala kerjasama daripada saudara/saudari amatlah diharapkan agar pilihanraya kali ini dapat berjalan lancar dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian terima kasih.



Yang menjalankan tugas,



--------------------------------------------
(NIK MUHAMAD FAIZ BIN AHAMAD SHUKRI)
Pengarah
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR)
Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan (KMKJ)
Sesi 2009/2010

About the Author

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan on 4:56:00 PM . Filed under , , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 . Feel free to leave a response

By Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan on 4:56:00 PM . Filed under , , . Follow any responses to the RSS 2.0 . Leave a response

0 cadangan dan kritikan membina for " Pilihanraya KMKJ: Pekeliling Ketiga (Tempoh Kebenaran & Peraturan Berkempen) "

Post a Comment

Tv Kmkj

    Blog Archive