Headlines
Published On: Thursday, July 29, 2010
Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan

Pilihanraya KMKJ: Peraturan Mengundi

PERATURAN MENGUNDI

Peraturan dan Syarat syarat :

1. Pengundi hanya dibenarkan kepada ahli rasmi & bersekutu sahaja.

2. Pengundian adalah berdasarkan kepada nama-nama yang akan
dipertandingkan di dalam pilihan raya.

3. Para pengundi dikehendaki membawa bersama kad matrik universiti atau kad izin menetap atau pasport ketika mendaftarkan diri untuk mengundi.

4. Sila pastikan borang undian yang diterima semasa mendaftarkan diri disahkan dan ditandatangani oleh Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya atau wakilnya.

5. Sekiranya terdapat sebarang masalah atau perkara perkara mustahak yang berkaitan dengan pengundian, maka pengundi hendaklah mendapatkan Ahli Jawatankuasa Suruhanjaya Pilihan Raya yang bertugas.

6. Para pengundi mestilah menghadirkan diri pada waktu yang telah ditetapkan oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya. Para pengundi yang tidak menepati masa yang telah ditetapkan tidak akan diberi peluang untuk mengundi tanpa sebarang rayuan atau alasan.

7. Undi wakil hanya bagi yang mempunyai alasan yang munasabah dan mestilah sertakan bersama dengan surat makluman dan kad matrik atau kad izin menetap atau pasport pewakilnya kepada Pengarah / Timbalan 15 minit sebelum mengundi untuk dipertimbangkan.

8. Seorang pengundi hanya dibenarkan mewakili seorang pengundi yang lain sahaja dan disertakan dengan pengesahan diri bagi yang mewakili.Sebarang pengesahan dan keputusan adalah tertakluk kepada Pengarah (siswa) dan Setiausaha (siswi).

9. Keputusan pilihan raya akan diisytiharkan oleh Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya atau wakilnya.

10. Sekiranya terdapat bantahan mengenai kesahihan keputusan pilihan raya, maka surat bantahan rasmi hendaklah dikemukakan kepada Penasihat dalam tempoh 12 jam selepas keputusan diumumkan.Keputusan bantahan ini akan diumumkan oleh Suruhanjaya Khas yang dibentuk oleh Lembaga Penasihat dalam tempoh 2 minggu.

11. Sebarang bantahan yang lewat daripada masa yang ditetapkan adalah tidak sah.

12. Pengiraan semula undi hanya akan diulang sekali sahaja berdasarkan kepada sebab yang munasabah mengikut budi bicara Suruhanjaya Pilihan Raya.

13. Sebarang keputusan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya adalah muktamad.



Yang menjalankan tugas,

Nur Ayuni Mohamad Zuki,
Setiausaha SPR,
KMKJ sesi 2009/2010.

About the Author

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan on 9:06:00 PM . Filed under , , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 . Feel free to leave a response

By Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan on 9:06:00 PM . Filed under , , . Follow any responses to the RSS 2.0 . Leave a response

0 cadangan dan kritikan membina for " Pilihanraya KMKJ: Peraturan Mengundi "

Post a Comment

Tv Kmkj

    Blog Archive