Headlines
Published On: Wednesday, December 19, 2012
Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan

[19 Disember 2012] Dana Kijang Emas

           Dana Kijang Emas merupakan organisasi yang berada di bawah naungan Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan ditubuhkan untuk membantu anak Kelantan yang menuntut pelajaran di Jordan yang menghadapi masalah kewangan.

           InsyaAllah Dana Kijang Emas akan membuka permohonan dalam masa terdekat untuk memberi sedikit bantuan kepada pelajar persendirian. Diharapkan dengan bantuan yang akan diberikan dapat meringankan sedikit beban pelajar untuk meneruskan pengajian di universiti di semua mantiqah di Jordan.

          Semua pelajar diminta untuk sentiasa cakna dengan perkembangan terbaru mengenai Dana Kijang Emas dan diminta kepada semua pihak dapat mewar - warkan kepada pelajar yang menghadapi masalah kewangan yang sangat kritikal.

          Borang permohonan boleh diambil dari setiap wakil disetiap mantiqah samada Irbid, Mafraq, Mutah dan Amman. Pada tahun ini Dana Kijang Emas hanya mengeluarkan permohonan untuk Dermasiswa iaitu sejenis bantuan kewangan tanpa bayaran balik.

          Borang permohonan dijadualkan untuk dikeluarkan pada 22 Disember 2012 dan tapisan akan dibuat bagi memastikan pelajar yang benar - benar layak sahaja menerima bantuan dari Dana Kijang Emas. Semua wakil setiap mantiqah akan diumukan pada masa terdekat melalui blog KMKJ atau page facebook Dana Kijang Emas. Jangan lupa untuk add kami di Facebook untuk mengatahui pelbagai maklumat mengenai proses permohonan di sana.

Follow Facebook Dana Kijang Emas (DKE) : 
http://www.facebook.com/profile.php?id=100004629608248&ref=ts&fref=ts

About the Author

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan on 12:10:00 AM . Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 . Feel free to leave a response

By Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan on 12:10:00 AM . Filed under , . Follow any responses to the RSS 2.0 . Leave a response

0 cadangan dan kritikan membina for " [19 Disember 2012] Dana Kijang Emas "

Post a Comment

Tv Kmkj

    Blog Archive