Headlines
Published On: Monday, April 18, 2011
Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan

LAPORAN FESTIVAL SUKAN MAHASISWA KELANTAN JORDAN (FESMAK)

Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan (KMKJ) melalui Biro Sukan dan Kebudayaan Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan sesi 2010/2011 telah menganjurkan Festival Sukan Mahasiswa Kelantan Jordan(FESMAK) yang berlangsung selama 3 hari 2 malam pada 13, 14 dan 15 Februari (Khamis, Jumaat dan Sabtu) yang bertempat di Mu’tah sebagai Pusat Aktiviti. Program ini merupakan anjuran bersama Jabatan Penuntut Malaysia Jordan (JPMJ), Biro Dakwah & Tarbiyah dan Biro  Akademik & Pembangunan Minda.

Karnival kali ini bertemakan “Kerana Ukhuwwah Itu Indah.”
Objektif program ini diadakan antaranya adalah:

1.    Merapatkan hubungan silaturahim antara ahli-ahli dengan pimpinan Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan.
2.     Menajamkan pemikiran ahli seiring dengan tuntutan masa kini.
3.     Mencungkil bakat-bakat baru dalam bidang sukan dan kebudayaan yang berunsurkan Islam.
4.     Meningkatkan penglibatan ahli dalam program anjuran Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan
5.     Memperkasakan syakhsiah mahasiswa dan santapan rohani ahli.


Secara keseluruhannya, program ini berjalan dengan lancar walaupun keadaan cuaca yang sejuk tidak menjadi penghalang untuk meneruskan aktiviti. Ini membuktikan bahawa  kita mampu cemerlang bukan saja dari sudut akademik bahkan dari pelbagai sudut termasuklah dalam kegiatan sukan. Program ini melibatkan mahasiswa Kelantan gabungan seluruh mantiqah di Jordan termasuklah Mu’tah, Irbid, Amman dan Mafraq bagi tujuan mengeratkan ukhuwwah. 

Hari Khamis, 13 Februari 2011 - Program telah bermula secara rasminya pada hari Khamis dengan ketibaan pelajar-pelajar dari mantiqah luar seperti Irbid, Amman dan Mafraq dan mereka diagihkan dengan penempatan sementara. 

Hari Jumaat, 14 Februari 2011 - Aktiviti diteruskan dengan Qiyamullail Perdana yang dikendalikan khas oleh Biro Dakwah & Tarbiah KMKJ dan sedikit pengisian tazkirah Subuh. Pada sebelah siangnya, para peserta FESMAK telah diagihkan kepada beberapa kumpulan utama seperti Guo Muse, Jeli, Ranta Panje dan Pasir Puteh mengikut nama-nama daerah yang ada di negeri Kelantan. Aktiviti diteruskan dengan acara luaran (outdoor) seperti Bola Tampar, Futsal, Sepaktakraw dan Badminton bagi syabab, demikian juga di pihak akhawat dengan beberapa acara seperti Bola Tampar, Badminton, Ping Pong dan Bola Jaring. 


Pada sebelah malamnya, FESMAK diteruskan dengan acara dalaman (outdoor) seperti PES 2010, Catur dan Dam bagi syabab dan begitu juga sebelah akhawat dengan Congkak, Catur dan Dam.

Hari Sabtu,15 Februari 2011 - Di sebelah pagi, aktiviti diteruskan dengan acara akhir dan acara yang masih lagi berbaki seperti Sepaktakraw, Badminton dan Futsal di Solah Riadhi. Seterusnya, majlis diteruskan dengan acara pelengkap iaitu majlis penutup yang bertempat di Dewan Masrah, Universiti Mu’tah dengan pengisian yang menarik seperti Majlis Kebudayaan, persembahan dari setiap mantiqah, persembahan khas dari Kelab Dikir Barat KMKJ, penyampaian hadiah kepada pemenang, ucapan oleh Pengarah FESMAK: Muhammad Dawud bin Ab Rashid, ucapan YDP KMKJ: Ahmad Azrai Bin Haji Abdullah Alawi dan sebagainya. Perasmian penutup telah disempurnakan oleh Tuan Haji Sulaiman B Ismail, Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia Jordan.



“KERANA UKHUWWAH ITU INDAH”

Di sediakan Oleh :

Wan Hakimi Bin Wan Mohd Nor
Setiausaha,
Festival Sukan Mahasiswa Kelantan Jordan (FESMAK)
2011

About the Author

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan on 4:25:00 PM . Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 . Feel free to leave a response

By Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan on 4:25:00 PM . Filed under . Follow any responses to the RSS 2.0 . Leave a response

0 cadangan dan kritikan membina for " LAPORAN FESTIVAL SUKAN MAHASISWA KELANTAN JORDAN (FESMAK) "

Post a Comment

Tv Kmkj

    Blog Archive