Headlines

Allah menjanjikan pahala yang berganda-ganda pada bulan Ramadhan

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Wednesday, July 18, 2012 | Posted in , ,


“Dengan Nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.”

Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, agar kamu bertakwa” Al-Baqarah : 183.

Berakhirnya Sya’ban, maka bermulalah bulan yang di nanti-nantikan oleh seluruh umat Islam yang beriman, iaitu bulan Ramadhan. Bulan yang penuh dengan keberkatan, sebagaimana firman Allah, maksudnya :

Sesungguhnya Kami menurunkannya (Al-Qur’an) pada suatu malam (Lailatul Qadr) yang di berkati. Dan sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan. Pada malam yang berkat itu, dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah” Ad-Dukhan : 3 – 4.

Dan juga seperti mana Allah berfirman, maksudnya :

Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia,,,” Al-Baqarah : 185

Juga bulan yang mempunyai malam yang lebih baik dari seribu bulan, iaitu Lailatul Qadr.

Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Qur’an) pada malam Lailatul Qadr. Dan apakah engkau mengetahui apa itu Lailatul Qadr? Malam Lailatul Qadr itu lebih baik daripada seribu bulan…” Al-Qadr 1 – 3.


Amatlah rugi bagi sesiapa yang mensia-siakan dan tidak memanfaatkan bulan Ramadhan ini semaksima mungkin dengan perkara ibadah. Peluang umat Islam untuk mengaut ganjaran pahala yang Allah tawarkan sangat terbuka luas. Dengan pelbagai ibadat, seperti bertadarus Al-Qur’an, berzikir, bersedekah, beriktikaf, berselawat, solat terawih serta solat sunat dan fardhu, Allah menjanjikan pahala yang berganda pada tiap-tiap nya.

Bulan Ramadhan juga merupakan musim kebaikan untuk melatih dan membiasakan diri memiliki sifat-sifat mulia dalam agama Islam, di antaranya sifat sabar. Sifat ini sangat agung kedudukannya dalam Islam, bahkan tanpa adanya sifat sabar bererti iman seseorang hamba itu akan pudar.

Sesungguhnya orang-orang yang bersabar akan disempurnakan (ganjaran) pahala mereka tanpa batas.” Az-Zumar : 10

Akhirnya, kami dari Pimpinan KMKJ sesi 2012/2013 mengucapkan kepada seluruh ahli KMKJ yang berada di Jordan, Malaysia dan negara-negara lain, “Selamat Menyambut Bulan Ramadhan dan Selamat Berpuasa”. Semoga kita semua dapat mengambil kesempatan untuk meningkatkan lagi ibadah kita pada bulan Ramadhan serta dapat mengambil kesempatan untuk mendidik diri kita menjadi hamba yang soleh/ah.

[ Biro Pembangunan Minda dan Rohani KMKJ 2012/2013 ]

Pengajian Tinggi di Jordan

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Tuesday, July 17, 2012 | Posted in ,


Pengajian Tinggi di Jordan
Jordan semakin dibanjiri dengan pelajar-pelajar Melayu, menjadikannya negara kedua teramai pelajar Malaysia di Timur Tengah selepas Mesir. Penampilan tokoh agama tersohor Malaysia yang terdiri daripada golongan pemegang ijazah daripada universiti di Jordan dan penghantaran beratus-ratus pelajar tajaan kerajaan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan dan pergigian, telah membuka mata ibu bapa untuk turut serta menghantar anak-anak mereka mengutip mutiara ilmu di Bumi Anbiya’ Jordan ini.
Kami mahasiswa yang sedang menuntut di Jordan mengalu-alukan kedatangan mereka yang berminat untuk melanjutkan pelajaran ke sini. Diharap agar beberapa siri pengenalan kepada pendidikan tinggi di Jordan yang kami sediakan bakal membantu anda bagi mendapatkan gambaran awal tentang kehidupan pelajar di sini.

Tahap Pengajian Yang Ditawarkan di Jordan

  • Sarjana Muda
  • Sarjana (Master)
  • Doktor Falsafah (PhD)

Universiti-universiti di Jordan


Pengajian Yang Ditawarkan di Jordan

Pengajian Sains (hanya di Jordan University of Science and Technology) :
  • Perubatan dan Pergigian
  • Fizik
Pengajian Syariah Islam :
  • Pengajian Bahasa Arab
  • Usul Fiqh
  • Usuluddin
  • Pendidikan Islam
  • Ekonomi & Perbankan Islam (hanya di Universiti Yarmouk)

Tv Kmkj

    Blog Archive