Headlines
Published On: Monday, June 30, 2014
Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan

KALAM YDP MERAIKAN RAMADAN KAREEM 1435H | 2014

اهلا وسهلا شهر رمضان المبارك


Bulan Ramadan yang dinantikan oleh seluruh umat Islam telah tiba. Bulan yang penuh dengan berkat dan akan digandakan pahala bagi sesiapa yang menghidupkan bulan Ramadan ini.

Seperti hadis Rasulullah S.A.W, Nabi saw. bersabda :
“Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan kerana iman dan ikhlas mengharapkan pahala dari Allah, maka dosanya yang lalu akan diampun oleh Allah.” 
(HR Bukhari)

Ramadan adalah bulan Allah, apabila kita berpuasa, Allah sendiri yang akan memberi ganjaran kepada kita,sebagaimana disebut di dalam hadis Qudsi : dari Abu Hurairah R.A. berkata, Rasulullah S.A.W bersabda : Allah berfirman, "Semua amal anak Adam untuknya kecuali puasa. Ia untuk-Ku dan Aku yang akan membalasnya."

Jangan kita cemari bulan ini dengan perkara2 yang dilarang oleh Allah S.W.T. Sama-sama kita merebut peluang yang Allah S.W.T kurniakan kepada kita untuk kita gunakannya dengan sebaik mungkin agar apabila berakhirnya Ramadan, kita suci daripada dosa dan kita kembali kepada fitrah hamba Allah S.W.T. Moga-moga kita benar-benar tergolong dalam golongan yang bertaqwa dan mendapat keampunan daripada AllahS.W.T.

Salam Ramadan daripada kami pimpinan KMKJ 14/15. Sekian.

'' Kebajikan Anda Keutamaan Kami ''
" Kebajikey Demo, Kito Pakat Cagho "


About the Author

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan on 6:01:00 PM . Filed under , , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 . Feel free to leave a response

By Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan on 6:01:00 PM . Filed under , , . Follow any responses to the RSS 2.0 . Leave a response

0 cadangan dan kritikan membina for " KALAM YDP MERAIKAN RAMADAN KAREEM 1435H | 2014 "

Post a Comment

Tv Kmkj

    Blog Archive