Headlines
Published On: Friday, November 2, 2012
Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan

DKE Dana Kijang Emas Kembali!


     

Dana kijang emas merupakan satu badan di bawah naungan KMKJ yang ditubuhkan untuk membantu pelajar-pelajar Kelantan  yang memerlukan bantuan kewangan di Jordan. Kutipan wang dijalankan oleh pihak jawatankuasa dana kijang emas dari pelajar tajaan, derma-derma khas, kerajaan negeri dan badan atau individu bebas untuk diagihkan kepada mereka yang kurang bernasib baik. Infak bulanan ahli KMKJ yang berdaftar sebagai penyumbang tetap dan berkemampuan  sebanyak 3 JOD dijalankan. Manakala mana-mana ahli yang tidak mendaftar sebagai penyumbang tetap boleh menyumbang tanpa terikat dengan jumlah kutipan bulanan.

                Terdapat beberapa makanisme pengagihan yang berhak dipohon oleh ahli kmkj yang masih menuntut di Jordan. Antara mekanisme tersebut ialah :
  • Dermasiswa
Layak diterima oleh mereka yang mengalami masalah kewangan dari segi yuran pengajian dan buku-buku akademik.
  •        Pinjaman boleh ubah
Kadar bayaran balik pinjaman ini bergantung kepada pendatan keluarga samada mereka perlu membayar 75% atau 25%.
  •       Pinjaman penuh
Bayaran penuh perlu dibuat kerana keluarga pemohon berkemampuan.
  •        Pemberian pinjaman modal
Untuk mereka yang ingin menjalankan bisnes atau perniagaan. Mereka mestilah orang yang berkemampuan dan dipercayai oleh Badan Pengurus dana.
  •        Bantuan/pinjaman khas kemalangan dan kecemasan
Ditimpa musibah yang memerlukan bantuan segera samada berlaku musibah di Jordan mahupun di Malaysia.

Semoga bantuan  yang diberikan dapat memangkin semangat untuk belajar di Jordan seterusnya berjaya menggapai segulung ijazah untuk tanah air amnya dan untuk negeri Kelantan khususnya. Insyaallah allah akan mempermudahkan jalan kita sekiranya kita memudahkan jalan orang lain terutamanya umat Islam sendiri.

About the Author

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan on 8:24:00 PM . Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 . Feel free to leave a response

By Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan on 8:24:00 PM . Filed under , . Follow any responses to the RSS 2.0 . Leave a response

0 cadangan dan kritikan membina for " DKE Dana Kijang Emas Kembali! "

Post a Comment

Tv Kmkj

    Blog Archive