Headlines
Published On: Sunday, August 9, 2015
Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan

Majlis Pertemuan & Wacana Pemikiran Kerajaan Negeri Kelantan Darul Naim




Assalamualaikum.
Seperti mana yang kita semua maklum,pada 6 Ogos 2015 Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan telah berpeluang mengadakan Majlis Pertemuan dan WacanaPemikiran Kerajaan Negeri Kelantan sempena lawatan delegasi dari Kelantan ke Jordan baru-baru ini.
Antara tetamu yang hadir ialah :
1) YAB Ustaz Dato’ Haji Ahmad bin Yakob ( Menteri Besar Kelantan )
2) YB. Dato’ Dr. Mohamed Fadzli bin Dato’ Hj. Hassan ( Pengerusi J/K Pembangunan Insan, Pendidikan & Pengajian Tinggi )
3) YB. Dato’ Hj. Abdul Fattah bin Hj. Mahmood ( Pengerusi J/K Kerajaan Tempatan,Perumahan,Belia & Sukan )
4) YB. Hjh. Siti Zailah binti Mohd. Yusof ( Ahli Parlimen Rantau Panjang)
Sepanjang program pada malam itu, banyaklah mutiara kata dan nasihat yang dapat kita ambil daripada para delegasi.
Dalam ucapan YB. Dato’ Hj. Abdul Fattah bin Hj. Mahmood,beliau berkongsi tentang perkembangan mangsa banjir yang menimpa bumi Kelantan pada akhir tahun 2014.
Alhamdulillah banyak bantuan yang diberikan dari pelbagai pihak termasuklah bantuan kerajaan negeri,kerajaan persekutuan dan NGO.
Beliau turut berkongsi tentang program yang sedang dijalankan di Kelantan atas dasar Membangun Bersama Islam. Antaranya ialah Liga Elite DUN dan Program 3S ( senyum,sapa & salam).
Harapan beliau kepada kita agar dapat turun padang bersama masyarakat apabila pulang ke tanah air nanti.
Seterusnya, setelah mendengar ucapan daripada YB. Dato’ Dr. Mohamed Fadzli bin Dato’ Hj. Hassan,tidak dinafikan lahir rasa bangga dan bertuah kerana ditakdirkan menjadi anak Kelantan.
Beliau banyak menceritakan tentang kejayaan negeri Kelantan sepanjang 25 tahun pemerintahan.
Antaranya ialah usaha Allahyarham YAB Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik dalam memperkenalkan sistem perbankan Islam.
Kelantan juga terkenal sebagai pusat tertumpunya pengajian Islam sehingga diberi gelaran Negeri Serambi Mekah.Setakat ini,sebanyak 93 buah sekolah agama yang bernaung di bawah kerajaan negeri.Selain itu,sebanyak 1/5 belanjawan negeri difokuskan untuk pendidikan Islam.Walaupun negeri kita bukanlah yang pertama dari segi kewangan, tetapi biarlah negeri kita yang pertama dalam menegakkan pendidikan Islam.
YB. Dato’ Dr. Mohamed Fadzli bin Dato’ Hj. Hassan turut berkongsi cabaran yang dihadapi oleh mahasiswa Timur Tengah iaitu kurang pengetahuan tentang perkembangan semasa.Oleh itu,harapan beliau agar kita tidak lupa untuk mengikuti perkembangan semasa.
Ucapan yang seterusnya pula adalah daripada ayahanda kita ; YAB Ustaz Dato’ Haji Ahmad bin Yakob.Ternyata sangat besar harapan beliau kepada kita. Beliau berharap agar kita dapat menjadi mahasiswa yang boleh menjadi duta kepada negeri Kelantan.
Telah banyak usaha yang dijalankan oleh Kerajan Negeri Kelantan dalam melahirkan masyarakat yang bertaqwa. Maka,beliau berharap agar kita dapat merealisasikan usaha kerajaan negeri dengan membawa balik mutiara ilmu daripada bumi anbiya’ ini dan memberi manfaat kepada masyarakat kelak. Tidak lupa juga ucapan tahniah daripada beliau kepada semua mahasiswa.
Semoga sedikit sebanyak maklumat yang dikongsi daripada Majlis Pertemuan dan Wacana Pemikiran Kerajaan Negeri Kelantan dapatlah kita jadikan sebagai pembakar semangat dalam meneruskan pembelajaran di bumi Jordan ini.
“ Ukhuwah kito jago , kebajikey kito cakno “
Biro Pembangunan Mahasiswa,
Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan 15/16.

About the Author

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan on 8:25:00 PM . Filed under , , , , , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 . Feel free to leave a response

By Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan on 8:25:00 PM . Filed under , , , , , . Follow any responses to the RSS 2.0 . Leave a response

1 cadangan dan kritikan membina for " Majlis Pertemuan & Wacana Pemikiran Kerajaan Negeri Kelantan Darul Naim "

  1. Assalamu alaikum wr wb,,senang sekali saya bisa menulis dan berbagi kepada teman2 melalui room ini, sebelumnya dulu saya adalah seorang Pengusaha Butik yg Sukses, kini saya gulung tikar akibat di tipu teman sendiri, ditengah tagihan utang yg menumpuk, Suami pun meninggalkan saya, dan ditengah himpitan ekonomi seperti ini, saya coba buka internet untuk cari lowongan kerja dan secara tdk sengaja sy liat situs pesugihan AKI SYEH MAULANA Di Website/situnya Saya pun langsug hubungi beliau dan Semua petunjuk AKI saya ikuti dan hanya 3 hari, Alhamdulilah benar benar terbukti dan semua utang saya lunas dan sisanya buat modal usaha, kata kata beliau yang selalu sy ingat setiap manusia bisa menjadi kaya, hanya saja terkadang mereka tidak tahu atau salah jalan. Banyak orang menganggap bahwa miskin dan kaya merupakan bagian dari takdir Tuhan, Takdir macam apa? Tuhan tidak akan memberikan takdir yang buruk terhadap kita semua, cobaan yang Tuhan berikan merupakan pembuktian seberapa kuat Anda bertahan di dalamnya, Tuhan tidak akan merubah nasib Anda jika Anda tidak berusaha untuk merubahnya. saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui Ritual Penarikan Dana Hibah AKI ZYEH MAULANA saya Bisa sukses, Jadi kawan2 yg dalam kesusahan jg pernah putus asah, kalau sudah waktunya tuhan pasti kasi jalan asal anda mau berusaha, AKI ZYEH MAULANA Banyak Dikenal Oleh Kalangan Pengusaha Dan Artis Ternama Karna Beliau adalah guru spiritual terkenal di indonesia, jika anda ingin seperti saya silahkan Lihat No Tlp Aki Di website/internet ~>KLIK DISINI<~ Wassalam

Post a Comment

Tv Kmkj

    Blog Archive