Headlines
Published On: Friday, February 19, 2010
Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan

Melangkah ke dunia baru

Tut...tut... Sedar tak sedar kita dah pun memulakan pengajian bagi semester 2. Mahu atau tidak, kita sekali lagi terpaksa ‘bergelumang’ dengan buku dan menangani stressnya exam. Hidup terasa bagai dikongkong sesuatu yang amat berat, dan banyak aktiviti luar yang ingin dilakukan terasa terbatas. Hidup dirasakan bagai untuk exam semata-mata.

Tapi itu pendapat sesetengah orang, apabila mereka menyempitkan pemikiran mereka. Menilai hanya pada satu skop kehidupan, apabila merasakan hidup semata-mata untuk exam. Alangkah ruginya berfikiran begitu.

Ada pula yang menganggap, semester baru ini seolah-olah permulaan hidup baru. Ingin digunakan dengan sebaik-baiknya bagi menjamin kecemerlangan. Pelbagai strategi telah disusun mengambil iktibar dari semester lepas. Menganggap diri hampir tewas semester yang lalu, mahu lebih bangkit tetapi kali ini dengan semangat yang bukan hanya dimulut tetapi terus dipraktikkan tanpa bertangguh.

Tapi tidak kurang juga bagi sesetengah orang yang masih leka mengabaikan pelajaran. Bukan kerana result sudah cemerlang, tapi dek lupa peritnya kegagalan lalu dan akhirnya tanpa disedari terus mengulangi kesilapan sama.

Bagi mereka yang menanam azam untuk cemerlang, mereka tertanya-tanya sendirian...

Ramai yang menyatakan mereka ingin jadi hebat, tapi akhirnya mereka bukan seperti apa yang diwar-warkan... Adakah aku pun begitu??


Betul. Ramai yang ingin berjaya, tapi tidak ramai yang sedar hakikat sebuah kejayaan.


Ahli kmkj yang disayangi,

Semoga bermulanya pengajian semester baru, kita semua sudah menemui cara belajar masing-masing. Mungkin ada sesetengah yang selesa belajar menggunakan nota, study group dan lain-lain. Yang penting kita sudah menjumpai cara belajar yang berkesan dan sesuai untuk kita.

Dan jangan lupa perlunya ada strategi dalam belajar (study smart). Susun strategi seeloknya, bukan waktu nak exam sahaja tetapi bermulalah dari sekarang. Supaya dengan strategi yang ada, kita dapat menguruskan masa dengan lebih bijak dan secara tidak langsung dapat menangani stress exam. Supaya kita dapat enjoy dengan apa yang kita belajar.

Semoga kita cuba berlatih untuk tidak bertangguh dan belajar untuk berkorban. “Success is a journey not a destination”. Buktikanlah kejayaan yang diimpikan bukan sekadar omongan mulut sahaja.

Dan akhir sekali peringatan yang teramat penting...

Muhasabah balik diri kita...untuk apa kita berjaya??

Biarlah sebab paling utama adalah kerana Allah. Sedangkan Allah amat suka umat yang cemerlang. Beruntungnya orang-orang yang dikasihi Allah. Jadikanlah ini motivasi terbaik bagi kita supaya tidak jemu mengorak langkah kegemilangan.

Semoga pengalaman semester-semester lalu melahirkan diri kita yang baru untuk semester ini dan untuk masa hadapan.

p/s: Dalam sibuk bersedia dengan ‘ujian’ dunia, harap kita semua tak melupakan bekalan untuk akhirat.

While people sleep we work,while people work we work ahead



Salam perjuangan dari kami,
Biro Akademik dan Perbangunan Minda (BAPM)

About the Author

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan on 4:52:00 PM . Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 . Feel free to leave a response

By Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan on 4:52:00 PM . Filed under , . Follow any responses to the RSS 2.0 . Leave a response

0 cadangan dan kritikan membina for " Melangkah ke dunia baru "

Post a Comment

Tv Kmkj

    Blog Archive