Published On:
Saturday, March 23, 2013
Posted by
Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan
Kalam YDP KMKJ Baru 2013/2014
Bismillah.
Assalammualikum warahmatullah.
Selamanya kita mengucapkan syukur kehadrat ilahi kerana dengan izinNya anak-anak kelantan jordan masih lagi boleh bernaung dibawah lembayung Kesatuan Mahasiswas Kelantan Jordan (KMKJ) yang kini berusia 18 tahun semenjak ditubuhkan pada hari Khamis, tanggal 06 April 1995M bersamaan 04 Zulhijjah 1414H yang dikenali pada waktu itu sebagai Keluarga Mahasiswa Kelantan Jordan dan ditukar kepada Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan setahun selepas penubuhan dan berkekalan sehingga sekarang.
Tanpa kita sedar,telah 18 tahun KMKJ menjadi wadah untuk anak-anak kelantan jordan mengeratkan ukhwah sesama ahli.Seiring usianya,KMKJ semakin utuh membantu menguruskan segala keperluan anak-anak Kelantan di Jordan dalam aspek kebajikan, pendidikan, kesatuan, dan sebagainya.
Saya Abdullah Muizz bin Md Ashari selaku Yang Di-Pertua KMKJ sesi 2013/14 berterima kasih kepada semua anak-anak Kelantan Jordan kerana memberi kepercayaan kepada saya dan team dan kami akan memikul amanah ini dengan penuh tanggung jawab,penuh komited dan penuh keyakinan demi meneruskan kegemilangan KMKJ dari sesi lalu.
Sehubungan dengan itu,beberapa perkara yang akan saya bawakan pada sesi ini yang saya kira bersesuaian dengan kehendak dan permintaan anak-anak KMKJ selari dengan geometri dan garis panduan yang ditetapkan oleh Agama.
"Pandai Saim Proses Ketamadunan Ummah"
Begitulah tema pembawakan KMKJ untuk sesi ini.Frasa ini diadaptasi dari "Bia Pandai Saim" yang dicetuskan oleh mantan YDP sesi lalu saudara Alimin Abiah yang dilihat sangat memberi impak yang positif dalam pembentukan sosial masyarakat dalam menuju masyarakat yang bertamadun.
Sebagai kata akhirnya,saya ingin mengajak semua anak-anak KMKJ sama ada dalam apa jua bidang pengajian islam mahupun kedoktoran untuk bersama-sama dan memberi partisipasi yang tinggi kepada setiap program yang dianjurkan oleh KMKJ demi mencapai misi KMKJ sesi ini untuk melahirkan ummah pandai saim dan bertamadun.
Yang benar,
Abdullah Muizz Md Ashari
Yang Di-Pertua KMKJ 2013/14