Headlines
Published On: Thursday, May 27, 2010
Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan

Dari kantor KMKJ-->Bittaufiq Wannajah


Alhamdulillah segala puji di panjatkan kepada Allah dengan segala nikmat yang di berikan olehNya, nikmat pinjaman nafas , nikmat ilmu , nikmat makan dan minum , nikmat tidur dan nikmat dapat hidup dengan selesa di bumi Jordan yang penuh barakah ini.Alhamdulillah


Alhamdulillah segala puji bagi Allah juga kerana telah memberi peluang kepada pimpinan KMKJ 09/10 utk sama2 berkebajikan antara kita semua .Sedar tidak sedar , telah hampir setahun saya beserta jawatankuasa KMKj 09/10 yang lain menguruskan persatuan anak negeri Kelantan ini.Di kesempatan ini , kami teramatlah sedar bahawa banyak kekurangan dan kelemahan yang di lakukan sama ada secara sedar atau pun tidak sedar .Bertepatan dengan hadis 

وقال صلى الله عليه وسلم : " كفى بالمرء إثما أن يضيع من يعول"؛ رواه احمد وابوداود وصححه الإمام النووي
 (cukuplah sesorang itu berdosa apabila mensia-siakan orang yang di bawah tanggungannya)
Saya selaku wakil kepada semua AMT dan semua AJK yang bekerja utk KMKJ meminta maaf/ampun kepada semua andaikata dosa itu secara tidak sedar di tanggungkan ke atas kami kerana saya percaya semua orang yang bekerja utk KMKJ pada sesi ini telah bersungguh –sungguh melakukan kerja masing2.
 
Ahli KMKJ yang dirahmati Allah sekalian,
Bersempana musim peperiksaan semester dua sesi 09/10 ini , pihak KMKJ MENGUCAPKAN SELAMAT MAJU JAYA DAN SELAMAT BERMUJAHADAH KEPADA SEMUA PELAJAR KMKJ KHUSUSNYA DAN KEPADA SEMUA PELAJAR MALAYSIA YANG BELAJAR DI JORDAN AM-NYA.Sama-samalah kita berganding bahu bekerjasama utk memaksimumkan kualiti study sekaligus memaksimumkan markah untuk kita kecapi dalam peperiksaan final nanti.Ingatlah pelajar2 sekalian bahawasanya tujuan utama dan pertama kita di sini ialah untuk menuntut ilmu dan ia seharusnya di ekspresikan /di buktikan dalam result imtihan kita masing2. Dan juga jangan lupa utk sama-sama melihat kawan-kawan di sekeliling supaya bukan kita sahaja yang cemerlang tetapi KITA DAN DIA JUGA MESTI CEMERLANG SAMA!!!!

Tidak dilupakan juga kepada abang2 dan kakak2 yang dah nak grade sem ini semoga mendapat  keputusan yang memberangsangkan dan segala ilmu yang dapat di Jordan ini dapat di kongsikan atau di khidmatkan kepada seluruh  masyarakat Malaysia khususnya rakyat Kelantan sana.
 
Akhir kata sama-samalah kita sentiasakan berdoa , bukan sahaja selepas solat , tetapi setiap waktu dan masa.Sebelum tido selepas tido , sebelum solat selepas solat waktu qiam waktu duduk , berdoalah untuk kejayaan kita dan rakan-rakan dan semua umat islam yang sedang berjuang.
"MAHASISWA BERWAWASAN ISLAM GEMILANG"

Mohd Shakir Bin Zahari 
YDP KMKJ 09/10




About the Author

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan on 5:40:00 PM . Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 . Feel free to leave a response

By Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan on 5:40:00 PM . Filed under , . Follow any responses to the RSS 2.0 . Leave a response

1 cadangan dan kritikan membina for " Dari kantor KMKJ-->Bittaufiq Wannajah "

  1. assalamualaikum wbt..

    amat tertarik dgn ucapan YDP yang menyeru kita smue utk lbh perbanyakkan doa walau tak kira dimana kita berada dan walau bagaimana keadaan kita sekalipun,bukan dsempitkan selepas solat semata2

    doa senjata org mukmin..
    bykkan usaha
    tggikan pergantungan pada Allah

    insyaAllah kita semua pasti berjaya..amin

    jgn lupe untuk doakan kat org lain juga.

Post a Comment

Tv Kmkj

    Blog Archive