Headlines
Published On: Thursday, August 28, 2014
Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan

Kemeriahan Sambutan Aidilfitri KMKJ 2014/1435H disambut bersama ahli & alumni

Alhamdulillah pada Rabu, 27 Ogos 2014 bersamaan 1 Zulkaedah 1435H, telah berlangsung majlis sambutan hari raya Aidilfitri bertempat di New Horizon Garden, Wakaf Che Yeh, Kota Bharu, Kelantan. Majlis yang bermula seawal 10.30 pagi telah dihadiri lebih 100 orang ahli serta alumni KMKJ yang rata-rata pulang bercuti sempena musim panas. 

Majlis turut diserikan dengan kehadiran YAB Ustaz Dato' Hj. Ahmad bin Yakob, Menteri Besar Kelantan juga  Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Ustaz Muhammad bin Awang serta beberapa orang pegawai kerajaan negeri.

YDP KMKJ 14/15 Saudara Najmi Afendi menyerahkan cenderahati sebagai tanda penghargaan kepada YAB Menteri Besar Kelantan, Ustaz Dato' Ahmad bin Yakob
Moga-moga majlis ini dapat merapatkan ukhuwwah sesama anak Kelantan di Jordan sejajar dengan tuntutan Islam sebagaimana sabda Nabi SAW : Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a., pembantu Rasulullah SAW, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda : Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri. (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim)
Sekian, Salam Aidilfitri Maaf Zahir Batin.

'' Kebajikan Anda Keutamaan Kami ''
" Kebajikey Demo, Kito Pakat Cagho "







About the Author

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan on 11:01:00 AM . Filed under , , , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 . Feel free to leave a response

By Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan on 11:01:00 AM . Filed under , , , . Follow any responses to the RSS 2.0 . Leave a response

0 cadangan dan kritikan membina for " Kemeriahan Sambutan Aidilfitri KMKJ 2014/1435H disambut bersama ahli & alumni "

Post a Comment

Tv Kmkj

    Blog Archive