Headlines
Published On: Saturday, April 23, 2011
Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan

SYARAT PERMOHONAN KE UNIVERSITI DI JORDAN SESI AKADEMIK 2011/2012

Setiap pemohon yang berhasrat untuk mengikuti pengajian di universiti di Jordan di peringkat ijazah pertama hendaklah memenuhi syarat kelayakan minimum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi seperti berikut:

i. Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh lima (5) Kepujian dalam mata pelajaran berkaitan bagi semua bidang pengajian kecuali perubatan dan pergigian di peringkat SPM;
 
ii. Bagi program perubatan dan pergigian, pemohon mesti memperoleh lima (5) Kepujian dengan mendapat sekurang-kurangnya 4B atau B (bermula SPM 2009) dalam mata pelajaran Sains dan Matematik di peringkat SPM; iii. Bagi program pengajian Islam dan Bahasa Arab, pelajar diwajibkan memperoleh pangkat Kepujian di peringkat SPM dalam semua mata pelajaran berikut:Bahasa Arab Tinggi/KomunikasiPendidikan Al-Quran dan As-SunnahPendidikan Syariah Islamiah

iii. Borang permohonan boleh didapati daripada: Pengarah Bahagian Hal Ehwal Dan Pembangunan Pelajar (UHEJPM) Jabatan Pengajian Tinggi Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia Aras 2 Blok E9, Parcel E, Presint 1 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62505 PUTRAJAYA

Setiap permohonan untuk kemasukan ke universiti di Jordan perlu mengemukakan dokumen seperti berikut:


i) Dua (2) salinan Borang KPT/JORDAN/2010 (Borang Permohonan Dan Pendaftaran Pelajar Ke     Universiti di Jordan)
 
ii) Dua (2) sijil terjemahan SPM (Bahasa Arab) yang asal dan dua (2) salinan yang telah disahkan;
 
iii) Dua (2) terjemahan Sijil Lahir (Bahasa Arab) yang asal dan dua (2) salinan yang telah disahkan;
 
iv) Terjemahan sijil SPM dan Sijil Lahir dalam bahasa Arab perlu dibuat di Institut Terjemahan Negara Malaysia di alamat berikut: Institut Terjemahan Negara Malaysia Wisma ITNM No. 2, Jalan 2/27E Wangsa Maju, Seksyen 10 53300 KUALA LUMPUR Tel. : 03-4149 7210Faks : 03-4149 1535
 
v) Terjemahan sijil SPM dan Sijil Lahir perlu disahkan oleh Bahagian Konsular, Kementerian Luar Negeri di alamat berikut: Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri Bahagian Konsular Wisma Putra No.1, Jalan Wisma Putra Presint 2 62602 PUTRAJAYA Tel.:03-8887-4159Faks.: 03-8889-2923
 
vi) Lima (5) keping gambar warna berukuran pasport;
 
vii) Tiga (3) salinan pasport Malaysia yang telah disahkan; (Muka surat yang mengandungi maklumat pelajar); 
viii. Dua (2) salinan keputusan SPM yang disahkan; ix. Dua (2) salinan Kad Pengenalan yang disahkan; x. Dua (2) salinan pengesahan laporan perubatan;
 
xi) Bayaran pengurusan dan pendaftaran sebanyak USD 40.00 bagi permohonan bidang perubatan ke Jordan University of Science and Technology dan bidang Pengajian Islam. Bayaran hendaklah dibuat melalui bank draf atas nama Director, Malaysian Student Department Jordan.
 
xii). Kenyataan pengesahan borang yang bersetem
 
Borang-borang KPT/JORDAN/serta dokumen lain yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan ke alamat berikut :Pengarah Bahagian Hal Ehwal Dan Pembangunan Pelajar (UHEJPM) Jabatan Pengajian Tinggi Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia Aras 2 Blok E9, Parcel E, Presint 1 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62505 PUTRAJAYA


Borang permohonan serta dokumen sokongan yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada Bahagian ini pada atau selewat-lewatnya 16 Mei 2011 di alamat berikut;

Pengarah
Bahagian Pemasaran Pendidikan (UHEJPM)
Jabatan Pengajian Tinggi
Kementerian Pengajian Tinggi
Aras 2 Blok E9, Kompleks E, Presint 1
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62505 PUTRAJ

Rujukan dan maklumat lanjut

About the Author

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan on 9:35:00 PM . Filed under , , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 . Feel free to leave a response

By Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan on 9:35:00 PM . Filed under , , . Follow any responses to the RSS 2.0 . Leave a response

8 cadangan dan kritikan membina for " SYARAT PERMOHONAN KE UNIVERSITI DI JORDAN SESI AKADEMIK 2011/2012 "

  1. AsSalam, Program ini untuk pelajar sekolah harian biasa(tiada Bahasa Arab) boleh tak mohon?

  2. salam…saya ingin bertanya, bila pendaftaran seterusnya untuk pengambilan pelajar masters di universiti jordan untuk tahun 2012? skiranya blh, nk trs smbg master d sna bln 2 2012, seiring sem 2 univrsti dsna dbuka…harap sangat admin dapat membantu saya…jazakumullah…

  3. salam...

    saya penuntut di malaysia,tetapi jika saya ingin menyertai markaz lughah di jordan boleh ke? bagaimana caranya?

  4. salam,saya merupakan pelajar lepasan SPM 2011. Boleh tak admin bagitahu saya syarat kelayakan bagi kursus muamalat perbankan di Yarmouk University??

    syukran..

  5. slmalyk..klo sya mohon nk smbng pngjian ke jordan,bla agk nya bley tw kputusn dn bley mula blajar kt cna?

  6. Assalamualaikum semua,
    terima kasih kerana bertanya,
    seeloknya untuk mendapat jawapan saudara saudari sekalian, bolehlah menghubungi Yang Di-Pertua KMKJ sdr Alimin Abiah di fb http://www.facebook.com/alimin.abiah
    atau Setiausaha Sdr Mursyid http://www.facebook.com/mursyid.alamien atau TYDP Sdri Farah Aisyah http://www.facebook.com/pengemiscintailahi

    terima kasih

  7. assalammualaikum..macamne dgn syarat untuk kemasukan 2013....capa permohonan still same..bile bukak borang permohonan?

  8. ADMIN KMKJ -
    To : Anonymous

    Assalamualaikum Wrbt.
    Saudara/ri,permohonan kemasukan ke Universiti di Timur Tengah akan di istiharkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT);Diharap kepada saudara/ri untuk merujuk Laman Web KPT tentang pendaftaran kemasukan bagi sesi 2013;

    Terima Kasih kerana mengunjungi Portal Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan.

Post a Comment

Tv Kmkj