Headlines
Published On: Sunday, August 31, 2014
Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan

SALAM KEMERDEKAAN KE-57 RAKYAT MALAYSIA

Malaysia, Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

Selaku masyarakat beragama, kita percaya bahawa kemerdekaan merupakan nikmat kurniaan Tuhan yang wajib disyukuri dengan cara yang diredhai dan disenangi Penganugerahnya. Mensyukuri nikmat sebagaimana yang diajar oleh agama ialah menggunakannya dengan cara yang benar, dan tidak menyalahgunakannya.


Dalam konteks nikmat kemerdekaan ia harus disyukuri dengan membina kehidupan yang menepati erti kemerdekaan semurni dan setulennya.

Mudah-mudahan roh para pejuang yang gugur, bahagia dalam peristirehatan apabila pengorbanan dan perjuangan mereka menghasilkan umat merdeka yang benar-benar merdeka.

Dengan semangat syukur nikmat sempena berlalunya setengah abad kemerdekaan, kita bermuhasabah, menilai diri, sudah sejauh mana kehidupan kita sebagai bangsa telah menepati makna merdeka. (Dr Siddiq Fadzil, 2014)


Semangat kemerdekaan tahririy (pembebasan) - taghyiri (perubahan) - tanwiriy (pencerahan) itulah yang tampaknya ditangkap dengan tepat oleh Za'ba ketika merumuskan makna merdeka sebagai perubahan, 

“... daripada kepercayaan bodoh yang melemahkan akal dan ikhtiar kepada kepercayaan yang cerdik yang membebaskan fikiran; daripada ajaran yang mematikan hati kepada ajaran yang menyuburkan dia; daripada I’tiqad-I’tiqad yang serong dan terpesong kepada I’tiqad yang subur dan merdeka: daripada kezaliman pemerintahan berdasarkan hawa nafsu kepada kesalehan; dan daripada fikiran-fikiran yang menahankan dan menyekat kemajuan kepada fikiran yang membebaskan kemajuan dan menggalakkan kemaraan yang baik-baik dan mulia.”

Barisan pimpinan Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan (KMKJ) mengambil kesempatan merakamkan ucapan "Selamat menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-57 buat seluruh rakyat Malaysia. Marilah kita sama-sama berganding bahu, mengikis sisa baki penjajah yang telah lama menyalut pemikiran dan budaya kita agar erti kemerdekaan benar-benar tersemat. Malaysia, di sini lahirnya sebuah cinta. "


About the Author

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan on 2:31:00 AM . Filed under , , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 . Feel free to leave a response

By Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan on 2:31:00 AM . Filed under , , . Follow any responses to the RSS 2.0 . Leave a response

0 cadangan dan kritikan membina for " SALAM KEMERDEKAAN KE-57 RAKYAT MALAYSIA "

Post a Comment

Tv Kmkj

    Blog Archive