Headlines
Published On: Tuesday, November 17, 2009
Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan

Laporan Malam Sinfoni Cinta Akhowat KMKJ-Irbid



Malam Simfoni Cinta
08 November 2009
Bayt Exora, Irbid.



MALAM SIMFONI CINTA AKHAWAT IRBID

Biro Akademik dan Pembangunan Minda KMKJ telah menganjurkan satu program yg dinamakan “Malam Simfoni Cinta” khas untuk akhawat KMKJ Irbid bertujuan untuk mengalu-alukan kedatangan ahli baru KMKJ [adik2 junior] dan memperkenalkan badan pengurus KMKJ bagi sesi 2009/2010. Juga bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturrahim antara kami setelah sudah lama tidak bersua muka. Ini merupakan perjumpaan pertama sejak pentadbiran sesi 09/10.

Majlis bermula pd jam 6.30 pm dgn solat isya’ dan solat hajat berjemaah.

Sesi ta’aruf


Sesi ta'ruf telah diketuai oleh YDPah sendiri, Hasnita Binti Halim .YDPah telah memperkenalkan badan pengurus dan perwakilan Irbid. Seterusnya majlis meraikan adik-adik tahun 1 untuk memperkenalkan diri mereka dan pengenalan diri ahli-ahli lama.
( Moga-moga bila berjumpa nanti jangan lupa bertegur sapa !)




Slot tazkirah


Sedikit pengisian bertajuk ukhuwah & pengorbanan yg disampaikan oleh mantan YDPah,Nik Solihah Mujahidah, mantan YDPah telah memilih tajuk ukhuwah untuk dikongsi pada malam tersebut.

Antara isi yang ditekankan oleh mantan YDPah ialah sejauh manakah kasih sayang kita terhadap sahabat dgn melihat sejau
h mana kita sanggup berkorban untuknya dari segi masa, harta benda dan saling menasihati ."Persahabatan itu lebih indah jika berteraskan aqidah. "


Slot BIRO AKADEMIK DAN PEMBANGUNAN MINDA (BAP) – "Ado gapo nga klate?"

Pengerusi: Nur Athirah Sanusi



Slot dimulakan dgn tayangan video orang arab mesir berbahasa Kelantan yg dipetik dari rancangan salam pantai timur.







Vieo ini ditayangkan bertujuan untuk menyedarkan bahawa
- untuk menguasai sesuatu bahasa, kita memerlukan kesungguhan dan kesabaran, serta kita harus
sentiasa mengaplikasikannya dgn bergaul dgn masyarakat yg menggunakan bahasa itu.

(seperti mana lelaki arab di atas mengambil masa 9 tahun berusaha belajar bahasa Kelantan)

Pengerusi slot BAP
juga turut menyelitkan tentang simbolik negeri Kelantan yang mana

- Kelantan adalah satu negeri yg beridentitikan Islam, dgn gelaran “Serambi Me
kah”, oleh sebab itu, sbg anak kelantan, kita haruslah menjaga nama baik Kelantan, dari segi tingkah laku,akhlak dan juga akedemik, sekali gus menjaga nama Islam itu sendiri.

Seterusnya sedikit tayangan dikir barat dan makan malam.



Majlis bersurai pd jam 8.30 pm.


Alhamdulillah, program pada malam tersebut telah berlangsung dengan jayanya.
Penghargaan kepada
mana-mana ajk yang terlibat secara langsung mahupun tidak. Penghargaan juga kepada seluruh akhawat Irbid kerana sanggup meluangkan masa dan seterusnya menjayakan MALAM SIMFONI CINTA.


Kepada mana-mana akhawat yang tidak dapat hadir, insyaAllah banyak lagi program KMKJ yang mendatang. Kami mengharapkan komitmen berterusan dari anda semua.

TERIMA KASIH kerana mencipta kenangan terindah.




















Penghargaan kepada pelaksana program:
Siti Nur
Najibah Fauzi
Nur Athirah Sanusi

Nurul Husna Zahran

Hanan Mah
mood
AJK Biro Akademik dan Pembangunan Minda 09/10




About the Author

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan on 8:13:00 PM . Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 . Feel free to leave a response

By Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan on 8:13:00 PM . Filed under . Follow any responses to the RSS 2.0 . Leave a response

0 cadangan dan kritikan membina for " Laporan Malam Sinfoni Cinta Akhowat KMKJ-Irbid "

Post a Comment

Tv Kmkj

    Blog Archive