Headlines
Published On: Tuesday, June 19, 2012
Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan

[Update][Laporan] Bantuan Pendidikan Dana Kijang Emas Sesi 2011/2012


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana masih lagi memberi kehidupan yang baik kepada kita di kala ini. Dalam kesibukan kita melayari ranjau kehidupan ini, banyak dugaan dan cabaran yang kita temui, mungkin ada cabaran yang berjaya kita harungi dan ada juga sebaliknya.Jutaan kesyukuran dipanjatkan kepadaNya, kerana projek Dana Kijang Emas Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan (KMKJ) masih lagi dapat diteruskan dengan jayanya pada kali ini.

Alhamdulillah, pada 17 April 2012 yang lepas, pihak Dana Kijang Emas telah membuka tawaran permohonan Bantuan Pendidikan Dana Kijang Emas bagi Semester Musim Panas. Sebanyak 16 borang permohonan telah dibuka bagi setiap mantiqah dan  permohonan tersebut telah ditutup pada 30 April 2012 yang lalu. Sebagaimana yang kita sedia maklum, badan pengurus Dana Kijang Emas pada sesi ini telah mengambil langkah inisiatif dengan menubuhkan perwakilan Dana bagi setiap mantiqah untuk memudahkan serta melicinkan lagi gerak kerja Dana Kijang Emas.

Setelah lebih kurang 2 minggu promosi dijalankan, pihak Dana telah menerima 48 borang permohonan dari semua mantiqah. Pada 4 Mei 2012 baru-baru ini, mesyuarat khas telah diadakan bagi memilih pemohon yang layak mendapat Bantuan Pendidikan untuk semester musim panas ini.  Mesyuarat ini juga telah dihadiri oleh YDP dan YDPAH KMKJ 2012/2013 iaitu Us.Muhammad Alimin bin Mohd Abiah dan Dr.Nur Farah Aisyah binti Nazim serta dihadiri oleh Mantan YDPAH KMKJ 2011/2012 iaitu Ust.Nurhidayah binti Mohd Fadzil.

Setelah perbincangan dan penelitian dijalankan terhadap borang permohonan yang diterima, Unit Dana Kijang Emas memutuskan untuk memberi sebanyak 6 Dermasiswa dan 4 Pinjaman Boleh Ubah kepada 10 pemohon yang layak iaitu 2 dari Irbid, 5 dari Mafraq dan 3 pelajar dari Mu'tah. Sebanyak 1000 JOD telah dikeluarkan oleh Dana Kijang Emas untuk bantuan pendidikan pada kali ini.

Tahniah diucapkan kepada pemohon yang berjaya dan pihak Dana Kijang Emas mendoakan semoga urusan kalian dipermudahkan dan berharap agar bantuan pendidikan yang diberikan dapat digunakan dengan sebaik mungkin. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada para penyumbang tetap Dana, semoga usaha kalian membantu sahabat-sahabat dalam menuntut ilmu dinilai sebagai ibadah oleh Allah SWT

Firman Allah SWT yang bermaksud :

Perumpamaan mereka yang membelanjakan hartanya demi mendapat ridha Allah dan meneguhkan (keimanan) jiwanya adalah bagaikan sebidang kebun ditempat yang tinggi. Ketika ditimpa hujan lebat maka hasil buahnya duakali lipat banyaknya. Jika hujan lebat tidak turun maka hujan gerimis pun telah mencukupi. Dan Allah Maha Melihat apa-apa yang kamu kerjakan.

(Al baqarah, 265)



"Pihak kami mengalu-alukan sebarang komen atau cadangan daripada ahli KMKJ bagi memantapkan dan mengukuhkan lagi Dana Kijang Emas KMKJ pada masa akan datang".


Terbitan oleh :
[ ORGANISASI DANA KIJANG EMAS SESI 2011/2012 ]


About the Author

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan on 11:47:00 PM . Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 . Feel free to leave a response

By Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan on 11:47:00 PM . Filed under , . Follow any responses to the RSS 2.0 . Leave a response

0 cadangan dan kritikan membina for " [Update][Laporan] Bantuan Pendidikan Dana Kijang Emas Sesi 2011/2012 "

Post a Comment

Tv Kmkj

    Blog Archive