Headlines
Published On: Friday, April 12, 2013
Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan

PROSEDUR PERMOHONAN KE UNIVERSITI TIMUR TENGAH 13/14 (MESIR,JORDAN,MAGHRIBI)


Jabatan Pengajian Tinggi di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah membuka permohonan untuk mengikuti pengajian di universiti di Timur Tengah bagi sesi 2013/2014. Universiti Timur Tengah yang terbabit adalah universiti-universiti di Mesir, Jordan dan Maghribi.


UNIVERSITI DI MESIR

Universiti di Mesir yang tersenarai ialah Universiti Al-Azhar, Universiti Alexandria, Universiti Cairo, Universiti Ain-Shams, Universiti Mansoura, Universiti Tanta dan Universiti Zaqaziq.
Pemohon yang ingin mengikuti pengajian universiti di Mesir peringkat ijazah pertama hendaklah memenuhi syarat kelayakan minimum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Malaysia seperti berikut:

  • Perubatan, Pergigian & Farmasi

    *Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperolehi 8 Kepujian dengan mendapat sekurangkurangnya B4 (SPM sebelum tahun 2009) atau B (SPM tahun 2009 dan selepasnya) dalam Biologi, Fizik, Kimia, Matematik, Matematik Tambahan, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sejarah.


BORANG PERMOHONAN PENGAJIAN PERUBATAN MESIR
(DOWNLOAD BORANG PERMOHONAN DI SINI)



Pemohon yang ingin mengikuti pengajian di Universiti Al-Azhar, Mesir peringkat ijazah pertama hendaklah memenuhi syarat kelayakan minimum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Malaysia seperti berikut:

  • Pengajian Islam

    *Mempunyai Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan memperoleh sekurang-kurangnya pangkat MAQBUL dengan syarat sijil STAM tidak melebihi 3 tahun
    DAN Lulus Imtihan Qabul (IQ)



BORANG PERMOHONAN PENGAJIAN ISLAM MESIR
(DOWNLOAD BORANG PERMOHONAN DI SINI)

*Pengajian Qiraat Mempunyai Diploma Qiraat dengan syarat sijil / diploma tidak melebihi 
3 tahun

BORANG PERMOHONAN 

UNIVERSITI DI JORDAN

Universiti di Jordon yang tersenarai ialah University of Jordan, Jordan University of Science and Technology (JUST), Yarmouk University, Mu’tah University dan Al-Albayt University.
Pemohon yang ingin mengikuti pengajian universiti di Jordan peringkat ijazah pertama hendaklah memenuhi syarat kelayakan minimum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Malaysia seperti berikut:

  • Perubatan & Pergigian

    *Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperolehi Purata Peratusan Markah sekurang-kurangnya 90% bagi keseluruhan mata pelajaran SPM termasuk lima (5) mata pelajaran sains (Biologi, Fizik, Kimia, Matematik, dan Matematik Tambahan)

    *ATAU Memperolehi sekurang-kurangnya A- bagi semua mata pelajaran di peringkat SPM termasuk mata pelajaran Bahasa Arab

  • Pengajian Islam

    *Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperolehi sekurang-kurangnya kepujian (Gred B+) dalam mata pelajaran Bahasa Arab dan mata pelajaran yang berkaitan dengan Pengajian Islam
    DAN memperolehi kepujian bagi mata pelajaran yang lain di peringkat SPM


BORANG PERMOHONAN PENGAJIAN DI JORDAN
(DOWNLOAD BORANG PERMOHONAN DI SINI)

UNIVERSITI DI MAGHRIBI


Pemohon yang ingin mengikuti pengajian universiti di Maghribi peringkat ijazah pertama hendaklah memenuhi syarat kelayakan minimum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Malaysia seperti berikut:


  • *Pengajian Islam Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 memperoleh sekurang-kurangnya lima (5) Kepujian; dan mendapat gred B bagi subjek Bahasa Arab. Pelajar yang tidak mempunyai keputusan SPM 2012 TIDAK LAYAK untuk memohon.



BORANG PERMOHONAN PENGAJIAN DI MAGHRIBI



PERMOHONAN



  • Permohonan perlu dibuat dengan mengisi borang pemohonan yang telah ditetapkan seperti di atas.
  • KPT hanya menguruskan penempatan pelajar sahaja. Pembiayaan pengajian ditanggung / diuruskan sendiri oleh pelajar.
  • Semua pemohon yang memenuhi syarat perlu menghadiri Program Transformasi Mahasiswa ke Luar Negara anjuran KPT yang akan dikendalikan oleh Biro Tatanegara.
  • Borang permohonan serta dokumen sokongan yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada Jabatan Pengajian Tinggi di alamat berikut:

    Pengarah Bahagian Education Malaysia
    Jabatan Pengajian Tinggi
    Kementerian Pengajian Tinggi
    Aras 4 No 2, Menara 2,
    Jalan P5/6, Presint 5
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62200 PUTRAJAYA

  • TARIKH TUTUP

    Permohonan untuk mengikuti pengajian di universiti di Timur Tengah bagi sesi 2013/2014 ini ditutup pada 31 Mei 2013.

    PERTANYAAN





  • Sila rujuk dokumen Syarat Permohonan Ke Universiti Di Timur Tengah dan Borang Permohonan di atas untuk mendapatkan maklumat lebih terperinci.
  • Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia di talian:

    (KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI)








  • About the Author

    Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan on 9:15:00 PM . Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 . Feel free to leave a response

    By Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan on 9:15:00 PM . Filed under , . Follow any responses to the RSS 2.0 . Leave a response

    0 cadangan dan kritikan membina for " PROSEDUR PERMOHONAN KE UNIVERSITI TIMUR TENGAH 13/14 (MESIR,JORDAN,MAGHRIBI) "

    Post a Comment

    Tv Kmkj

      Blog Archive