Headlines
Published On: Wednesday, September 19, 2012
Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan

Info Semasa Tentang Aset KMKJ

- 18 Sept 2012.
Alhamdulillah, setelah bertungkus lumus, dengan bantuan dan penghargaan paling besar daripada Mantan YDP Ustaz Ihsan Fadhli kepada ahli KMKJ, pihak YAKIN telah meluluskan 2765 JD untuk pembelian mesin fotostat semalam setelah membuat
rundingan terakhir pada 15 & 17 September lepas, pembelian tersebut dilakukan terus oleh Penolong Pengarah Bahagian Pelajaran & Bantuan YAKIN, Encik Khairil Hazmie bin Yusof bersama saya di Maktab Bassam, Duwar Dakhili Amman petang semalam.

- Lokasi
Mesyuarat akhir KMKJ sesi lepas 2011/2012 memutuskan sekiranya pembelian mesin fotostat diluluskan oleh YAKIN, sasaran akan diletakkan di Mantiqah Irbid kerana kebarangkalian untuk mengaut keuntungan lebih besar disebabkan oleh kehadiran penambahan pelajar JUST yang semakin ramai yang kebiasaannya pelajar JUST menghabiskan tidak kurang dari 100JD setiap sem untuk membuat salinan fotostat nota pembelajaran mereka.

- Status
Perbincangan awal menetapkan agar diserahkan mesin ini kepada Persatuan Mahasiswa Irbid ( PERMAI ), mesin tersebut kini berada dirumah saya samada untuk sementara atau kekal.

- Promosi
Akhir kata, sekiranya terdapat sebarang majlis atau apa-apa nota untuk difotostat dengan banyak, sama-samalah kita menyokong rancangan penumbuhan ekonomi yang dirancang oleh KMKJ berdasarkan dasar perbendaharaan untuk memaksimumkan pendapatan.

Sekian,
Terima Kasih.

Mohamad Syukri bin Alias.
Bendahari Agung KMKJ 2012/2013.

About the Author

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan on 8:52:00 PM . Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 . Feel free to leave a response

By Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan on 8:52:00 PM . Filed under , . Follow any responses to the RSS 2.0 . Leave a response

0 cadangan dan kritikan membina for " Info Semasa Tentang Aset KMKJ "

Post a Comment

Tv Kmkj

    Blog Archive