Headlines
Published On: Saturday, May 29, 2010
Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan

Berita Baik: Permohonan DANA KIJANG EMAS Dibuka kepada Ahli KMKJ


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah, setelah dua bulan pembukaan sumbangan dari ahli KMKJ kepada DANA KIJANG EMAS, sambutan yang menggalakkan telah diterima daripada ahli-ahli KMKJ. Jutaan terima kasih yang tidak terhingga daripada pihak KMKJ diucapkan kepada yang bermurah hati untuk menyumbang kepada DANA KIJANG EMAS ini. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas segala jasa baik kalian, insyaAllah.

Sehubungan dengan itu, pihak Badan Pengurus dengan berbuka hati ingin membuka peluang kepada ahli KMKJ untuk memohon dan meminjam kewangan dari DANA KIJANG EMAS untuk sesi pembelajaran semester soifi.

Permohonan ini bermula dari hari ini 29 Mei 2010 – 05 Jun 2010 dan terbuka kepada 3 pemohon terpilih sahaja yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.





SYARAT AM PENERIMA/PEMINJAM DANA

*      Ahli rasmi KMKJ.
*   Benar-benar memerlukan bantuan kewangan.
*   Latar belakang ekonomi keluarga berpendapatan rendah.
*   Memenuhi syarat yang ditetapkan dalam Borang Permohonan Dana


JENIS-JENIS PERMOHONAN

1)  Dermasiswa :penerima tidak perlu membayar balik keseluruhan wang yang diterima

Syarat khas:
i. Mengalami masalah kewangan dari segi :
 -Yuran pengajian
- Buku-buku akademik
- tidak mendapat sebarang bantuan pinjaman atau zakat
- prestasi akademik yang memuaskan


2) Pinjaman boleh ubah:Penentuan sama ada kadar bayaran adalah 75% ataupun 25% adalah berdasarkan status pendapatan keluarga pemohon.

Syarat khas
1. Rujuk syarat bantuan pinjaman KMKJ

       

3) Pinjaman penuh: keluarga pemohon berkemampuan

Syarat khas
1. Rujuk syarat bantuan pinjaman KMKJ



Sebarang permohonan melalui wakil berikut:
SYABAB: MOHD SHAKIR BIN ZAHARI                       0776462868
AKHAWAT:HASNITA BINTI ABDUL HALIM             0779850062

“KEBAJIKAN TERJAMIN, BEBAN TERLERAI”

About the Author

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan on 2:02:00 PM . Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 . Feel free to leave a response

By Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan on 2:02:00 PM . Filed under . Follow any responses to the RSS 2.0 . Leave a response

2 cadangan dan kritikan membina for " Berita Baik: Permohonan DANA KIJANG EMAS Dibuka kepada Ahli KMKJ "

  1. Alhamdulillah..tahniah diatas kejayaan antum semua untuk sesi kali ini..samae2 lah kite berdoa semoga kite semua dapat membantu rakan2 yang memerlukan..hulurkan bantuan.ringankan beban..xpayah serabut panjang2..selamat bermunajat,selamat beramal..selamat berexam..

  2. alhamdulillah..bgs KMKJ ni..cari n tapis molek2 ore2 yg layak terima deh..

Post a Comment

Tv Kmkj

    Blog Archive